Orang Minyak

Assalamualaikum untuk warga pembaca FS sekalian. Pada mulanya, aku ingin berterima kasih kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah yang akan aku sampaikan nanti.

Nama aku Amoi (bukan nama sebenar). Mesti ramai yang hairan kenapa nama Amoi tapi beri salam. Ok sebenarnya mak aku ni orang Cina – Islam, bapa pulak orang Jawa. Nama Amoi tu datang dari arwah atok yang beri sebab dalam 3 adik beradik (abang dan adik lelaki), hanya aku seorang saja yang ikut wajah mak. Ala ala cina gitu.

Berbalik kepada kisah yang akan aku sampaikan, ianya berkenaan tentang pengalaman aku dan abang aku bertemu dengan orang minyak.

Masa tu aku masih di darjah 2, sudah 8 tahun berlalu tapi kisah ini masih segar didalam fikiran kerana ini merupakan pertama kali aku bertemu makhluk makhluk seperti ni.

Petang Khamis itu, aku balik dari kelas fardu ain yang tamat pada pukul 4. Kira – kira pukul 5 aku sampai rumah. Belum sempat aku masuk ke rumah, jiran sebelah memanggil mak menyebabkan aku ikut dengar sekali.

“Malam tadi, anak si Din(bukan nama sebenar) kena kacau lagi oleh orang minyak.” Kata jiran aku.

“Apa yang dah jadi?” Mak aku pun ‘interesting’ lah dengan hal tersebut. Maklumlah, membawang pada waktu petang.

“Anak perempuan Din, masa dia tengah mandi tu, ada orang dok intai dia dari celah bilik mandi.”

Mak aku pun apa lagi, terkejut tahap dewalah. Memang sudah hampir 2 bulan kampung aku tersebar dengan berita orang minyak. Tetapi sejak anak Pakcik Din kena kacau, barulah kami percaya.

“Hari tu masa tengah tidur, sekarang masa tengah mandi pulak. Makin naik kepala orang minyak ni.” Mak aku pun dah mula tunjuk muka sakit hati.

“Nasib anak dia masih dilindungi Allah. Alhamdulillah, tiada apa apa yang berlaku. Sempat dia jerit dan lepas tu orang minyak tu lari masuk ke dalam hutan. Abang dia cuba kejar, tapi bila keluar rumah, hanya pokok pokok saja yang bergerak. Orangnya hilang entah kemana.”

Berbual punya berbual, maka tamatlah sesi membawang mereka. Masuk je dalam rumah mak sempat pesan.

“Malam malam jangan berani nak keluar rumah. Nak pergi tandas pun bagitau mak.”

‘Skip’ sampai Hari Jumaat. Aku masih ingat malam tu kami sekeluarga tengah layan Mega Movie Tv3. Cuma malam tu abah aku tiada dirumah. Macam biasa, dia kerja dan jarang pulang ke rumah.

Masa asyik layan tv, abang aku bisik. Minta teman pergi tandas. Aku pun sebagai adik yang baik hati ni, setuju lah nak teman dia keluar. Kami angkat dari ruang tamu lalu pergi ke dapur.

Aku masih tak faham, kenapa lah orang tua tua dulu suka buat tandas kat luar. Jadi aku pun tunggulah di depan pintu. Tandas memang kat luar tapi dekat je. Lagipun abah pasang lampu kalimatang yang cukup untuk suluh belakang rumah. Tandas pulak ada satu lagi lampu didalamnya.

Masa tengah tunggu abang yang tengah membuang tu. Aku pun dok tenung je hutan belakang rumah. Masa darjah dua kan, mana tahu hantu hantu ni bagai. Tapi rasa seram tu memang adalah.

Tiba tiba, terdengarlah suara tapak kaki orang ramai dari belakang hutan. Oh ya lupa nak cakap, rumah Pakcik Din ni dalam hutan. Lokasi dia memang sekeliling penuh dengan hutanlah.

Untuk pergi ke rumah dia perlu lalu satu jalan tikus. Turun bukit sikit maka jumpalah rumah dia. Boleh tahan besar rumah Pakcik Din ni. Tapi ‘still’, tandas dia pun luar rumah jugak. Kalau turun lagi bukit, ada satu lagi rumah. Rumah Makcik Rokiah (bukan nama sebenar)

Masa terdengar tapak kaki tu, automatik kepala toleh ke arah hutan. Abang masa tu sempat keluarkan kepala lepas tu tanya,

“Bunyi apa tu?”

Aku tak jawab soalan dia malah mata aku masih terarah pada hutan. Then muncul satu lelaki tinggi, badan memang hitam berkilat, berlari keluar dari hutan dan melintasi rumah aku.

Kami berdua sudah terpaku. Sampai sekarang kami berdua masih ingat macam mana lelaki itu sempat toleh kearah kami sambil tersenyum, menunjukkan giginya yang nampak putih berbanding kegelapan malam dan kulitnya. Sempat juga kami dengar dia ketawa. Tidaklah seram macam kak pon.

Bukan itu saja yang membuat kami terpaku. Dia berlari memang laju, langkahnya ibarat dia buat lompat jauh.
Dekat rumah aku ada satu longkang kecil. Dekat jalan sebelum ke hutan ada satu lagi longkang kecil. Agak agak dalam 5 meter antara satu sama lain.

Tapi yang menakjubkannya, dia hanya perlukan 2 langkah saja untuk melintasi longkang itu. Boleh dikatakan dia berlari sambil membuka langkah yang besar. Masa dia lari tu lah, dia toleh kearah kami lalu tersenyum. Kalau aku nak ingat balik, sumpah aku cakap memang ngeri senyuman dia.

Kemudian barulah beberapa orang muncul dibelakang dia. Ada yang membawa kayu yang dibakar dengan api, ada pula yang bawa parang dan kayu yang macam kayu besbol tu.

Mak aku pun muncul. Dia hairan sebab dia dari ruang tamu terdengar macam ramai orang berlari melimpasi sebelah rumah. Jadi dia pun ke dapur dan dapat tahu kami berdua ke tandas.

Tak sampai 3 minit, seorang lelaki berpatah balik. Dia merupakan abang kepada anak perempuan Pakcik Din yang kena intai tu.

“Eh Ayek, apa jadi ni sampai ramai ramai lari ni.” Tanya mak aku. Abang Ayek pun berjalan kearah kami sambil membawa kayunya. Abang aku pulak dah selesai cebok.

“Makcik, jangan bagi anak keluar rumah. Tutup semua pintu. Kunci sekali. Orang minyak tu datang lagi. Ganggu adik saya. Sekali lagi masa adik saya tengah mandi.”

Masa tu, jam sudah pukul 11 malam. Adik Abang Ayek tu memang selalu kerja sampai lewat malam baru balik. Dalam pukul 10 macam tu, dia memang ada limpas rumah kami untuk pergi ke rumahnya yang didalam hutan itu.

Mak aku apa lagi. Bawa kami masuk rumah terus kunci pintu. Dia siap call abah lagi, cerita apa yang jadi. Aku masa tu masih tak tahu yang orang ‘hitam’ yang kami berdua tengok tu sebenarnya orang minyak.

Dah pagi sabtu tu, Pakcik Din datang rumah. Tanya kami Ok ke tidak. Aku dengan abang pun cerita apa yang kami nampak. Mak masa tu memang terkejut sebab dia tak sangka kami berdua sempat melihat orang minyak tu. Mulutnya asyik menyebut ‘Astafiruglahallazim’ berulang kali.

Beberapa hari lepas tu abah pun balik rumah. Ambil cuti selama beberapa minggu. Setiap malam abah akan ikut orang kampung meronda untuk menjaga keselamatan penduduk disini. Memang lepas tu tiada lagi kejadian orang nampak orang minyak dah.

Tapi selang beberapa hari lepas abah balik rumah, penduduk kampung ambil keputusan untuk masuk ke dalam hutan. Balik saja petang dari hutan, abah cerita kat mak yang orang kampung jumpa sebuah khemah, dua pelampung hitam besar dan tempat bekas unggun api. Dalam khemah tu mereka jumpa lampu suluh, beg galas kosong, dan apa lagi aku dah lupa.

Mereka pun kemas kemas tempat itu lalu barang tersebut diserah ke pihak polis. Tapi sampai sekarang, masih tidak dijumpai siapa kah orang minyak itu.

Jadi itu saja dari aku, Terima kasih sudi membaca walaupun ianya tak lah seram sangat. Maklumlah ini kejadian pertama dan terakhir aku sepanjang 16 tahun hidup, dalam berjumpa entiti seperti ini.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jaesmint

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

8 thoughts on “Orang Minyak”

  1. Darjah dua 8tahun kejadin berlaku jugak 8thun lepas makna ko skng tingkatan 3 wah gaya penulisan mcm dh besar sgt siap ad bahasa intonasi bagai nak menipu pun agak2 la klo dh bodoh xreti tipu jgn mncuba.bodoh.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.