‘Orang’ Rumah Atas

Assalamualaikum FS.. terima kasih siarkan story Ryna Ramadhan haritu..

Nak selit another story kalau boleh..
– ‘Orang’ Rumah Atas –

Pernah dengar tak orang kata bunyik guli berdetik2, perabot beralih2 macam orang pindah rumah, bunyik budak berlari hentak kaki kuat2 1 rumah tu actually bunyik getaran tekanan paip?

Kami pindah duduk rumah sekarang ni dah dekat setahun dah. Ingat lagi masa 1st day pindah jumpa jiran sebelah rumah. Ramah akak tu tapi mulut puaka sikit. haha. Mana tak nya, 1st time jumpa pun dah lancang.
” Tenant lama rumah ni budak perempuan 1 group 5 org. 4 bulan jer stay, pastu pindah tempat lain. Adik orang ke-4 pindah rumah ni dalam tahun ni” sambil senyum kelat.
” Tak tau lah berapa lama adik boleh tahan” tambah dia lagi.
Kami terpinga2 sekejap cuba nak paham apa yang akak ni cuba sampaikan.

Seminggu yang pertama pun cukup dah kami dapat ‘salam perkenalan’. Dan terus kami paham dah kenapa akak tu cakap macam tu hari tu. Tapi memandangkan sewa rumah sekarang ni mahal2 belaka, maka kami gigihkan bertahan.

Dalam fb orang kata itu bunyik tekanan air dari paip yg menyebabkan terhasilnya bunyik guli berderaian di atas lantai. Tapi kalau sampai pukul 3am pun ada lagi bunyik guli tu, tekanan air apa pulak ekk?

Kami takda laa nak percaya hantu sesangat2 tapi atas pengalaman duduk dalam rumah ni, kami tolak kajian fb tekanan air bagai tu. Kalau siap boleh mengekek ketawa, menangis mendayu2, lagi pasang surah ruqyah lagi kuat dia main perabot, ni dah bukan issue tekanan air dah.

Siapa2 yg pernah tumpang tidur rumah kami, malam pertama mesti tak selesa. Selalu akan cakap rasa mcam ada yg memerhati diorang tidur.

Pernah sepupu datang tumpang bermalam, duduk makan kat meja makan, tiba2 dia toleh belakang sambil mukanya cuak tak tentu arah. Kami perasan dia toleh tu tapi tak pikir apa2. Sudahnya dia tak tidur, esok pagi2 lepas subuh terus balik rumah dia. haha.

2 hari lepas tu baru dia cerita dekat kitorang. Masa dia makan tu, dia rasa ada orang berbisik bacaan kat telinga dia tapi bukan bahasa Arab or melayu. Dia kata macam bahasa Sanskrit! Agak jelas jugak bunyik ‘orang’ berbisik tu. Sebab tu dia terus toleh belakang. Bila takda sesiapa pun kat belakang dia, terus dia tak sedap hati. Tu yang tak boleh tidur tu. Adoiii..

Kawan husband dulu pernah jugak tumpang semalam kat rumah kami. Bentang toto dekat ruang tamu jer. Lampu bukak yang kat luar jer, jadi cahaya memang nipis2 jer dalam rumah. Hanya berterangkan lampu TV. Elok jer kawan tutup TV nak tidur, dia nampak kelibat orang berdiri tegak tepi sofa ( dekat dengan dia ) tapi kepala hampir cecah siling!! sedangkan siling rumah kami agak tinggi yang memang tak kan ada orang biasa boleh capai. Disebabkan gelap dan dia terperanjat, dia bukak balik TV. Dannnnnn takda orang pun dekat ruang tamu selain dia. Member sudah goyang, terus kejut kami bangun kata nak balik. Konon ada hal. Kami yang mamai iyakan saja lah.

Sampai hari ni, dah raya ni pun kami masih duduk dirumah ni. Bunyik guli dan perabot bergerak2 dah lali ditelinga. So siapa yang duk kata bunyik guli perabot tu datang dari bunyik tekanan paip air, maaf lah. Kami tolak kajian anda. Nanti buat kajian lain eh.
Hehehh..

Itu jer nak share dengan semua.

Salam Lebaran buat FS dan warga FS semua!!

.

miz Nangnak
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 comments

    1. Sama mcm kt umah sy…nk keluar..dh beli2 mahal…so duduk je la…tp alhamdulillah…selalu bukak ruqyah n surah al baqarah…dah x de bunyi2 tu dah….

  1. hahaha.. mcm umah aku.. bertahan je la.. aku bertahan kat umah ni dah 7 tahun.. awal2 mmg dia galak nak bgtau yg dia pun dok kat umah tu.. aku buat derk je… last2 fed up gamaknya, trus dah slow skit.. sekali-sekala je dia main guli n menumbul sambal belacan kat atas siling umah aku tu..

  2. SAMA JE, RUMAH AKU PUN ADA.. ASAL PUKUL 12 KE ATAS, DENGAR ORANG ALIH PERABOT. TAKKAN TENGAH MALAM, SETIAP MALAM ORANG RUMAH ATAS DUK ALIH PERABOT KAN. OH, UNTUK MAKLUMAN AKU STAY RUMAH APARTMENT, TINGKAT 4. ADA LAGI RUMAH LAIN KAT ATAS. NAK SEDAPKAN HATI, AKU FIKIR JIRAN ATAS JE YANG BUAT. TAPI TAKKAN SETIAP MALAM. LAST2 BUAT TAK TAHU AJE LAAAA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.