Biarlah aku mulakan cerita ku ini dengan bismillahirahmannirahim…
kisah ini bermula sewaktu aku belajar di uitm sekitar tahun 90-an, aku diterima masuk ke uitm dan semestinya ibu bapa ku lah orang yang paling gembira dengan berita ini. Pada hari pendaftaran , aku ditempatkan di kolej Anggerik sebilik bersama dengan 4 lagi pelajar . Tapi tiba-tiba , nama ku dipanggil senior dan bilikku ditukar di mana hanya aku saja yg akan berada didalam bilik itu. Mana tak cuak aku time tu, almaklumlah sebelum ni tak pernah ada pengalaman duduk asrama apatah lagi berjauhan dengan family.
Tetapi, siapalah aku untuk melawan perintah senior. Aku redha dan cuba untuk menghilangkan rasa takut tersebut. Setelah selesai acara-acara di orientasi , semua pelajar di benarkan untuk berehat di bilik masing-masing dan diminta untuk tidur awal kerana esoknya kami di suruh untuk berkumpul di padang pada pukul 7.00 pagi. Makanya kenalah bangun lebih awal untuk mengelakkan traffic jam di bilik air.
Aku dengan longlai nya melangkah menuju ke bilik ku dan seakan perasaan takut dan tidak selesa itu masih memburu fikiran ku. Puas aku cuba tepis namun bermacam-macam andaian yang aku andaikan. Setiba saja aku ke bilik , aku memberikan salam kerana ibuku sememangnya mengajar kami adik beradik untuk memberi salam walaupun rumah itu kosong.
Sayup saja ku rasa dan langkah ku yang pertama masuk ke bilik tersebut membuatkan bulu roma ku tegak berdiri. Mungkin kerana dalam fikiranku asyik memikirkan yang bukan-bukan kerana pelajar-pelajar sedang bercuti semester ketika itu , jadi kesunyian di kolej Anggerik amat terasa. Apatah lagi bila menjelang malam, hanya ditemani bunyi cengkerik sahaja.
Oleh kerana perasaan takut masih menyelubungi, aku mengambil keputusan untuk tidak mandi pada malam tersebut. “Biarlah bukan ada orang lain pun dalam bilik ni, kalau busuk pun aku sorang je yg bau ” bisik hatiku sambil tersenyum.
Tepat pukul 11.30 malam, tiba-tiba saja aku rasa nak membuang air kecil dan bagaikan tong penuh yang tidak boleh di tahan-tahan lagi. Aku terus menuju ke bilik air yang selang beberapa pintu dengan bilikku. Setiba ku di tandas tersebut, aku terdengar seperti tong sampah sedang di punggah dan hatiku mula berfikir..”takkanlah malam-malam begini ada cleaner yang bekerja” . Aku mula berasa cuak tapi aku perlu ke tandas dengan segera. Memang bulu roma aku terasa semacam bila aku masuk ke tandas dan tanpa menoleh kiri dan kanan, aku segera melangsaikan hajatku.
Tiba-tiba aku terdengar pintu tandas sebelah di tutup kuat…”lega rasanya ada kawan sama-sama dalam tandas”..bisik hatiku.. Tetapi hatiku masih lagi terasa tidak sedap hati kerana aku dapat mendengar bunyi seperti orang mendengus ..semakin lama semakin kuat. Aku apalagi…selesai aje urusanku terus membuka langkah kaki seribu masuk ke bilik.
Aku tak mahu memikirkan lagi hal-hal yang menakutkan, lantas aku segera naik ke katil dan cuba untuk memejamkan mataku… tak lama selepas itu aku diganggu lagi dan kali ini di bilikku. Di belakang katilku ada meja tulis dan kerusi, dimana aku mendengar kerusi itu ditarik dan di tolak ke belakang dan ke depan. Aku tak sanggup untuk menoleh kebelakang kerana bimbang entah makhluk apalah yang sedang menunggu ku di belakang. Aku cuba pejamkan mata dan pekakkan telinga… dan ketika itu aku benar-benar rasa macam nak mati bila di tepi telinga ku kedengaran bunyi mendengus , sama seperti yang aku dengar di tandas tadi. Semakin kuat bunyi mendengus di sulami dengan hilaian kecil. Aku hanya mampu mengeraskan diri sambil membaca ayat-ayat al-quran yang aku tahu di dalam hati. Entah bila aku terlena aku pun tak pasti kerana sedar-sedar alarm handphone ku berbunyi pukul 5.00 pagi. Aku segera bangun kerana aku terdengar bunyi bising pelajar-pelajar orientasi yang sedang menuju ke bilik air.
Aku segera menceritakan apa yang telah aku alami kepada seniorku dan esoknya aku diberi bilik bersama pelajar-pelajar yang lain. Aku tidak akan melupakan kenangan yang menyeramkan ini dan sehingga kini aku masih bercerita kepada anak-anakku dan anak-anak buah untuk dijadikan pengalaman.
Hantar kiah anda : fiksyenshasha.com/submit
apa motif senior awak suruh awak beralih bilik? nak kenakan awak ke?
Biasalah Zaman2 ragging.. mmg senior2 gunakan kuasa veto…. hahah
Wah zaman 90an awak ada hp ya.. Rare masa tu student ada hp
heheh… zaman tu jenis hp yg ala2 botol air… baling anjing pun anjing leh pengsan.. punyalah besar & berat…
Boleh sy thu dlm cerita ni awk ddok blok yg mana 1? Sy student FSPU..alhamdulillah sem ni sem ke6 sy dpt ddok di kolej anggerik 🤗
Cerita rekaan sng kantoi..hp zaman 90an xde lg mangkuk oiii
Aku pakai 3310 yg ada ringtone doremon tu tahun 2001/2002… Zaman 90an ada hset alcatel, or motorola lipat tu jaa..lampu warna kuning hahaha. Agaknya budak ni guna teknologi masa hadapan kot