Hi Semua… Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua reader dan FS Crew.. Terima kasih banyak-banyak kalau cerita aku kali ni di siarkan.. Sebelum tu aku nak kenalkan diri aku ya? Aku Fazz berasal dari Bumi Kenyalang dan cerita yang aku nak kongsikan ni baru je jadi malam raya ke dua yang lepas..
Padah Cakap Besar
Aku ni ada sorang sepupu yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak bodoh sombong. Hahaha! (gurau) maksud aku celupar..
Pada malam kejadian aku dan keluarga besar aku termasuk sepupu-sepupu apa semua berkumpul kat rumah mak cik aku ni. Bila semua dah berkumpul macam-macam la benda nak dibualkan, Almaklumlah Raya katakan.. Pada masa yang sama aku dan Udin (sepupu aku) serta kawan-kawan yang lain lepak kat depan rumah, lepak punya lepak sampai lh jam dh dekat nak 2 pagi. Masa ni sepupu sepapat banyak yang dah tidur tapi tak sumua la dan cuma kitorang je kat luar.
Masa ni kitorang ada 4 orang termasuk aku dan Udin..Lagi dua tu aku namakan sebagai Afiz dan Azim je la eh. Afiz ni memang kawan aku tapi Azim ni aku baru kenal malam tu jugak sebab member si Afiz ni.. Sembang punya sembang, sampai lah Afiz ni buka topik Afiz yang Si Azim ni boleh tengok benda alah ni. Jadi aku ye kan je lah.. Masa tu aku tengok Udin semangat lain macam tengok Afiz dan Azim bercerita pasal Azim jumpa benda ni.. Aku dengar je lah..
Sampai satu part tu si Udin ni bagitau yang kalau dia jumpa benda tu memang dia bagi kaw-kaw punya. ” Mun aku nemu antu pocong,ku tangkap molah gulin. Mun aku nemu Kak Pon aku cucok pake paku jadi Bini” ( kalau aku jumpa Pocong, aku tangkap buat bantal peluk, kalau aku jumpa pontianak,aku paku terus buat jadi Bini) aku dah terdiam dah masa dia cakap ni sebab tak jauh dari tempat kitorang lepak tu aku dah nampak dah nenek tua serabai dok perati kitorang ( mungkin sebab nama dia tak di mention udin kot.) Aku diam kan je lah sebab dia tak ganggu lagi.
Sampai laa part si Azim ni cakap besar yang dia dah tak takut kalau jumpa benda tu sebab hijab dia dah terbuka. Afiz tengok aku dan senyum je (Afiz tau aku boleh tengok tapi tak bagitau Azim). Tak lama lepas tu kitorang serentak cium bau bangkai.. Aku dah rasa lain macam.. Melilau mata aku sebab aku tau tu bukan bau bangkai..Tak logik kot bau bangkai tetiba datang.. Sekali PAAAPPPP!!! Mata ku tertumpu kat sesusuk perempuan macam pontianak tapi spesis baru kot sebab baju dia warna merah ( ke baju raya.Hahahha!! )..Muka mengerutu hitam je. Rambut serabai macam biasa..
Aku bagi hint kat dorang ni suruh masuk kat dalam tapi boleh pulak Si Azim ni bagitau dia nak cari bau tu datang dari mana. Sah-sah kot ada benda kat depan dewan ( oh ya..Aku nampak gadis berbaju merah tadi kat depan dewan je..Depan rumah sepupu aku ni ada dewan.)
Jadi aku muncungkan mulut aku tunjuk ke arah dewan.. Aku cuba bagi hint kat Azim tapi dia buat tak tahu je.. Aku bagi hint kat Afiz dengan Udin pulak, Jadi dorang faham lah apa yang aku dah nampak.. Jadi dorang perasan lah Azim ni takleh nampak. Jadi bermulalah agenda si Udin dan Afiz menjahanamkan si Azim..
Masa tu Azim blur lagi so Afiz dan Udin buat plan dan cabar Azim pergi pusing dewan depam rumah tu kalau betul berani. Disebabkan tadi dia dah sembang ke langit jadi kalau dia tolak cabaran ni memang tebal la muka ye tak? Jadi nak tak nak dia pergi dengan confident.. Kitorang dah senyum senyum.. Keluar je dia dari area belakang dewan, dia dah terjerit jerit minta tolong.. Hahaha… Kitorang dah gelak sakan masa tu..
Dia datang kat kitorang dengan muka pucat apa semua.
Berdasarkan apa yang dia cerita, masa dia masuk kat pagar dia dah rasa lain macam. ( memang gadis tu kat pagar depan dewan pun) bila dia berjalan kat belakang dewan,dia rasa macam ada orang dok perati dia.. Sampailah dia kena tarik baju dengan benda tu sambil benda tu mendengus kasar.. Tu pasal dia buat larian amal pagi buta tu..
Malam tu nak tak nak, dia tidur sekali dengan kitorang sebab tak berani nak balik dah. Ni lah padah jika sembang meroket sangat.. Cerita ni ambiklah sebagai ikhtibar buat sekalian.. Hijab terbuka ni bukan sesuatu yang indah..Siksa juga kadang-kadang… Maaf sekiranya kurang seram…
Terima kasih sudi membaca….
Sekian..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
isi yang menarik dan ringkas. good job awak 🙂
Umur berapa fazz?
amek ko!!. .hahaha. .
Happy ending utk akak citer ni…
Puaasss hati bile yg bongkak terkena cmtu…
Hamek ko..!
lepas raya memang depa start outing la ek
:O orang kata kalau pontianak pkai baju merah ni bahaya.
Jnis bju mrah energy dia beza dr yg biasa
mcm pnh bc cerita ni. versi sm tp negeri lain.
Laa..Dh keluar rupa nya..thanks bagi yg komen.. Ni nama lame.. Now pakai nick Faze..