Pangsapuri Sri Ayu Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penggemar tegar fiksyen shasha. Nama aku EL. Disini aku nak kongsikan pengalaman aku dengan kawan aku semasa tinggal di hostel sri ayu.Sebelum itu,mohon maaf jika ada kekurangan dalam penceritaan yang aku sampai kan dan juga jika ada kesalahan dalam penulisan.

Pada suatu hari aku menerima satu panggilan yang mengata kan bahawa aku telah diterima bekerja di sebuah kilang, di Bangi. Pendek kan cerita, aku dan kawan aku, telah meminta untuk tinggal di hostel yang ada disedia kan. Pada hari kedua, aku dan kawan aku yang bernama Anis telah pergi ke hostel sri raya untuk tinggl disana.

Pada hari pertama kami masuk dalam rumah itu, rumah tu sangat lah kotor dan busuk, rambut bersepah, sampah di dapur sudah berulat, nasi yang sudah dimasak pun berulat, aku dengan kawan aku pun dah pelik, macam tak ada orang yang tinggal dekat rumah ini, sedangkan masa kami ambil kunci rumah tu, warden ada beri tahu yang dirumah tu ada seorang staff yang tinggal disana, tapi yang pelik nya masa kami masuk rumah tu, macam aku cakap tadi lah kotor dan busuk. Aku dengan Anis pun mula lah kemas kan rumah tu, tak kan nak duduk dalam keadaan kotor macam tu kan..

Seminggu sudah kami tinggal disana, masa ini tak ada lagi rase takut atau fikir yang mengarut, tapi ade jugak lah kadang rasa tak sedap hati, tapi aku tak nak layan kan sangat perasaan tu, ok pendek kan cerita, mase tu kami balik kampung, dan tinggal lah kawan aku sorang sahaja dekat rumah tu. Pada malam tu, kawan aku call aku dan bagi tahu aku yang die jumpe something dalam rumah tu mase tengah kemas bilik yang macam stor sebab banyak barang tak pakai simpan dalam bilik tu, jadi dah jadi macam stor..

Selepas kawan aku call, aku pun bergegas lah balik ke hostel, jumpa kawan aku dan dia pun tunjuk barang yang di jumpa, ada dua beg kecik , macam beg makeup tu, dalam beg tu penuh dengan name orang yang dah diikat dengan plastik kecik, ade tanah, keminyan dan aku jumpa minyak air mata duyung tak silap aku lah. Selepas tu aku dengan kawan aku bagi tahu dekat warden yang kami jumpa barang tu dekat rumah kami, warden pun pelik sebab warden cakap dia dh buang benda tu, punca nya warden rampas barang tu dekat staff indonesia yang bekerja di kilang tu, barang tu barang bomoh macam tu lah. Warden cakap dia dah buang tapi kami terkejut sebab barang tu ada dirumah kami, dan kami pun bagi semua barang tu dekat warden sebab takut nak simpan dalam rumah tu, takut jadi ape2 gangguan nanti.

Sebulan lebih dah aku dengan kawan aku duduk dekat rumah tu, kami mula di ganggu. Dekat pangsapuri sri ayu nie macam2 agama yang ada, tiap malam dengar tingkat atas macam ada buat upacara, tapi ada yang cakap itu cara mereka sembahyang, ada yang menangis, ada yg gelak, seram dengar mase tu, yelah tak biasa dengan suasana macam tu kan. Malam tu kawan aku duduk dekat ruang tamu dan aku didalam bilik. Mase tu aku tengah video call dengan kawan aku, lama jugak lah kami berbual, lepas itu aku nak keluar dari bilik , nak lepak dengan kawan aku, lepastu aku pun bangun dari katil dan hp aku letak di atas katil, katil aku ni dua tingkat jadi aku tidur dekat katil bawah.

Waktu mase aku letak hp aku atas katil, kawan aku tegur, dia cakap macam ni’wei ape benda dekat atas kau tu?’,aku pun tengok lah terus dekat hp, aku tak tengok dekat ats katil sebab mata aku terus pandang hp aku dan korang tau tak aku nampak ape? Aku nampak bentuk kepala manusia semua hitam macam tengah intai aku dekat katil bawah, aku terkejut terus aku keluar dari bilik, mase aku keluar dari bilik, kawan aku tanya aku, ape yang bunyi jatuh tu, macam bunyi almari jatuh, aku pun cakap lah mane ade bunyi ape2, tak ada apa pun yang jatuh.

Aku pun diam duduk dekat kerusi tenang kan hati aku, jantung aku dah laju, lepas tu aku bangun aku berani kan diri nak tengok ada apa2 barang tak dekat katil atas, mane lah tau perasaan aku je tadi tu kan, ade kain hitam ke tudung hitam aku ke kan, tapi tak ada satu pun kain atau barang lain yang berwana hitam dekat atas tilam tu weii, mase tu aku dah takut sangat, aku tak cerita langsong dekat kawan aku, aku baca apa yang aku tau, satu hari aku tak boleh tidur, aku bukak lampu sebab tak berani tidur dalam gelap, aku teringat dengan apa yang aku nampak..

Bila dah lama baru aku cerita dekat kawan aku dan kawan aku cakap, pada mase yang sama aku kena kacau tu, kawan aku tengah video call dengan tunang die, mase tu dia pakai baju tshirt lengan pendek ,tapi tunang dia tegur kenapa pakai baju kurung malam2,mase tu dia tak fikir apa, sebab dia inggat tunang die nak bergurau dengan die.Start dari kene kacau macam tu, macam2 kami dengar bunyi ,aku dengan kawan aku dah tak sanggup lagi duduk dekat situ,sebab kawan aku pun dah kena kacau, dia nampak budak lari depan pintu bilik, dia nampak lengan budak sahaja, esok tu kami terus keluar dari sana, tak sanggup aku nak duduk lama.

Ok lah itu sahaja cerita pengalaman yang aku dan kawan aku hadap masa duduk di pangsapuri sri ayu..Maaf jika ada banyak kekurangan dan kesalahan ayat dalam cerita aku ini..terima kasih pada yang sudi baca. Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ChikBunga

6 thoughts on “Pangsapuri Sri Ayu Bangi”

    • bende yg kami jumpe tu dah mmng ade dalam rumah tu,barang yg tak elok…mungkin kau dah sebati dengan mereka2 semua…so jngn nk ckp kami bwk bnde tu haha….dengan rumah busuk kotor , memang tmpt jin syaiton suke dduk…

      Reply
    • mungkin kau yg bawak benda tu…jin dan syaiton memng suka dduk di tempt yg kotor dan busuk…mereka masuk dalam rumah tu pun memng keadaan dalam rumah kotor…so tak mustahil lah rumah tu ade pnunggu…lagi2 mereka jumpa barang yg tak elok dalam rumah tu…barang bomoh!

      Reply
  1. Memanglah kak, di hostel sri ayu yg dkt bandar baru bangi tu ada yg tak wajar, sebab waktu saya duduk kat sana dulu, ada satu teman saya yg kena ganggu dgn makhluk yg tak kasap mata, sampai2 kawan saya itu b***h diri. Klo tak silap kejadian itu pada tahun 2006

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.