Parcel Terakhir Malam Itu
Assalamualaikum sahabat sekalian. Apa khabar semua? Harap masih sihat dan bersemangat nak baca cerita dari aku ni. Kali ni aku nak kongsikan pengalaman seorang adik sepupu aku. Aku bagi nama dia Ammar (bukan nama sebenar) dalam entry kali ini. Dia kerja sebagai rider penghantaran parcel, kau tahu la kerja macam ni waktu memang tak tentu, kekadang sampai lewat malam baru habis round. Jom kita layan cerita dia…
Aku di sini sebagai Ammar. Aku dah dekat setahun buat kerja hantar parcel ni. Memula memang seronok sebab boleh atur waktu sendiri, tapi lama-lama badan penat gila weh. Malam tu aku dapat job last sekali sebelum nak balik rumah. Pukul 11 lebih dah time tu. Alamat yang keluar dalam app tu kawasan lama, Taman Seri Kenanga namanya, rumah teres setingkat yang dah nampak usang. Aku memang jarang masuk kawasan ni sebab jalan dia banyak simpang dan lampu jalan pun tak semua nyala.
Sampai je depan rumah tu, aku pandang no rumah. No 13, Lorong Kenanga 5. Confirm alamat betul sebab dalam app pun sama. Tapi pelik sikit, rumah tu gelap gelita. Langsung takde lampu luar pun nyala. Pagar dah berkarat, rumput dalam laman pun dah panjang macam tak dijaga. Aku fikir mungkin owner tak balik lagi ke rumah baru. Biasa la kan zaman order online ni, orang order barang tapi belum balik rumah pun boleh jadi.
Aku call nombor yang tertera. Berbunyi lama gak baru diangkat.
” Hello, saya dari delivery ni. Parcel awak dah sampai depan rumah. ” kataku.
Suara di seberang, perempuan, agak berat dan slow macam orang tua.
” Letak je depan pintu nak. Saya tak larat nak keluar. “
” Baik makcik. ” balasku.
Aku pun angkat kotak tu turun dari motor. Sambil jalan ke pintu aku perasan macam ada bayang bergerak kat tingkap sebelah. Aku ingatkan mata aku penat sebab dah lewat malam. Aku letak parcel tu depan pintu, ambil gambar untuk proof of delivery macam biasa. Time tu la aku dengar bunyi macam orang menyeret kerusi dalam rumah. Krezet krezet macam tu bunyinya.
” Makcik okay ke dalam tu? ” tanyaku sambil ketuk pintu sikit.
Takde jawapan. Aku pelik, sebab baru je dia jawab call tadi. Aku toleh belakang nak check motor, sekali bila aku pusing balik ke pintu, parcel yang aku letak tadi dah takde. Padahal aku baru je letak, tak sampai sepuluh saat pun. Bulu roma aku terus berdiri weh. Aku fikir mungkin dia dah amik dari dalam through the door slot ke apa, tapi pintu tu jenis solid takde slot pun.
Aku terus cabut cepat cepat naik motor. Sambil bergerak keluar dari lorong tu, aku ternampak dalam cermin side mirror ada sosok berdiri kat depan rumah tadi. Perempuan, tapi cara berdiri dia pelik, badan dia senget macam tak seimbang. Aku tak berani nak toleh belakang. Terus gas laju je sampai keluar simpang.
Sampai rumah malam tu aku demam. Terus baca surah pendek, minum air suam, dan cuba lupakan apa yang jadi. Tapi esok pagi bila aku update app, status parcel tu confirm “Delivered”. Pelik kan, sedangkan aku sendiri tak pasti sama ada barang tu betul-betul sampai ke tangan orang atau tidak.
Sebab curious, aku pergi jumpa member aku, Farhan, yang kerja kat pejabat operasi delivery kami. Aku citer apa jadi malam tu. Farhan pun buka rekod delivery lama untuk alamat tu.
” Weh Ammar, ni memang address confirm dalam sistem, tapi… ” Farhan berhenti sekejap. ” rumah ni memang dah lama takde penghuni. Pemilik dia, seorang makcik, dah meninggal dunia lebih setahun lepas. Anak dia yang jual rumah ni pun dah pindah jauh. “
Aku terus rasa sejuk seluruh badan. Habis siapa yang jawab call aku semalam? Siapa yang cakap “letak je depan pintu”?
Farhan sambung lagi, ” Lagi satu benda pelik, order untuk alamat ni memang selalu keluar. Rider lain pun pernah dapat job sama, tapi semua cakap benda yang sama, rumah gelap, tapi bila sampai je, parcel dah takde macam ada orang amik. “
Aku terus terfikir, mungkin ada jin yang menyerupai rupa si mati untuk perdaya sesiapa yang lalu situ. Sebab dalam ajaran kita, roh yang dah pergi takkan kembali ke dunia. Yang ada tu jin yang suka kacau, ambil rupa untuk buat kita takut atau keliru.
Selepas hari tu, aku decide takkan ambil job ke kawasan tu lagi walau berapa besar upah sekalipun. Setiap kali nak keluar kerja malam, aku sentiasa baca doa keluar rumah dan ayat Kursi dalam hati. Sebab kau tak tahu bila kau akan terserempak dengan benda-benda macam ni.
Sampai sini je pengalaman dari adik sepupu aku ni gaiss. Korang rasa camner, memang ada ke rumah yang jadi “langganan tetap” makhluk-makhluk ni untuk perdaya orang kerja malam? Kalau korang ada pengalaman serupa, boleh la share kat komen. Assalamualaikum semua!