Disini aku nak kongsi cerita tentang apartment di Seksyen 14, Shah Alam. Yang ni paling real aku pernah kena selama aku hidup. Sebelum ni pun memang da selalu kena ganggu dengan ‘benda’ tu juga. Tapi kali ni, paling real lah.
Masa tu aku lepak kat Shah Alam and aku selalu tumpang parking kereta aku kat apartment kawan aku sebab kat situ tak payah bayar. Tahun lepas (2017) tak payah bayar tapi sekarang dah kena bayar dah sebab dah maju kot. Banyak kedai yang popular baru buka di apartment tu.
Hari tu kebetulan hari khamis malam jumaat and aku habis settle kan semua hal aku and lepak dalam waktu maghrib camtu. Kebetulan aku tak boleh solat, so aku decide nak balik terus ke rumah. And haritu pun lain daripada yang lain sikit, aku rasa badan aku menggeletar lain macam and tak sedap hati. Kawan aku pun sampai pelik dengan perangai aku, dia cakap aku cam tak betul sangat.
Memang aku rasa tak sedap hati, tapi aku tak tau sebab apa. Kawan aku pun hantar aku ke kereta. Dia suruh aku kol dia dalam perjalanan sebab risau tengok aku macam ‘tak betul’ sangat.
Aku start enjin kereta and tolak gear ke ‘reverse’. Tetiba aku terasa aku macam terlanggar sesuatu. Aku turun dari kereta, and tengok belakang kereta, memang takde apa-apa. Dan aku terpandang ke atas, sign “keluar” berhayun sendiri macam ada yang tengah bertenggek kat atas sign tu. Padahal bahagian parking lot tu takde angin takde ribut ke apa, tapi boleh berhayun.
Masa tu aku buat tak tau je. Aku pun anggap, bunyi kuat macam terlanggar ‘something’ tu bunyi tayar kot. Padahal dalam hati aku memang aku dah boleh rasa, aku terlanggar ‘benda’ tu. Aku pun keluar dari tempat parking and lalu kat taman belakang Masjid Shah Alam. Masa lalu di tepi taman yang gelap tu, tetiba aku dengar bunyi bonet aku terhentak kuat, aku dah gelabah gila ingat kan ade perompak masuk dalam bonet kereta aku masa aku tinggal kan kereta kat parking lot tu. Aku rasa tak sedap hati dan gelabah dah masa tu, and kebetulan bila aku tengok kat bahagian meter tu, ada sign yang pintu kereta tak ditutup rapat. So aku berhenti sebelah taman yang gelap tu, and aku cek semua pintu and bonet kereta. Aku tengok semua rapat je. Huhh.
Aku teruskan perjalanan tuk balik ke Klang, and aku call kawan aku. Aku cerita lah apa yang jadi masa kat tepi taman tu, dia marah sebab aku turun dari kereta. Masa tu, aku tak tau kenapa, hati aku asyik berbisik, ada ‘benda’ tengah tumpang sekali dalam kereta aku!
Aku pasang earphone and sambung berborak dengan kawan aku. Aku cuba nak alihkan pemikiran aku yang ade ‘benda’ menumpang dalam kereta aku. Then tetiba kawan aku sebut pasal ‘benda’ tu masa tengah berborak. And tetiba ade bunyi statik dalam talian tu. Selama aku hidup 25 tahun, tak pernah lagi aku dengar bunyi statik yang menyeramkan macam tu. Kawan aku pun pelik, dia pun dah terfikir, ada ‘benda’ tu dengan aku. Aku suruh dia senyap, sebab aku dah gelabah. Dah la aku dalam kereta, drive sorang-sorang, rasa nak menangis wehh. Dalam hati aku baca ayat Kursi, tetiba bunyi statik tu jadi lagi. And masa tu kawan aku suruh aku baca ayat Kursi, aku suruh dia diam lagi sebab aku tak nak provoke ‘benda’ tu sebab tadi aku dah baca and sebab tu lah bunyi tu terjadi. Bulu roma aku meremang and aku rasa macam ada benda pegang bahu aku. Masa tu, aku rasa perjalanan aku ke Klang adalah perjalanan yang paling lama aku pernah lalui sepanjang hidup aku.
Aku minta kawan aku kol ayah aku, bagitau ayah aku suruh tunggu depan rumah. Jangan biar aku masuk sorang-sorang. And aku pun matikan talian dengan kawan aku sementara dia kol ayah aku. Aku berhenti di Shell sebab takut nak duduk dalam kereta sorang-sorang.
Di hadapan tempat aku parking tu, ade sorang pakcik berserban baru balik dari masjid kot, asyik pandang je dalam kereta aku. Mybe pakcik tu nampak ada benda dalam kereta aku kot. Aku lagi lah rasa nak menangis sebab takut. Dalam 5 minit macam tu, ayah aku pun kol aku. Ayah aku cakap, dia dah dengar dah kawan aku cerita. Dia tanya kat mana aku start kena dengan ‘benda’ tu, tetiba bunyi statik tu jadi lagi.
Ayah aku minta aku berhenti di restoran di Klang, nanti jumpa disana and ayah aku yang akan bawa balik kereta aku. Aku dah rasa sedikit lega bila ayah aku nak tolong teman kan. Tapi, yang buat aku gelisah balik tu, drive sorang-sorang lagi tu. Ya Tuhan, tolong aku!
Aku gagahkan juga diri aku masuk ke dalam kereta and start enjin. Aku dapat rasa ada yang tengah memerhati aku dibahagian seat belakang. Aku kol kawan aku tadi and ubah topik cerita untuk lekakan pemikiran aku.
Sampai sahaja aku di restoran yang ayah aku nyatakan, aku terus keluar dan duduk di meja makan di situ. Dalam 20 minit camtu, ayah aku pun sampai dengan adik aku. Ayah aku suruh aku bawa kereta dia and ayah aku bawa kereta aku. Masa tu, aku memang dah rasa lega nak balik, sebab adik aku pun ada dengan aku.
Sesampai sahaja dirumah, mak aku tanya, apa yang jadi sebenarnya. Aku pun cerita dari A sampai Z apa yang jadi. Dalam 30 minit lepas tu, ayah aku pun sampai rumah. And ayah aku bagitau yang dia pergi hantar kereta aku ke car wash. Ayah aku kata, dia dah cek kereta aku, and dah halau minta ‘benda’ tu pergi dari kereta aku.
Mak aku suruh aku mandi sebab takut aku bawa balik ‘benda’ tu. Bila aku masuk dalam bilik air, tetiba bahu aku terasa berat and baru aku sedar ‘benda’ tu ada lagi dengan aku.
Sekian.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
seram!
alaaaa baru sedap baca,dah habis
So bila dah sedar ada benda tu lagi, apa jadi? Suspense ni.
la…cam de sambungan je..aduh
Nak sambungannyaa😫
benda dah berlaku kan.. x boleh nk ubah… terima seadanye.. tp jemah tetap nk tanye.. knp waktu org tu pndang2 kereta awak.. awak x nk tanye.. “pak cik ade nmpk ape2 yg pelik ke kat kereta saya?”… nape x tanyeeeeeee……
Kannnn….klu tnye ngn pakcik serban tu boleh pkcik tu tlg halaukan. agaknyela…..
Ingatkan pakcik serban tu nk tanya ke tolong ke.aduhaiii
Seram
Aku rs ko ni cantik & menarik kot.. tu psl la dia gi follow ko balik rmh.. stkt nk usik2 manja beliau mngkin rs tk brapa nk sesuai.. aku syak beliau tu dh lama dh peratikn ko.. memndam prasaan kat ko seadanya.. klau beliau gitau ko yg dia suka kat ko, blum tntu lg ko terima beliau seadanya..
alah lepas tue ape jadi????
lepas tu ape jadi?
ish tergantung plk.
cerita best .nak sambungan
meremang pulak ending cerita ini..huhuk
And then? what happen?
sambungan mana
Vista Alam ke?
seram!!
and..and…and…then and…and then
Kannn….. byk sgt andnya….
Errrr,.. tu je? huhu
NAPEE TERGANTUNG ?? SAMBUNGAN PLEASEEEE
ini benar-benar misteri..
hmmm..
alaa..tergantung sepi la plak huhu
Sepanjang keja balik lewat lepak malam2 dkt seksyen 14 tu x penah pulak la kena. Rs mcm urban ja tmpt tu setan pon mcm malas nak kacau.
sambungan plisssss….apa jd lps tu?
Alaaa napa tergantung . Dah syok baca, spoil lah :'(
bunyi static tu macam mana ? tak tahu 😅
kruk..krukkk..krukkkk kottt..aku agak2 jer
Cerita ini best…
Cerita ini boleh diedarkan dalam format PDF melalui Open Library dot ORG…
Tapi sebelum diedarkan dalam format PDF, cerita ini nak kena modifikasi sedikit ayatnya…
Link di bawah ini adalah contoh format PDF yang diedarkan melalui Open Library.
https://archive.org/stream/UHantuMengakuNamanyaNursajat#page/n1/mode/2up
Masih lagi free parking kat bwh tu. huhu. Menate kat situ hari2 penuh. Ingat kan takde ganguan disitu
uishhh seramyaa