Part 1 : Disihir bekas kekasih dan kawan rapat

Selalunya aku baca cerita seram dekat mana2 blog sebab suka sangat cerita hantu. Kalau tengok cerita hantu memang tengok sorang2. Minat sampai macamtu sekali.

Okay yang aku nak cerita ni pengalaman sebenar aku masa aku study di UiTM. Tapi aku taknak mention UiTM mana. Aku ni perempuan yang sangat degil. Aku mula kena kacau benda yang pelik ni dari part 4. First aku kena kacau, memang aku rasa takut jugak lah. Tipu lah tak takut. Roomate aku semua selalu balik rumah kalau hujung minggu. Aku orang jauh, so taknak lah ulang alik balik.

Mula2 aku kena kacau masa aku duduk rumah sewa fasa 2. Masa tu baru nak start semester baru, aku lah orang pertama masuk rumah tu. (Ni rumah baru di sewa, aku banyak kali pindah rumah sewa). Housemate balik 3 hari lagi. So aku akan duduk rumah tu 3 hari sorang2. Rumah tu 2 tingkat. Masa aku baru sampai rumah sewa tu dah senja. Jadi aku tak kisah lah dengan jiran2, sebab nak masukkan barang dalam rumah sebelum azan magrib. Bilik aku dekat tingkat atas. Rumah tu memang masih berdebu dan kosong.

Bayangkan aku duduk rumah tu first day dah senja. So aku penat and tak sempat nak kemas rumah. Aku malam tu mandi agak lewat, pukul 10 agaknya. Masa aku mandi tu, aku dengar jiran sebelah pun mandi jugak. Meriah pulak tu. Dalam hati aku, okaylah tak sunyi sangat. Masa mandi tu aku dengar pulak jiran sebelah tengah masak. Dengan ketukan kuali dia yang kuat buat aku dengar. Masa tu aku pelik jugak malam2 tak mengantuk ke siap masak lepas tu riuh pulak. Lepas mandi tu aku terus tido. Esoknya aku kemas rumah dan buang bekas2 kosong yang tak guna.(kenapa lah ex rumah sewa ni tak reti nak buang botol2 yang kosong).

Masa aku buang sampah dekat luar, ada makcik yang tengah siram bunga tegur aku. Dia tanya aku orang baru yang sewa ke? Terus aku datang dekat. Ye lah rumah dia selang 1 kali dari rumah aku. Aku jawab ye. Baru je masuk semalam. Makcik tu pun cakap ,okay lah tu. 2 tahun dah takda orang sewa. Rumah sebelah korang pun dah berpuluh tahun takda orang duduk. Terus aku tengok rumah sebelah kitaorang. Kosong and sangat usang. Sangat sangat usang. Macam rumah hantu. Dengan pintu takda, pagar dah berkarat. Rumput panjang. Semualah. Dalam hati aku terdetik, habistu siapa yang bising2 semalam. Sebab toilet aku memang bersebelah dengan rumah kosong ni. Tapi aku diam je lah. Taknak lah cerita dekat makcik ni. Okay itu permulaan nya.

Dipendekkan cerita, dah dekat nak final masa tidur kitaorang dah tak tentu. Lupa nak bagitahu, aku ni budak Art. Normal lah kalau lewat malam buat kerja. Disebabkan tidur tak tentu masa, aku lepas consult dengan lecturer terus balik rumah. Balik pun dekat pukul 5 sampai rumah. Niat taknak lah tidur sebab tak elok tidur lepas Asar. Tapi terlelap sampai azan Magrib. Member bilik kejutkan aku, lepas tu aku bangun tapi dengan muka yang marah dan cakap Azan ni tak reti nak berhenti ke. (Aku tak ingat apa aku cakap and riaksi muka aku, ini roomate aku yg bagitahu). Member aku pun pelik, dia tak pernah tengok aku macamtu. Dalam diam dia contact member lelaki aku yang kuat hal agama. Member lelaki ni rapat jugak dengan aku, dia pun pelik sikap aku macam tu. Lepastu dia ‘scan’ aku dekat ustaz. Rupanya ada benda dekat badan aku. Orang sihirkan. Member aku ajak jumpa ustaz. Tapi aku ni sangat degil or memang benda tu taknak aku berubat.

Habis je semester tu, aku balik rumah. (Masa ni masih degil taknak berubat, parents pun tak tahu lagi. Bagi aku benda ni tak penting). Masa aku cuti semester 2bulan setengah ni, aku asyim mimpi pelik. Mimpi ular, monyet ,bayi. Tapi yang paling kerap ular hitam yang besar. Terus terang aku cakap mimpi ular tu sampai sekaramg aku ingat. Dah mimpi macamni pun aku masih degil. Watak aku mula berubah. Aku dari yang sabar jadi tak penyabar. Semua benda salah di mata aku. Marah tak tentu pasal. Sehingga lah aku datang satu penyakit, darah haid yang tak berhenti selama 2 bulan.

Selama aku sakit tu, aku selalu ulang alik hospital. Doktor pun tak tahu apa penyakit aku. Siap bagi ubat stop bleeding dan ubat tambah darah. Sebab darah aku sangat kurang. Selera makan pun dah takda. Dah macam mayat hidup dah.

Tapi lepas aku makan ubat tambah darah, aku pulih sekejap. Dan masuk ke semester 5. Ramai jugak member cakap aku kurus lepas tu muka cengkung lah. Aku tak kisah. Sampai satu saat, aku start bleeding lagi. Member aku paksa aku berubat. Sebab dia cakap, aku ni kena buat orang. Aku degil sampai aku marah member aku tu. Aku cakap aku taknak berubat. Semakin teruk keadaan aku, aku masuk ICU dan lecturer bagi notis seminggu untuk aku berehat. Aku balik rumah aunty aku. Aunty aku paksa aku berubat cara islam, sebab mak aku yang suruh. Ini pun sebab member aku bagitahu parents aku.

Akhirnya aku berubat dengan seorang ustaz, masa aku pergi tu. Perasaan takut dan berdebar nak jumpa ustaz. Bila ustaz baca surah aku dah tak tenteram. Lepas tu dia minta izin untuk cucuk belakang aku guna kayu secara pelahan. Tapi aku menjerit macam dia cucuk belakang aku dengan pisau. Sangat sakit. Sampai aku menangis suruh berhenti. Ustaz tu teruskan jugak. Dia cakap selagi benda tu tak dimuntahkan, dia akan teruskan. Aku merayu menangis suruh berhenti, kerana belakang aku sangat sakit. Ustaz tu berhenti sebab aku dah lemah ,dia suruh aku datang lagi.

Lepas balik berubat tu, badan aku dan pendarahan aku okay. Rupanya aku kena sihir istihadah ( Perdarahan ) . Orang yang hantar ini sebab nak rahim aku rosak. Aku taknak berubat lagi. Sebab aku rasa aku dah sihat lepas jumpa ustaz. Aku ikut pantang ustaz tu semua.

Malangnya aku masih tak sihat. Sebab ada sihir lain datang lepas aku berubat. Yang ini aku akan cerita dekat next entry. Sebab aku disihir oleh 4 orang yang berbeza.

.

El
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.