Okay ini sambungan cerita haritu. Minta maaf sebab ada sambungan. Sebab taknak entry tu panjang sangat.
Selepas aku berubat dengan seorang ustaz di Bangi tu, aku confident yang aku sihat dan tak perlu lah aku pergi berubat lagi.
Kejadian ini berlaku masa aku praktikal. Masa aku praktikal, aku mula mimpi ular lagi. Lepas tu mimpi kena rogol. Bangun-bangun aku tidur, tengok celah kangkang aku berdarah. Aku pelik sebab mimpi tu macam betul. Tapi aku ambik tak endah je. Seminggu lepas tu aku mengalami perdarahan yang teruk lagi. Aku masuk hospital pakar wanita. Biasalah doktor, dia ingat aku keguguran. Memang aku pelik lah. Sejak bila aku buat benda yang tak sepatutnya. Aku ulang alim masuk hospital ,tak kira pakar wanita or klinik biasa. Sebab aku buntu. Last sekali, aku jumpa dengan ibu aku yang kuat agama. Dia cakap kalau dah cara sains tak dapat, pergi lah berubat cara islam.
Aku berubat secara islam sekali di Kuching, Sarawak. Lepas tu aku okay sikit. Tapi banyak pantang kena buat. Mimpi buruk setiap malam, kebanyakkan mimpi ular dan bayi. Paling aku takut mimpi bayi. Dalam mimpi tu aku kena tolong bayi tersebut, comel pulak tu. Tapi nasib baik aku tak amik. Sebab kalau aku ambik, lagi teruk ustaz tu cakap.
Disebabkan aku dah okay, aku tak pergi berubat. Ini kali kedua aku berubat. Aku ingat aku betul2 sihat, sebab perdarahan takde lagi. Rupanya aku sebenarnya tak okay lagi. Sihir masih ada. Bertapa bijak nya jin yang dekat badan aku. Masa aku berubat dia takda ( Ini yang ustaz itu bagitahu, ustaz yang ketiga)
Aku balik ke Puncak Alam. Dan pindah rumah baru. Kali ini apartment. Disebabkan housemate lama aku sudah grad. (Aku duduk dengan senior, bukan sebab repeat) . Aku duduk dekat tingkat yang paling bawah. Jadi seperti biasa, aku orang pertama yang sampai rumah. Alhamdulillah kawasan rumah baru aku ini agak bisik. Sebab banyak keluarga yang tinggal di situ. Aku selalu seorang di rumah, setiap aku seorang setiap kali tu lah aku dengar orang masuk rumah and mandi. Tapi bila aku check, and tanya dalam group. Semua cakap masih di kampus. Mula2 aku ingat itu mainan minda. Tapi kejadian ini semakin kerap. Kadang2 ketuk pintu aku, tapi takda orang.
Perangai aku mula murung. Duduk dalam bilik. Makan taknak. Solat pun malas. Dengar azan pun marah. Assignment tak buat. Aku duduk dalam bilik. Sampai lah member aku paksa aku berubat dekat Selayang. Dia cakap ustaz dekat situ kuat. Okay aku ikutkan je, sebab aku dah lemah dan putus asa. Siapa yang tak putus asa. Orang yang hantar sihir berkali2, berubat pun berkali2. Aku penat. Masa aku masuk rumah ustaz di Selayang tu, dia tanya aku orang mana. Aku jawab ,Sarawak. Dia cakap orang yang hantar dekat aku ini lelaki. Aku pernah reject dia. (Sampai sekarang aku tak tahu siapa, sampailah ada seorang bekas kekasih aku chat aku masa aku sakit tenat, dia cakap. Hi sihat ke? ?) Yang aku pelik aku takda bagitahu siapa pun aku sakit. Sejak itu aku tutup semua laman sosial aku. Sebab aku tak percaya siapa dah.
Setiap minggu aku berubat dengan Ustaz di Selayang sehinggakan dia cakap sihir dekat aku terlalu kuat. Dan dia suruh pergi Pahang untuk berubat. Masa tidur aku dah tentu. Malam aku tak tidur, setiap malam aku tengok lembaga belakang pintu dan perhati aku tidur. Setiap malam jugak badan aku ditindih. Ya Allah sakitnya. Sehingga aku menangis. Bayangkan 2 bulan aku tak dapat tidur lena. Aku dapat tidur lepas azan Subuh. Lepastu bangun pukul 7 sebab kelas pukul 8. Aku dah macam mayat hidup. Dengan bengkak bawah mata, kurus. Akhirnya lecturer bagi lagi notis untuk aku berehat. Tapi aku niat mahu berhenti study. Semua orang larang sebab aku dah last semester. Lecturer pun tak kasi, sebab tak lama lagi habis degree. Aku masa tu tak kuat. Aku putus asa.
Akhirnya aku bertegas ke Pahang, seminggu awal aku memang tak sabar nak berubat. Sebab aku tak larat dah. Aku nak tidur. Aku nak makan macam biasa. Bayangkan ,aku boleh makan macam menu 5 orang. Member aku cakap itu bukan aku yang makan. Lepas sejam mesti aku lapa macam seminggu tak makan. Tapi masa aku nak pergi Pahang, aku marah. Dan aku taknak pergi. Aku cakap dekat member aku, aku taknak pergi. Dan aku kunci bilik dan off hp. Member sebilik aku terus baca ayat kursi. Aku okay dan pergi berubat. Ustaz yang di Pahang cakap dekat member aku, jangan cakap datang sana pergi berubat. Tapi datang berjalan2. Sebab kalau cakap pergi berubat, mungkin ada benda buruk akan berlaku.
Akhirnya aku sampai Pahang. Malam before aku berubat, aku bermimpi seorang ustaz yang aku tak kenal. Dia cakap aku tak perlu berubat. Aku sihat je. Esok tak payah pergi. Bangun aku dari tidur, aku nampak lembaga depan cermin.
Esoknya aku berubat, aku sesat pergi rumah ustaz. Sampai satu jam. Sedangkan kawasan nya member aku tahu. Last2, baca ayat kursi. Kitaorang selamat sampai. Masuk je rumah ustaz tu, muka aku berubah ( Ini based on member dan mak aku bercerita, dia cakap aku macam marah dan tenung ustaz tu macam nak bunuh orang) aku tak ingat sangat kejadian dekat rumah tu. Yang aku ingat, masuk je rumah ustaz tu terus guntur dan kilat. Hampir sejam ustaz tu bercakap. Aku tanya bila nak berubat sehingga aku pergi dekat sofa dan tidur dekat situ. Member aku cakap aku bangun dari sofa tempat ustaz tu, terus tidur. Member aku kejut aku, dia suruh aku bangun. Sebab ustaz aku dan bini dia dah start nak mengubat. Aku bangun dan marah. Aku masuk bilik tu sekali dengan member aku, bini ustaz tu cakap nasib baik awak nak berubat. Sihir yang dihantar ni nak awak mati. Pernah tak awak rasa nak bunuh diri. Lepas tu aku iyakan. Sebab kalau aku sorang, memang aku rasa nak bunuh diri. Awak ada 4 sihir dekat badan awak. Semuanya lain2 sebab. Rosakkan rahim dan mati. Aku terdiam dan menangis. Bini ustaz tu pegang tangan aku nak baca surah tapi tiba2 blackout dan guntur yang kuat. Diteruskan baca surah sampai lah aku tak sedar. Bangun nya aku, aku dah di rumah member aku. Demam panas. Aku demam seminggu, dan aku dah mula dapat tidur seperti biasa.
Alhamdulillah aku sihat macam biasa. Dan tamatkan degree aku dengan jayanya. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari.
Aku balik Sarawak sebulan kemudian. Aku mula perdarahan dan kena tindih setiap malam macam biasa. Aku ingat aku dah sihat. Masa tu Allah je tahu perasaan putus asa aku. Aku tengok lembaga tu pun tak takut dah. Perasaan marah mula ada dekat orang yang sihir ni. Patut lah ustaz taknak bagitahu nama.
Aku berubat di Miri, tapi malangnya masih sakit. Ibu iktiar cari ustaz di Kuching. Akhirnya jumpa seorang ustaz dari Jawa. Aku pergi ke Kuching atas kemahuan aku. Seperti biasa, sehari nak pergi berubat aku taknak berubat. Aku disuruh pakai telengkung sebab ustaz ini lelaki. Dua orang. Masa ustaz ini mula azan dekat telinga aku, aku dah menjerit satu rumah takut. Muka aku berubah. Ustaz tu buang jin dalam badan aku satu persatu. Untuk pengetahuan korang, jin yang lama ni dekat badan aku masih ada. Walaupun dah berubat before ni. So ustaz tu ulang setiap kali azan untuk islamkan jin tersebut. Aku tak ingat satu patah perkataan pun aku sebut. Tapi mak aku cakap, aku ada sebut semua nama orang yang hantar tu. Dan dengan sebabnya. Malangnya mak aku tak ingat nama tu. Sebab tak jelas. Aku macam kena rasuk. Selama 2 jam ustaz tu ubatkan aku.
Alhamdulillah, aku sekarang betul2 pulih. Lepas kejadian tu, aku dah tak percaya siapa dah. Dulu aku jenis ingat semua orang baik. Aku iyakan semua orang. Sekarang lepas apa yang jadi, aku lebih berhati2. Walaupun 3 tahun aku survive dengan sihir ni, aku maafkan orang yang hantar sihir. Sebab setiap yang terjadi ada hikmah-Nya.
Nak pesan, dalam dunia ni sikap dengki manusia tak dapat buang. Jangan mudah percaya dekat orang bulat2. Amalkan ayat kursi setiap melakukan pekerjaan.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kau ni lagi?
0/10 sangat teruk.
ganti kak yulie ke? haha
mana kak yulie??
n blk e moi ct e moi
kata tak tau sapa yg buat? tapi tajuk? apekahhh? apepon tak baik menuduh ye
Thank you for sharing, but I’m sorry. tak menarik 🙁
Penceritaan boring. Macam nak cepat habis kan cerita, jadi disingkat kan cerita tu sampai pembaca tak faham.
Tajuk disihir bekas kekasih dan kawan rapat, tapi takde pun mention pasal kawan rapat.
Yes….setuju…xbest…penat aku bc smpai abis…igt dia bgtau kenapa kene sihir…sape n sebagai nye….
Stop je la. Serius tak menarik. Part 1st tu pun separuh je aku hadap nak baca. Ingatkan berjela sgt, tapi sekontot je. Acah2 nak buat part by part plak haiii..
best lah gak tapi nak tanya kenapa part 2 sama ngan part1?
Cerita bodoh juga!
Dik, nda kesampaian tu cerita ko sama tajuknya.
boleh tukar tajuk jadi pengalaman disihir. kalau tajuk ni ko guna..ko kena elaborate further. macammana ko break dgn ex tu sampai dia kecewa. then..apa yang buat kawan ko tu sihirkan ko. hah..elemen2 tu takde. karangan tak selari dengan tajuk. okbai.
tu la. katanya sampai 4 sihir. dia bgtau 1 je.
oii penulis kimak..stop la ko share cite ko… bosan sial…
Hmmm…aq ok je dgn cite dia..
Ape2 pun alhamdulillah kpd akak sbb sihat mcm biase..
Hai penulis…boleh x bg detail ustaz-ustaz yg pnah awk pegi tu?
uitm dia rahsiakan tp rumah sewa kt puncak alam. apo tah. haha
kepada yang komen, janganlah komen macam tu. jagalah sikit hati si penulis. boleh komen tapi komen membina bukan menghancurkan.
kepada penulis, terimalah komen2 dibawah ni sebagai satu cara membina. sebab ada betul juga apa yang dicakap.
#jangan marah : )
DUIII..CERITA APA LAA YG DIKARANG NI..DAH KATA KENA SIHIR SAMPAI 4 ORANG HANTAR..BARU SEKALI DUA RAWATAN DAH CONFIDENT RASA DAH SIHAT BLK..CERITA BUAT AKU NAIK ANGIN JEA LA HAI..APAPUN, TERIMA KASIH LA MENGHANTAR PENULISAN YG TAK SEBERAPA NI..THNKS FOR SHARING. LPS NI KALAU TERASA TAK NK CERITA PANJANG2, PLS FIKIR 1000X DULU SEBELUM NAK HANTAR CERITA PENDEK !