Apartment Shah Alam Seksyen 13

Assalamualaikum semua. Nama aku N. Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku masa belajar dulu. Sorry kalau korang baca tak seram tapi bagi aku seram jugak lah. hehe

Cerita dia macam ni. Masa aku belajar dulu, aku belajar kat Shah Alam. Tapi bukan nak cerita pasal uni tu sebab aku nak cerita pasal rumah sewa yang aku dengan housemate aku duduk. Rumah sewa kitorang tu dekat je dengan uni kitorang. Jalan kaki 5 minit pun dah sampai. Boleh nak dikatakan area rumah dengan uni aku tu memang busy jugak la sebab banyak sangat student kat situ sekali dengan banyak kedai kan. Tapi jangan ingat eh area yang busy tu takde hantu tau sebab aku dengan housemate aku sendiri alami benda ni. Hahaha

Nak dikatakan cerita, aku ni jenis kaki pergi main game kat cc (cyber cafe). Biasalah terjebak main blackshot dan dota dengan member aku. Student la katakan, takde assignment nak kena buat ape lagi melepak kat cc la main game. Aku dengan member aku sorg ni nama dia Siti memang kitorang kalau main game tu kadang2 balik rumah pukul 12 malam, ataupun paling lewat kul 3 pagi la. Haha jangan kecam sis ok. Jadi kalau balik rumah tu memang lewat dah la. Kadang2 sampai housemate aku dah tido, baru aku terkedek-kedek masuk rumah sorang2 lol.

Tapi, ada satu hari ni, aku dengan Siti pergi cc main game awal sikit dalam pukul 9 lebih macam tu. Lepas tu kitorang main game sampai pukul 12 malam. Pukul 12 malam tu dah siap2 nak balik rumah. Masuk je aku kat dalam rumah tu, tengok2 housemate aku tak tido lagi tengah gosip. Aku pun happy la jugak sebab ada member nak temankan kat ruang tamu tu. Masa aku tengah borak2 dengan diorang, tiba2 housemate aku sorg ni nama dia Halimah (Halimah boleh nampak hantu/rasa kehadiran hantu) menangis sambil pandang aku. Aku pun macam whattt habislah apahal ni kan. Halimah cakap ada something ikut aku balik. Benda tu ada kat pintu depan. Muka dia buruk.

Sebab Halimah tengah nangis tu, sorang lagi housemate aku cepat2 pasang ayat quran. Aku yang tengah berdiri masa tu cepat2 pergi kat diorang duduk sama2 baca ayat quran tu. MasyaAllah cuak jugak masa tu. Tetiba masa kitorang tengah baca ayat quran tu si Halimah ni cakap benda tu macam nak masuk bilik yang dekat area pintu tu means bilik housemate aku yang lain. Halimah kata lagi benda tu tengah intai housemate kitorang tu. Kitorang pun ape lagi cepat2 whatsapp housemate yang dalam bilik tu suruh baca ayat lazim. Hahaha housemate yang dalam bilik tu pelik je apahal kitorang tetiba suruh dia baca ayat lazim. Pastu Halimah kata baca je dulu nanti kitorang terangkan lepas keadaan dah stabil. Adoi

Lepas 30 minit, Halimah kata benda tu dah keluar dari rumah. Mungkin dia tak tahan panas kot sebab kitorang baca ayat quran tu. Tapi sempat la benda tu intai kitorang dengan muka buruk dia. Hahaha. Aku ni benda ikut balik pun tak dapat nak rasa. Tapi aku ingat la masa aku on the way balik rumah area cc tu, ada macam angin bertiup yang sangat pelik. Angin tu macam sepoi-sepoi bahasa malam tu. Bila aku tengok sekeliling takde pulak pokok2 macam bergerak. Tu je la yang pelik, pastu aku buat tak tahu jalan menonong terus balik rumah. hahahaha

Ya Allah malam tu aku rasa bersalah sangat. Yelah dah la selalu balik lambat sebab main game kt cc. Pastu bawak balik benda yang tak patut pulak. Lepas tu aku dah menyesal tak pergi cc dah. Kalau pergi pun balik sebelum pukul 11 malam hehehe.

Untuk student yang tinggal rumah sewa tu lagi2 perempuan, korang jaga2 la ek. Benda tu tak kira waktu nak jadi. Pastikan la korang solat jangan tinggal, mengaji jangan tinggal untuk backup rumah sewa yang korang duduk tu. Okay la tu je, sekian #donedakwah hahaha.

.

lilyfhad
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

21 comments

        1. bodoh both of u.sebab tu ade komen.kita nak nilai cerita tu.BANGANG.
          ape guna di sedia kan ruang komen.just bagi markah.yang panas jubo knp setan.tgok bwh tu org komen ape.Bebal!

          1. aq sokong .. sbb seblum baca story tgk dulu comments ,… kalo comments buruk2 mls nk baca.. ahahahha

    1. Kalu x suke x yah bce..susah apenye dri duk kondem org situ sini nk buat org sumpah seranah je mu ni.. Berat 66 kali jdi org..

  1. Macam bodoh jalan cerita. Apa yang seram ? Atau syok sendiri ?
    Tak habis2 cerita “boleh nampak hantu”. Ntah kawan kau tengah stim ganja ke apa. Atau memang nak sakat kau yg selalu balik lewat.
    #noob
    #fssampah

  2. rumah ko tu okey je dik. masalahnya ko bertandang kat cc tu lama sangat. cc tu yang berhantu. tak caye, try bawa si limah tu pergi cc…mau dia nangis pitam nangis pitam je. okbai

  3. StoryPlot – 4/10
    Penulisan – 6/10
    Seram – 2/10
    Misteri – 0/10
    Komedi – 3/10

    main Dota,biaq la smpai bwak balik Piala ..jgn bwak balik Bala ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.