Salam sejahtera pembaca Fiksyen Shasha. Aku Mona, tapi bukan Mona Fendi. Aku cuma nak cerita pasal tempat kerja aku ni. Aku kerja sebagai seorang pembantu peribadi orang kaya. Orang kaya ni bukan muslim, dan bukan pula India.
Macam biasa, siapa yang pernah bekerja dengan orang Cina dan pernah singgah ofis-ofis orang kaya Cina, mereka akan faham. Pejabat orang Cina, terutamanya yang sangat mementingkan religion, memang akan ada banyak patung-patung tuhan. Samalah macam dekat ofis yang aku kerja.
Memandangkan aku kerja sebagai pembantu peribadi di pejabat peribadi, maka staff memang tak ada melainkan aku seorang. Dulu ada juga seorang kerani, tapi dah resign atas sebab musabab sendiri. Jadi, nak dijadikan cerita, aku memang sendirian di pejabat peribadi ni.
Aku ulang lagi sekali, pejabat ni bukan pejabat perniagaan yang ada admin, akauntan, manager dan sebagainya. Ini adalah pejabat peribadi yang cuma ada seorang atau dua orang pembantu peribadi untuk uruskan jadual bos dan pembuat pengurusan bil-bil dan akaun peribadi bos. Itu saja.
Alkisah, selepas kerani berhenti. Tinggallah aku seorang di pejabat ni. Pejabat ni letaknya di kawasan perkilangan lama. Area, aku tak nak bagitahu. Kilang lama dekat sini ada yang beroperasi, ada yang tak. Agak sunyi juga kalau kilang besar depan pejabat ni tak beroperasi.
So, senang citer, kawasan pejabat ni terletak di kawasan kilang yang lama, sunyi, dan pejabat ni pun sebenarnya area kilang cuma dah renovate sikit bagi elok. Dan, di pejabat dan area yang sunyi ini, aku akan masuk kerja setiap jam 9 pagi sampai petang. Bayangkan…
Kadang-kadang bos aku masuk. Kadang-kadang tak. Bilik ofis aku mengadap bilik stor yang memang kitorang tak bukak lampu pun. Melainkan nak cari fail atau barang lama je. Ofis bos aku kena naik tangga lagi dekat area tingkat atas.
Ofis bos aku ni ada banyak patung-patung keagamaan dan kepercayaan dorang. Dan bagi yang tak biasa memang akan nampak seram sikit.
Aku bukan cakap besar, tapi luckily aku biasa dengan tempat-tempat macam ni. Dulu first time kerja pun aku selesa bekerja dekat area ofis yang tak ramai orang, sebab aku memang tak berapa suka ofismate ramai-ramai. Banyak mengumpat dari buat kerja.
Nak dijadikan cerita, disebabkan aku selalu bersendirian di ofis, jadi aku memang banyak selfie, video recording, main tiktok, main joox, main smule, main game dan sebagainya. Memang selalu sangat sebab… Yelah! Nama pun takde orang. Krik krik aku 9 jam dekat ofis macam ni. Kerja pun bukan banyak, eloklah sesuai dengan gaji yang ala-ala kadar.
Setiap pagi dalam jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi camtu memang akan ada seorang aunty cleaner datang bersihkan ofis. So time tu je ada teman.
Satu hari tu, masa aunty cleaner ni sedang mengemas, tiba-tiba ada bunyi barang jatuh dari bahagian stor depan bilik ofis aku ni. Terperanjat aunty cleaner tu, muka dia tgk aku pun pucat lesi.
Aunty ok tak? Aku tanya camtulah. Pastu dia akan jawab, biasalah tempat-tempat macam ni memang akan ada. Mona jangan takut tau. Siap pesan lagi. Padahal aku relax-relax je. Dia yang gelabah.
Aku biasa dengar bunyi guli dekat ofis, biasa dengar pintu tutup dan buka sendiri, biasa dengar bunyi barang jatuh, biasa dengar tapak kaki kena ikut dan banyak lagi. Takut gak aku nak cerita, sebab time type citer ni pun aku kat ofis ni. Hahaha…
So, nak jadikan cerita memang benda tu adalah mengusik. Cuma aku tak sure perasaan aku ja atau betul-betul dia mengusik. Sampailah satu hari tu, aku sibuk nak berselfie sebab nak hantar gambar kat boyfriend aku. So, aku carilah background ofis yang ala-ala ofis sikit. Aku ambik keputusan untuk selfie berbackground pintu bilik ofis aku. So daripada pintu boleh nampak bahagian cermin bilik stor.
Bila aku tengah adjust-adjust camera nak dapat shoot paling flawless, tiba-tiba ……
Dekat bahagian belakang aku, area pintu, ada berdiri seorang lelaki berbaju kemeja peach tanpa kepala. Aku nampak jelas dada bidang dia, lengan dan bahu miliknya. Memang takut dia punya level macam level lawan ketua dekat Game Contra tau tak? Macam kalau kau main Game Yuri Revenge tu, kau punya tempat tu dah 90% hancur kena bom. Tapi…
Entahlah! Tak sempat proses apa-apa, handphone kat tangan terjatuh. Aku gugup dan ketakutan. Cepat-cepat ambik phone aku kat lantai dan tengok pintu tu.
Eh! Dah takde orang.
Jeng.. Jeng.. Jeng…
Korang rasa???
Lepas kejadian tu, agaknya dalam sebulan gak laa aku tak selfie kat ofis. Hahah. Tekun aku buat kerja sendiri. Nak resign aku rasa susah sangat nak cari kerja lain. So, aku decide stay dan banyakkan amal. Dulu masuk keje sini, aku malas sembahyang, sekarang aku sembahyang je kat bilik ofis aku ni. Lantaklah! Untuk aku agama aku, untuk kau agama kau.
Lepas setahun camtu, masa tengah kemas-kemas ofis bos aku, aku perasan di sebalik patung-patung tuhan dia, ada satu box yang berbalut kain. Aunty tak bagi aku bukak balutan kain tu, dia cakap setiap minggu mereka akan tukar darah kambing yang dorang simpan dalam tu. Aku pun tak sure untuk apa.
So, aku bertawakkal Lillahitaalla, aku cuma datang untuk mencari rezeki. Lebih dari tu, mohon jangan ada yang mengganggu.
Fuhhh… Scary type citer ni kat ofis
Pnah keje kat id contractor kat sg buloh… Mmg agak serem keje dgn diorg
tk seram pun
ckp besar ko ni
memg berani mona masih bertahan…
memg berani mona masih bertahan…
jiwa ko kental dik.tapi mmg kne kuat pendinding.kalau x abisla..pape pun mmg seram.crila kj lain.nt da kawin..ada anak-anak kcik tkut bnda tu ikut blik
Dah macam sihir pulak bagi offering darah bagai. Selalu letak buah je kan. Boleh imagine tak bau darah tu selepas peraman selama 7hari? Uweeekk.
Selalu mereka akan ada 1 lampu je on utk Feng Shui. Tak boleh bg gelap semua area office. Duduk sorang tu on je surah2 kat Youtube tu. Doa dan beramal banyak2 dik. Take care.
Ada hikmah di sebalik keseraman mu dik
Pnah main Yuri ekk.. huhuhu
Btw, awk mmg seorang yg berjiwa kental!
berani gile koje sorg2..kalo aku cabut dah..hahahhaha
hakak tak kuat diknon.
Classic sungguh hg ni..contra n yuri tuh..mesti lahir zaman 80an lol
wah main yuri revenge….pape pon mmg seram la stay ofis tak ramai orang
tabib ah sis.
kejung seram .. berani btl ko
nasib usik2 manja je
elok la g risik2 keje lain
Jiwa kental lah kau kak.. Kalau aku baik la cari kerja lain ui..
Tak nak kerja ofis ramai2 bnyak mengumpat Dr buat kerja… Good…
Kerja ofis sorang2 , boleh main gadget waktu kerja… Hahaha Sama je…
kan
Kalau mama dah resign terus..sbb hati tak kuat kot…apa2 pun best citer awk..citer lagi pngalmn awk lg.
Mgkin bos awk ada buat amalan ilmu salah agaknya..takpelah biarkn..niat dihati nk cari rezeki halal tu jek..
Hye mona..ada keja kosong tak kt office tu..saya boleh teman awak kt situ.. Saya kuat dan tak takut hantu..
Berani nya awak mona😨
Hahahaha….mcm opis lama aku..aku sorg.bos lg satu staff dua org.big boss staff sorg.sume buat keje msg2 ikt bos.kalau yg big boss punya staff xdtg krik2 je. Aku dgn staff bos lain rsa.sbb dierg ni jns syp xbsg.de skli tu aku kenee djal.dieirg blk awl.bos aku plak mse tu meetg.so aku. Xdpt nk bgtau dia yg aky tgl sorg.tgh sdp2 lyn lagu smbl buat keje tiba2 aku terdgr lagu india.aku igt big bos tu punya staff tetgl hp.aku buat xtau.lme2 bunyi makin kuat.aku pg la dkt table dia.korg tau bunyi tuu dtg dr pc dia.pdhl dia punya speaker tu dia cucok headfone we.mcm mne bole bunyi kuat.n mse tu pc dia off.xkn la dia tinglk offc tanpa off pc xlogik.aku trs pelahankn speaker.n ttp pc.selang bpe minit bunyi lagi aku turun bwh pg.dkt ofc org sebelah.aku pgl akk tu mntk tmn naik offc.aku kms22 trs ttp dh xda kunci lock pejbt.lantk la aku otw balik aku bgtauu bos aku yg aku kna kacau dia bantai gelak.aku siap ckp nnt bos dtg kunci pintu la ek.