Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Aku akhirnya membuat keputusan untuk berkongsi kisah kehidupanku yang penuh misteri. Tapi sekiranya kisah ini tidak disiarkan, makanya setakat ini sahajalah aku menulis. Hehehe..
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku ingin memberitahu sedikit sebanyak mengenai latar belakang diriku. Aku anak perempuan tunggal dan mempunyai empat adik lelaki. Sejak kecil, aku sudah mempunyai nama untuk diriku sendiri. Namun di sini, aku hanya ingin dikenali sebagai ‘aku’.
Pancaindera keenam ini sudah ku miliki seawal usia mengenal ibu bapaku sendiri. Aku sering bermain sendirian, bercakap sendirian, namun apa yang paling jelas di ingatanku seawal usia empat tahun adalah nenek bersanggul besar yang duduk di hutan belakang rumah lama.
Namun bukan itu yang inginku ceritakan kali ini. Aku cuma ingin berkongsi kisah tentang pelaris. Ya, pelaris perniagaan. Ada bermacam-macam cara yang dilakukan sesetengah orang untuk mendapatkan kekayaan dan salah satunya menggunakan ilmu hitam untuk melariskan perniagaan khususnya yang membabitkan makanan.
Suatu hari aku bersama keluargaku pergi ke sebuah restoran. Restorannya bersih dan berada di tempat yang cerah tetapi suasana di dalam kedai itu sentiasa suram, seolah-olah lampu yang dinyalakan ditutup dengan kain. Kami menunggu agak lama sebelum pelayan menghampiri untuk mendapatkan pesanan. Ketika itu kami duduk di meja yang diletakkan di kaki lima kedai.
Aku hanya memesan rojak ayam. Semasa menunggu makanan tiba, aku berasa resah seolah-olah sedang diperhatikan.
Apabila tiba makanan yang dipesan, aku membaca doa makan dan rojak ayam yang tadinya kelihatan cukup menyelerakan perlahan-lahan berubah rupa. Rojak itu seolah-olah sudah dimakan dan kemudian dimuntahkan semula, di mana segala bahannya bercampur aduk dan cucur sayurnya juga berketul-ketul.Seleraku putus. Hatiku terasa berat untuk menyuap rojak ke mulut. Tetapi memandangkan sudah dipesan sepatutnyalah ia dimakan. Aku hanya mampu makan empat suap. Perutku tiba-tiba bergejolak dan terasa perit.
Tidak berapa lama kemudian, suami dan anak-anakku selesai makan namun kulihat makanan mereka juga masih banyak bersisa. Suami berbisik, “Tak sedaplah, macam tak ada garam.”
Semasa menunggu suami membayar, aku membawa anak-anak ke tempat parkir kereta. Dadaku berombak-ombak. Kepalaku pusing. Tak semena-mena aku muntah. Ya, muntah yang sungguh banyak, tak padan dengan empat sudu rojak yang ku makan tadi.
Suami bergegas mendapatkan aku.
Tanpa mampu menahan diri, aku terus muntah dengan nafas yang tersekat-sekat. Air mataku mengalir. Anak-anak berdiri jauh sedikit daripadaku dan secara tiba-tiba muncul seekor biawak yang besar entah dari mana. Ia menjelir-jelirkan lidahnya yang bercabang itu sambil merenungku dengan sepasang mata hitam yang kecil seperti bebola besi. Aku menjerit kecil takut biawak itu mengapa-apakan anak-anakku tetapi hairan ia cuma merangkak ke depan sedikit dan tidak mempedulikan mereka. Anak-anakku juga nampaknya tidak melihat biawak itu.
Perlahan-lahan ku membaca ayatul Qursi. Suami segera merangkul bahuku dan membawaku ke kereta. Mujurlah biawak itu tidak mengekori kami namun ia tetap memerhatikanku tajam. Ku ingat kami sudah selamat. Namun ternyata aku tersilap besar.
(Kejadian ini mengikut cerita suamiku dan ‘aku’ dalam kisah berikutnya ini adalah suamiku)
Apabila kami sampai di rumah, isteriku sudah tidak sedarkan diri dan asyik meracau. Entah apa yang dikatakannya tetapi kedengarannya seperti marah dan mendengus-dengus. Ku panggil namanya tetapi dia tidak menyahut. Sebaliknya memberiku pandangan tajam lagi sinis. Aku memanggil bapa mentuaku, meminta pertolongannya memapah isteriku ke dalam rumah.
“Kena kat mana pulak ni?” soal bapa.
“Tadi makan kt restoran tu. Inilah yang jadinya.”
“Allahuakbar!” keluh bapa.
Kami mendudukkan isteriku di atas sofa. Dengan nafas termengah-mengah, dia melontarkan satu jeritan yang panjang. Jeritan makhluk bukan manusia yang terseksa kerana terperangkap di dalam tubuh khalifah bumi. Bapa mula membaca ayat rukyah.
“Siapa kau?!” aku bertanya.Isteri tidak menjawab sebaliknya menjegilkan matanya ke arah kami berdua.
“Kenapa kacau kerja aku?! Manusia bodoh!!”
“Kau tu yang bodoh sebab kacau manusia. Dia tak kacau kau pun,” balas bapa.
“Dia kacau kerja aku, dia tahu aku ada di sana!”
Isteri muntah lagi dan kali ini diselangi dengan jeritan yang panjang. Anak-anak lekas bersembunyi di dalam bilik. Jeritan isteri bersambung-sambung dengan gelak ketawa yang cukup menyeramkan. Suaranya bukan satu bukan dua sebaliknya bergema seperti di dalam gua. Gemanya bertindih-tindih dengan nada yang cukup nyaring tetapi garau. Bapa tetap meneruskan bacaan rukyahnya.
“Kau keluar sekarang!” Jeritku.
“Tidak!”
Bapa meletakkan tapak tangannya di atas kepala isteri dan membaca al-Fatihah.
“Sakitlah bodoh!! Saakittttt!!” isteri terjerit-jerit.
Bapa mula menarik sesuatu dari kepala isteri sambil meneruskan bacaannya. Jeritan bertali arus keluar dari mulut isteri. Wajahnya berubah-ubah, sekejap menangis, sekejap ketawa, matanya tertutup rapat, lidahnya terjelir panjang. Dengan satu jeritan panjang terakhir, isteri terus terkulai dan rebah.
(Kisah seterusnya ini kembali diceritakan aku sendiri)
Aku bagaikan tersedar dari mimpi ngeri yang panjang apabila melihat wajah penuh kerisauan bapa dan suami. Tanpa segan silu aku memeluk suami dan menangis.
“Ya Allah, tak nak saya makan kat kedai tu lagi bang!! Diorang guna pelaris! Teruk saya kena dengan makhluk pelaris tu tadi. Dia marah saya tahu kehadiran dia di situ.”
Bapa memandangku dan bertanya: “Apa yang mengacau kau tadi?”
“Pontianak pak, dia marah dan ikut sampai ke rumah tapi dia sakit bila sampai sini. Dia kata panas.”
Bapa tersenyum mendengar kata-kataku.
“Itulah, lain kali makan tu tengok kiri kanan dulu. Kau kan boleh melihat. Kenapa tadi kau tak nampak?”
“Saya memang perasan banyak benda-benda pelik tadi pak tapi saya malas nak layankan perasaan saya. Dah beberapa kali makan kat situ.”
“Agaknya diorang baru dapat pelaris tu kot. Nampaknya tuan dia kenalah malam ni sebab makhluk tu cedera teruk. Dia memang akan kenakan balik tuannya.”
Suami memberiku air suam yang telah dibacakan al-Fatihah. Dadaku terasa sakit saat tenggorokanku menelan air itu. Lekas-lekas aku meminta suami mengambil besen sebab mahu muntah.
Sebaik muntahku keluar, kami bertiga terkedu melihat juraian rambut halus tetapi amat panjang bercampur dengan buih putih dan lendir hijau di dalam besen. Agaknya itulah yang terakhir sebab selepas itu aku kembali berasa seperti biasa.
Sekian, itulah cerita pertama yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Mohon maaf kalau ada kesilapan dalam penulisan saya ya. Semoga kita akan berjumpa lagi. Sekian…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Best
bagus sekarang ni boleh vote berapa bintang. boleh tahan cerita ni
Macammana nak tau kedai tu pakai pelaris ataupun ada org letak sihir kat kedai tu supaya nmpk mcm pakai pelaris.
Macam drama tv pulak crite ni..hahaha! Peluk suami tanpa segan silu. Tu laki kau peluk jela . Puittt!.
bestt . dapat bayang kan . tapi apa betul org ckp kalau makan di kedai sedap . kalau tapauu balik jadi x menarik or sedap . sebab pakai pelaris.
Mak aiii seramnya terasa loya tekak saat penulis bayangkan rojak yg telah dimakan dimuntahkan kembali… Huhu teruk sgt pelaris tu
Best. Tapi the end dia tu muntah buih puteh tu kenapa ehh?? Tanya ja jangan maqah