Kedai Makan Dan Benda Kotor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita bertemu kembali dan terima kasih aku ucapkan kepada admin sebab sudi approvekan kisah aku kali ni. Cuma kali ni bukanlah kisah semata-mata. Saja aku karangkan sikit sebab baca posting kisah Pelaris Pontianak kejap tadi. Teringat pulak nak cerita pasal benda ni. Perkara yang aku sendiri alami. Tiada tokok tambah insyaallah.

Kalau pembaca ingat, sebelum ni aku pernah post dua kisah benar iaitu : Mee Goreng Berulat https://www.facebook.com/210245742651319/posts/869167286759158/?d=n.

dan Bihun Goreng Basi di Taiping https://www.facebook.com/210245742651319/posts/865230480486172/?d=n .

Banyak pembaca yang kata kenapa aku tak bagitau kat peniaga mee yang berulat tu, ada yang kata sengaja aku biar dan lain-lain. Aku tak boleh nak jawab sebab aku rasa masa tu mungkin aku tergamam kot, terkejut kan. Baru-baru ni aku ada baca satu post daripada page Pondok Habib berkenaan kelebihan amalan membaca satu doa di post ni : https://www.facebook.com/295419981998/posts/10157563185206999/?d=n .

Jawapan untuk perkara yang aku alami rasanya ada pada amalan ni atas izin Allah. Mungkin Al-Mathurat yang diamalkan sejak di SMKA dengan izin Allah melindungi aku daripada benda-benda yang kotor dalam makanan yang dijual. Allah saja yang mengetahui.

Berbalik pada apa yang aku nak cerita. Tak lama lepas kejadian last di Kedah tu, aku pindah ke bandar yang lebih utara. Untuk yang kerja di bandar kita kan selalu atoq kedai kata orang utara. Breakfast, lunch..kalau tak dan, malam pun beli kan. Apa yang berlaku..di suatu kedai yang agak terkenal untuk orang2 kerja di bandar ni ialah, masa aku pi nak makan, aku bau satu benda seolah-olah diperam lama. Aku namakan kedai A. Macam berair, masam dan hanyir-hanyir benda berulat. Tapi aku confuse sebab semua orang makan dengan berseleranya. Makin lama aku duduk kedai ni, makin kuat dan teruk bau tu. Seolah2 tambah lagi 6 bulan peraman benda tu supaya dia lebih berbau. Hasilnya aku tak jadi makan dan aku ke kedai lain.

Hari lain pulak, aku pi ke kedai yang sama jugak. Pada andaian aku mungkin bau longkang kot semalam. Aku pi kali tu dengan suami & dua anak sebab tengahari jumaat. Masih bau yang sama, tapi bila tanya suami aku dia kata tak ada pun bau apa-apa. Aku keliru lagi..biar jelah depa makan. Kali kedua ni aku dah rasa tak selesa sebab depan mata aku makcik kedai ni buat “ritual” pulak di depan kedai. Aku tengok aje dia ambik beras dalam bekas, baca sesuatu, letak kat depan kedai. Kecik je bekas dia. Dia pun tak nampak aku tengah perhatikan dia. Itu pun sama jugak, pelanggan lain macam tak kisah dan tak tengok langsung pun apa makcik kedai ni buat. Maka kali ketiga, aku putuskan cuma nak pi ke kedai ni untuk cuba bau saja. Maka masih sama baunya..nekad aku tak akan dah ke kedai A sebab aku rasa ada benda tak kena. Aku pesan kat suami jangan beli dan singgah langsung dah sebab kedai A tu busuk. Geli nak masuk. Rasa meloya tengok orang makan.

Satu lagi kedai pun aku alami benda yang sama. Aku namakan kedai B. Kedai B ni lebih kurang dalam 2 km macam tu dari kedai A. Yelah banyak kedai makan kita duk atoq maka kadang2 terpergi jugak kan kedai yang sama. Busuk hanyir dia sama sebijik macam kedai A. Aku tengok orang makan aku nak muntah, nampak makanan dia semua busuk & jijik. Wallahi aku tak berniat nak mencela makanan, cuma aku ceritakan apa yang aku rasa masa aku masuk kedai B tu. Gabungan bau masam hanyir peram tu dengan tengok lauk pauknya..ya Allah aku tak boleh gambarkan. Maka aku putuskan juga jangan ke kedai B. Aku pesan yang sama jugak pada suami dan kawan terdekat aku.

Kedai ketiga. Kedai C. Kedai C paling teruk setakat ni. Cuma kali ni anak aku juga mengalami benda yang sama dengan aku malah dia sampai nak termuntah. Kami sampai depan kedai betul2 kat tempat masuk. Aku bukak saja pintu kereta, Allah….bau dah menusuk hidung. Anak aku bisik, eh bau apa ni. Kami cari longkang tapi longkang bersih. Melangkah saja masuk ke kedai..anak aku tutup hidung terus. Aku cuma penyet2kan hidung aku buat2 macam selsema. Anak aku terjeluak tapi dia tutup mulutnya. Dia tarik tangan aku.

Anak aku : Allah mak.. nak muntah sangat2 ni. Bau apa ni..macam mana depa ni boleh makan elok ja??

Aku : masih tutup idung. Ok buat2 patah balik jom masuk kereta.

Kami patah balik masuk kereta tanpa sentuh dan beli makanan langsung. Makcik kedai C tengok aje kami. Maka aku putuskan juga jangan langsung ke kedai C. Jadi lani aku ada tiga kedai di bandar ni yang tak masuk list untuk atoq kedai.

Untuk kepastian, aku cuma contact kawan aku yang berniaga lama dalam bidang kedai makan ni. Aku jelaskan kat dia ada kedai2 yang baunya sama. Tapi jauh2..adakah perlu aku maklumkan pada tokei kedai2 tu. Kawan aku cakap janganla..tak pasal2 aje kena marah atau benda ikut balik. Katanya besar kemungkinan pelaris yang digunakan. Kawan2 aku yang rapat di pejabat aku pesan pada depa tanpa sebutkan nama kedai A B C ni supaya depa tak termakan benda-benda yang diletakkan pada kedai/makanan yang dijual.

Aku juga nak tanya pendapat pembaca sekalian, kalau ada pengalaman membuat pelaris atau melihat pelaris dibuat, kesannya pada pembeli dan lain-lain, komenlah di post ni, aku sentiasa baca fiksyen shasha. Dan kalau ada pembaca yang tahu dan arif, sebenarnya apa benda yang aku alami tu? Ada kena mengena tak dengan pelaris atau benda tak elok? Yang sendiri buat atau yang orang kenakan? Kenapa bau macam tu? Kenapa orang lain tak alami benda yang sama? Selalu kita dengar saja pengalaman orang nakpak macam2, tapi tak pernah dengar pengalaman sebenar buat pelaris. Hehe yelah harap2 ada yang sudi post satu kisah khas tentang benda ni.

Itu saja coretan aku untuk kali ni. Semoga kita tak tergolong dalam manusia yang mengamalkan benda-benda kotor. Insyaallah. Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ayong

3 comments

  1. pernah meniaga di satu food court dulu, kwn2 sekeliling ada yg memakai pelaris pelik2. kesudahkan kami yg kena tempiasnya bile semua yg jaga kedai kami tu sakit. pekerja sakit. makanan basi. skrg kami ttup kedai dah. cuma satu je nak pesan nak meniaga ni meniagalah elok2 nak pelaris ada pkailah ayat2 Al-quran ni letak segala jin toncet kat kedai. kesian kat kami yg jadi pelanggan ni.

  2. Teringat masa makan tengahari di medan selera di shah alam. Lupa dah seksyen berapa. Memang ramai orang. Tengah sedap cobek isi ikan, gaul dengan nasi makan. Cobek lagi sekali bahagian kepala ikan, tersembul berpuluh ekor ulat. Hidup-hidup lagi semuanya. Maha suci Allah. Pelik bila fikir ikan yang dah dibakar lama, ulat tak mati pun. Citer kat mak. Mak aku kata, orang tua dulu cakap orang bertuah je jumpa ulat dalam ikan masih hidup selepas dah masak. Hahaha tang mana bertuah tak tahulah aku. Mak aku nak sedapkan hati aku ja gamaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.