Pemandu bas diganggu iblis

PEMANDU BAS DIGANGGU IBLIS
Penulis ; Tok Awang Ngah Kobe

Kapt ali,seorang pemandu bas awam atau lebih dikenali sebagai bas henti-henti bersiap sedia untuk memulakan perjalanan trip terakhir. Jam menunjukkan jam 11.00 malam. Itu adalah masa terakhir trip bas dilaluannya. Selepas ini tiada lagi bas yang akan melakukan perjalanan kerana waktu perkhidmatan bas sudah tamat. Beliau menghidupkan enjin bas dan terus menekan pedal minyak untuk memulakan perjalanan. Basnya terus bergerak melalui laluan yang telah ditetapkan. Perjalanan satu pusingan pergi dan balik mengambil masa kira-kira 40 minit. Di waktu ini kebiasaannya sudah tiada lagi orang yang menaiki bas. Kalau ada pun kadang-kadang seorang, atau dua orang yang entah daripada mana lewat malam baru pulang.

Laluan bas kapt ali adalah di kawasan beranang. Suatu kawasan pendalaman dan banyak perkampungan orang asli. Kapt ali baru beberapa bulan ditugaskan membawa bas dilaluan ini. Sebelum ini beliau bertugas dilaluan lain.

Kapt ali memandu sambil melayani lagu-lagu yang berkumandang di speaker kecil miliknya yang disambung kepada telefon bimbit. Terasa agak kebosanan kerana tiada penumpang pada malam itu. Basnya bergerak perlahan menyelusuri jalanraya. Akhirnya bas yang dipandu kembali tiba distesyen bas. Maka berakhirlah tugas kapt ali pada hari ini.

Kapt ali lantas menekan butang pada mesin tiket dan menukar haluan kepada RTD iaitu Return To Deport ataupun kembali ke depoh. Dia kemudian menukar paparan hadapan bas kepada 001. Maka terpaparlah perkataan Not In Servis dipaparan hadapan bas yang membawa maksud tidak dibenarkan lagi mengambil penumpang. Sejurus kemudian dia terus memandu keluar daripada stesyen bas dan memulakan perjalanan balik kearah depoh simpanan bas.

Jalan kearah depoh adalah jalan yang sama dengan laluan basnya tadi. Cuma disimpang tiga dia akan membelok kekanan melalui laluan hutan tebal yang cuma ada perkampungan orang asli. Hanya itu saja jalan untuk balik ke depoh. Kapt ali meneruskan perjalanan seperti biasa dengan meredah kepekatan malam.

Ketika asyik memandu sambil mendengar lagu yang dikuatkan, matanya terpandang dikejauhan ada sesusuk tubuh berdiri ditengah jalanraya kelihatan seperti melambai-lambai kearahnya. Darahnya berderau. Dia lantas memperlahankan basnya kerana risau takut melanggar susuk tubuh tersebut. Dirinya dilanda keresahan dan kegelisahan. Rasa takut mula menguasai perasaannya.

Bas yang dipandu semakin hampir. Akhirnya dia dapat melihat dengan jelas susuk tubuh tadi adalah milik seorang gadis yang sedang melambai-lambai tangan kearahnya. Kapt ali terus menekan brek dan berhenti disusur jalan. Sebaik saja basnya berhenti,gadis itu terus datang kepadanya.

” Maafkan saya bang. Boleh tak abang tumpangkan saya. Saya nak balik rumah ”

” Daripada mana kamu tetengah malam begini ” Kapt ali bertanya.

” Saya boleh ceritakan. Tetapi abang benarkan saya naik dahulu ” Gadis itu seperti merayu.

” Naiklah ” Sahut Kapt ali dalam nada terpaksa.

Usai gadis itu menaiki bas, Kapt ali pun meneruskan perjalanan. Di dalam perjalanan itu gadis itu pun bercerita. Maka tahulah Kapt ali yang sebenarnya gadis itu telah ditinggalkan oleh kekasihnya ditepi jalan akibat telah berlaku pergaduhan diantara mereka. Ketika gadis itu asyik bercerita,mata Kapt ali sesekali menjeling kearah gadis itu. Dia merasa terangsang kerana gadis itu kelihatan amat cantik dan begitu mempesonakan. Ditambah dengan pemakaian yang agak seksi serta bauan harum yang menusuk hidung, membuatkan Kapt ali tidak dapat menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Nafsunya semakin bergelora.

Sedang asyik bersembang,tiba-tiba gadis manis itu menyuruh Kapt ali berhenti. Rupanya gadis itu telah tiba di destinasi yang diingini. Tetapi Kapt ali merasa hairan kerana disekelilingnya hanyalah hutan tebal.

” Janganlah abang risau. Di sinilah rumah saya. Nun jauh ke dalam. Ada perkampungan didalam ” Gadis itu dengan pantas berkata seperti dapat membaca suara hati Kapt ali yang didalam kehairanan.

” Baiklah kalau begitu. Hati-hatilah. Jalan tu gelap. Cepat sikit berjalan. Bahaya kamu tu perempuan ” Kapt ali memberikan nasihat.

” Baiklah bang. Terima kasih banyak ye kerana tumpangkan saya ”

Dengan secara tiba-tiba gadis manis itu mencium pipi Kapt ali. Kapt ali tergamam.

” Itu sebagai hadiah ” Ujar gadis itu seraya tergelak kecil.

Nafsu Kapt ali membuak. Dia tidak dapat menahannya lagi. Lantas dipeluknya tubuh gadis itu. Gadis itu seperti merelakan. Kapt ali terus mengucup bibir gadis itu dengan gelojoh. Sambil berpeluk mereka terus berkucupan.

” Nakal lah abang ni ” Gadis itu berkata dengan nada yang manja. Dia merelakan tubuhnya diperlakukan semahunya oleh Kapt ali. Kapt ali semakin berani. Ditanggalkan baju gadis itu. Maka tersembul lah dua gunung yang menjadi kegilaan kaum lelaki.

Kapt ali sedar, didalam basnya ada dipasang dengan kamera cctv. Kamera itu betul-betul berada diatas kepalanya bagi tujuan memantau kelakuan Kapten bas semasa memandu. Tapi kali ini dia tidak peduli. Apa nak jadi jadilah. Bukan selalu rakaman cctv itu diperiksa. Kadang-kadang saja. Untung nasib aku rakaman pada hari ini terlepas daripada pemeriksaan. Guman Kapt ali untuk menyedapkan hatinya.

Maka adengan diantara Kapt ali dengan gadis itu terus berlanjutan lebih jauh. Mereka telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mereka melakukannya diatas kerusi pemandu. Kapt ali terus melampiaskan nafsunya kepada gadis itu. Suara rengetan dan desahan gadis itu memecah keheningan malam. Kapt ali memperlakukan gadis itu semahunya. Dan akhirnya Kapt ali terkapai didalam pelukan gadis itu setelah nafsunya dipuaskan.

Setelah selesai beraksi,gadis itu menyarungkan kembali pakaiannya. Begitu juga dengan Kapt ali yang kelihatan sedang memakai kembali seluarnya yang dia sendiri tidak perasan bila seluarnya ditanggalkan.

Sebelum gadis itu menuruni bas, Kapt ali sempat mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kerana tidak dapat mengawal nafsu. Gadis itu cuma tersenyum. Gadis itu terus berjalan kearah hutan dan akhirnya hilang ditelan kegelapan. Kapt ali kemudian meneruskan perjalanan kembali ke depoh.

Hari demi hari berlalu seperti biasa. Adengan diantara Kapt ali dan gadis itu tetap menjadi rahsia. Tiada siapa pun yang tahu. Sehinggalah kira-kira dua minggu kemudian beliau diarahkan berjumpa dengan pegawai penyiasat bahagian cctv. Maka sedarlah beliau bahawa kejadian pada malam itu telah pun diketahui oleh pegawai penyiasat. Maka kecut perutlah beliau kerana mengenangkan nasibnya kemudian nanti. Beliau tidak kisah jika dibuang kerja. Tetapi beliau takut sekiranya beliau dipenjarakan atas tuduhan merogol. Seraya terbayang wajah ayah dan ibunya dikampung. Juga timbul perasaan malu kepada orang kampung.

Kapt ali melangkah longlai menuju ke bilik pegawai penyiasat. Beliau disambut oleh encik Roslan selaku pegawai yang bertugas. Encik Roslan lantas membuka fail diatas mejanya. Didalam fail tersebut tercatat tarikh dan masa serta keterangan mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh Kapt ali. Setelah mengambil sedikit keterangan, encik Roslan akhirnya bertanyakan satu soalan kepada Kapt ali.

” Apa yang kamu lakukan pada malam itu? Atau sebetulnya apa yang telah terjadi pada kamu pada malam itu? ”

” Apa maksud encik Roslan? ”

” Susah untuk saya ceritakan pada kamu. Ini adalah kes pertama yang saya jumpa semenjak saya menjadi pegawai dibahagian ini. Marilah saya bawa kamu melihat rakaman cctv itu ”

Kapt ali kemudian dibawa kedalam bilik sisatan rakaman cctv. Encik roslan kemudian membuka rakaman yang memaparkan aksi diantara Kapt ali dan gadis itu pada malam tersebut.

Seraya rakaman cctv dipertontonkan, jantung Kapt ali terus berdegup kencang. Badannya menjadi pucat dan lututnya menggigil. Kakinya terasa longlai.

Didalam rakaman itu terlihat Kapt ali sedang memadu asmara dengan sejenis lembaga yang kelihatan seperti seorang wanita tua. Badan lembaga tersebut dililit kain putih yang usang seperti kain kapan. Juga kelihatan tompokan d***h merah mewarnai kain itu.

Lembaga itu seperti tahu yang kamera cctv didalam bas sedang merakam. Secara perlahan-lahan lembaga itu berpaling kearah cctv . Ternampak dengan jelas wajah lembaga tersebut. Matanya yang bulat dan kecil kelihatan bercahaya dan terperosok kedalam. Pipinya yang cengkung dengan mulut yang ternganga menampakkan giginya yang tajam. Kemudian lembaga itu menjelirkan lidahnya sehingga keparas dada. Kelihatan d***h merah menitis daripada lidahnya yang panjang.

Kapt ali merasakan jantungnya terhenti secara tiba-tiba. Beliau merasa pening. Kepalanya menjadi berat. Suasana didalam bilik itu seolah-olah berputar dengan laju. Pandangannya menjadi gelap. Tidak semena-mena beliau terus rebah dan tidak sedarkan diri…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kapt M.A Kobe

1 thought on “Pemandu bas diganggu iblis”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.