Peminat Bunian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku nak cerita yang aku ada seorang kawan, nama dia Pah. Aku ni tak rapat sangat pun dengan dia. Kitorang jadi kawan bila ada satu sebab di mana dia tahu ada ‘sesuatu’ yang selalu ikut aku. Pah memang tak rapat pun dengan aku; tegur-tegur tu pun adalah sebab dia classmate aku.

Satu hari tu, dalam surau dia duduk sebelah aku. Kitorang buat tugasan masing-masing tanpa bercakap pun. Memang sunyi jer. Tiba-tiba Pah jawab salam!

“Wa’alaikumussalam,” ucap dia.

Aku pandang dia, tapi aku tak nampak sesiapa pun yang bercakap dengan dia. Dia balas salam tu dan dia pandang ke kanan, yang mana memang tak ada sesiapa pun dekat sebelah dia. Kitorang berdua duduk belakang sekali dan memang aku seprang jer duduk sebelah kiri dia. Belah kanan tu memang tak ada orang dah.

Aku peliklah dia ni, cakap dengan siapa, kan? Dia seolah-olah tengah kusyhuk mendengar. Aku tak tahu dia buat apa, sampailah dia betulkan kedudukan duduk dia dan dia pandang depan. Aku tegur dia, “Pah, kau cakap dengan siapa?”

Lepas tu Pah diam jer. Aku pun okaylah, mungkin dia saja-saja buat macam tu. Tiba-tiba dia tegur aku. Dia kata, “Ya, ada benda suka dekat kau.”

Korang rasa aku nak bagi reaksi apa dekat dia? Aku buat muka toya dengan blurblur sekali. “Siapa pulak suka aku ni?”

Pah kata ada benda tegur dia tadi dan dia kata benda tu suka dekat aku. Dia tegur Pah sebab nak tahu aku ni siapa. Time tu, Masya Allah! Aku memang terkejut gila tahap cipan. Seriouslah Pah ni kan? Aku syak dia ni main-main jer, sebab aku tak tahu yang dia ni ada deria keenam (sixth sense).

Esok tu dalam kelas, kawan sebelah meja aku ni bangun nak pergi jumpa lecturer. Time kawan aku tu bangun, pintu kelas aku tiba-tiba terbuka dan angin kuat sangat. Aku pula syok je melayan angin sedap-sedap tu. Tiba-tiba aku terpandang Pah. Pah pulak tengah pandang aku dan dia buat muka yang aku tak faham kenapa; dia buat muka siap muncun-muncungkan mulut lagi. Aku tak faham dia buat apa sebenarnya. Korang nak tahu tak kenapa Pah buat muka? Haa… sebab dia nak bagitahu aku yang benda tu ada dekat sebelah aku. Dia duduk dekat tempat kawan aku yang bangun tadi tu.

Waktu dalam keadaan berangin tu, aku dah mula rasa meremang satu badan. Aku pandang jer tempat duduk sebelah aku yang kosong tu lama-lama, sampailah kawan aku ni nak duduk balik tempat dia. Aku cakap, “jangan duduk!”

“Lah, kenapa kau ni tak kasi aku duduk?” Kawan aku tanya.

Lepas tu aku pandang Pah, Pah geleng kepala kata yang benda tu dah tak ada. Aku tersengih sajalah dekat kawan aku tu, mempersilakan dia duduk. Hahaha.

Aku tanya Pah, apa benda yang suka dekat aku tu? Pah kata itu bunian. Dia tegur Pah dalam surau waktu tu dan tanya yang duduk sebelah Pah tu siapa (dia tanya nama apa semua dekat Pah). Pah kata bunian tu hari-hari ikut Pah balik rumah, sebab benda tu selalu nak bertanya pasal aku. Dalam kelas waktu angin kuat tu Pah kata dia nak jumpa aku. Dia masuk kelas waktu tu yang kebetulan kawan sebelah aku tu bangun. Sebab tu dia duduk sebelah aku.

Pah kata dia tahu aku manusia yang tak boleh nampak dia, jadi bunian tu tak kacau aku. Dia selalu tengok aku jer. Patutlah aku selalu rasa berangin jer. Aku mula-mula macam tak nak percaya pun Pah ni. Lama-lama tu aku mula selalu terasa berangin. Sejuk jer anginnya. Aku mula percayakan Pah. Pah kata dia suka aku sebab aku selalu lalu tempat dia. Padahal aku tak tahu dekat mana pun. Alhamdulillah bunian tu tak sampai nak kacau atau culik aku.

Hampir setiap hari bunian tu ikut Pah balik rumah. Sampai Pah rasa rimas sangat; balik-balik pasal aku jer bunian tu tanya. Pah cerita dekat aku yang dia sekolahkan bunian tu. Pah kata mustahil bunian tu nak berkawan dengan aku sebab dia alam lain. Tak sama macam manusia biasa. Lagi pula aku tak nampak pun bunian tu rupanya macam mana… memang mustahil sangat. Bunian tu cuma cakap dia suka tengok aku jer. Dia takkan kacau aku pun. Aku dengar Pah cerita, seram pula rasanya bila benda dari alam lain ni sukakan kita. Sekarang ni tak ada dah benda tu ikut aku pergi mana-mana sebab aku dah tak lalu tempat dia dan aku dengan Pah pun dah tak berjumpa. Aku rasa bunian tu dah sedar diri kot yang dia takkan boleh bersama dengan aku.

Kawan baik Pah kata yang Pah ni memang ada deria keenam sejak dari kecil. Pah pernah kena rasuk hampir setiap hari dan kawan-kawan yang lain fikir yang Pah ni macam buat-buat. Aku pun sebenarnya ada terfikir yang Pah ni buat-buat kena rasuk juga sebab nak attention ke, apa ke, aku tak tahulah.

Tapi ada sekali tu aku kena tolong dia waktu kena rasuk…

Muka dia jadi gelap dan mata dia merah. Tangan dia sejuk. Muka dia menunjukkan seolah-olah dia tengah melawan benda tu. Start dari kejadian rasuk dengan bunian tu, aku memang percaya 100% yang Pah ni memang ada deria keenam, sebab dia akan bagi warning kalau benda tu ada dekat sekeliling kitorang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Yaya
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

93 comments

  1. ”Aku pun sebenarnya ada terfikir yang Pah ni buat-buat kena rasuk juga sebab nak attention ke, apa ke, aku tak tahulah”

    Haha part ni takkan dia nak berpura2 kena rasuk sbb nak attention kot.

    1. saya rasa macam tu sebab waktu tu kemain banyak lagi student yang kena rasuk. tapi semua buat2..(lect sendiri yang bagitau) ha so bila pah ni dah selalu kena rasuk.. ofcourse lah kitaorang rasa pah ni buat2..

  2. Pah buat2 cerita kot..
    btw spotted typo (walau x seteruk nasa)
    *Seprang = Seorang
    *Kusyhuk = Khusyuk
    *Muncun = Muncung

          1. Aku geng iblis? Kau? Sebelum mengata orang tu… Tengok diri kau la manusia. Ke kau ni sebenarnya haiwan???

        1. Excuse me?? Kau cakap aku ke ratu iblis? Dahtu kau apa? Dewa malaikat?? Aku nak up ke x citer menyusahkan hidup kau ke??

          1. ishh..brader tu tanya jer, xde plak aku nampak unsur tuduhan ke, makian ke. terus bertepek tepek kena. Sabor jer la brader ray, simpati padamu.

    1. Hasani aku rasa kau ni ada masalah mental, tak betull macam orang gila kesian la ng kau ni, kecik2 taknak mampos

  3. Ehh.. xkn awk x rasa excited ada peminat dr alam lain? X tanya Pah ke bunian tu rupa cmne? Hensem x? Umur berapa? Hahaha rasanya klu sy, dh mcmΒ² soalan sy tnya kt Pah tu.. πŸ˜‚πŸ˜‚
    Ps: tak kena kt diri sendiri mmg la boleh komen cmni kan??

  4. Nasib baik bunian tu just suka tgk writer je..kalo ajak kawen kang parah plk..πŸ˜‚..setori nit bad..7/10

  5. Huhu.. Bertabahlah. Jenis bunian yg baik kot. Nasib baik la dia tak bawak ke alam dia. Kalau tak,… tak dapat baca citer ni. huhu

      1. Merata kau mampos kn orang ea’? Aku harap apa kau Komen ni berbalik pada diri kau sendiri. Hidup macam manusia take tamadun!

  6. Story best Yaya…. Tajuk Peminat Bunian…. Aku ingatkan bunian fan club or something like that, rupanya bunian yang berminat…. Good job

  7. Macam syok sendiri jeee. Tanya pasal kau?? ingat dia manusia ke suka kat manusia tanya kat manusia lain?? Hahahaha motiff sngat ikut Pah untuk tahu psal kau baik dia ikut kau je aduiii

    1. dia tak ikut saya sebab saya tak boleh nampak dia . Pah tu satu2nya manusia yang boleh nampak dia. tu sebab dia ikut pah tanya pasal saya………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….!

      1. Nonsense laaa. Kau sendiri cakap kau tak rapat sngat ngan Pah tu dah kenapa dia banyak tahu psal kau?? Fyi kalau benda2 tu nak tahu pasal kau dia DAH tahu tak perlu tanya orang yang tak rapat ngan kau. Aduhai nak buat cerita rekaan pun logik laa sikit.

        1. saya tak kata pun pah tahu semua pasal saya . Bunian tu tanya kat pah , pah taktahu nak jawab apa pun. benda yang bunian tanya tu pun benda biasa bukannya dia tanya saya asal mana ke apa ke .. macam orang yang nak berkenalanlah.. kenapa sakit hati sangat rileks lah hahaha kau yang tak reti fikir logik. kolot sangat . pastu nanti reply komen set2 sakit hati gak hahahaha puih

          1. Dah nama pun cerita.. pasti ayat di cantekkan nk bagi jalan cerita nya sampai… Alahai… awat yg sahabat kita ni nk emo ngan Cik Yaya pulak…
            p/s: cerita dia, suka hati dia la nk buat ayat/story line mcm mna pun… adeh la..
            #DiasporaBangsat

          2. Hahahahaa tah sape sakit hati tah?? bukan sakit hati just terpikir ada jugak cerita bangang2 cam ni ehh?? pastu syok sendiri lak tu. yang kolotnya kau laa ngan pah kau tu hahahahaha takkan laa nak sakit hati sbab bunian suka kau lak. Lain kali buat cerita tu kalau rekaan cakap laa ni dah syok sendiri ckap org sakit hati ngan dia lak. hahahaha tah pape

    2. satu hari ketika aku tertidur, aku rasa seperti ada sesuatu menyorong masuk ke dalam aku..aku terdiam…esok nya aku tanya pah, pah senyum jer

  8. sungguh ka cita ni? tudiaa aeh, untung na ada bunian syok. hahahahahahaha. ko tak tanya Pah ke rupa bentuk bunian tu? Habis tu? Pah dengan ko sekarang macam mana? Manusia ada suka ko tak?

    **Aku ada jugak kawan nama Pah. Tak rapat jugak. Tapi dia tak boleh nampak bunian. Hurmm, mmg orang nama Pah ni jenis yang tak rapat kot.

  9. nama sama..pastu nickname wasap dah la aku letak puteri bunian…tapi tak tau bunian suka aku ke tak…🀣

  10. Kalau lame xdengar azan subuh, punah ajelah kejadiannya ..ape-apejelah. Nway yaya, cerita alright je. Saya dulu pernah ada suara perempuan ni bagi salam masa saya baru baring-baring nak tidur. Lepas 2-3 kali bagi salam siap boleh tanye lagi,”awak dengar tak suara saya ni?”. Saya rse sesuatu ni ikut lepas saya duk asyik tengok sebuah rumah kosong lame yg mmg nampak menarik dengan cahaya lampu kuning simpang jalan.

  11. ok saya percaya ckp yaya ni..sebab saya tengah alaminya skrg ni..smlm ade seorang kawan bgtahu saya yg saya dijaga oleh puteri bunian.

    dan yang paling ketara saya sentiasa merasakan kehadiran angin sejuk dingin je..bkn sejuk aircond ke ape ek..tapi sejuk yang mendamaikan dan best.

    saya terdiam bila kwn ckp cmtu..dan dia hanya melihat saya dan tidak mengganggu..dan puteri tu Islam dan kawan saya boleh nampak puteri tu..katanya cantik putih wallahualam. dan ketika menaip ni pun saya rasa dia ada di sebelah..

    pada yang kata tipu ke ape ke..tak lalui jangan ckp mcm2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.