Pena Biru Part Akhir

Assalamualaikum kepada admin dan pembaca fiksyen shasha dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah aku ni. Dah lama aku peram cerita ni, jadi sebelum aku lupa baik aku post kat Fiksyen Shasha. So, enjoy.

10/4/2020
Selepas solat isyak berjemaah dengan abang Dani dan along aku, aku dah start rasa tak sedap badan, rasa nak marah tapi tak tahu nak marah pasal apa. Lepas tu aku lipat kain jap. Dok tengah lipat kain tu kipas yang dok tiup-tiup rambut aku pun aku rasa nak marah. Apa la salah kipas tu pun aku tak tahu.

Aku bagitahu abang Dani, aku rasa tak sedap badan lepas tu aku masuk bilik sambil tu aku baca ayat pendinding. Kejap aku rasa marah tu hilang kejap dia datang balik. Tangan kiri aku sakit-sakit macam biasa. Dalam pukul 11 malam macam tu, aku ambil bantal baring kat karpet bilik aku sambil-sambil tu aku tumbuk tangan aku kat lantai.

Sambil aku dok tumbuk lantai tu, aku rasa ada benda dah nak masuk dalam badan aku. Aku dah terbayang-bayang ada gunting kat tangan aku masa tu nak tikam diri sendiri. Alhamdulillah, tiba-tiba abang Dani masuk bilik dia tengok aku dok tumbuk tangan ke lantai, semakin lama semakin kuat. Anehnya tangan aku tak rasa sakit pun padahal kuat kot aku tumbuk.

Lepas tu abang Dani buka bacaan surah-surah kat phone dia. Dengar je bacaan dari phone abang Dani, kedua-dua tangan aku terus cekek diri aku sendiri dengan kuat. Aku meronta-ronta sebab aku tak dapat nak bernafas.

Abang Dani terus tarik tangan aku daripada cekek diri sendiri. Dia pegang kedua-dua tangan aku dan panggil along aku masa tu ada kat tingkat bawah. Diorang baca-baca la apa semua tapi macam tu jugak aku.

Masa pkp ni la dia nak jadi, nak panggil ustaz pun tak boleh. Along aku azan kat telinga kanan aku. Aku boleh pulak pusingkan badan aku meniarap. Bahagian kaki ke perut baring ke atas, bahagian perut sampai ke muka meniarap. Badan aku masa tu berbelit-belit, dah macam cerita hantu yang badan dia boleh pusing-pusing tu bila dia nak merangkak. Macam tu la jugak badan aku.

Tangan aku masa ni dah jadi macam hantu yang berkuku panjang dalam cita hantu yang korang tengok tu la. Abang Dani dan along aku buka tangan aku tak nak bagi tangan aku jadi macam tu sambil tepuk-tepuk tapak tangan aku.

Kemudian, along aku iqomat belah kiri telinga aku, aku terus duduk meringkuk atas lantai. Habis je dia iqomat, aku terus bangun dari meringkuk dan duduk merangkak balik. Masa ni along aku dah buka tingkap bilik. Aku pandang je tingkat bilik tu, lepas tu aku buat tangan seperti sedang membuka sesuatu.

Korang nak tahu tak apa yang aku buka masa tu? Untuk pengetahuan korang, aku buat macam tu sebenarnya aku tengah buka portal!! Portal antara dunia lain dan dunia kita. Seram gila. Dalam hati aku, benda tu cakap kalau aku tak dapat budak ni takde sapa yang boleh dapat budak ni. Masa aku buka portal tu aku nampak satu puak ni keluar dari alam diorang dan masuk ke alam kita. Semua berpakaian putih. Tapi aku tak nampak mata diorang. Seolah-olah diorang tidak memiliki mata.

Ya, Allah apa lagi la benda ni nak. Diorang ingat aku ni barang ke apa nak berebut-rebut. Lepas je aku buka portal tu, aku terus merangkak nak turun bawah. Aku merangkak sambil pejam mata tau dak.

Okay, aku ceritakan sikit bilik aku ni macam mana. Aku masa tu duduk kat atas karpet sebelah almari baju. Sebelah almari baju, ada dinding sikit baru lah pintu bilik. Aku merangkak tu dengan mata terpejam. Aku cakap dalam hati, “ha elok la sangat dah la merangkak lepas tu pi pejam mata pulak, memang saja nak langgar dinding la ni. Tapi surprisingly, walaupun aku tutup mata, aku nampak je pintu tu kat mana dan aku boleh elak daripada langgar dinding. Aku nampak rumah aku walaupum mata aku tutup!!

Ni yang aku risau, nak kena turun tangga sambil merangkak dan mata terpejam. Tapi elok je aku turun tangga dengan mata terpejam. Yes, guys. Korang pejam tapi still nampak tangga kat mana. Macam tu la kes aku ni.

Dalam 4 anak tangga aku turun, abang aku dua-dua angkat aku supaya berdiri. Diorang cakap kalau nak turun bawah turun elok-elok sebab diorang risau aku jatuh tangga nanti. Diorang pegang aku kanan dan kiri dan bawa aku turun sampai ke tingkat bawah.

Sampai ke tingkat bawah, abang Dani dan along lepaskan je aku. Aku terus merangkak balik dan menuju ke pintu. Aku buka lock pintu tapi along aku tahan kaki dia dekat pintu tu tak nak bagi aku keluar. Sebenarnya, bukan aku nak keluar tapi aku nak bagi benda yang kat luar masuk.

Slinding door rumah aku terbuka, nasib ada grail. Aku merangkak duduk depan slinding door tu sambil pandang luar. Masa ni aku dah tak bergerak, aku pandang je kat luar. Apa yang aku nampak ada satu puak (benda tu) yang sedang tunggu aku bukakan pintu untuk diorang masuk ke dalam rumah aku.

Oh ya, aku duduk atas sofa ye depan slinding door tu, bukan atas lantai. Lama jugak aku pandang keluar, abang aku nak tutup slinding door pun aku tahan pakai tangan siap selak langsir lagi sebab nak tengok luar.

Masa ni abang-abang aku masih lagi baca apa yang patut. Kat luar rumah kedengaran anjing menyalak. Agak lama jugak anjing tu menyalak. Aku masih lagi senyap. Aku pandang la dalam rumah aku. Aku nampak ada monyet tengah dok melompat sekeliling siling rumah aku tu sangat laju. Mata aku pun bergerak mengikut pergerakan monyet tu.

Abang aku ada call ustaz yang pernah rawat aku sebelum ni, dari kelantan. Dia cakap benda yang kacau aku tu bukan dari rumah aku ni tapi benda luar. Dia baca-baca dan buat solat hajat apa semua. Tapi lepas tu abang Dani dah tak call ustaz tu untuk tanya macam mana sebab takut mengganggu dia sebab masa tu dah pukul 12 lebih.

Lepas tu tiba-tiba aku duduk seperti tengah mengendong bayi. Anak sapa la aku kendong woi. Aku dah seram gila. Sambil tu aku dok tepuk-tepuk bayi dalam kendongan aku tu. Dalam beberapa minit jugak la aku dok belai-belai bayi tu. Aku masih lagi dalam keadaan pejam mata ye masa ni.

Bila benda tu keluar je, aku dah tak boleh buka mata. Masa aku dok kendong bayi tu aku masih lagi boleh buka mata aku bila aku paksa mata mata aku untuk terbuka. Aku seolah-olah terperangkap dalam dunia lain. Abang Dani dok panggil nama penuh aku pun aku masih tak menyahut. Selalunya aku menyahut je macam “hmm”.

Kalau aku menyahut dia tahu aku dengar dia tapi tak boleh nak sedar je. Tapi bila aku tak menyahut dia macam risau la. Tiba-tiba masa tu aku seolah-olah berada di tempat lain. Aku berada dalam gua! Gua tu sangat la besar. Dalam hati, “Apa yang aku buat kat sini ni. Macam mana aku nak keluar?”

Mula-mula aku decide nak masuk dalam gua tu, tapi aku takut aku tak jumpa jalan keluar dan gua tu gelap. Aku berbelah bagi nak masuk ke tidak. Tiba-tiba abang Dani azan kat telinga kanan aku. Gua tu bergegar dan condong ke bawah. Aku dah tergelincir ke bawah dah masa tu.

Oh ya, gua tu berada di tempat yang tinggi ye. Aku pun decide nak turun la ke bawah gua. Masa aku turun beberapa langkah, aku nampak seorang budak perempuan sedang berdiri kat belakang seorang budak lelaki sambil tangan dia dok pegang bahu budak lelaki tu.

Aku dapat rasakan yang perempuan tu bukan manusia tapi budak lelaki tu manusia. Kenapa aku cakap budak lelaki tu manusia dan budak perempuan tu bukan manusia sebab aku perasan yang budak lelaki tu berjasad dan budak perempuan tu sepertinya tidak berjasad. Kalau betul budak lelaki tu manusia, aku tak tahu apa yang dia buat kat gua tu dengan budak perempuan tu.

Aku melihat ke arah budak perempuan tu. Budak perempuan tu melambai-lambai tangan ke arah aku supaya datang ke arah dia sambil tersenyum-senyum. Aku pandang je budak perempuan tu. Aku berbelah bagi nak pergi ke tak kat budak perempuan tu.

Tiba-tiba aku dengar abang Dani iqomat, aku pandang muka perempuan tu, muka dia tiba-tiba berubah jadi buruk. Aku dalam hati, “ kan aku dah cakap Melati, budak perempuan tu macam pelik je”. Aku apa lagi, lari la ke belah lain. Tapi masa aku nak lari, aku nampak ada lagi dua gua kecil bawah dari gua yang besar tu, tapi sangat gelap. Tinggi gua tu pun lebih kurang aku je. Masa aku nak lari ke gua kecil tu, gua besar yang aku berada sekerang bergoyang macam gempa bumi seolah-olah tak izinkan aku masuk ke dalam 2 gua kecil tu.

Aku rasa mungkin berkat abang Dani iqomat kot. Gua besar masih lagi tidak berhenti bergoyang. Aku terus lari ke tebing gua dan panjat naik ke atas gua. Sampai je aku atas gua tu ada beberapa orang perempuan dan lelaki memakai baju putih seperti sedang menunggu aku.

Aku ikut diorang ke kampung diorang. Aku macam pelik, kenapa kampung ni kecil sangat. Ah, lantak la asal aku selamat. Ketua kampung tu pun ajak aku masuk ke dalam rumah dia, dia hidang air teh dan jemput aku minum tapi aku tolak. Masa aku duduk kat ruang tamu rumah tu aku ternampak macam ada perempuan baju putih lusuh dan berambut panjang sedang menyuruk di dapur rumah. Aku tanya ketua kampung tu, “sapa tu”?

Ketua kampung, “abaikan je, takde pape tu”. Aku dah start curiga dengan ketua kampung tu. Aku pun mintak izin untuk berlalu pergi. Ketua kampung tu pandang je aku yang bangun menuju ke pintu tanpa cakap sepatah apa pun.

Bila aku dah di depan pintu, aku tengok tiba-tiba kat luar rumah tu daun berselerak dan kampung ni seolah-olah kampung tinggalan. Rumah-rumah menjadi buruk. Tanpa pandang balik ke dalam rumah ketua kampung tu, aku terus keluar dari kampung tu. Aku baca ayat qursi dan mengucap sambil mencari jalan keluar.

Akhirnya, aku jumpa satu perkampungan ni. Aku dah risau kena tipu lagi dengan makhluk-mkahluk dalam alam ni lagi. Semua memakai baju warna putih. Ada seorang pak cik tu sepertinya dia ketua kampung tu. Muka nya bercahaya dan dia nampak seperti orang baik-baik. Aku tak pasti samada pak cik yang aku jumpa ni adalah pak cik sama yang aku pernah jumpa dalam mimpi aku sebelum ni. Aku tanya pak cik tu, pak cik ni bunian ke? Dia cakap dia bukan bunian tapi dia berkawan dengan bunian. Aku anggukkan jela.

Lepas tu pak cik tu ajak aku ke masjid kampung diorang, borak di situ. Aku melangkah masuk dengan memberi salam, ada beberapa orang lelaki dalam masjid ketika tu dan diorang menjawab salam aku tanpa memandang aku. Aku duduk depan pak cik tu. Aku pun borak la dengan pak cik tu.

Pak cik: Tu la kamu, masa diorang ajak kamu datang sini kamu tak mahu. Tapi sampai jugak kamu ke sini.

Aku: Saya tak sengaja sampai ke sini. Saya lari dari macam-macam benda sehinggalah saya sampai ke kampung ni.

Pak cik: Lain kali kalau nak tolak ajakkan dari orang, tolak baik-baik. Jangan meggunakan bahasa kasar, diorang bukannya berniat tak baik ke atas kamu. Takpe lah, inshaa Allah nanti pak cik tolong. Sekarang ni kamu bersihkan diri kamu dulu, kita solat maghrib berjemaah. Kaki kamu pun luka tu. (Aku terjatuh dan kaki aku luka masa aku tengah lari dari benda-benda tu tadi). Tu tandas kat tepi masjid.

Aku pun bergerak ke tandas masjid, bersihkan diri dan ambil wuduk sekali. Lepas tu kami menunaikan solat berjemaah sama-sama. Masjid diorang penuh tak macam masjid kita. Aku stay sampai isyak. Lepas je solat jemaah sama-sama, aku nak lekas-lekas balik tapi aku tak tahu nak keluar dari situ macam mana. Sebelum aku balik tu, aku sempat borak dengan pakcik tu sekali lagi.

Aku: Pak cik, bukan ke dunia saya dan dunia sini berbeza waktu? Bukan ke kat dunia masa cepat berlalu, tapi kat sini lambat berlalu?

Pak cik: Melati, sebelum ni kamu menolak untuk datang ke sini sebab kamu takut perbezaan waktu antara dunia kamu dan dunia ni sangat ketara. Kamu takut keluarga mu risau jika kamu tidur selama 3 hari sedangkan disini masih baru sejam berlalu. Begitu lah kuasa Allah, Melati. Dia mampu buat segalanya diluar jangkaan kita. Jangan lah kita persoalkan kekuasaannya. Jika, ketika kamu disini masa berlalu sangat lambat, dan di dunia kamu sangat cepat, kamu mungkin tidak mahu singgah disini. Kemudian, pak cik tu tersenyum je kat aku.

Pak cik: Balik lah Melati. Inshaa Allah pak cik akan tolong setakat yang termampu. Balik lah sebelum terlambat. Jangan kamu berhenti di mana-mana. Jangan biarkan ada yang mengganggu di pertengahan jalan mu. Teruskan perjalanan sehingga kamu tiba di rumah mu. Keluarga mu sedang menantikan mu.

Tanpa sempat mengucapkan terima kasih, aku terus tersedar. Aku dapat buka mata aku yang tadinya aku tak dapat buka mata. Aku terus panggil abang Dani. Masa ni dia dah baringkan atas sofa tu sambil selimutkan aku. Masa tempoh aku berada di tempat lain tu aku seolah-olah tinggal jasad je walaupun aku sedar apa yang berlaku di dunia nyata. Abang aku sangat risau kan aku. Belum pernah lagi aku kena macam ni.

Abang aku siap letakkan jari dia kat hidung aku, risau aku tak bernafas lagi sebab aku tidak memberikan sebarang respond. Masa ni dia cuba borak dengan aku, aku dengar tapi aku berada di tempat lain dan aku tak boleh nak respond. Bila aku tersedar je, aku dah okay seperti biasa macam takde pape yang berlaku. Tu pun aku tersedar setelah balik dari kampung tu.

Selepas dari pengalaman ni, aku dah semakin pulih. Aku dah jarang terkena gangguan ni. Aku pun dah tak rasa takut seperti dulu. Cuma gangguan-gangguan kecil je yang hadir tu pun alhamdulillah aku dapat tepis. Jika ada benda yang masuk ke dalam badan aku benda tu dah tak boleh kawal badan aku seperti sebelum ni, tapi aku yang mengawal benda tu. Semua yang berlaku dengan izin Allah.
Mungkin ini kisah terakhir aku disebabkan aku dah hampir sembuh sepenuhnya. Sebenarnya aku banyak skip kisah gangguan yang aku alami. Diganggu dengan makhluk dari office, kisah memagar rumah dan dimasuki oleh Hang Jebat. Tapi sebab ramai yang cakap kalau kisah bersambung ni kisah rekaan, so aku akhiri kisah aku ni sampai sini je. Untuk pengetahuan korang kisah ni 100% betul dari pengalaman aku sendiri sepanjang proses berubat.
Baiklah sampai sini je kisah dari aku dan aku harap korang enjoy dengan kisah ni. Sebelum aku mengundurkan diri, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca Fiksyen Shasha yang mendoakan aku supaya cepat sembuh dan tak lupa juga kepada admin yang publishkan kisah ni. Semoga kalian dijauhkan dari pengalaman yang aku alami ini.
Sekian,
Melati.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Melati

2 thoughts on “Pena Biru Part Akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.