Pendamping untuk Yan

Hai semua. Iris kembali lagi. Disebabkan bulan depan dah mula sibuk dengan kerja, jadi aku akan luangkan masa dengan menulis kisah-kisah seram yang tak berapa nak seram di page ini. Kadang-kadang rasa diperhatikan bila menulis kisah seram tapi buat biasa saja sebab kita tahu selain kita ada dia.

Kali ini aku nak bercerita tentang seorang rakan aku yang dikelilingi pendamping warisan atau senang cerita, orang panggil saka. Tapi tak tahu juga dalam kategori saka ke apa sebab benda ni tak diambil, cuma benda ni sendiri yang hadir untuk mengawasinya. Bukan satu, tapi banyak. Macam-macam jenis dan ada yang baik, ada yang tak berapa nak baik.

Aku panggil rakan aku sebagai Yan. Perempuan tau, bukan lelaki. Disebabkan aku dan Yan agak rapat, jadi aku tahu serba-sedikit pasal latar belakang keluarga Yan. Yan pernah bercerita keluarga sebelah ibunya ada d***h diraja tapi bukan Malaysia la. Mula-mula aku kurang yakin. Antara percaya dan tidak. Sehinggalah suatu hari…

Kejadian ini berlaku di bulan ramadhan. Yan dan kakak dia pergi solat terawih di masjid berdekatan rumah mereka. Masa berjalan pulang, Yan dan kakak dia nampak seorang lelaki berbaju kuning seperti pahlawan zaman dahulu kala. Lelaki itu hanya memandang mereka dari jauh dan kemudian menghilang. Anehnya, cuma mereka berdua dan ahli keluarga saja yang nampak. Orang kampung tak nampak.

Sepanjang bulan puasa, lelaki berbaju kuning seperti pahlawan itu kerap muncul. Hanya memperhatikan mereka lalu pergi. Yan tak tahu lelaki itu siapa dan dia pun tak takut sebab bukan menyerupai hantu atau zombi. Hinggalah pada suatu ketika di saat Yan ada gangguan dan dirawat (bukan gangguan daripada lelaki itu), Yan ambil kesempatan untuk bertanya kepada Ustaz yang merawat. Sambil-sambil buat rawatan lain, bolehlah dia tanya sekali mengenai lelaki misteri itu.

Selepas Yan cerita mengenai lelaki itu, Ustaz hanya tersenyum. Tapi Yan tak cakap apa-apa mengenai keluarga dia.

“Dah kamu tu ada d***h keturunan diraja. Benda tu memang akan awasi keturunan tuan dia. Dia bukan jahat, dia cuma datang awasi sekejap saja.”

Dari situlah aku betul-betul yakin dengan kata-kata Yan yang dia ada d***h keturunan diraja. Haha. Okay, habis cerita pasal lelaki pahlawan berbaju kuning itu, kita cerita pula mengenai nenek kebayan yang ganggu Yan. Tadi yang baik kan? Ini yang tak berapa nak baik sangat. Tapi mengenai nenek kebayan ini, aku pun terkena sekali cuma gangguan biasa saja.

Suatu masa, Yan tidur dan bermimpi. Kemudian, dia tersedar sekejap dan dia kembali tidur. Yan bermimpi lagi. Bukan mimpi yang lain atau mimpi berulang, tapi mimpi yang bersambung. Macam drama TV episod satu, kemudian bersambung episod dua pulak. Tapi cerita yang sama. Mimpi tu pulak macam di dunia realiti sebab dia boleh rasa dan dapat kesannya.

Dalam mimpi itu Yan berjalan-jalan di tepi kolam. Kolam itu luas dan dipenuhi tumbuhan hijau seperti rumpai laut. Tiba-tiba muncul seorang nenek tua bongkok (nenek kebayan) dari dalam kolam. Nenek tua itu menarik Yan masuk ke dalam kolam. Yan tak mampu melawan dan akhirnya dia jatuh ke dalam kolam itu. Kini, hanya dia dan nenek tua berwajah bengis itu yang berada di dalam kolam.

“Makan!” nenek tua itu menyuap tumbuhan hijau itu ke dalam mulut Yan. Yan meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi gagal.

Yan akhirnya tersedar dari tidur dalam keadaan cemas seperti kejadian itu benar-benar berlaku. Tiba-tiba perut Yan memulas seperti ingin muntah. Yan terus muntah dan muntahnya berwarna hijau! Keluar tumbuhan yang sama macam dalam mimpi tadi. Yan cerita semua dekat keluarga dia dan dia pergi pusat rawatan perubatan Islam. Pernah sekali tu dia diminta mandi air daun bidara. Dia mandi di rumahlah dengan air daun tu.

Habis saja mandi, malam tu Yan kena ganggu teruk. Tingkap nako di rumah kena ketuk. Korang bayangkan kalau kita ketuk atau tampar cermin nako tu kuat-kuat dan banyak kali, mesti rasa macam cermin tu longgar dan nak pecah kan? Ha, macam itulah Yan diganggu. Siap dipanggil namanya. “Yannnnnn….” tapi dalam nada kasar dan marah. Mungkin marah sebab Yan mandi air daun bidara.

Tetapi kesan dekat diri Yan pun teruk juga. Yan sampai sakit-sakit selepas mandi air daun bidara. Ada perawat yang datang ke rumah tu kata nenek kebayan itu nak pilih Yan sebagai pendamping selepas kematian tuannya. Aku yang duduk dengan Yan pun kena tapi tak diganggu. Cuma dia menampakkan diri dia kepada aku. Dapat aku rumuskan bahawa nenek kebayan yang ganggu Yan itu bukan baik-baik. Dia buat Yan sakit.

Disebabkan Yan diganggu pendamping yang dia sendiri tak rela untuk terima, jadi agak mudah hijab Yan terbuka untuk melihat benda-benda lain. Bayangkan aku berdiri di pintu berborak dengan Yan, Yan boleh nampak ada hantu Aauuu Chakkk dekat celah-celah baju di ampaian! Yan kata muka hantu tu semuanya putih termasuk rambutnya. Haa sudah, walaupun kadang-kadang aku boleh nampak benda macam tu, tapi aku tetap takut sebab aku tak dapat tengok benda yang Yan cakap.

Sebenarnya banyak lagi gangguan yang Yan terima tapi cukuplah setakat ini aku ceritakan. Macam biasa, ada pengajaran jugalah untuk aku selitkan. Aku harap pembaca sekalian tak terima benda-benda macam tu. Jangan sesekali kita ambil ‘penjaga’ yang pada dasarnya untuk kebaikan diri sendiri tapi mangsanya ialah anak cucu. Kita kena sedar perbezaan umur manusia dan jin tak sama. Sampai tujuh keturunan pun dia masih boleh ganggu anak cucu kita. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Iris

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 85 Average: 4]

2 thoughts on “Pendamping untuk Yan”

  1. Org yg nampak makhluk dr jin tanpa punya ilmu2 yg sepatutnya jangan fikir tu anugerah dr Allah swt kerna Allah nak duga kamu je. Bukankah org yg berbangga dgn dirinya sendiri itu termasuk dlm golongan syirik juga.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.