Assalamualaikum & salam sejahtera. Sedikit intro, aku anak sulung perempuan dalam keluarga. Atuk disebelah ayah mewarisi ilmu org dulu-dulu, moyang perempuan disebelah ibu pula merupakan seorang bidan kampung. Ibu pernah cakap, bila umur aku nak menginjak 21tahun, aku akan dapat mimpi.
Dan ada yang berpesan pada ibu aku, sekiranya aku nak kahwin hendaklah dipersiapkan untuk aku pulut kuning. Apa saja tema yang aku nak tetap juga kena selit atau bersulam warna kuning jangan dilupakan.
Semasa aku sambung belajar, aku kerap bermimpi diberi sesuatu dan ianya berlaku sebanyak 3 kali. Kebetulan plak aku jenis yang suka membaca dan menonton cerita hantu.
Ok mimpi pertama aku, dalam mimpi tu aku aku tengah duduk sorang-sorang sampai tetiba aku disergah dari tingkap rumah dengan sorang perempuan ni (dia ni pelakon watak hantu di Indonesia). Dia hulur tangan dan tunjuk sebentuk cincin emas belah rotan pada aku. Aku tanya untuk apa?
Katanya untuk aku tengok, aku cakap takmau. Dia cakap taknak ambil pun takpe, tengok je. Marilah, nah pegang sini tengok. Entah kenapa dalam mimpi tu tetiba aku jadi bodoh, aku pun ambil cincin dari tangan dia. Elok je cincin tu ada dekat genggaman aku, dia boleh hilang! Ahh sudah, terus aku terjaga & buat aku terfikir kenapa aku ambil pemberian orang dalam mimpi sedangkan ibu dah pesan jangan terima apa-apa dalam mimpi tapi aku degil! Haha mana lah aku tau, mimpi je pun.
Aku anggap mimpi tu kebetulan je, selang sebulan dua macam tu. Masa aku tengah tidur tu aku terjaga, ada dua orang perempuan yang aku tak kenal apetah rupa pun aku tak nampak sebab dorang jalan membelakangi aku.
Dorang tarik tangan aku bawa aku ke satu bilik. Dalam bilik tu ada katil antik besi orang lama-lama yang boleh gantung kain tu, tapi dalam mimpi tu katil tu dihias macam orang nak kahwin, cadar tilam dan sarung bantal semua warna emas kekuningan, kain yang menghias besi katil plak warna putih.
Pastu salah seorang perempuan tu cantikkan jari aku dengan pewarna kuku warna kuning. Aku tanyalah untuk apa semua ni? Katanya ini adalah persiapan pertunangan aku. Terkejut laa aku, aku tengah belajar nak tunang apanya haha. Elok pulak bertunang pakai pewarna kuku, bukan inai ke patutnya, moden plak cara aku bertunang haha.
Kali ni lepas aku terjaga je, aku rasa tak sedap hati. Mimpi aku seolah berantai. Aku masih diamkan diri, sehingga kemuncaknya bila aku mimpi untuk kali ketiga.
Selepas aku terima cincin emas belah rotan, aku ditunangkan. Kalini dalam mimpi aku seseorang datang menyampaikan pesan bahawa aku kena terima. Aku bingung lah nak terima apanya, kau dah bagi aku cincin, dah tunangkan aku.
Sekarang datang suruh aku terima je, terima apa entah? Katanya aku ada saka! Merentan lah aku dalam mimpi tu, aku takde saka! Dia kata kau dah ambil! Elok aku bergaduh menidakkan aku ada saka. Masatu, selepas aku jerit “aku takde saka!” dia cakap “kau ada saka!!” benda ni ulang 3kali sampai jeritan akhir aku, aku cakap dekat dia “aku cakap aku takde saka, aku takde sakalah kau tak faham ke?!!” dan aku laung Allahuakhbar!!! Terus aku terjaga dari tidur dalam keadaan berpeluh-peluh, masatu seram sejuk, bulu roma aku merinding je.
Tak pernah laku mimpi kena kejar hantu sampai berjaga aku jadi takut sebab aku terasa seolah-olah ada yang tengah perhatikan aku waktu tu. Masatu aku sorang je duduk dekat rumah sewa, housemate aku ada yang balik kampung memasing. Okay habis mimpi menerima barang, ditunangkan dan dituduh ada saka. Jom aku cerita kejadian selepas aku berumah tangga.
Masih segar lagi dalam ingatan aku, pagi kejadian tu berlaku aku tengah sarat mengandungkan anak pertama aku, usia kandungan aku sekitar 7bulan lebih menginjak 8bulan. Elok aku tengah tidur dengan suami, aku mimpi aku berada diatas sampan, ditengah-tengah tasik yang mana kiri kanannya & sekeliling cuma ada gunung-ganang. Yang mendayung sampan aku seorang lelaki, dibelakang sampan ada seorang lagi lelaki. Yang menjaga aku dua orang perempuan.
Pakaian dorang semuanya macam cerita melayu zaman dulu-dulu. Yang lelaki macam pengawal istana, yang perempuan pula macam dayang istana. Dari jauh aku dah nampak ada rumah atas air, pendek kata Istana barangkali, Kenapa aku cakap istana? Sebab penuh pengawal dan kedua dua perempuan tadi pimpin aku dan iring aku untuk salin pakaian. Aku dipakaikan alaa puteri gunung ledang, berkain corak batik, lain-lainya berwarna putih kekilauan. Rambut aku disanggul cantik, dipakaikan mahkota warna emas diatas kepala, dipakaikan gelang cengkam ke lengan smcm Datin Tiara bawa watak PGL tu.
Selepas aku disiapkan, dorang bawa aku ke denan kahwin kut, tapi dalam istana punya laa haha. Kenapa aku tau aku nak kahwin? Masa dalam perjalanan tu, aku ditahan dan ditinggalan berdua dengan seorang lelaki. Rasanya dia suami aku haha. Walaupun muka dia silau bercahaya, tapi aku boleh nampak bersih putih handsome orangnya. Dia pegang tangan aku sambal pesan sesuatu yang betul-betul buat jantung aku rasa nak luruh. “Hari bahagia ini, aku nak kau tahu bahwa kau milik aku seorang.
Kau kepunyaan aku, bukan lelaki lain. Aku tak izinkan kau berkahwin apetah melahirkan zuriat dari benih lelaki lain sambal tenung mata & tengok perut aku!” Telan air liur aku, walaupun mimpi aku sedar, ehh gila ape aku kan ada suami, ada anak dah? Kemudian dia “Bersama” dengan aku dekat situ juga wehh. Aku terjaga, peha aku terasa darah panas meleleh. Ye, aku bleeding. Terus suami bawa aku ke KK untuk checkup. Alhamdulillah anak dalam kandungan sihat, doktor nasihatkan aku dibawa berubat kerana mimpi yang jadi bukanlah didalam bidang perubatan doktor.
Selepas tu banyak lagi mimpi bersambung masa aku dapat anak keuda, tapi aku taknak cerita. Aku sambung mimpi semasa aku mengandung anak ketiga. Usia dua bulan je aku bermimpi aku ke bertandang sebuah kampung.
Penduduk kampung tak sabar menunggu kedatangan aku seolah mereka nak meraikan aku. Untuk apa? Aku pun tak tahu haha. Untuk ke kampung tu aku harus menyeberangai sungai menggunakan titi. Pakaian aku kalini upgrade hokay, aku pakai sepersalinan baju puteri perak berwarna kuning yang lengkap.
Suami aku takde plak, so seperti mimpi sebelum ni, hanya pengawal dan dayang yang mengiringi aku. Semasa berjalan diatas titi, titi jatuh, makanya kita orang semua yang ada diatas titi jatuh kedalam sungai. Aku ingat aku dah mati, tiba-tiba aku ditimbulkan ke permukaan sungai dalam keadaan aku duduk diatas seekor buaya yang sangat besar. Disebabkan aku terkejut aku duduk atas buaya, aku terus terjaga dari tidur. Gila kau tak gerun, buaa besar gila. Buatnya aku kena makan, baik aku terjaga haha. Mimpi aku selalu macam tu, nanti dia akan continue dalam next mimpi untuk menyampaikan sesuatu.
Setahu aku, keluarga suami dia ada bersangkut cerita dengan buaya dimana moyang dia zaman dulu ada buat perjanjian dengan buaya, tapi Wallahualam.
Selepas kejadian mimpi tu, aku bagitahu suami. Mimpi kalini macam ada bawa maksud lain, hati kuat mengatakan anak ni lelaki. Mimpi tu macam nak bagitahu yang akua da waris, anak lelaki yang kuat pengaruhnya.
Suami aku tak percaya, aku cakap firasat aku tak pernah salah. Tapii, selepas mimpi ni terus hati terdetik ingatkan lelaki yang ugut aku tu. Kadang aku rasa dia ada, kadang aku rasa rindu. Lately ni aku selalu mimpi aku bersama seseorang dalam mimpi, bukan sekali dua, kerap juga .
Sempat juga aku melawak bagitahu suami, entah-entah ni bukan anak awak, ni anak bunian yang saya kahwin dulu tak, terus aku dikata bodoh haha. Dah lama aku nak ceritakan di FS sebelum akua da anak ketiga ni, tapi aku berfikir banyak kali, manada orang mimpi berantai, aku je kut jenis mimpi berantai.
Sebab suami aku sendiri pun kurang yakin dengan cerita macam ni. Bila suami pun tak yakin, aku risau pembaca pun bosan. Sekian itu saja cerita dari aku, walaupun ia bukanlah nyata hanya sekadar mimpi. Tapi aku tahu dia ada, kadang aku takut kalau tiba-tiba benda yang tak jangka akan berlaku sebab ada kala aku rasa mimpi ni macam gila pun ade. Entahlaa haha. Terima kasih membaca, assalamualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit