Pengalaman Berdepan Dengan Mereka di Sekolah Asrama.

Pengalaman Berdepan Dengan Mereka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Aku memang minat sangat baca kat sini dan selama ni pun aku jadi silent readers je, tapi tetiba pulak rasa nak share pengalaman aku yang tak lah terlalu seram. Tq admin jikalau cerita aku ni disiarkan. Aku akan letak beberapa cerita sekaligus tentang semua kejadian yang pelik dan seram dalam ni. Sebenarnya, aku tak berapa ingat, ni pun aku macam tiba-tiba dapat memori aku balik. Harap korang enjoy.

Cerita 1: Adakah aku berimaginasi?

Masa ni aku seorang pelajar di sebuah MRSM di Perak. Tak perlulah aku bongkarkan MRSM mana ye. Aku ni batch pertama MRSM tu, so memang tak ramai pelajar lagi. Ada form 1 dan form 4 je. Aku duduk di bangunan aspuri (asrama puteri) di blok besar.

Oh, sebelum terlupa. Aspura ada satu je blok, aspuri ada dua blok. Satu blok besar, berbentuk O (tengah asrama tu dulu rumput, sekarang dah jadi court) dan satu blok lagi berbentuk U (separuh daripada blok besar). Memandangkan pelajar tak ramai, jadi semua pelajar perempuan ditempatkan di satu blok yang sama. Aku form 1 masa tu, aku duduk di tingkat 2.

Nak dijadikan cerita, awal2 aku masuk, (beberapa minggu lepas minggu orientasi) petang dah nak senja tu aku baru nak mandi. (terlajak tido!) Waktu tu, ramai dah turun untuk makan malam dan terus ke surau. Semua pelajar wajib turun ke surau sama ada uzur atau tak. Kena siap sebelum Maghrib, kalau tak kena tahan depan surau.

Waktu nak mandi tu, aku nampak la ada sorang ni duk depan sinki, berus gigi. So aku lega la, ada gak yang tak turun lagi rupanya. Tapi, lepas mandi pun dia masih memberus gigi dia. Aku pelik la, lama betul minah ni duk sental gigi, tak lenguh ke apa. Aku pergi ke sinki nak berus gigi jugak dan terus amik wuduk.

Lepas aku dah siap, aku saje lah sapa dia, nak berkenalan kononnya. Aku pun tak tahulah kenapa aku peramah sangat masa tu, memang mnyesal la dengan tindakan aku tu sampai sekarang. “Hai, awak dah mandi ke? Kalau belum, jangan mandi lewat sangat, nanti turun lambat kena denda tau.” sambil toleh ke arah dia. Muka dia putih gila macam pucat pun ada. Dia cuma angguk je. Tengok dia macam acuh tak acuh je aku pun nak blah la.

Tanpa disengajakan, barang mandian aku jatuh pulak. Aku pun tunduk la nak amik. Dia jatuh bawah sinki. Lepas je ambik, aku bangun semula, alih-alih je minah tu takde. Lesap terus. Aku pelik la. Takkan dia keluar macam tu je? Berkumur pun tidak. Bunyi derap kaki pun takde. (Dalam toilet kan, harus lah dengar bunyi selipar ‘cepak, cepak’ tu).

Kaki aku nak melangkah je, aku nampak dia depan toilet tersengih pandang aku. Dan dia terus ghaib macam tu je! Aku pun apalagi, terus la lari masuk bilik dan kunci pintu. Aku pun tak faham kenapa aku nak kunci pintu. Gelabah sangat kot.

Masa aku dah siap nak ke surau, aku dengar bunyi orang ketawa terkekeh-kekeh. Bunyi dia macam ni “HIHIHIIII” Aku toleh la cari siapa lagi ada dalam bilik. Rupanya dia ada weh kat hujung sudut bilik aku! BUDAK TU!!!

Aku pulak buat sesuatu di luar jangkaan. Aku boleh pulak baling pencuci muka aku kat dia. Aduh… Lepastu, cepat2 aku capai telekung terus lari ke surau. Lampu kipas aku sempat tutup sebab suis sebelah pintu je. Kena kacau sekalipun, elektrik tak boleh biar gitu je, mampus kena marah dengan warden bila diorang check nanti! Huhuhu…

Habis solat Isyak, aku terpaksa naik semula ke atas ambik beg untuk prep malam. Aku tarik kawan aku sekali, takut nak naik sorang-sorang. Aku tak cerita la kat sesiapa pun. Maklumlah ramai tengah homesick, first time duduk jauh dengan family kan. Tak nak lah diorang rasa takut. Bertambah lah homesick kang.

Oh ya, waktu masuk bilik semula tu, aku ambik jugak la pencuci muka yang aku baling tadi. Kawan aku yang temankan aku pulak banyak soal. Aku kelentong dia, aku cakap “Oh tak, tadi aku mamai. Aku ingatkan sampah so aku main campak je” Nampak mengarut, tapi dia percaya. Hehehe…

Cerita 2: Kena tegur

Hmm… Sebelum nak cerita, aku kena gambarkan bilik kat asrama dulu. Maaflah aku tak reti terang, korang faham-fahamkan la ye. Agak panjang penerangan aku.

Setiap bilik ada 8 orang. Satu baris melintang 4 orang, dan 2 orang katil bersebelahan. Kalau kedudukan katil kau bukan tepi dinding yang ada tingkap, kau bersebelahan dengan dinding separuh.

Tak perlu panjat untuk tengok apa lagi 2 orang sebelah dinding separuh tu tengah buat. Kalau berdiri tepi katil, boleh nampak orang sebelah dinding. Bayangkan tempat kau tu disusun secara menegak bermula dengan meja study, katil dan depan katil tu loker. Dan bilik tu tak nampak bilik pun sebab bersambung dengan 2 atau 3 bilik.

Masa ni aku dan roommate aku yang lain, tengah syok berkumpul kat tengah2 bilik waktu malam tak ingat hari apa, weekend kot. Actually tak la tengah sangat sebab dia macam lorong je yang akan nampak loker dulu sebelum katil dan meja study.

Tengah kitorang duk sembang (topik apa pun tak ingat), aku macam tak sedap hati dan bulu roma aku meremang je. Aku duduk depan loker aku. Entah kenapa aku rasa nak pandang loker roomate sebelah aku. Aku nampak sesuatu yang sangat menakutkan! Dia hitam semua, kurus je tapi tinggi, badan macam bentuk badan lelaki, takde muka pun! Dia letak jari kat bawah muka, kalau muka kita tu, kita letak jari kat bibir.

Lepas aku nampak tu, aku tak sedar apa jadi, aku cuma dengar sayup-sayup roommate aku panggil nama aku. Sedar-sedar je, aku kat atas katil aku. Dan ada akak senior dekat dengan aku. Macam mana aku tahu dia senior? Sebab aku dengar ada orang panggil akak. Hmm, aku tak ingat apa kitorang cakap lepastu.

Yang aku ingat. Aku rasa takut nak bercakap, sebab kat lampu study roommate sebelah katil aku (terletak kat dinding sebelah meja study, bukan kat siling) ada makhluk tu duk bertinggung menghadap aku. Memang aku berdebar gila sepanjang malam, tapi sebab penat, aku terlena jugak.

Aku tak tahu kenapa aku nampak dia, mungkin sebab kitorang sembang rancak sangat, waktu pun agak lewat masa tu. Mungkin sebab tu kot.

Dan sejak tu jugak, macam-macam yang aku nampak. Tapi, hampir semua tak percayakan aku. Ada lah konflik dengan budak sebelah katil yang aku nampak lembaga hitam tinggi tu. Mulut dia tu, tak tau la. Suka sangat tabur fitnah kat aku. Aku pun tak tahu kenapa.

Cerita 3: Si Penghisap D***h

Kali ni, cerita ni agak mengaibkan, terutama bagi kaum wanita. Tapi, amiklah sebagai pengajaran dan pedoman dalam hidup. Kena ingat, bukan kita je tinggal kat bumi ni. Makhluk lain pun ada, cuma orang yang hijabnya terbuka sahaja yang boleh melihat makhluk alam lain ni.

Ok, bagi korang yang perempuan tu. Mesti dah banyak kali kan dengar teguran daripada akak2 senior ke, cikgu2 ke, makcik2 ke, even ibu sendiri pun mungkin ulang berkali-kali kat korang. “Basuh tu elok-elok. Basuh dengan betul. Jangan sampai tinggal kotoran korang walau setitik pun atas korang punya pad tu.”

Korang rasa sebab apa? Ha… Nilah yang aku nak cerita. Pasal peristiwa ngeri lagi menjijikkan. Huhuhu..

Aku rasa panas teramat. Tak silap Sabtu malam Ahad. Takde prep malam, so bebas la kan kat bilik nak buat apa. Ada kawan-kawan aku yang tengokk movie la, ada baca novel la, dan tak kurang jugak yang rajin study. Huhuhu…

Malam tu, macam yang aku cakap. Terasa sangat panas. Jam dah menunjukkan lewat malam. Tapi, disebabkan peluh yang teramat teruk, aku paksa diri mandi supaya badan aku sejuk sikit. Korang mesti anggap aku gila kan mandi tengah malam? Yalah, aku ni jenis yang kalau badan melekit, memang tak tidur la aku sepanjang malam.

Lepas mandi tu, lampu semua dah gelap. Dah light off la, dalam pukul 11.15 malam gitu. Ada je yang masih meniarap tengok movie, tapi tu bilik hujung sana la, roommate aku dah tidur semuanya. Dan aku, nak pergi tempat aku la kan. Nak tidur terus, rasa sejuk gila! Tempat aku agak hujung jugak la. Dan sewaktu melangkah…

Aku nampak satu makhluk duk berdepan loker salah seorang rommate aku (dia memang jenis tak tutup loker, biar terbukak luas. Bila barang kena curi, dia tuduh aku. Tak faham betul) Nak tau apa lembaga tu tengah buat? Dia mencangkung sambil berbunyi. “slurrpp, sluurrppp”.

Perasaan aku jangan cakap lah. Nak gugur rasanya aku waktu tu. Tapi, sebab katil aku kena lalu jugak tepi loker tu, aku buat-buat tak nampak dengan harapan dia tak tahu aku nampak dia. Makhluk-makhluk ghaib ni, pantang tahu kalau kita nampak dia, confirm kena kacau teruk.

Semakin aku dekat, semakin jelas di pandangan mata aku apa yang dia tengah pegang. Korang rasa apa? Hm, dia pegang underwear yang kotor dan berdarah! Ya Allah, nak luruh jantung aku waktu tu. Aku menggigil weh, terasa amat takut. Sukar aku nak gambarkan semula untuk bagi korang faham. Entah kenapa, berjalan ke katil aku yang ambik masa kurang seminit terasa lama sangat.

Bila aku sampai tepi dia, dia berhenti menghisap. Aku dah cuak. Secara tiba-tiba, dia toleh ke arah aku sambil menyeringai! Dan nampaklah sisa-sisa d***h yang dia hisap tadi tu mengalir kat tepi bibir dia. Rambut yang panjang menggerbang, dengan lidah yang panjang 2 inci, menghisap tepi bibir dia yang berdarah tu. Terketar-ketar lutut aku. Aku nak lari, tapi tak dapat bergerak. Kaki aku terasa dipaku.

Aku lantas pejam mata dan membaca surah-surah yang aku hafal. Nasib baik hafalan aku terjaga masa tu. Banyak kali salah baca dan aku ulang semula sampailah ayat terakhir surah An-Nas baru aku berhenti baca. (aku baca surah-surah pendek je. Apalah yang budak sebaya aku yang belajar basic agama ingat kan) Dengan berbekalkan bismillah, aku buka mata. Syukur, takde dah makhluk ngeri tu.

Cepat-cepat aku lari, campak toiletries aku bawah katil dan panjat katil aku (katil single dan bukan double-decker). Aku berselubung satu selimut tu dan sempat aku baca ayat Kursi.

Sebelum aku terlelap, aku dengar suara menyeru nama aku. “Ika… Hihihi” Disebabkan terlalu takut, aku terlena pun aku tak sedar bila.

Keesokannya, aku try la ajak roommate aku yang berkenaan berborak pasal h**d. Rupanya semalam dia terlampau mengantuk sampai dia biarkan semalaman dulu. Niat dia nak basuh hari ni ler. Waduh, waduh…

Cerita 4: Ikut Menyanyi.

Masa ni, aku form 3. Memang agak busy la memandangkan aku ni batch pertama yang kena hadap PT3. Dengan rujukan pun takde, cikgu-cikgu pun tak tahu format exam macam mana. Nak ajar skil menjawab pun tak tahu. Yalah, bayangkan lagi 3 bulan nak PT3, tapi bentuk soalan pun tak tahu macam mana. Yang pasti, skema jawapan pilihan A, B, C, D takde. Memang haru biru hidup aku masa tu. Kelas tambahan, cikgu tak tahu nak ajar apa dah.

Ok, disebabkan busy dengan study dan sebagainya. Aku pun bercadanglah nak study sorang-sorang waktu pagi hari Ahad. Tak de orang kan, so amanlah sikit.

Selang beberapa jam study, aku pun mula rasa mengantuk dan lenguh-lenguh badan. Aku pun bangun lah dan berjalan keliling kelas sambil menyanyi. Actually, takdelah menyanyi bukak mulut pun. Cuma yang hm2 ikut intonasi lagu. Apatah kata kerjanya. Aku pun layan perasaan nak hilangkan mengantuk. Niat nak study sampai waktu lunch. Boleh balik pergi dewan selera terus.

Tengah sedap layan perasaan, tiba-tiba telinga aku menangkap suara lain yang ikut menyanyi. Pada mulanya aku sangkakan ada orang lain study. Aku pun happy la sebab sangka aku bukan berseorangan. Hilang sikit rasa takut duduk kat blok kelas seorang diri.

Yang pelik lagi menghairankan, dia ikut intonasi aku jugak. Kalau aku berdehem, dia pun ikut berdehem. Kalau aku berhenti menyanyi, dia pun berhenti menyanyi. Lepas aku sedar situasi pelik tu, aku pun cuba la jenguk luar pintu kelas, senyap sunyi. Macam takde orang. Aku pun check satu demi satu kelas yang satu level dengan aku. Sebab bunyi tadi pun dekat je. Aku tak syak la ‘benda’ tu.

Lepas periksa semua, rupanya memang aku sorang. Aku pun termangu sendiri. Tiba-tiba dengar pulak suara orang ketawa terkekeh-kekeh. Bunyi dia gelak pun seram semacam. Macam sebelah telinga aku je. Aku pun terus la ambik barang-barang aku dan blah.

Keluar je kaki aku dari kelas, pintu kelas tu terus tertutup seolah-olah dihempas kuat dan muka aku terasa ada angin kuat lalu secara tiba-tiba dalam masa sesaat lebih tu.

Semakin jauh aku berjalan, aku dengar semakin sayup suara nyanyian macam aku tadi. Makin mendayu-dayu bunyinya dan suasana pun semakin suram. Aku berlari-lari anak meninggalkan blok akademik. Sejak tu, aku tak berani dah study sorang-sorang kat kelas!

Ok lah, aku rasa setakat ni jelah aku mencoretkan kisah aku kat sini. Aku rasa gangguan ni berlaku sebab yalah, tempat baru kan. Ni kan pulak kat tengah-tengah ladang kelapa sawit. Kalau ada umur yang panjang, kita berjumpa lagi. Aku mintak maaf jika penceritaan aku tak sampai kat korang. Dialu-alukan untuk komen agar dapat diri ini memperbaiki kesilapan pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

#BudakBertuah
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

24 comments

  1. cerita 1- Hampir melompat aku sebab seram ala suspen ketika babak di toilet tu
    Cerita 2- Lawak sikit sbb ko baling pencuci muke tu kat hantu haha
    Cerita 3- Pengotor dan jijik punye hantu, hak puih uek geli aku…!! xde mende lain ke nak mencekik !!!
    Verita 4- Genre Pop Rock ker hantu tu nyanyi ? ikutkan lirik ase mcm genre balada..
    sume cite best kecuali citer 4, papepun aku bagi markah 9/10, k bye

  2. Seram doh cerita ni, tapi berani nya awak si pencerita..kalau saya hmm memang x la nak mandi, study sorang2..euww

  3. “Cuma yang hm2 ikut intonasi lagu. Apatah kata kerjanya.”

    Humming namanya. tu je nk tlg bgtau.

  4. ni mrsm ulul albab kat sabak bernam ni , dia baru bukk wktu 2015 , kawan ak ada yg msuk situ ,tpi tak pernah lah dgr cite seram dri dia . cukup cukup la dgn pengalaman seram aku kat satu smka kat perak ni

      1. Banyak? Setahu aku ada 2 je. Satu Taiping. Ni MRSM otai dah berkurun wujud. Satu lagi MRSM felda apa tah. Ni mesti yg kat felda tu.

        1. Nope, you’re guess is still wrong. Mrsm trolak, kuala kangsar, pasir salak, parit, taiping, pengkalan hulu, gerik. Latest kuala kangsar, tak silap tahun lepas kot bukak.

    1. Cakap org mengarut? Habis ko? Tak mengarut ke? Macam cakap depan cermin. Rumah luuuu takde cermin ke der?? Puih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.