Pengalaman bersama Bunian dan Leluhurku

Pengalaman 1 – Tersesat Di Perkampungan Bunian
Pengalaman pertama ni saya betul-betul termasuk ke alam bunian sepenuhnya dan ia merupakan sebuah perkampungan yang agak sederhana seperti perkampungan di zaman dulu macam cerita pendekar lama-lama. Cerita ni bermula apabila saya pulang lewat dari kerja sebab ada hal penting perlu diselesaikan segera, dari office saya pukul jam 11.30 malam dan lalu yang saya lalu memang agak sunyi dan gelap bila waktu malam sebabkan ia tiada lampu jalan kecuali di jambatan yang saya selalu lalu ni, tetapi lampu di jambatan tu tak adalah terang sangat sekadar malap-malap untuk nampakkan jambatan tu dan bawah jambatan tersebut adalah 2 batang sungai dan hujungnya bercantum menjadi satu ianya tak jauh daripada jambatan tersebut.

Untuk pengetahuan semua laluan sepanjang 30 km tu dikelilingi oleh kebun kelapa sawit dan bekas-bekas lombong. Dipendekkan cerita dalam perjalanan dalam 5km sebelum jambatan keadaan tiba-tiba menjadi terlalu gelap dari biasa, walaupun bintang di langit masih nampak dan tak ada tanda-tanda nak hujan. apabila saya menghampiri jambatan tu tiba-tiba ada satu cahaya terang pada jambatan tersebut, saya pun jadi pelik selalunya lampu kat jambatan tu malap-malap dan tiba-tiba jadi terang pulak, saya cuba perlahankan kereta nak tengok apa yang ada kat depan tu, tapi memang tak nampak apa-apa hanya cahaya yang terang je, hati saya serba salah nak lalu ke nak pusing balik. kalau pusing balik kena patah balik dan jauh dah la dah lewat ni bila pandang belakang keadaan memang gelap tak nampak apa-apa pun gelap sampai pokok-pokok sawit tepi jalan pun tak nampak. Nak tak nak kena redah jugaklah ke arah jalan yang menghubungkan jambatan yang tiba-tiba terang tu.

Saya baca selawat dan tawakal teruskan perjalanan perlahan-lahan ke arah jambatan tu.., dan yang peliknya keadaan sekeliling tu menjadi satu tempat yang lain sepatutnya sekeliling jambatan tu hanya ada sunya dan semak je, tapi ni macam satu tanah yang takda sungai dan jalan raya bertar menjadi macam laluan tanah batu merah, dan yang buat lagi pelik suasananya terang macam siang, dlm hati saya bertanya kat mana aku ni, jangan dah masuk alam bunian. saya tak berhentikan kereta dan teruskan perjalanan ke hadapan sambil perhatikan keadaan sekeliling, dan apa yang buat saya katakan ianya alam bunian sebab saya baru lepasi satu pintu gerbang lebih kurang sama macam yang saya dibawa oleh lelaki bunian dulu. saya teruskan perjalanan sambil baca selawat dan doa moga-moga jumpa jalan keluar.

Tak jauh dari pintu gerbang tu, saya dah mula bau wangi seperti bauan kasturi dan diselangi dengan bauan makanan, bau wangi tu sama macam yang bau lelaki bunian tu dulu dan paling pelik bau makanan tu macam bau lauk kenduri kahwin macam kari ayam dan nasi minyak. Bau makanan tu semakin kuat bila saya mula sampai satu perkampungan dan nampak kelibat orang tengah berkumpul pada satu tempat, saya tak tahu nak kemana cuma saya follow je laluan jalan tanah merah tu dan ikut kata hati untuk terus sahaja tanpa masuk mana2 simpang. apabila sampai ke kawasan orang berkumpul tu saya berhentikan kereta dan tengok rupanya ramai-ramai tengah kenduri, bergotong-royong memasak dan makanan dihidang macam kenduri kahwin kita. Cuma saya perhatikan pakaian dorang berlainan sikit, macam pakaikan orang kampung zaman dahulu ala-ala zaman pendekar. dan rumah dorang macam rumah kampung lama dan design bentuk ala-ala rumah tradisional negeri sembilan lah lebih kurang.

Semasa saya berhenti orang sekeliling macam tak hiraukan saya, lalu hanya pandang kat saya maybe sibuk dengan kenduri. dalam hati saya fikir, macam manalah nak keluar ni makin lama makin dalam saya masuk ke perkampungan dorang, check hp nak call line memang takda. nak menangis jugak lah sebab tak jumpa jalan keluar dan saya dah mula fikir akan terperangkap kat alam dorang ni, saya cuba tenangkan diri dan terus kan berselawat sambil pejamkan mata dan berdoa agar Allah tunjukkan jalan keluar.

Dan tak lama tu saya terdengar satu suara perempuan tegur saya dari luar, saya buka mata nampak susuk tubuh perempuan berbaju putih macam pengantin pun ada macam puteri pun ada sebab baju dia cantik sgt dan wajah dia tenang dan cantik rupa paras dia bau dia wangi sangat. cuma beza dia tak ada lekuk kat atas bibir, selalu kan kita ada lekuk atas bibir yang dekat bawah hidung tu kan. memang cantik macam puteri, ayat yang keluar dari mulut dia ialah ucapan salam dan dia kata ‘ kamu sesat ya, kamu bukan orang sini ya?’ saya jawab dengan spontan selepas jawab salam dia’ ya saya sesat dan saya mahu pulang ke tempat asal saya’ dia tersenyum dan membalas ‘ asal usul kamu dari seberang sana, keturunan mu dari kerajaan suku sunda dan kehadiran kamu ini untuk mengetahui asal usul kamu’ usah kuatir teruskan perjalan kamu hingga hujung kampung ni dan kembalilah ke tempat kamu’ saya tak tahu nak kata apa dan teruskan perjalanan macam dia cakap dan ucapkan terima kasih pada dia, tak sempat nak tanya nama dia dan kenapa dia cakap camtu kat saya.. alhamdulillah sampai hujung kampung tetiba jalan jadi gelap semula bila perhatikan sekeliling saya nampak pokok-pokok sawit yang biasa saya lalu nak pergi kerja. syukur saya dapat keluar dari alam tu, tapi memang pelik sebab bila saya masuk sana hari siang bila keluar malam balik, dan alhamdulillah selamat sampai rumah. tapi tengok jam baru pukul 12 malam.. rasa masakan alam sana macam berjam.

Fikiran saya mula terfikir perempuan bunian tu cakap kat saya, keturunan suku sunda memang asal usul moyang saya, cuma yang memuskil kan saya ‘kerajaan’ tu. apa maksud dia agaknya, ada kaitan ke dengan bunian, wallahualam.. pagi tu saya pergi kerja guna jalan yang sama tetapi kali tak ada kelibat perkampungan tersebut, cuma bila saya salalu waktu siang kat jambatan tu nampak kelibat perempuan yang bantu saya tunjukkan jalan keluar sambil tersenyum di satu pokok besar sebelah jambatan yang saya lalu. Selepas apa yang berlaku saya cuba elakkan lalu waktu tengah malam kat jambatan tu sampai ke hari ini dan bila balik lewat saya kan lalu laluan lain untuk balik ke rumah.

Pengalaman 2
Kisah kedua ni agak pendek skit lah sebab saya kongsi bahawa alam bunian bukan saja kat hutan tapi sekitar kita pun ada. kisah ini berlaku kat cameron highland juga kat hotel area tanah rata, tujuan saya pergi ke sana macam biasalah nak bercuti macam sebelum-sebelum ni.. macam biasa bila saya perhatikan sekeliling hotel semua okay tak ada kehadiran dan penampakan makhluk halus kat are bilik saya. Masa ni saya berdua dengan kawan saya si zura ni, maklum lah dia ni suka ke cameron highland macam dalam cerita saya sebelum ni, trip ni pun dia yang ajak saya.

Nak jadikan cerita malam hari pertama dalam pukul 1.30 pagi lebih kurang saya terjaga dari tidur sebab mimpi pelik malam tu, mimpi yang menakutkan lah jugak sampai terjaga dari tidur. Bila bangun tu saya tengok zura memang masih tidur, alang-alang dah terjaga ingat terus nak buat solat tahajud dan solat hajat agar mimpi tu hanya sekadar mainan tidur, mimpi tu saya tak nak cerita lah sebab takda kaitan dengan hal cerita yang saya nak ceritakan ni. Lepas solat tu saya cuba nak tidur balik tapi tiba-tiba saya terhidu baru makanan macam ada orang tengah masak kat area bilik kami, tengah malam-malam ni lah pulak ada bau sedap ni, mula rasa lapar perut ni. tapi masalahnya tengah malam ni mana ada cafe buka dan kedai-kedai makan pun jauh, manalah tahu ada yang buka sampai lewat malam tapi memang tak lah nak keluar sorang malam-malam ni.

Masa tu baru teringat yang kat dalam kereta saya ada roti dan biskut yang saya beli masa nak on the way ke cameron highland siang tadi. So, saya nak turun kejap lah nak ambil, dan bau orang masak tu masih ada. dalam kepala ni terfikir takkan lah cafe ada masak tengah malam2 ni.. kalau masak pun takkan sampai tingkat atas boleh bau, malas nak pikir lah. Bila saya buka pintu bilik hotel nak keluar dari bilik bau masakan tu makin kuat pulak, bau macam masak kari pun ada, macam sayur goreng pun ada.. hai, bertambah lapar perut ni.. saya cuba cari mana datang bau makanan tu, saya jalan sampai area ke bilik iron baju, yela bilik deluxe kami tak ada iron baju so hotel tu memang sediakan bilik khas iron baju.

Bebalik pada bau makanan tadi, memang kuat bau dari area bilik tu dan paling terkejut ada bunyi macam orang tengah masak, saya cuba beranikan diri pergi dekat situ bila tengok area bilik iron tak nampak apa2 cuma bau je, bila saya masuk bilik tu macam masuk kat dapur pulak dan nampak ada perempuan tengah masak kat dapur. dalam hati saya sah memang ni memang tempat lain dah.. saya jenguk kejap lepas tu saya keluar balik terus turun nak ambil roti dan biskut tadi, dalam hati saya kat sini pun ada jugak. sebab saya tengok cafe bawah memang tutup dah takda orang masa tu. lepas ambil roti dan biskut dalam kereta saya naik dan lalu balik bilik tadi tu.. memang ada bau makanan dan bunyi orang tengah memasak.. malas nak layan teru masuk dalam bilik saya balik, tengok zura masih tidur tanpa sebarang gangguan.

Esoknya kami nak turun pergi jalan-jalan, saya lalu bilik semalam tu takda apa-apa pulak, masuk dalam bilik tu pun tak nampak kelibat orang yang tengah masak semalam tu bila siang hari, malam berikutnya pun ada lagi bau makanan kat area bilik tu. Saya malas kacau biarkan jelah asalkan dorang tak kacau kami sudah lah, kami menginap 3 hari 2 malam masa tu jadi 2 malam saya terbau makanan yang sedap, tapi tu lah tak terfikir bila dapat tahu yang alam bunian sangat lah luas tak kira mana-mana mesti ada.

Asal Usul Keturunan Bunian

Secara ringkasnya asal usul keluarga saya yang berkaitan dengan bunian ni dari sebelah ibu saya, saya mencari salahsilah keluarga saya ni selepas saya pertama kali saya tersesat di perkampungan bunian dan ada puteri bunian yang bagitahu secara direct kepada saya sendiri. Sebab saya mula-mula memang tak tahu, sebab rupanya ibu saya rahsiakan hal ni daripada saya dan dia memang sengaja tak beritahu atas sebab tertentu. Mungkin juga moyang saya ada perancangan untuk saya wallahualam.

Susur galur keluarga bermula dari buyut saya bapa kepada moyang saya ni seorang ahli silat dari sunda indonesia kami panggil dia Tok Atang, dia berkahwin dgn bunian asli di sana. Tok Atang tak nak stay kat alam bunian lepas berkahwin dan isterinya juga tinggal di alam manusia macam manusia biasa, tetapi isterinya perlu balik ke alam bunian bila diperlukan.. isteri dia lahirkan moyang saya dan ada 3 beradik semuanya perempuan, moyang saya ni suka gelarkan diri dia Bonda Ayu walaupun dah sampai ke saya, Bonda Ayu lebih kepada manusia berbanding adik beradik lain lebih kepada bunian maka orang kampung anggap hasil perkahwinan mereka hanya ada seorang anak sahaja yang lagi 3 orang lain tak nampak, selepas Tok Atang meninggal dunia mereka sekeluarga balik ke alam bunian semula kecuali Bonda Ayu, dan dia dibesarkan dengan keluarga saudara Tok Atang.

Sebab kenapa dia tak nak ikut ibu dia saya pun tak pasti.. bila dah besar dia berhijrah ke Malaysia nak cari kerja dan menetap disana dan berkahwin dengan seorang lelaki yang berturutan Syed, suami dia terima dia seadanya dan tahu asal usulnya, hasil perkahwinan Bonda Ayu juga 4 beradik kesemuanya perempuan..kadangkala dia bawa suaminya ke alam bunian untuk berjumpa dgn ibu dan adik beradiknya.. dan bila suaminya meninggal dunia barulah dia kembali semula ke alam bunian bersama keluarga dia hingga sekarang, kalau ikutkan umur dia memang banyak tapi masih cantik walaupun sudah berumur macam umur 40 an.. hasil perkahwinan dia keturunannya sampai lah sekarang kiranya saya cicit terakhir yang dipilih untuk berhubung dengan Bonda Ayu secara berdepan, tapi keluarga kami kadang kala dijemput kesana, walaupun tok dan nenek saya dah meninggal, Bonda Ayu masih ada alam bunian sana, mungkin dia memang keturunan bunian yang generasi pertama mungkin kelebihan dia untuk terus kekal disana wallahualam.., macam arwah nenek saya meninggal dunia macam manusia biasa walaupun nenek saya ada darah campuran dari Bonda Ayu macam saya dan ibu saya, cuma masa arwah nenek saya meninggal Bonda Ayu ada dtg jenguk.

Untuk pengetahuan semua, bunian asli rupa paras dari pandang mata saya memang cantik dan segak, tak banyak beza pun dgn manusia cuma sedikit berbeza pada lekuk atas bibir, macam manusia ada dorang tak ada. tapi bila dah campur lekuk adalah macam manusia biasa. Pakaian pun tak banyak beza macam manusia, ada yang moden dan perkampungan orang lama mengikut tempat.. macam warna pulak ada kategori masing-masing yang korang selalu nampak dan diceritakan tu warna putih kan, tu golongan yang alim ulama dan kuat beribadat kepada Allah SWT sebab dari keturunan saya alhamdulillah islam walaupun dari tanah Jawa, kuning warna keturunan diraja dan hijau dari golongan bangsawan dan keluarga bunian saya dari golongan yang warna hijau. cara pemakaian pula juga ikut tempat juga macam ada yang macam puteri zaman dulu dan zaman melayu dulu-dulu bagi yang moden macam kita juga cara pemakaiannya.

Macam Bonda Ayu dia suka pakai baju tradisional suku sunda macam ala-ala kebaya. Tapi ada masa tu dia pakai macam puteri gunung ledang bila ada urusan dengan golongan diraja disana, masakan kegemaran orang bunian ialah kari betik dan Bonda Atu selalu hidangkan kat saya bila saya dijemput datang kesana, sampai ke mak saya pun minat buat lauk tu. Dan saya nak betulkan persepsi orang bahawa orang hilang tu kena sorok dengan bunian, hakikatnya bukan sebenarnya sebab bunian tak mudah culik orang melainkan dia suka pada manusia tu dalam jangka masa yang lama dan ada perjanjian jika berkahwin dengan bunian. Macam Tok Atang saya, nak kahwin dengan isteri bunian dia ada perjanjian antara dengan isteri nya dan keluarganya supaya nak bawa tinggal dia alam manusia dan untuk isteri Tok Atang dia boleh balik jumpa keluarga bunian dia, maka mereka boleh keluar masuk antara alam nyata dan alam bunian bila-bila masa. Yang buat tak boleh balik tu bila dia berjanji nak tinggal kat alam bunian sehidup semati dan tak ingat nak balik ke alam nyata maka kekallah kat sana dan tak boleh kembali ke alam nyata.

Dan bunian biasanya kalau orang sesat dalam hutan mereka akan membantu untuk tunjuk jalan jika niat kita baik, yang biasa kita dengar hilang dan jumpa kat tempat pelik bukanlah angkara bunian. Saya bukan nak sebelahkan siapa-siapa cuma ni lah hakikat sebenarnya. Macam saya kadang kala dijemput oleh Bonda Ayu secara fizikal ke tempat dia, biasanya macam musim perayaan dan kenduri kendara. Begitulah sedikit sebanyak kisah macam mana saya dikaitkan dengan bunian dalam family saya, percaya atau tidak terpulang kepada masing-masing sebab sekadar perkongsian daripada pengalaman saya sendiri. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lara Sofea

1 thought on “Pengalaman bersama Bunian dan Leluhurku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.