Pengalaman di Pasaraya Terkemuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kpd semua pembaca FiksyenShasha. Aku ada satu kisah seram yg ingin dikongsikan disini. Harap-harap korg sudi la membaca ye…

Selepas aku tamat persekolahan pada tahun 2007, aku mula berhijrah drpd kampung aku di NS ke Puchong utk mencari pekerjaan. Memandangkan aku tiada minat untuk menyambung belajar maka aku memutuskan utk bekerja. Lagipun mmg aku suka bekerja sbb lebih mudah bg aku utk fokus mencari duit drpd fokus menuntut akedemik sepenuh masa. Setibanya aku disana, aku mula meneruskan operasi mencari kerja sementara aku duduk berteduh sementara di rumah kawan persekolahan aku. Akhirnya aku mendapat kerja sbg Pekerja Am di Pasaraya Aeon di IOI Shopping Mall. Kerja aku disitu tidaklah berapa rumit kerana aku hanya diperlukan utk memunggah & menyusun stok barang2 serta melakukan pembersihan didalam pasaraya.

Dalam 3 bulan aku menumpang & bekerja disitu, akhirnya aku telah menyewa sebuah apartment di Damai Utama, Bandar Kinrara. Alkisah seramnya bermula sewaktu aku dh bekerja hampir 3 bulan. Ada satu hari ni (aku lupa hari apa), aku dikehendaki membuat closing oleh Supervisor aku memandangkan org yg sepatutnya bertugas pada waktu closing tak dapat hadir disebabkan alasan tertentu. Ini merupakan kali pertama aku kena buat closing. Tugasan pertama yg aku harus buat adalah menyusun kembali kotak2 berisi stok barang2 pasaraya serta membersihkan seluruh rak tempat simpan stok barang dan lantai di ‘Stor Penyimpanan’. Mujurlah waktu tu aku tak berseorangan sebab aku ditemani oleh sorg pekerja Bangla didalam stor. Masa tu aku tgh sibuk menyusun stok2 makanan kedalam rak di bahagian hujung belakang stor bila tiba-tiba aku terdengar bunyi botol & tin jatuh drpd Rak barisan no.3, sebelah rak barisan aku iaitu barisan Rak no.4. Aku ingatkan si Bangla tu punya kerja tapi bila aku melangkah ke Rak no.3, tak ada sape2 pun kt situ. Masa tu aku dh mula rasa bulu roma aku meremang tp aku menyangkal perasaan aku dalam2. Aku pun sambung semula kerja aku. Masalahnya, baru aje aku tgh sambung balik buat keje x sampai beberapa minit, aku terdengar bunyi botol kaca & tin2 terjatuh lagi sekali. Bila aku jengah balik kesitu pun xde sape2. Masa tu aku dah x ckp banyak. On the spot jugak aku lari tinggalkan saki-baki stok yg belum tersusun pergi ke pekerja Bangla yg tgh sibuk buat keja dkt bahagian depan sana. Bila aku sampai depan si Bangla tu, aku pun mula buat2 pancing dia ajak ke stor belakang utk tolg aku susun barang. Sengaja aku buat mcm tu pasal aku nk cover ketakutan aku. Mula2nya Bangla tu taknak ikut aku sebab dia tgh sibuk mengemop lantai tp bila aku dah desak berkali-kali barulah dia setuju ikut aku kebelakang. Masa kiteorg tgh menapak ke Rak barisan no.4, tiba2 aku & Si Bangla ternampak bayang-bayang hitam dr hujung Rak barisan no.3 tgh berlari kehujung stor. Aku dh mula rasa seram seriau. Si Bangla tu pun sama mcm aku. Dah mula naik seram. Hati kitaorg dah mula berbelah-bagi samada nk pegi ke rak hujung sana ataupun x. Tapi nak x nak kiteorg terpaksa jugaklah pegi kesana sbb ada lg sikit stok barang belum clear disusun. Baru je kitaorg tgh menapak, tiba2 satu lampu Bilik Storm terpadam. Lagilah kitaorg bertambah panik. Masa tu aku dgn Si Bangla dh x fikir panjang, kitaorg terus cabut lari drpd dlm stor. Lepas keluar drpd Bilik Stor kitaorg terus berlari pegi cari Supervisor kitaorg. Nasib baiklah masa tu kiteorg terserempak dgn Supervisor dkt bahagian Frozen Food. Kebetulan waktu tu dia tgh buat rondaan kt situ. Aku terus datang mengadu dgn supervisor nk mintak end shift awal tp Supervisor mula-mulanya x nk kasi sbb kiteorg kena habiskan jugak semua kerja kiteorg. Tapi, bila aku cerita segala perihal pasal apa yg terjadi dkt dlm Bilik Stor barulah Supervisor setuju untuk membenarkan kitaorg end shift. Lagipun Supervisor ok je nak lepaskan kiteorg balik memandangkan kerja aku pun dh tinggal sikit. Kemudian, kiteorg pun berjalan ke ofis supervisor utk clock-out. Masa kiteorg tgh melintas dpn ‘Bilik Stor’ utk ke ofis, kiteorg betul2 terdengar bunyi kotak & barang2 terjatuh dr dlm bilik stor. Waktu tu kiteorg terus mempercepatkan langkah ke ofis. Tak tengok langsung belakang. Settle je clock-out apa semuanya, kiteorg terus tinggalkan pasaraya tu cepat-cepat.

Keesokkan harinya, aku masuk shift seperti biasa pada waktu tengah hari. Masa aku tengah sibuk bekerja di kaunter, Shift Manager pagi datang memanggil aku ke ofis. Aku just buat2 tenang mcm xde apa2 yg berlaku. Setibanya aku disitu, Shift Manager tersebut menyerahkan sebuah anak patung kpd aku. Aku mula terkejut bila dia bagi anak patung kt aku. Lalu, aku bertanya balik Shift Manager aku kenapa dia bagi aku anak patung tu. Dia pun mengatakan bahawa dia terjumpa anak patung dibelakang stor semasa dia tgh buat ronddan di dalam stor. Mungkin dia ingat patung tu milik aku jadi tu yg dia pulangkan balik pd aku. Aku tergamam kejap. X tau nk cakap apa lagi. Lalu, aku pun bertanya pd Shift Manager psl keadaan Bilik Stor samada saki-baki barang2 yg tertinggal dkt Rak belakang tu masih tertinggal berselrak ataupun dh disusun tp katanya semuanya dh terurus. Aku pun ceritalah pd Shift Manager yg aku sebenarnya x habis menyusun stok2 makanan kt Rak belakang semalam tapi dia ckp takda apa pun yg tertinggal dkt rak belakang. Semuanya dh tersusun. Dia siap menyatakan lagi pd aku bahawa xde seorang pun yg bertugas di dlm Bilik Stor melainkan aku dgn Si Bangla semalam kelmarin. Siap Shift Manager ckp dgn aku dia boleh bau harum semerbak sstu Bilik Stor. Aikkk… Dah tu sape pulak yg mengemas saki-baki stok yg aku tertinggal kelmarin? Mcm mana pulak boleh bau wangi satu Bilik Stor? Sumpah wei! Aku dah mula rasa seram sejuk. Kemudian, aku pun berlalu pergi dan sambung semula kerja.

Yang pastinya petang tu Shift Manager ada panggil aku sebab nk suruh aku masuk closing tapi aku tolak. Aku cerita segala-galanya tentang apa yg terjadi mlm semalam dkt dlm Bilik Stor dan sambil tu aku explain pd Shift Manager dlm masa yg sama sebab apa aku xnk buat closing. Akhirnya, Shift Manager pun bersetuju dgn alasan aku lalu dia menggantikan closing dgn staf lain. Semenjak daripada peristiwa malam semalam, aku dah nekad tak nak lagi buat closing. Kira-kira 6 bulan lebih kemudiannya, aku berhenti kerja drpd Pasaraya Aeon. Aku telah mendapat kerja baru sebagai Pam Attandance Stesen Petronas di BK5. InshaAllah, nanti aku akan ceritakan pula kisah seram aku semasa aku bekerja disitu & kejadian aneh di rumah sewa aku pd lain hari.

Apapun, aku nk memohon maaf sekiranya kisah pengalaman aku tak berapa menarik kepada semua pembaca sekaligus mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca karangan aku. Walaubagaimanapun, aku akan cuba untuk membawa kisah seram aku yg seterusnya dgn jalan penceritaan yg lebih menarik buat pembaca semua. Sekian, terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

-Don-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

32 comments

  1. Hai semua. Cerita ni adalah sambungan daripada kisah seram pertama aku, kisah seram di PLKN. Kronologi seram aku semakin hampir tamat dan di hujung episodnya korang akan dibongkarkan satu perkara misteri yg menjadikan semua cerita ni berlaku. Bersabar ya. Tq juga buat yg sudi membaca.

    – Pengalaman di Asrama PLKN
    – Pak Long Ku
    – Pengalaman Di Pasaraya
    – Pengalaman Di Rumah Sewa

    Stay tuned.

  2. saya pernah duduk di damai utama mmg seram n hutan sikit di belakang perumahan n suami sy pernah nampak kelibat di sana. waktu dah hbs pantang .dah la saya salu bangun pagi2 nasb baik xterserempak. hhehhe cerita tau … kami menunggu .

  3. Baguslah hantu tu tolong susunkanšŸ˜‚. Dari nyusahkan orang kan? HAHAHA. Anyway, story kau not bad. Keep it up eh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.