PENGALAMAN DI TEMPAT KERJA

Aku nak cerita tentang pengalaman aku semasa bekerja di sebuah Pusat Hiburan Keluarga pada tahun 2013 sebagai cashier. Tempat aku kerja nie dalam sebuah mall 4 tingkat dan mall nie kecil ja. Dekat sini hampa boleh mai main bowling atau karaoke,ada mini playground untuk kanak-kanak dan kat sini juga ada 2 buah hall yang boleh disewa untuk sebarang majlis. Kebanyakkan customer kat sini adalah keluarga dan pelajar sekolah. Kerja sebagai cashier kat sini bukan setakat jaga kaunter kira duit ja tau, banyak lagi skop kerja yang aku kena buat.

KISAH 1

Masa tu aku kerja shift pagi, masuk pukul 9 tapi pukul 8 lebih macam tu aku dah terpacak kat tempat kerja. Tugas pertama aku lap bola bowling, masa nak ambil tuala dan spray dalam stor tiba-tiba aku dengar macam ada orang tengah main bowling kat luar, masa tu aku dah cuak sebab masa aku masuk tadi memang ada aku dengan Hassan ja (cleaner bangla). Kalau ada technician pun, mustahil la depa nak servis lanes bowling nie awai-awai pagi. So aku beranikan diri keluar dari stor tu, aku tengok keadaan lanes bowling tu takda apa pun, sunyi sepi. Tapi aku nampak macam ada bayang orang dekat dinding tepi lanes, memang gaya dia sebiji macam nak lempar bola bowling. Aku terus jerit panggil Hassan,tapi bayang tu terus hilang masa Hassan sampai.

KISAH 2

Kali nie kejadian terjadi kat surau. Aku ingat lagi masa tu time rehat aku, aku nak solat Zohor. Lepas solat tu aku nampak ada seorang perempuan tengah ambil wudhuk, mungkin customer la so aku buat tak tahu dan terus siap-siap depan cermin. Dari cermin tu aku nampak la susuk tubuh perempuan tadi tengah solat membelakangkan aku. Masa aku nak keluar,sekali lagi aku terkalih pandangan ke dalam surau dan perempuan tu takda weyh!! Aku terus lari keluar, lepas tu aku dengar macam pintu dihempas kuat.. Lepas daripada kejadian tu, aku akan ke surau berteman ja..

KISAH 3

Hari tu aku masuk shift pagi, kali nie dengan Alia. Jadi tugas aku hari nie susun kasut bowling dan kira stock stoking kat kaunter, Alia pula lap bola bowling. Memandangkan staff shift malam semalam dah tolong selesaikan separuh kerja aku tu, jadi aku tak ambil masa yang lama untuk siapkan bahagian yang selebihnya, jadi aku boleh tolong Alia lap bola. Dari kaunter aku nampak Alia seperti tengah bercakap dengan seseorang sambil tangan mengelap bola. Maybe dia pakai earphone dengar lagu atau memang tengah cakap telefon. Masa aku sampai tepi dia,aku cuit la bahu Alia lepastu dia kalih macam terkejut tengok aku. Aku nampak dia tiba-tiba menggigil dan mata dia berair.

Bila keadaan Alia semakin pelik, aku tarik dia masuk pejabat. Alia dah menangis, bila aku tanya, dia still berdiam diri sampai la Kak Ana dan Kak Puvee masuk. Kak Ana kerani kat sini, Kak Puvee pula bahagian sales & marketing. Bila keadaan Alia dah tenang, kami semua tanya dia kenapa, minta dia ceritakan apa yang dah jadi.

Dari cerita Alia, masa dia tengah lap bola, tak lama lepas tu tiba-tiba ‘aku’ mai, tolong dia lap bola kat sebelah. Dia tak syak apa-apa la sebab tu dah rutin biasa kami, kalau kerja sapa yang habis dulu, tolong-tolong la orang lain siapkan kerja. Alia kata kami menyembang semua macam biasa sampai la bahu dia dicuit. Bila dia kalih belakang, dia nampak ‘aku’ jugak. Masa tu la dia tiba-tiba menggigil dan dia menangis sebab takut dan dalam masa yang sama dia nampak ‘aku’ yang menyamar tu tersenyum sinis memandang dia dekat kaunter (membelakangkan aku). Hari tu juga Alia minta balik awal dan mc 2 hari.

Lepas kes Alia tu, kecoh la 1 tempat kerja aku nie sampai manager,supervisor semua tau. Yang bagusnya manager aku nie, walaupun dia bukan Islam dia bagi kami buka surah-surah Al-Quran pagi-pagi dan time malam bila takda customer. Bila peak time dan ada customer ja baru buka lagu. Yala, kalau buka surah masa customer ada, jenuh nak menjawab kalau customer tanya,takkan nak cakap takmau bagi hantu kacau. Rosak bisness bos aku macam tu,hahaha..

KISAH 4

Ha, nie cerita pasal lagu pulak. Lagu-lagu yang berkumandang kat dalam tempat kerja aku nie selalunya dari handphone kami-kami si cashier nie ja. Cucuk ja kabel kat handphone,connect dengan speaker,bergema la ruang pusat hiburan nie dengan lagu jiwang-jiwang, lagu hindustan. Ikut suka hati kami la masa tu nak mainkan lagu apa..

Ceritanya bermula macam nie, masa tu hari biasa,maksudnya bukan hujung minggu. Bila takda customer nie, kerja kami menyembang ja la, masa tu kat kaunter ada aku dengan Hani, abang Dan (supervisor) ada dalam pejabat.Tiba-tiba lagu yang kami pasang nie stop sendiri lepas tu ada balik, macam radio rosak. Aku pun check la handphone aku, check playlist lagu semua okey ja. Tiba-tiba terkeluar lagi cina, pastu bercampur dengan lagu yang sediada kat playlist aku. Aku terus cabut kabel kat handphone aku tu,sunyi sat takda lagu dah yang kedengaran, tiba-tiba lagu cina yang bergema dalam ruang pusat hiburan nie. Lagu tu mendayu-dayu ja. Abang Dan pun keluar ke kaunter bila dengar lagu tu, dia tanya pesepa kami pasang lagu cina. Bila dia tengok kabel tu tak connect dengan handphone sapa-sapa,dia pun terdiam. Dalam 20 minit juga la lagu tu terpasang.

Kami ingatkan gangguan malam tu setakat tu ja, tapi sebenarnya tak bila tiba-tiba Abang Rahim dan Syed berlari keluar dari bilik technician (bilik depa belakang lanes bowling) mai kat kaunter dalam keadaan tercungap-cungap. Dari cerita depa, depa dok kat belakang tu tengah menyembang sambil dok hisap rokok,masa tu Abang Rahim perasan dah, asap yang depa hembus tu seolah-olah membentuk satu bayangan lepas tu hilang melalui mesin-mesin bowling. 2,3 kali juga la asap tu terbentuk.

Lepas tu walkie-talkie depa berbunyi. Fungsi walkie-talkie kat sini bila ada customer yang nak main bowling, cashier akan inform technician untuk buka lampu lanes dan turunkan pin. Technician pun akan inform cashier dan supervisor jika ada kerosakkan atau lanes yang tak boleh digunakan atau sedang dibaiki. Masa walkie-talkie tu berbunyi, depa dengar suara tapi tak jelas. Depa ingat kami kat kaunter nie ada nak inform apa-apa. Bila depa minta ulang sebab tak berapa jelas, tiba-tiba suara kat walkie-talkie tu gelak sambil mendengus kasar lepas tu gelak balik.Macam tu la.

Lepas tu Syed gunakan telefon dan sambungkan ke kaunter tapi tak dapat. Kali ketiga Syed telefon baru diangkat tapi dia cakap tak dengar suara kami, dia hanya dengar LAGU CINA!! Syed terus letak telefon dan bagitau Abang Rahim. Depa dah mula tak sedap hati, bulu roma pun memang dah sedia berdiri. Depa memang dah terfikir nak keluar dari bilik tu, nak standby kat depan ja.

Dugaan depa kat belakang tu, tiba-tiba lampu bilik tu terpadam. Depa cuba cari pintu tapi tak jumpa! Abang Rahim paling lama kerja kat situ,mustahil dia tak dapat agak kat mana pintu walaupun dalam gelap. Abang Rahim pun baca la surah-surah yang dia tau, mulut Syed pun tak berhenti baca Ayat Kursi. Dalam kegelapan dan ketakutan, depa akhirnya jumpa pintu keluar. Masa nak lari keluar tu Syed jatuh tersadung sebab terpijak kain merah!! Dalam kalut-kalut tu la depa nampak amoi cina pakai cheongsam kat tepi pintu dengan muka menyeringa..

Lepas tu la yang kami nampak Abang Rahim dan Syed lari keluar dan malam tu kami semua tak buat closing, terus balik sebab takut.

KISAH 5

Kejadian nie aku rasa paling real kena kat aku. Malam tu masa closing tiba-tiba komputer (sistem karaoke) on balik, padahal aku memang dah off sebelum tu. Kat screen tu akan tunjuk details bilik mana yang available, bilik mana yang kosong, jumlah masa,jumlah lagu,senarai lagu macam tu la. Time tu dah closing okey, tapi kat skrin tu tunjuk bilik ** (aku tak ingat nombor bilik tapi bilik tu belah belakang dan paling hujung) tengah on, dan aku tengok list yang dipilih semua lagu cina weyh! Masa tu memang dengar sayup-sayung muzik kat dalam tu..

Masa tu aku panggil Syed dan cleaner bangla sorang untuk teman aku, lagipun aku memang kena tutup suis dan sound sistem setiap bilik. Sebelum nie aku okey ja sorang-sorang, tapi kali nie rasa lain macam. Lagu cina tu masih ada dan masa nak dekat dengan bilik tu, aku suruh Syed dan bangla tu yang p tapi bilik tu berkunci! Dalam keadaan berani takut-takut,kami mula tengok dalam bilik tu melalui cermin pintu. TV memang on dan memang ada MTV lagu cina kat skrin TV tu. Tengah ralit kami dok skodeng, tiba-tiba terjengul muka perempuan cina kat depan kami, sebalik cermin tu! Memang jerit la aku, bangla tu pun lagi awai dia belah sambil dok menjerit aiyooo aiyoo.. Syed pun automatik tarik aku, bukan tarik sebenarnya tapi seret aku keluar dari situ sebab aku dah tak mampu nak berdiri, ketaq punya pasal. Syed yang lelaki tu pun memang dah cuak gila.

Sampai sekarang aku teringat lagi muka perempuan cina tu, pucat, mata terbeliak. Betul-betul muncul depan muka kami..


Sebenarnya banyak lagi kejadian-kejadian pelik yang jadi kat sini, kat mini playground ada ja yang pernah nampak kelibat budak, dengar suara budak menangis,gelak tapi takda sapa-sapa pun. Kat hall lagi la keras, tengah setup meja, ada orang tarik kaki dari bawah meja la, barang susun kat lain jumpa kat lain, kadang-kadang dengar riuh ja dalam hall tu macam ada event tapi sebenarnya hall tu kosong ja. Hantu menyamar jadi staff pun ada tau, Kak Puvee tu siap mekap sama-sama lagi dengan Kak Ana dalam tandas. Tapi Kak Ana elok ja dok minum pagi kat pantry dengan aku. Tapi yang paling top kat sini hantu perempuan cina tu la..

Ingatkan kami yang kat sini ja kena ganggu dengan hantu perempuan cina tu rupanya kat dalam mall tingkat bawah pun kena. Guard night shift selalu nampak perempuan cina turun eskalator padahal mall dah tutup. Kecoh jugak bila kes patung berubah tempat dan dipakaikan cheongsam.

Staff-staff kat mall nie cakap hantu cina tu anak pemilik mall nie yang dah meninggal dunia sebab kemalangan. Selalu pemilik mall nie akan buat acara sembahyang dan jamu hantu makan, tapi sejak dia sakit acara tu tak pernah dah dijalankan sebab tu hantu-hantu semua marah dan mula mengganggu orang-orang kat sini. Entah laa..

Aku pun tak kerja lama kat situ, yang pasti tak lama lepas tu aku dengar Pusat Hiburan Keluarga tu pun dah ditutup. Mall tu masih beroperasi sampai sekarang.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

missIB

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

7 thoughts on “PENGALAMAN DI TEMPAT KERJA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.