Pengalaman Mamat:Jenazah

#Mamat pak jaga

Assalamualaikum sahabat. Maaf sudah lama tak muncul. Sedikit sibuk. Bertemu lagi kita di entry yg ke berapa entah aku pun tak kira haha. Di entry kali ini aku akan bercerita pengalaman sahabat aku, Nordin. Mungkin di entry kali ni sedikit humor kerana Nordin ni kelakar orangnya. Hahaha. Baiklah sahabat sekalian. Nordin merupakan salah satu pengawal di Malaysia yg pernah menjaga tanah perkuburan. Kau ingat takde pengawal ke kat tanah perkuburan. Okay aku terangkan. Syarikat aku mengambil tender dari satu pihak untuk menjaga tanah perkuburan yg baru dibuka. Tanah perkuburan ni terletak area Melaka je hehe pandai pandai lah korang teka yee. Tanah perkuburan je baru tapi ahli kuburnya tetap orang lama. Jenazah dari perkuburan lain akan dipindahkan ke perkuburan baru sebenarnya. Atas alasan kawasan perkuburan lama mudah dinaiki air. Kerja pemindahan memakan masa jadi mereka memerlukan khidmat pihak pengawal di malam hari bagi menjaga jenazah yg sudah dipindahkan. Yelah kau fikir zaman sekarang takde ke kes orang dok kubur buat syirik mintak nombor? Siap ada kes orang culik jenazah lagi. Haih dunia-dunia. Okay gais ready? Let’s start the story!

” AKU ” disini sebagai Nordin.

Hari pertama aku memulakan tugas. Petang tepat jam 6.45 aku sudah sampai di kawasan perkuburan. Kerja menggali nampaknya sudah berhenti.” Alhamdulillah . Selesai dah sedikit urusan pemindahan mayat. Malam ni awak jaga ke? ” tanya seorang pakcik yg menjadi tenaga kerja pemindahan disitu. ” Yes! Malam ni saya mengawal di sini. ” Jawabku dengan tersengih. ” Bagus. Kita buka tender pun sebab risaukan ada orang yg mahu kacau mayat-mayat ni. Banyak bende syirik berlaku sekarang di kawasan perkuburan. Bukankah lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga? ” Soal pakcik tu sambil tersenyum. ” Betul tu pakcik. Saya setuju. ” jawabku. Aku hanya disediakan satu kerusi dan meja untuk duduk. Yelah tempat baru mana ada post. Pagar pon takde. Tugas aku adalah menghalang sesiapa pun masuk ke kawasan perkuburan dimalam hari. Nampak senang kan? Haha tapi malamtu bermula penderitaan aku.

Sedang leka mendengar lagu dari radio henset, tiba-tiba datang seorang pakcik ni. ” Assalamualaikum nak. Nama pakcik Hamzah Bin tuttt tutt terpaksa dirahsiakan. Pakcik antara tenaga kerja yg uruskan pemindahan ni. Pakcik nak masuk ambil barang tertinggal. ” kata pakcik tu. ” Ouh bole pakcik saya tunggu sini, elok elok pakcik. ” jawabku sambil menghulur lampu picit padanya. Setelah beberapa jam, pakcik tu masih tak balik. Aiyooo kang dia hilang mati aku kene jawab. Aku bersiap untuk pergi meronda mencari pakcik tu. Aku pelik tapi yg aku dapat rasa bende tu memang nk kenekan aku kaw-kaw malamtu. Lampu picit atas meja ada dua. Satu dah bagi pakcik tu. Yg lagi satu memang aku yakin ada atas meja. Tapi tulah makhluk mana yg pergi sorokkan. Last-last aku gune torchlight henset. Bateri henset pun dah nyawa-nyawa ikan. Abang redha jelah.

Aku mulai rondaanku di sekitar kawasan itu namun sesosok manusia yg bernama Pakcik Hamzah pun aku tidak temui. Aku check jugak kt dalam lubang kubur yg baru siap dikorek tu. Takde jugak. Mana lah orang tua ni pergi. ” Mungkin pergi mengeteh dengan jenazah kot. ” bisikku dalam hati. Telinga ku tertangkap satu bunyi dari arah tempat jenazah yg selesai dikebumikan siang tadi. Takde amik masa yg lama aku terus menyorok di balik alatan yg digunakan tenaga kerja siang tadi dan memerhatikan apa yg berlaku. Aku lihat Pakcik Hamzah. Ye Pakcik Hamzah duduk bersila ditengah. Dan dia dikelilingi jenazah yg berdiri! Dia ditengah, jenazah tu semua seperti berdiri dalam bulatan. Apabende yg aku nampak ni aku pun taktahu tapi puas aku tampar pipi aku sampai merah merah(ting ting tang ting pipi merah-merah) , memang real depan mata. Pakcik Hamzah seperti baca sesuatu jampi. Mulutnya laju macam tengah rap lah senang kata. Makin lama tuturnya makin kuat kedengaran. Langsung aku tak faham bait bicaranya. Tapi yg perkataan last tu aku dapat detect bunyinya. ” Kau datang dari tanah kepada tanah engkay kembali. Tapi belum masa untuk kau pergi. Berhambalah padaku. ” Haaa macamtulah bunyi dia. Yg tak boleh blah lepas dia baca jampi tu dia buat bunyi macam panggil burung ” Kurrrr! Kurrrr! ”

Gila kau tak seram? Aku dah terkencing kt sini tengok. Kau ingat tadi masa mula-mula aku dengar radio kt henset? Tiba-tiba berbunyi radionya. Tapi bunyi macam frekuensi terganggu. Aku tengok Pakcik Hamzah dgn jenazah memandang arah aku. Jenazah tu semua terus terjatuh macam dah tak bernyawa. Padahal tadi semua segak berdiri. Pakcik Hamzah bangun. ” Woi bangsat apa kau tengok?! ” Dia jerit arah ku. Aku bangun untuk berlari tapi taktahu kenapa aku terus tak sedar. Betul-betul tak boleh bukak mata. Bangun-bangun aku dikejutkan oleh tenaga kerja disana. Aku ditemui dalam satu liang lahad. Aku tak pikir panjang balik rumah call bos terus resign. Tak sanggup weh walau gaji besar. Malam first dia dah letak dalam liang lahad. Malam kedua ada ditanamnya aku hidup hidup kang.

Sebelum aku balik dari tanah perkuburan baru tu. Aku adalah melaporkan pasal Pakcik Hamzah pada tenaga kerja tu. Takde pun tenaga kerja kat situ nama Hamzah. Rupanya bila check balik nama list jenazah yg bakal dipindahkan, Pakcik Hamzah Bin tutt tutt tu salah satu jenazah yg bakal dipindahkan. Tapi kenapa aku jumpa dia malamtu dalam keadaan macam bomoh biarlah antara dia dgn Allah. Mudahan semuanya berjalan lancar untuk dia disana. Ambil iktibar sahaja. Jangan pernah melakukan syirik. So itu saja entry aku pada kalini. Berjumpa kita di entry yg lain. Assalamualaikum.

Mamat
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

  1. Kesian pak cik Nordin baru first day kerja dah jadi ujian macam tu, semoga dia terus bertabah dengan kerja dia, best cerita kali ini mmg seram

  2. citer biasa jer mat.. len x kasi laa citer yg panjang sikit.. ni.mcm bru bca intro dia dh habis dh.. hmm.. apa2 pun don gibab mat. wa caya ama lu.. peace no war..

    1. “Mengeteh dengan jenazah”/”..jenazah segak berdiri” – hahahahah..pak mat nyer citer memang stedi medi seram komedi. kipidap pak mat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.