Pengalaman Mamat:Van Cit Berhantu

#Mamat pak jaga

Assalamualaikum salam sejahtera you all. Baiklah sahabatku sekalian. Di entry aku pada kali ini, aku akan menceritakan misteri van CIT (cash in transit) milik syarikat aku. Apa itu van CIT? Okay aku terangkan. Van CIT ni adalah van membawa duit samada untuk dihantar ke bank ataupun diambil daripada bank. Faham? Okay good. Now, we can start the story gaisss..

Pada waktu itu aku disuruh standby di pejabat kerana aku tidak lagi bertugas di post kawalan sekolah. Jadi kebetulan pada hari itu pihat CIT tidak cukup kakitangan ingin menggerakkan aktivitinya. Jadi aku dikerah bagi membantu pihak CIT. Didalam van CIT terdapat 4 orang termasuk aku, Wak Jani (driver), Syam (pegawai CIT) dan Pak wan (pengawal bersenjata). Kami menuju ke Johor bahru bagi satu transaksi penghantaran. Van CIT yg digunakan ketika itu adalah van lama. Luar memang nampak usang kerana warna catnya pudar. Kami memulakan perjalanan dengan lancar pada awalnya. Setelah selesai urusan penghantaran, kami bertolak pulang ke Melaka pada jam 7.00 petang. Bammmmm! kami hampir sahaja nak terbabas melanggar divider jalan. Namun dengan kecekapan Wak Jani, Alhamdulillah semuanya selamat. Kami berhenti di tepi jalan sambil melihat keadaan van. ” Aduh payah la macamni. Weh Jani kau asal tak check tayar dulu sebelum gerak? ” marah Syam. Yela dia tu kan pegawai. Memang sesuka hati je dia marah walaupun orang tu berusia dari dia. Dari dulu aku kurang berkenan dengan dia ni.

Hari sudah larut malam. Akhirnya setelah berhempas pulas menukar tayar, semuanya siap. Kami bergerak ke Melaka tepat jam 8.00 malam. Pertengahan jalan, bermulalah episod duka buat kami. Hujan mula turun dengan lebat. Lebat yg lain macam. Wak Jani terpaksa memperlahankan van bagi mengelak perkara tak diingini berlaku jika terlalu laju. Bokkkkk!! Bunyi kuat dari tingkap belakang. Kami semua menoleh. Cermin jadi gelap. Ye ada sesuatu yg melekap di cermin belakang van. Aku yg duduk dibelakang terus duduk ke depan bersama Syam. Yelah takut punya pasal. Bammmm! Bunyi dari atas van. Seperti ada sesuatu yg jatuh di atas. Mujur semuanya hilang bila radio memainkan azan Isyak. Pak Wan saja kelihatan tenang dan meminta kami berhenti seketika di rnr bagi menunaikan solat terlebih dahulu. Di suatu rnr yg aku rahsiakan namanya, tempatnya agak begitu sunyi dan tak ramai orang.

Selesai sahaja solat aku terus menuju ke van meninggalkan yg lain. Niat di hati nak melelapkan mata sekejap. Namun apa yg terjadi aku lihat van CIT sudah tiada. Tak ada! Aku fikir diorang tinggalkan aku tapi bila aku ingat balik diorang berada dalam surau. Maybe Wak Jani parking di tempat lain sangkaku. Aku duduk tunggu mereka keluar dari surau. Tunggu punye tunggu, hanya Syam yg keluar. ” Eh mamat laju kluo. Tadi nampak kau sorang je yg belum keluar. Mana Wak Jani dengan Pak Wan? ” Soal syam. Aku mengangkat kening pada syam. ” Aku baru kluo ni syam. Wak Jani dgn Pak wan pon belum keluar. Dah sah-sah aku dekat depan pintu surau dari tadi. ” jawabku. ” Hotak kau mamat. Aku nampak Wak Jani dengan Pak wan tadi keluar. Memang kau sorang je dalam surau. ” betah Syam.

Aku yg tak puas hati terus ke surau. Aku bukak pintu surau tengok kosong! Takde orang. Mana wak jani? Mana pak wan? Mana van cit? Jangan-jangan diorang dah tinggalkan kami. Siapa yg aku nampak di surau yg menyerupai Pak Wan dan Wak jani. Vrommm! Sebuah van muncul dihadapan surau. Ya itu van cit kami! Aku meluru ke Syam. Syam mengajak ku naik. Aku naik dengan syam di pintu belakang. ” Settle Wak jani. Jom balik! Mana pegi tadi Wak jani dgn Pak wan? ” soalku sambil menutup pintu. Fikirku Pak Wan duduk sebelah Wak Jani dihadapan. Tapi mereka hanya berdiam diri. Untuk pengetahuan korang hanya ada satu cermin kecil yg menghubungkan ruang pemandu dan belakang kenderaan. Ini adalah salah satu ciri van keselamatan yg digunakan dalam prosedur cash in transit. Pak wan dan Wak jani hanya senyap dihadapan. Mungkin mereka penat. Aku pon malas nak layan terus sandar di kerusi. Ku lihat Syam, dia merenung jauh ke luar tingkap. Bunyi enjin van sedikit mengaum telah menandakan kami sudah mula bergerak untuk pulang. Aku cadang hendak melelapkan mata, jadi aku set alarm di phone bagi menyedarkan aku setengah jam selepasnya. Ku lihat Syam masih lagi termenung. Lantas aku pejamkan sepasang mataku.

Ringgg ringggg!!!! Bunyi alarm dihensetku mengejutkan ku. Aku membuka mata yg berat sambil menggeliat. Ku lihat Syam juga tersedar dari lenanya. ” Aik ko pon tertidur ea Syam? soalkan. ” Haah mat termenung punye termenung terlelap gak aku. hahah. ” gelaknya. Ku melihat ke luar tingkap bagi meninjau keadaan jalan. Siang!! Ye kami di siang hari! Dan yg pelik kami berada di rnr yg sama semalam. Dan penuh dengan pengunjung. Kulihat Wak jani membuka pintu belakang. ” Maaf la mamat dan syam. Wak terlelap. Sampai pagi baru sedar.Allahu.” jelas wak jani. ” Pakcik pon sama, tengok wak jani kau lelap pakcik pun ingat nak lelap sekejap rupanya sampai ke pagi. ” tambah pak wan yg berada dibelakangnya. Tercengang weh aku dengan syam masatu. ” Wak kau tidur dimana? ” soalku. ” Wak tidur disurau la. Dimana lagi mau tidurnya disini. ” Jawab Wak jani. Abes kalau tidur di surau kenapa aku tak nampak pak wan dan wak jani? Yg aku musykil. Semalam aku dan syam sendiri lihat van sudah bergerak balik. Lihat di luar pon van berjalan. Kalau betul van bergerak siapa yg membawa kami malam semalam? Biul kepala memikirkannya.

Sesampai di ofis aku duduk menyembang dengan wak jani. Aku ceritakan semuanya. Wak jani hanya gelak. ” Kau tak tahu ke? pengurus kan pasang hantu kat van tu. Bagi perompak ke apa gagal kalau ada cubaan nak merompak. Mungkin rezeki kau dia kacau kau. Samalah si syam tu. Dia kn baru keje. Mungkin nak kenal kau berdue. ” Terngaga mulut aku dgr pengakuan Wak jani. Eleh Wak jani tu sembang je. Haritu lari jugak jumpa hantu atas van, lepastu tinggalkan aku sorang sorang. Tapi betul, kadang-kadang aku terlihat kelibat seorang lelaki didalam van itu. Hanya duduk kaku memandang stereng. Tapi aku tak tegur sebab aku tahu bukam orang. Macam gali kubur sendiri la weh kalau kita tegur hahaha. Dari situ baru aku tahu syarikat aku ada juga memasang bende syirik ni. Lantak orang atasan lah. Asalkan aku tak terbabit. Jauhi syirik gaiss. Dan ingatlah sesungguhnya hanya Allah tempat berlindung. Itu saja entry aku pada kali ini. Kita berjumpa di entry yg lain. Assalamualaikum.

34 thoughts on “Pengalaman Mamat:Van Cit Berhantu”

  1. Yang cakap pasal bekas pengawal kubur tu apa kau ingat kubur takde pengawal? Haha ada bro. Member aku sendiri pernah jaga kawasan perkuburan dan bayaran dia lagi mahal dari pengawal biasa. 12 ringgit per jam. Kerja 12 jam sehari dpt 144 ringgit sehari beb. Sebulan gaji kasar 3k lebih. Kerja rileks je duduk takpayah pun nk meronda kubur. Cuma kawan aku dah berhenti sebab kene kacau. Agak-agak korang nk dgr tak aku cite pasal pengalaman dia jaga tanah perkuburan? 😆

    Reply
  2. mat ko keje compny ape..mahmud securty,tuah securty,amore securty ke G4S..mat ko dtg tmpt keje aku la bebudk ni byk gak jmpe.ko bole geng dgn dieorg.

    Reply
  3. mula2 ak yakin semua cerita ko asli betul..tapi kali ni ko kantoi…
    van bawak duit ko xde pun takut pasal orang nak merompak ko masa van tgh jalankan xde langsung insting ko sebut takut kene rompakan atau andaian..

    sah kau reka cerita..gampang betul kau ni…

    DAH XPAYAH BALAS SEBAB AKU XDAPAT PUN BACA APA KORANG REPLY>

    Reply
    • kau tu yg gampang anjir. Buta ke tak baca aku tulis “Selesai saja urusan” itu maknanya dah takde duit dalam van. Kau nak risau apa lagi. Van kosong.

      Reply

Leave a Comment