Pengalaman OT

Pada tahun 2012 aku berkerja di sebuah organisasi yang menguruskan hal ehwal dan kebajikan masyarakat. Nak mention nama macam tak sanggup. So abaikan ya. Kisah ni berlaku seminggu sebelum umat Islam menyambut hari raya. Pada pagi itu kita orang ada meeting dekat bilik bos. Ada perubahan choice of words sebab dah lama sangat tapi maksudnya tak lari dari yang asal.

Bilik Bos (En Adha)

En Adha : Esok sumbangan kena diedarkan kepada orang kurang mampu. List nama penerima
sumbangan dah siap ke Aruna?

Aruna : En Adha , dalam proses nak completekan. Sebelum pukul 4 akan siap.

En Adha : i dah bagi u masa kan, esok program tau baru nak siapkan ?
Kak Zaiton : (senior clerk) En Adha , kami akan membantu Aruna.

Time tu hanya tuhan je tau perasaan aku. Dahlah masuk tak sampai satu bulan, tetiba dibagi task sedemikian. Kena marah lagi pulak. Aku hanya mampu bermonolog sendiri, ‘habislah’.

Masa semakin berjalan. Namun senarai nama penerima bantuan masih belum kusiapkan. Asyik kena reject je setiap helaian. Alasan bos aku font tak betul, saiz tak standard, allignment lari, spacing tak bagus dan sebagainya. Tapi nama pun dah bos kan. So bos biasa betul. Begitulah aku fikir pada masa tu. Jam menunjukan pukul 5.40pm, senior clerk keluar dengan handbag dan kunci keretanya. Masa tu aku masih duduk menghadap komputer.

Kak Zaiton : Aruna maafkan akak. Nie kena fetch husband dari officenya. Kereta dia breakdown. Kalau akak sempat akak akan datang ya.

Aku : (tersedak jap tapi dah situasi tak dapat dielakan apa nak dikatakan) Takpe la kak, I boleh je.

Kak Zaiton : Apa apa call tau. Hati hati tau.

Aku : ye la kak…

Lepas Kak Zaiton balik, En Adha pula keluar dari biliknya dengan beg dan kotnya. Sempat pula berpesan ‘siapkan dan emal kat i tau. Jangan ada salah silap lagi’. Aku hanya mengangguk. Kini aku keseorangan dekat pejabat tu. Pintu telah selamat dikunci. Aku pasang lagu kat PC. Sambil melayan lagu, aku memulakan tugasan aku kembali. Ada fail fail lama yang kena rujuk untuk type ikut kawasan dan dun.

Dekat luar hari dah semakin dimakan masa. Sesudah siap aku send ke email En Adha tetapi kena reject lagi! Jauh dilubuk hati hanya sumpah seranah aku dapat lontarkan ke atas diri sendiri kerana aku yang sanggup volunter Kak Zaiton untuk siapkan senarai nama ini. Jam dinding menunjukkan pukul 7.30pm. Ketakutan mula dirasai sebab kat tingkat nie cuma aku yang available sekarang. Aku terpaksa menyiapkan semula sehingga ia menepati kehendak bos aku. Aku mencapai telefon samsung aku untuk call ayah tetapi lagi sakit hati apabila mendapati digi masa tue no line. Nak guna telefon pejabat macam parahnya sebab bos aku dia restrictkan panggilan keluar. Hanya telefon kat biliknya boleh buat outgoing call.

Takde cara lain la nampaknya. Kena habiskan dulu dan baru keluar. Terpaksa la siapkan juga. Aircond suhunya aku turunkan dulu memandangkan aku je dalam pejabat. Selang beberapa minit aku mula merasakan kesejukanya seolah kedua dua aircond masih on padahal satunya sudah ditutup. Pada masa itu aku masih bersangka baik memikirkan kemungkinan hari nak hujan. Tetapikan ape ko orang akan fikir jika lagu pc ko berhenti tetiba. Ko rasa??

Aku mula merasakan something is not right. Bos pula sibuk dengan amendementnya melalui email. Nak kena siapkan juga nampaknya. Aku onkan lagu dalam handset. Sekurang kurangya adalah peneman. Aku mengerling pada jam dinding dan waktu menunjukkan sudah pukul 8.20pm. Untuk pengetahuan ko orang meja aku berhadapan bilik Kak Zaiton dan berdekatan dengan pintu masuk. Sedang aku concentrate dalam menyiapkan senarai nama tersebut tetiba aku terperasaan sesuatu yang berwarna putih melintasi pejabat kami diluar. Yelah kat luar tue dah gelap abis mesti nampak ler apa apa yang lalu. Sedang aku concentrate nak type semula tetiba mata aku terpandang semula warna putih itu bergerak perlahan melintasi pejabat. Aku mengalihkan tangan dari keyboard dan berdiri sekejap memandang ke arah pintu. Aku tau “something was really not right”. Selang beberapa minit mata aku terpandang semula kat luar dan mendapati pergerakanya semakin perlahan dan ia berhenti betul betul depan pintu masuk pejabat kami. Pada saat itu otak aku tak dapat bersangka baik lagi. Aku dengan pantas duduk semula tapi kat bawah bukan di kerusi lagi. Segala mantera mantera pelindung waktu tue pulak boleh aku lupa.. Aku cuba mencapai handset semula namun kali ini line dia amat perlahan naik. Walaupun kesejukan kat dalam tue dah tahap menggigil tetapi peluh mula membasahi muka ku. Aku cuba bangun perlahan untuk tengok balik kat depan. Takde apa apa pulak. Heran aku.
Tetapi kan saat aku memikirkan takde apa apa lagi, tiba tiba kedengaran suara menangis dari pantry belakang!!. Suara menangis tue sungguh sayu. Lampu florosent sepanjang laluan ke pantry telah ditutup tadi oleh En Adha tadi. Pada mulanya suara itu kedengaran perlahan sikit. Tetapi lama kelamaan ia bergema kat pantry belakang!! Tak nak aku tunggu lagi. Tak tahan aku nak menghadapi gangguan sedemikian. Katakan kalau bendalak tue muncul kang.

Lantak lah kena marah esok janji selamat hari ini. Time aku nak keluar , meremang bulu roma ku seolah olah aku diperhatikan dari dalam. Aku terus berjalan ke lift tapi fikir juga kalau terserempak kang dengan “apa apa”.. So i berkeputusan untuk merempuh je apa yang muncul. Lift pula slow gila masa tue. Aku berlari ke bawah guna tangga sambil membaca doa pendinding. Last last selamat juga sampai ke bawah. Naik kereta reverse nak keluar parking. Mata ku sempat memandang ke pejabat kat tingkat berkenaan dan ko orang tau pejabat tue gelap seolah lampu lampu telah ditutup padahal aku tak sentuh pun suis.

Aku tau akibat kerana tak siapkan kerja kan tetapi kalau fikir antara kerja atau nyawa, nyawalah kan?

Tamat

Jakubai82

27 thoughts on “Pengalaman OT”

  1. Hi semua. Sorry . Tak tau macamana nie tjadi. Tapi bukan i yang reply komen komen nie. Tak tau siapa buat. But jika ada salah silap dalam komen i lepas nie. Bukan i yg komen ya.

    Reply
  2. bos tuu mmg saje je kut nk bgi penulis nii duk pjbt malam2…. nak test pekerja kene kacau ke tak bermalam kat pjbt…. sabow jerlah ade bos cmtu… nasib penulis selamat keluar dri tmpat berpenunggu tuu…

    Reply
  3. menyirap je ngan bos kau. PTD baru ke?? kat tempat aku biasa yang cerewet spacing jadah bagai tu PTD baru nak up. klu gred 44 ke atas xpelik psal spacing pon..

    Reply
  4. kesian nya dkt awk..mne kak zaiton?..kate nk tlg awk sme2 buat senarai tu.Sy rse bos awk nk uji staff br. setakat buat senarai tu di tolak lebih 3 kali mcm xlogik. mengalahkan buat proposal juta2..lg awk staff br,sepatotnya ade staff senior yg guide..ni di tinggalkan kontang kanting sorang2.klau jd ape2 kt awk, bos awk kne betanggongjawab..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.