Pengalaman pernah melihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku dah jadi pembaca fiksyen shasha ni sejak bulan puasa ni. Kiranya masih baru lah hehe. Harap boleh hidekan profil aku ni. Aku ingin berkongsi pengalaman aku pernah melihat lembaga dan dengar bisikan-bisikan ketika masih budak sehingga usia aku 18 tahun. Sekarang umur aku dah 23 dan aku dah tak lagi mengalami perkara-perkara tu semua lepas banyak berubat dengan ustaz. Kisah aku ni tidak seseram kisah-kisah lain yang seram kat sini tapi disebabkan aku ni seorang yang sangat-sangat penakut semua tu sekarang adalah pengalaman aku yang ingin aku kongsikan. Waktu aku masih kecik aku pernah melihat benda yang orang sekeliling aku tak nampak. Tapi semakin aku dewasa sehingga sekarang, benda tu semakin terhijab sehinggalah aku dah tak mengalami apa-apa lagi sekarang.

[ Kisah 1 ]
Mase ni aku masih kecil, dalam 4-6 tahun kot? Waktu kecil mak aku memang kerap bawa aku keluar bersama dia ke mana-mana dia pergi. Mak dan ayah dah berpisah sejak aku kecik lagi jadi kemana mana memang dia banyak tak tinggal aku. Dan dia kerap berurut dekat rumah-rumah kampung. Ada sekali tu dia bawa aku ke satu rumah nenek ni, dekat kampung, and biasa la kan orang mengurut biasanya dalam bilik. So mase dia dengan nenek tu duduk dalam bilik tu mengurut & tutup pintu, aku dibiarkan sorang-sorang kat ruang tamu duduk kat sofa je haha.. Waktu tu aku takde telefon lagi nak main game ke apa, termenung jugak la sorang-sorang. Nak bising pun tak reti haha. Mujur waktu tu siang jadi aku tak takut sangat.

Tengah duduk termenung je tunggu mak aku sudah berurut, tiba-tiba betul-betul depan mata aku – nenek sama yang tukang urut tu melintas depan aku. Dan cara dia berjalan tu memaaang laju. Mak dan tukang urut tu tengah ada dalam bilik dan pintu bilik diorg tutup. Aku pulak kat ruang tamu duduk atas sofa dan pintu depan dekat ruang tamu tu masa tu pun tertutup. Dan ‘nenek’ yang sama tu dia jalan depan aku, memang tak toleh langsung pun kat arah aku sambil berjalan dengan laju depan aku sambil bawak sesuatu kat tangan then terus tembus pintu depan rumah macam tu aje. Sebab budak mase tu, aku tak reti lagi rasa takut. Nenek tu tak hilang mcm tu je, dia keluar masuk banyak kali. Tembus pintu depan, pastu masuk balik menuju ke dapur. Lepastu keluar balik dari dapur dan tembus balik pintu depan. Berulang kali. Dan aku perhati je sebab mase tu aku masih innocent ahaha.

Bila dah makin besar, aku masih ingat peristiwa tu dan kadang fikir ke time tu aku bermimpi? Jadi disebabkan nak kepastian sebab benda tu dah banyak tahun, aku tnya balik mak aku tentang pernah tak dia ingat dia bawak aku ke rumah sorang nenek tukang urut ni and dia cakap ya tak sangka aku ingat. Kiranya benda tu bukan mimpi.

[ Kisah 2 ]
Waktu ni pun aku masih budak dan mak memang kerap keluar dengan kawan kawan perempuan dia. Kadang diorang bercuti kat mana-mana contoh macam kat hotel ke 2-3 hari. Best jugak lah time tu. Dan kisah ni pulak dekat air terjun. Pernah kami ke air terjun dengan kawan-kawan dia. Dan banyak bergambar. Ada satu gambar aku dengan mak kat air terjun tu kawan dia tolong ambilkan. Masa mak dukung aku untuk bergambar, aku perasan ada sorang perempuan ni berdiri tak jauh dari kitorag berdua. Tapi tak dekat sangat. Dan apa yang menarik perhatian aku perempuan tu sebijik macam mak aku. Dari rupa dan berpakaian pakai tudung pun. Memang sebijik. ‘Perempuan’ tu tak pandang aku langsung dan straight je tengok dekat kawan mak aku yang tengah nak ambikkan gambar kitorang time tu [tiba-tiba dah meremang balik bulu roma tengah aku menaip nihh haha].

Sebab masa tu aku masih innocent aku pandang je dia tak rasa apa. Cuma confuse tengok mak aku ada 2. And kehadiran dia tu pun mak aku dengan kawan dia macam tak perasan langsung. Lepas kawan mak aku ambik gambar, mak aku ni jenis suka cuci gambar dan simpan dalam album. Even aku mase tu masih budak, disebabkan confuse dan nak pastikan apa yang aku tengok tu betul, aku perhatikan balik gambar yang dah dicuci dan betul, perempuan yang sebijik macam mak aku tu ada masih ada dalam gambar tu jugak.

Kedudukan dia macam ni, mak aku dukung aku sambil kitorang pandang ke arah kamera. Posisi kami dalam gambar tu sebelah kiri. Dan sebelah kanan kami, perempuan tu berdiri jugak dengan tangan lurus ke bawah sambil senyum ke arah kamera.

Lepas dah banyak tahun berlalu, sampai sekarang pun masih aku ingat. Last aku tanya mak aku berkenaan gambar kat air terjun tu dia ckp betul dia pernah bawak aku ke situ dengan kawan dia, dan betul kitorang ada bergambar. Sebabnya gambar tu dah hilang sekarang, penat aku geledah habis album-album keluarga aku tapi gambar aku dengan mak dekat air terjun tu dah tak tahu macam mana boleh hilang. Aku cerita pasal ‘perempuan’ tu kat mak aku, dia diam je. Kisah nenek tu pun sama. Mak aku cam pelik kenapa aku tak beritahu masa budak-budak dulu. Tulah, masa aku budak dulu aku memang jenis tak reti nak bercerita pasal benda-benda ni hahah.

[ Kisah 3 ]
Yang ni pulak berlaku masa aku sekolah rendah, dalam darjah 4-6. Waktu tu kitorang duduk dekat rumah warden. Mak aku pernah jadi warden asrama kolej. Cuma yang ni mungkin tak seram sangat untuk korang. Rumah tu takdelah kitorang kena gangguan ke apa, tapi aku je lah rasenya yang banyak alami. Sebab bila cerita kat ahli keluarga diorang tak kena. Yang ni aku ringkaskan je lah. Dekat rumah tu pernah kalau time aku main sorok-sorok dengan adik aku yang masih kecil, aku dengar suara halus gelak dekat telinga aku time aku bersembunyi dalam bilik sorang-sorang. Masa tu siang. Aku sembunyi dalam bilik tak nak adik aku jumpa, dan gelak sorang-sorang tapi perlahan je la. Aku gelak sekejap je pastu diam, dan waktu tu juga betul-betul kat telinga aku ada suara gelak.

Pastu suara tu cakap camni, “hehe.. nakal betullah awak ni.”

Masa tu aku terus kaku. Aku fikir positif lagi ke adik aku? Tapi memang sah-sah tak sebab aku sorang-sorang dalam bilik tu dan adik aku kat luar tengah cari aku. Rumah tu kecik je, ada dlm 3 buah je bilik tapi somehow adik aku tak jumpa aku haha.. Bila dengar je suara tu cakap camtu kat aku, aku cuma terdiam dan automatik badan aku bangun terus keluar dri bilik. Hilang mood aku nak teruskan main.

[ Kisah 4 ]
Yang ni berlaku dekat rumah warden yang aku duduk tu jugak. Waktu ni nenek aku duduk dengan kami. Dan waktu tu aku darjah 6. Kalau korang yang batch sama dgn aku kat Terengganu waktu tu kerajaan bagi E-book percuma dekat setiap murid untuk kemudahan belajar. Tapi disalah guna oleh kebanyakan murid for sure lah. Kawan-kawan aku ramai time tu bawa sekolah tapi buat main game haha.

Ok balik semula kt rumah tu, masa tu aku masih teruja dapat e-book jadi banyak betul aku habiskan masa main game, tengok internet tiap kali habis sekolah. Memang kerap tido lewat malam.
Time tu dah dalam 11.30 lebih malam. Aku tak ingat sama ada esok tu aku cuti ke tak sekolah tapi rasanya cuti sebab aku suka tido lewat kalau cuti. Waktu tu aku duduk sorang-sorang kat ruang tamu sambil main e-book. Mak dengan adik aku dah tidur, and nenek je tak sebab dia jenis solat malam. Masing-masing kat dalam bilik masing-masing time ni. Aku biarkan tv terbukak tapi suara tak pasang sebab ralit dengan e book aku. Lama sikit tu aku dah bosan main jadi aku termenung je tengok tv depan aku. Tapi sound tu aku tak pasang pun, just pandang kosong.

Tv yang kitorang guna waktu tu astro Njoi. Aku tak pasti macam mana nak describe tv aku ni tapi dekat bawah screen tv tu kan skrin tv tu jugak (eh?). Lapisan yang bawah skrin kita tengok apa-apa cerita boleh nampak reflection. Jadi tengah aku pandang kosong je dekat tv tu, ada satu lembaga hitam ni lintas depan aku. Smooth je cara dia ‘berjalan’. Tapi bukan depan mata aku dia munculkan diri. Aku nampak melalui reflection lapisan bawah tv aku tu. Otak aku yang tengah kosong terus segar balik. Masa ni aku tak tau nak rasa apa. Confuse. Aku fikir aku mengelamun je jadi aku ignore. Tapi time tu aku bangun jugak masuk bilik nenek aku tengok dia tengah mengaji. So tak rasa takut sangat.

Lepas pada kejadian tu aku tido awal sebab cuak jugak nampak lagi. Tapi lepas banyak hari aku dah tak fikir sangat pasal benda yang aku nampak tu, habit aku tido lewat start balik. Dan bila aku dah bosan aku pandang lagi tv tu, time tu fikiran aku kosong lagi dan sekali lagi tengah aku tak jangka ‘benda’ hitam tu melintas lagi depan aku. Tapi tak nampak rupa dia. Hitam je. Sebab aku ni penakut jugak, terus aku masuk tido haha. Boleh kata ada jugak lah banyak kali aku nampak benda hitam lalu depan aku, tapi aku nampak kat depan tv aku tu, kalau tengah fikiran aku kosong. Walaupun aku tak pernah lagi nampak makhluk-makhluk lain nak-nak yang rupa menyeramkan macam yang aku baca banyak dari kisah org lain, tapi sebab level penakut aku ni memang tak boleh bawak bincang aku memang trauma sikit kalau tengok cermin. Aku takut tengok cermin lama-lama so kalau aku sorang-sorang kt mana-mana tempat yang ada cermin atau benda yang ada reflection, aku tak kan pandang lama-lama.

Dan ada lagi lah benda lain yag aku alami. Cuma rasa dah panjang sangat pulak aku menulis ni so setakat ni je lah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dxwx
Rating Pembaca
[Total: 40 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.