Pengalaman Pusat Pemulihan Akhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Aku Nurs . Jadi aku sambung cerita pengalaman dipusat pemulihan .

Nisa : Masa naura meracau . Ustaz tu buang benda tu . Lepas naura rebah ustaz minta 3 orang tolong pagarkan kawasan pusat ni . Ustaz minta semua bilik kalau boleh ada surah al-fatihah, 3qul dengan ayat kursi .
Intan : Lepas tu naura macam mana ?
Nisa : Ustazah suruh keluarga naura ambil naura bawa berubat . 3 hari la dia keluar pusat untuk berubat .
Nia : Lepas tu nisa ada cerita hantu lagi tak dalam ni ?
Nisa : Ada . Sebelum korg masuk . . . . .

Tuk tuk tukkkk . . .(pintu diketuk)

Syu: Woi . . . Asal korang kunci pintu ?
Pipah : Dah balik dah perempuan tu.
Nisa : Esok kita sambung eyh.
Semua : Okey
Syu : Korang buat apa dalam bilik ?
Nia : Mana ada buat apa . Kita orang makan biskut je la .
Syu : Kalau aku dapat tahu korang cerita hantu malam-malam siap korang !! Pelatih baru suka sangat cerita hantu malam-malam . Kalau jadi apa-apa bukan korang boleh buat apa . Menyusahkan pelatih lama je .
Semua : Baik mem . . .
Syu : Tutup lampu tidur !!

Keesokan…

Dari pukul 12am-5:30am baby memangis meraung dan mata dia terbeliak melilau tengok sekeliling penjuru tempat.
Satu bilik semua tak boleh tidur .

Syu : Nurs . . . Anak nak susu tu.
Aku : Dia baru susu .
Syu : Pujuk la baby tu . Tu pun susah ke ? Tak reti jaga anak ?
Aku : Nurs dah pujuk kan ? Bukan nurs buat bodoh je.
Intan : Nurs cuba baca al-fatihah, 3 qul dgn ayat kursi .
Aku : Okey . (Semasa tgh baca . Pukul 4am aku dah naik bulu roma . Aku baca surah dah berterabur semua . Bilik rasa panas sgt dan terasa lain mcm)
Syu : Kesian nurs. Meh syu tlg pujuk . Bg susu.
Aku : Nah . . .
(Semasa syu pujuk baby . Sampai nampak badan syu mengigil)
Alhamdulillah dalam pukul 5:30am baby dah tidur.

Keesokan . . .

Intan : Harap malam ni baby tak meracau macam semalam la . Semua mata lebam masuk kelas . Hahahahhaha .
Aku : Harap-harap la.
Intan : Semalam intan dengar nurs baca surah betul . Tertiba sebelum syu ambil nurs baca surah dah terabur .
Syu : Tau tak pe . Bilik dah rasa panas betul . Tu syu ambil baby . Baca surah dekat telinga baby . Tapi masa baca kaki syu dah mengigil . Lain mcm rasa dia Hahaha
Intan : Nampak . Hahaha
Syu : Syu tidur dulu . Penat dengar baby menangis semlm.

Tengah aku borak-borak dgn intan dalam pukul 2am. Tertiba dengar orang berjalan dekt luar koridor . Dua-dua memerhati mak guard . Tapi . . . Apa yang kami nampak satu susuk tubuh lelaki kurus tinggi dan berkepala botak . Sedangkan mak guard gemok pendek . Aku dan intan terdiam. Selepas tu satu lembaga melimpasi dinding depan mata dekat bilik kami . Tertiba nampak kain putih terbang betul-betul depan mata kami ke kauters pengajar .

Intan : Tidur jom . Mesti nurs penatkan ? Kalau baby terbangun nanti nurs tak cukup tidur.
Aku : Tu la . Jom la tidur.

Keesokan.

Intan : Semalam nurs nampak apa yg intan nampak ?
Aku : Nampak . . .
Syu : Korang nampak apa semalam ?
Intan : Mak guard kan gemok pendek . Kita ingat semalam pukul 2am dia ronda . Tapi semalam kita orang nampak lelaki kurus tinggi dan botak.
Syu : Betul ke korang nampak ?
Intan : Betul . . . Tak tipu.
Syu : Kalau intan nak tahu tu belaan ayah syu punya . Dia datang nak tengok syu . Sbb ayah bagi tahu syu masa melawat hari tu .
Aku : Mampus . . . Benda tu kacau orang tak ?
Syu : Tak kacau pun . Cuma ayah cakap macam ada sesuatu terjadi nanti . Tu dia datang melawat syu .

Keesokan…

Selepas maghrib . Aku masih berpantang . Jadi aku dalam bilik je la . Tunggu dia orang semua balik kelas dan solat . Tertiba dari bilik dgr suara org menjerit .

Aaaaaarrrhhhhhhhhh !!!!!!

Dengar suara orang dari bilik no 8 menjerit . Lepas tu dengar tapak kaki semua berlari kearah suara tersebut . Lepas tu dari aras atas pun menjerit. Depan pintu aku ada public phone untuk call warden / tenaga pengajar . Aku dengar dia org call ustaz din . Aku dalam bilik dengan baby dah blur . Weyhhhhh . . . Apa dah jadi weh ? So, aku kena tunggu budak bilik balik baru boleh story mory. Lepas dia org masuk bilik.

Aku : Apa jadi dekat luar ? Siapa menjerit ?
Nia : Redho, taqwa dengan naura
Aku : Kenapa dengan dia org ?
Nisa : Mula-mula lepas solat maghrib kan kita orang lepak dalam surau tunggu isyak . Redho keluar surau ingat dia nak pergi toilet . Rupanya dia pergi angkat baju dekat belakang .
Pipah : Takkan dia tak tahu pantang larang dkt sini ?
Nisa : Mungkin ketua bilik dia tak bagi tahu kot. Sepatut semua pelatih baru kita orang kena bagi tahu pantang larang sini .
Aku : Lepas tu ?
Nisa : Tertiba nisa tengok taqwa berdiri tegak. Nisa nampak mila tepuk bahu taqwa tanya asal ? Tertiba taqwa menjerit lari ke aras atas . Masa dia org tgh nak tahan taqwa . Naura naik dari tangga satu lagi nak tangkap taqwa . Tertiba naura mula ketawa menangis . Tu yg syu call ustaz din suruh datang tgkkan pelatih ni . Masa tu ustaz din suruh bawa siapa yg kena rasuk masuk surau . Ustaz din berubatkan dia orang . Syu and the geng tengah pagar balik pusat ni . Syu cakap dia tak tidur bilik ni . Dia nak pagar pusat dgn teman orang yang kena histeria tadi.
Aku : Oooooooooo . . . . .
Intan : Nurs dengan baby sama je . Asyik OOOOO (aku dgn baby suka buat mulut O)
Aku : So, nak cerita hantu tak malam ni ?
Nia : Diam la nurs . Nurs tak tengak tadi muka dia orang mcm mana . Seram gila weyh !
Aku : Harap dah pagar tak ada benda seram lagi yg berlaku.

Keesokan. Ustazah minta 3 pelatih tersebut dibawa oleh keluarga masing-masing utk berubat .

Selepas seminggu. Aku dibenarkan keluar dari pusat tersebut atas alasan tertentu . Sekarang semua pelatih bilik no 5. Aku, intan, nisa, pipah, nia dan syu semua sudah bebas dari pusat pemulihan akhlak. Harap korang semua enjoy dgn cerita aku . Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurs

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.