Pengalaman Seram Aku di UMS

Cerita nie dah lama dah…9 to 10 tahun lepas. Mungkin hantu2 kat tempat kejadian nie dah pindah dah skrang.

Nie kes baca fiksyen shasha lah, teringat pengalaman sendiri. Might not remember well enough. Just highlight some important point.

Cerita #1

Aku pelajar jurusan sains tapi aku aktif join aktiviti kesenian. Sampai kadang-kadang rasa macam aku salah seorang student seni pun ada. Mana tidaknya, masa aku lagi banyak habis dekat sekolah seni dari sekolah sains (Ok, jangan keliru, universiti aku buat style british, panggil school of science, school of arts, translate BM jadilah sekolah).

Banyak jek peristiwa seram dekat sekolah seni yang aku rasa and ada jugak kawan aku alami sendiri. Aku rasa tempat lain pun ada. Tapi sebab dekat sekolah seni nie ada student yang tidur sini, sebab tue ada sahaja yang kena kacau. Tapi untuk aku setakat dengar bunyi and rasa tak sedap hati jek lah. Mintak di jauhkan dari jumpa depan-depan.

Hari tue macam biasa habis latihan teater, sebab esok tak ada kelas pagi, so aku join member stay kat sekolah. Student seni nie biasa stay malam kat sekolah, lagi-lagi yang ambil visual art. Diorg akan stay untuk habiskan keje diorg. Yerlah assignment diorg bukan menaip dekat computer, kena buat arca lah, model lah. Semua kena buat kat bengkel sekolah.

Dekat sekolah seni ada satu bilik makmal computer. Kami bertiga (Aku, niza and kak lin) bercadang nak surf internet before mata mengantuk. Masa nie rasanya dah pukul 11 malam. Bilik nie agak besar, rasa ada 40-50 komputer. Semua disusun dalam 4 baris menghadap ke depan. Tak sampai sejam, kak lin bising, sebab monitor asyik tiba-tiba gelap sendiri jek. aku dengan niza tak adalah ambil kisah sangat. Biasalah computer kegunaan ramai mestilah ada masalah.

Sambil aku surfing, aku dengar bunyi orang taip keyboard. Bukan dari computer niza or kak lin, tapi macam dari computer yang dekat bahagian belakang. Aku toleh jugak tengok. Tapi tak ada apa-apa. Aku assume mungkin gema lah kot. Bilik besar and sunyi lagi. Tak lama lepas tue, kak lin ajak kitorg keluar dari bilik computer. Ajak pergi lepak kat bilik yang biasa diorg stay untuk tidur. Tak tau kenapa aku dgn niza macam tak banyak merungut pulak padahal baru sejam lebih jek guna internet, patutnya belum puas lagi tue. Di sebabkan aku yang last sampai dekat pintu, aku lah kena tutup suiz lampu. Suiz lampu tue pulak jauh dari pintu, macam dalam 5 langkah. Bayangkan bila lampu dah tutup, mmg gelap gelita, aku tak toleh belakang, mata aku dekat pintu jek. tak tahu kenapa rasa macam ada orang tengok aku. nasib niza and kak lin tunggu tahan pintu.

Sampai dekat bilik, ada lah dalam 5 org lagi student visual art yang sama jugak stay sekolah malam tue. Bila dah dekat bilik tue, barulah kak lin bukak cerita. Bear in mind, masa nie dah pukul 12 lebih. Orang tua selalu pesan, jangan cerita pasal dia nanti dia datang.

Kak lin cakap masa monitor dia selalu tetiba gelap, dia dah terfikir dah nie silap2 boleh Nampak benda bukan2 kat belakang hasil pantulan cermin gelap monitor nie. Aku pulak cakaplah aku macam dengar bunyi orang menaip kat belakang. And rasa tak sedap hati masa tutup lampu, rasa macam orang tengok. Sebab tue aku tak toleh belakang dah lepas tutup lampu.

Lepas tue yang lain pulak bukak cerita sambil duduk keliling meja besar (macam meja meeting). Diorang kata bilik computer memang ‘keras’ sikit. Bunyi menaip biasalah. Ada yang pernah kena bunyi pasir tabur kat atas syiling. Sedang seronok bercerita, tiba2 dengar dinding bilik macam kena ketuk dengan besi ‘grung gedung gung gang’. Kuat sampai semua terdiam. Sikit lagi aku nak lompat naik atas meja. Yang aku tau bilik sebelah tue bilik piano, bilik tue berkunci. Tak dapat nak pastikan bunyi apa sebenarnya. Tapi takkan bunyi barang jatuh pulak. Masalah bunyi besi jatuh macam terseret dekat dinding. Bukan ada angin ke gegaran tiba2 barang nak jatuh. Lepas tue kitorg pergi toilet ramai2, masuk toilet pun berdua, tak nak tunggu kat luar sorang2 and tak nak masuk toilet sorang2 jugak.

Cerita #2

Ada sekali tue latihan teater untuk festival teater sabah. Dan aku kena marah teruk malam tue sebab tak boleh bawa watak dengan betul. Rasa mmg down. So aku take time nak tenang kan diri. Aku pergi lah jalan sorang2. Latihan aku nie dekat dewan resital, dewan nie pulak sebelah jek dengan sekolah seni. Aku jalan dari dewan, pergi sekolah dan balik semula ke dewan. Waktu nie dah lepas tengah malam dah. Masa mula2 jalan tue tak rasa apa sangat. Yerlah tengah sedih kot mana fikir keliling. Bila nak jalan balik ke dewan tue, rasa dah ok sikit. Tiba perasan ada melintas bayang2 atas jalan tar tue macam burung terbang. At first fikir, eh ada burung lah. Lepas tue baru terfikir, ada ke burung terbang malam2 macam nie. Bukan burung bising balik sarang petang2 ke.

Aku tak boleh nak tunjuk aku takut sangat, so aku tak boleh nk lari. Aku Cuma jalan jek, jalan tak toleh tempat lain, jalan laju. tapi aku rasa dewan yang tak sampai 50m tue sgt jauh. Sampai dewan, aku dengar bunyi salakan anjing, sayup jek. ingat yer, bila bunyi jauh, maknanya dia dekat, bunyi dekat, maknanya jauh. Dah lah memang ada org pernah ada nampak kak pon kat belakang dewan nie. Syukur sangat aku tak nmpak apa2 malam tue.

Cerita #3

Ini cerita dekat dewan resital jugak. Malam tue semua yang terlibat dengan teater peringkat kebangsaan kena tidur dewan. Esok pagi kitorg kena bertolak ke KL untuk pertandingan. Kitorang ramai. banyak yang tidur dekat bilik persalinan, surau, dalam dewan. Bilik persalinan dengan surau mmg penuh. Aku dengan As malas nk bersesak, nak tidur dalam dewan, confirm kesejukan. Kami pun pilih tidur dekat tingkat 2, ada bilik banquet. Ada jugak bagitau member lain untuk tidur sana, sebab bilik semua dah ramai org. tapi dah lama tunggu tak der pun orang lain datang. Mata dah ngantuk, aku dengan As tidur jek kat situ.

Ini first time aku rasa kena tindih. Rasa tak boleh gerak even dah sedar. Mata tak boleh nak buka. Akhirnya aku berjaya buka mata dan bangun. Tgk As ada jek dekat sebelah. Aku terus takut nak tidur balik. Dalam terpisat2 tue, As bangun ajak pergi toilet. Aku cakap boleh tapi dengan syarat jangan tutup pintu toilet.

Esok pagi, As cerita masa nak tidur dia dengar orang menyanyi tanpa lirik, siap buat bunyi dengan langkah kaki sepanjang koridor luar bilik. Kitorg check dengan semua org, tak ada seorang pun yang naik tingkat 2 malam tadi. Dan irama lagu yang As dengar tue tak ada langsung macam irama lagu2 dekat radio.

Nasib baik lah aku dengan As tak ada lah kena kacau teruk sangat malam tue. Ataupun kitorg kena kacau tp x sedar pun dah kena kacau. itupun rasa dah cukup teruk dah pun.

Cerita #4

Nie cerita luar kawasan university. Masa nie aku dengan coursemate aku buat roadtrip ke Simpang Mengayau (Tempat nie best sgt. Gem in the sand. Nie nak cerita seram bukan cerita tempat menarik, korang search sendiri tempat nie).

Dari KK ke Simpang Mengayau, kudat ambil masa lebih kurang 3 jam. Dan dari KK nak kesana kena lalu kawasan Kota Belud. Kota Belud nie antara cerita famous kat sini adalah ‘Balan-balan’ or orang semenanjung selalu sebut ‘penanggal’. Tapi itu cerita dulu lah.

Perjalanan pergi kitorg berjalan lancar. Kitorg pergi 4 kereta. 6 perempuan, 9 lelaki. Memang meriah. Balik diorg mintak singgah Kota belud utk makan malam. So perjalanan balik kitorg bermula dalam pukul 8 lebih. Kitorg budget sempatlah sampai uni before 12, kalo tak nanti tak lepas pak guard.
Disebabkan yang tau jalan adalah aku, so kereta aku duduk paling depan. Kereta kitorg semua perempuan. Sampai kawasan kota belud, kena lalu satu bukit tinggi nie. Tak tahu kenapa, kereta yang aku naik nie tak boleh bawak lebih 50km/j. kalau lebih jek mesti enjin terus slow down, minyak tekan tak pergi semua. Enjin tak mati pulak. Selamat sikit kat situ. Tapi tiap kali macam tue kitorg kena berhenti kejap sebelum jalan balik. Or kitorg kena bawak kereta slow which 40km/j. dengan kawasan sunyi and hutan area kota belud tue. Aku mmg tak sedap hati dah.

Sampai pekan kota belud dah tengah malam. Pekan tue pun dah sunyi sepi. Tak der kedai bukak, taka da orang or kereta pun kat situ. Kitorg continue jugak untuk smpai ke KK. Tak kisah lah tak dapat masuk asrama asalkan tak berkampung dekat kota belud tengah2 malam nie. Lepas pecan sikit kereta tue buat hal lagi.

Kawan aku yang lelaki tukar drive kereta tue. Nak try tgk apa masalah sebenar dia. Kitorg sampai kat satu jambatan merentasi sungai. Aku rasa nie kawasan sempadan kota belud dan tuaran. Kereta tue tersengguk2 dah nak buat hal lagi atas jambatan tue. Aku tak tau kenapa, automatic aku cakap “Syahril, ko terus jugak sampai habis jambatan nie, aku tak nak berhenti atas jambatan.” (meremang wei fikir balik). Kawan aku tue pun tak banyak soal, mmg dia push untuk sampai lepas jambatan baru dia berhenti.

Kalau tak silap aku, masa melintas atas jambatan nie, masa almost nak end of the bridge, aku perasan ada seorang lelaki tua duduk tepi besi jambatan and sengih kat kitorg. Dari tempat kitorg berhenti boleh lah jugak nmpak jambatan tue, jarak dalam tak sampai 200m. mmg tak nmpak ada orang kat situ. Lagipun apa kejadah orang nak duduk tepi jambatan tgh2 mlm kan.
Mula2 plan nak tinggal jek kereta kat situ. Sebab kalo jalan dengan 40km/j mmg subuh baru smpai kk macam nie. Tapi sebab kereta tue hidup jek enjin, kitorg cubalah lagi. Lagi pun dah tak sedap hati berhenti kat situ lama2. Kawan aku kata dia ada dengar bunyi anjing.auuuuuuu…

Perjalanan di teruskan. Kat sini yang pelik. Not even once kereta tue buat hal. Kawan aku siap pecut lagi kereta. Semua ok. Langsung takde tanda2 macam tadi. Sebab kitorg tak boleh masuk asrama dah, kitorg park jek kereta kat bandar KK and tido dalam kereta.

Sampai sekarang kitorg semua tak tahu apa yang jadi sebenarnya mlm tue. Is it mistik or mmg betul kereta tue ada masalah. And lucky jugak kawan aku tak byk soal bila aku suruh dia push jangan berhenti atas jambatan tue. Agak2 kalo kitorg berhenti atas jambatan tue jadi apa agaknya?

Aku nie dah lah tak berani sangat. Tengok cerita hantu pun takut. Tapi kadang2 nak gak tengok. Cuma takut terbayang muka hantu lepas dah tengok. Mula2 lah fikir bukan2. Enough dah kot pengalaman horror kat atas tue. Tak nak lagi dah. Syuushh.. g main jauh2!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Pengalaman Seram Aku di UMS”

  1. Situ mmg mcm tu. Dlu aku pernah tendang hantu manalowa kt jambatan tu. Suka kacau org. Lps kena tendang siap minta maaf lg dkt aku

    Reply
  2. KB lagi cerita ni.😁😃😆

    Satu fakta yang tidak begitu diketahui ramai, Kota Belud merupakan antara penempatan terawal yang bertamadun dan bersistematik, yang dikenali sebagai Poni, dan diduduki dan diperintah oleh suku Dayak Tindal dan ketika itu semua sku dan bangsa amat toleransi dan dari masyarakat majmuk yang terbentuk ada penyerapan budaya. Penyebaran ilmu persilatan dan pendidikan purba berlaku pesat di sepanjang persisiran dari Brunei ke Tempasuk dan perdagangan juga berlaku dengan kerajaan sekeliling. Ini sejarah dari kurun ke – 6 hingga ke – 14 yang ramai tidak tahu. Ini menyebabkan bahasa dan sistem penulisan juga hilang.

    Entah macam mana, berlaku pergolakan dan campur masuk kuasa asing, menyebabkan Kerajaan Poni tumbang sepenuhnya pada kurun ke 16. Dan ramai yang beranggapan bahawa mungkin, semua roh yang dicabut waktu itu tidak tenang dan tidak dikebumikan dengan baik, menyebabkan mereka berkeliaran. Kisah balan – balan pula bermula ketika kedatangan pedagang dari India melewati persisir pantai dan berlabuh untuk berdagang dan menunggu perubahan cuaca. Segelintir mereka tinggal di sana dan berkahwin campur. Ada kemungkinan balan – balan mula terhasil dari waktu tersebut, apabila ilmu dari India diajar di ketika pemerintahan Poni, tetapi pantang dilanggar. Maka seseorang itu akan terpaksa menanggung sumpah keturunan.

    Banyak lagi sharing boleh buat tapi takut pula empunya cerpen ni marah kalay aku melebih. Sekian saja, salam dari Randawi suku Dayak Tindal.

    Reply
  3. Heol, rasanya pernah dengar ini di UMS dulu..rasanya kita dalam tahun yang sama…tapi kan sekolah seni memang famous juga dengan kisah seramnya..kalo pi sorang to the school mak ai punya lah gelap ahaha

    Reply
  4. No wonder laa malam malam pon boleh dengar bunyi alat muzik kat sekolah seni. rupa-rupanya ada student stay kat situ..

    Reply
  5. eya sekolah seni memang banyak kisah. Dulu sy salah seorang student visual di sana tapi kami kena explore semua bidang seni kadang2 jadi MC jugak atau berlakon.Jadi dah biasa lepak di dewan resital.Sana memang ada pontianak dan macam ada keluarga jin juga tu kawan pernah nampak masa berlatih teater.

    Reply

Leave a Comment