Pengalaman seram dengan adik

Assalamualaikum

Cerita ni terjadi tahun 2019 waktu aku dengan adik perempuan ke KL untuk tengok virtual exhibition of Monalisa dengan other Da Vinci’s artworks. Kami tinggal di satu hotel bajet di tengah bandar KL.

Hari pameran tu aku ajak sorang lagi kawan yang minat benda yang sama untuk join sekali. Tengah-jalan dalam gallery tu sampai dah habis tengok pameran kami ternampak ada satu bilik kecik di tengah ruang yang agak terbuka. Kami pikir tu mungkin salah satu dari exhibition so masuk je la tak pikir apa.

Tapi kami rasa pelik sebab masuk dalam tu macam lari tema dengan pameran. Yang aku ingat ada macam patung sembahyang orang Buddha, pastu incense stick yang tengah berasap. Bilik tu takde orang pun.

Kitorang masuk jenguk jenguk kejap pastu terus keluar sebab rasa pelik. Pastu tengok takde pun orang lain masuk dalam so ingat maybe kami tersalah masuk.

Balik hotel malam tu lepas makan memang aku terbongkang tidur terus. Bangun Subuh tu adik adik kejutkan ajak checkout terus dari hotel. Bila kita tanya dia kenapa kalut sangat, tengah hari nanti je la check out. Dia cakap jom je la tak yah tanya banyak.

Waktu on the way drive balik rumah tu baru dia cerita sebenarnya semalam dia tak leh tidur.

Bilik hotel kitorang tu kecik je, katil queen, adik tidur sebelah almari yang dalam tu ada safety box, aku tidur sebelah tingkap. Kecik dia tu kalau adik kat atas katil, tangan dia boleh je reach the closet tanpa turun dari katil.

Katanya waktu aku dah terlelap tu, dalam pukul 1 pagi dia dengar bunyi ‘someone’ main tekan tekan number cuba masukkan pin safety box pastu bunyi tetttttt sebab pin salah. Adikku apa lagi, berselubung dalam selimut la sambil pasang ayat al-Quran dekat phone. Tapi bunyi tu tak stop, berlarutan sampai ke Subuh. Bila dia cuba nak lelap tu, dia rasa cam ada tangan dok usap usap kaki adikku sampai ke betis, meremang terus tapi adik aku ni jenis hati kering, dia ‘ish’ kan saja benda tu plus dia dah annoyed dengan bunyi hantu nak masuk pin tak dapat dapat dari tadi lagi sebab bising sangat kacau dia tidur.

Bila dah azan Subuh baru bunyi tu stop, tidur adik pun tak lena last sekali kitorang check out je la lepas solat tu. Kami suspect maybe sebab bilik pelik yang kami masuk dekat gallery tu sebabnya malam first tidur kat hotel takde gangguan apa pun. Malam second lepas lawat gallery tu yang dia kena kacau. Anyway benda tu stop takat bilik hotel tu je la, alhamdulillah.

Cerita kedua ni baru je jadi bulan 3 tahun ni. Saja jalan jalan kejap kat Ipoh, tidur kat satu hotel dekat Kinta.

Bila sampai hotel aku tengok atas bawah macam suram, vibe pun rasa tak berapa best. Tapi sebab dah book proceed saja, lagipun satu malam saja.

Waktu sampai bilik kami tu rasa suram dan seram semacam, adik aku rasa biasa saja, jadi aku abaikan saja feeling tu. So lepas letak beg terus keluar berjalan. Pukul 10 malam baru kami sampai hotel semula nak tidur.

Adik yang keletihan, lepas mandi dah berdengkur dah. Aku pulak tiba tiba malam tu tak leh tidur. Bilik tu agak luas, katil queen, side table kat dua dua belah katil. Nak adjust suhu airocond ada dia punya button controller kat sidetable belah adik aku tu. Bila tekan button tu akan bunyi tet tet jugak lah.

Aku yang still wide awake dok main phone sorang sorang sampai tak sedar pukul 1 pagi dah. Aku sebenarnya dok rasa seram sejuk dah, belakang badan aku ni dok rasa tegak bulu roma tapi sebab takde jadi apa apa time tu kita buat donno je la. Tapi elok lepas tu aku dengar bunyi tet tet tet orang dok tekan button controller aircond belah adik aku tu. Ahhhh sudah, aku ni dah la penakut, makin tegak bulu roma aku. Nasib baik time tu aku membelakangkan adik aku tu, dia tengah sedap berdengkur tak sedar apa dah. Aku ni makin celik mata.

Bunyi orang tekan button tu banyak kali jugak la, ada lebih 20 kali kot. Aku pun slow slow tarik selimut tutup satu badan, tapi mata terbuntang luas tak leh nak tidur. Nak main phone pun tak keruan, makin anxious sebab dok fokus kat bunyi tu. Last sekali dia stop sendiri. Berdebar tu jangan cakap la. Bila aku rasa cam okay sikit, aku bukak selimut slowly tengok sekeliling aku, sebab kalau aku statik bawah selimut tu makin overthink jadinya. Ingat nak sambung main phone tapi batteri 10%, tempat nak charge nun jauh kat vanity table.

Last sekali pikir punya pikir aku decide nak turun bawah kat lobby. Entah kenapa aku rasa yang tu the best option for me yang masih ketakutan. Rasanya sebab makin lama aku tengok bilik tu makin seram jadinya. Aku terus turun katil tukar baju, bawak charger siap nak turun. Elok nak buka pintu tu dengar bunyi ‘krekkkk’ orang pijak tile belakang aku. Aku terus pecut keluar tak tengok belakang dah. Nasib dalam lift takde apa.

So aku melepak la di lobby ditemani sorang staf kat bawah tu layan phone sampai ke Subuh baru la aku berani naik atas.

Bila sampai rumah tu baru aku bukak cerita kat adik aku, yang aku lari turun lobby tinggal dia sorang sorang kat bilik sampai Subuh.

“Kak, hang memang kuajaq noh”.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ara
Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.