Pengalaman Seram di Gunung X

Assalamualaikum warga FS

Terima kasih buat sidang admin sekiranya kisah ini diterbitkan. Aku mulakan coretan ini dengan lafaz Bismillahirahmannirahim.

Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillahirahmannirahim. Aku mula melangkah menuju ke hujung kawasan kebun yang agak lapang dan rata. Di situlah ‘port’ paling ngam untuk sesi ‘safety briefing’ bersama sekumpulan pendaki dari Melaka. Ketika itu kulihat jam ditangan sudah melepasi 2400.

Aku: Assalamualaikum semua, alhamdulillah Kita semua selamat tiba di ‘starting point’ Gunung X. Saya ‘guide’ anda semua, boleh panggil Cikgu ja. Hari ini saya dibantu oleh Ali selaku guide kedua.

Razi: Baik cikgu, saya Razi ‘gogo’ bagi kumpulan ini (gogo adalah istilah budak-budak gunung bagi penganjur), kumpulan kami seramai 20 orang. 12 lelaki dan 8 perempuan.

Aku: Okay….seperti yang telah dirancangkan, kita mendaki gunung ini secara ‘dayhike’ dan insyaAllah jika tiada masalah kita akan keluar dalam pukul 1700. Kita dahului pendakian dengan ummul kitab Al-fatihah…

Selepas selesai taklimat dan sesi regangan, kami memulakan pendakian dengan formasi yang telah aku tetapkan diketuai Ali selaku guide hadapan dan Razi bersama kumpulan pendaki perempuan ditengah barisan manakala aku paling akhir selaku guide belakang ‘sweeper’. Bila pergerakan malam atau gelap aku lebih selesa berada dibelakang. Entah kenapa rasa macam tu…mungkin rasa tanggungjawab kot. Cikgu kan..hehe

Setelah hampir 3 jam perjalanan melepasi 6 puncak tipu kami tiba di Kem 1. Di situ terdapat banyak ‘open tent’ yang dah terbina oleh kumpulan lain. Mereka mendaki secara 2 hari 1 malam. Maknanya mereka telah mendaki semalam dan akan sambung mendaki pada 0700 nanti. Bunyi dengkuran bersilih ganti…perhh sedapnya tidur…apahal la aku terima job dayhike ni, kalau tak…..

Razi: Cikgu!…ni ke Kem 1??

Aku: Potong betul la baru nak berangan…getus hatiku. Yess bro..okay kita take 5 dulu. Jawabku ringkas.

Kami turun sedikit ke hadapan dan berehat berhampiran anak sungai yang berada di laluan yang menghala ke puncak. Suasana awal pagi ditambah pula dengan aras ketinggian melebihi 1400m dari paras laut. Sejuknya begitu mencengkam.

Kami meneruskan pendakian dan segalanya kelihatan lancar. Alhamdulillah kataku di dalam hati. Sebenarnya Kem 1 terkenal dengan kekerasannya dalam kalangan pendaki yang biasa ke situ.

Ali: Cikgu, kita stop solat subuh jap. Lagipun tak sempat nak ‘shoot’ Kem 2. Takut terlepas waktu pulak.

Aku: Okay ngam. (memang aku dah pesan pada Ali jangan jauh sangat di depan dan regroup jika perlu)

Kami berhenti untuk solat. Aku lihat ada yang menggunakan botol air 500ml untuk berwuduk ada juga yang menggunakan botol spray kecil. Alhamdulillah semua jaga solat.

Selesai semuanya, kami teruskan pendakian ke Kem 2. Hampir sejam lebih lancar sehinggalah aku perasan, dua orang pendaki iaitu Bob dan Fara kelihatan mulai menunjukkan tanda ‘pewai’ (penat).

Aku: Bob.. Fara…hang okay ka? Takpa sikit lagi nak sampai Kem 2.

Bob: Jauh lagi ka Cikgu?

Aku: Sebatang rokok ja…haha

Fara: Yeaay! Tapi boleh percaya ke?

Aku: Betul…kalau tak percaya cuba jalan laju sikit, confirm sampai. haha

Tak lama juga lepas tu kami tiba di Kem 2. Aku lihat Ali dah macam gula-gula bungkus diri dengan plastik. Kem 1 tadi dah sejuk yakmat, Kem 2 sejuk kuasa 2 la…dekat sini memang xpernah kering, lantainya bergambut dan sentiasa lembab.

Aku: Hoi Ali hang ni awat bungkuih macam tu? terkejuit aku…hahaha

Ali: Dah Cikgu slow sangat…sejuk gedi weyh.

Aku: ala hang macam tak biasa. Kami pelan-pelan ja. Lagipun awal lagi ni. Tu dua orang tu pon aku tengok macam tak berapa ok (sambil mulutku memuncung ke arah Bob dan Fara).

Ali: Kita tak boleh lama sangat. Sejuk ni nanti berhenti lama-lama senang ‘cramp’.

Kami berbincang sambil menyalakan sepuntung rokok dan mendapat kata putus, Ali akan terus mendaki ke puncak membawa pendaki lain manakala aku akan menunggu Bob dan Fara seketika. Aku kurang risau tentang Ali kerana dia sememangnya amat berpengalaman di gunung ini dan trail ke puncak dari Kem 2 hanya mengambil masa kurang 3 jam secara normal dan ‘single track’.

Namun aku agak gusar melihat Bob dan Fara. Ikut hati ingin saja suruh mereka stop di Kem 2. Tak payah naik puncak. Bukan apa, mungkin mereka boleh sampai, tapi nak patah balik jauh lagi. Takut pewai bersepai je. huhu

Aku: Bob, Fara…kalau terpaksa, kita stay sini je yer…tunggu diorang turun balik. (Aku cuba pancing).

Bob: Hmm..saya ok je Cikgu..lagipun dah pernah sampai puncak ni sebelum ni.

Aku: Dah tu mai sini pi cari ubat lagi buat apa? haha

Bob: hehe…saja nak start cari angin balik. Diorang dok beriya ajak. Layan je.

Aku: haha…bagus, Fara…hang okay tak kalau stay sini je? lagipun Cikgu tengok kaki tu macam sakit je.

Fara: Kalau boleh nak teruskan, tapi kalau Cikgu kata tak boleh nak buat macam mana. (sambil buat muka sedih)

Aku: Aduh..pandai hang nohh (aku ni mudah kesian kat orang). Ok lah memandangkan hang mai dari jauh dan jam pon baru 0800, Kita teruskan slow-slow. Pukul 1100 sampai ka tak sampai kita turun (aku bagi keputusan muktamad)

Bob: Ngam Cikgu!

Fara: Yeaaayy! thanks. sayang Cikgu (yang ni ak tipu..haha)

Baru dalam 30 minit dari Kem 2, tiba-tiba Bob cakap dia ‘cannot go’ dah. Dia cakap jantung dia macam nak meletop.(Trek dari Kem 2 ke puncak agak mencanak). Aku pun suruh tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Rehat dulu.

Bob meminta izin aku untuk turun ke Kem 2 dan menanti di situ sehingga kami datang balik. Aku bersetuju atas alasan sebab Bob dah pernah sampai ke sini dan kalau ikut perkiraan aku banyak group yang bermalam ni Kem 1 akan melalui Kem 2 sebentar lagi. Jadi taklah bimbang sangat. Sebelum berpisah sempat aku bagi dia ground sheet, stove dan gas, boleh buat ayaq panaih. Aku sempat pesan juga, kalau ada apa-apa yang pelik jangan tegur.

Aku meneruskan pendakian bersama Fara yang agak perlahan. Sesekali aku suruh dia berhenti dan beri motivasi. Alhamdulillah dalam ‘mode’ sepak daun kami sampai puncak lebih kurang 1045.

Lepas settle bergambar sakan dan makan, isi ‘full tank’ kami bersiap sedia untuk turun. Aku telah arahkan Ali turun lebih awal untuk ke Kem 2 bagi menemani Bob yang berhati kering tu walaupun jasadnya tambun..hehe.

Ketika bersiap sedia untuk turun, satu group sampai di puncak. Aku bertanya pada mereka adakah nampak seorang mamat berbadan comel berehat di Kem 2. Dengan selamba diorang jawab ada tiga. Aku hanya mampu senyum kelat….damn bisik hatiku.

Setibanya di Kem 2, Ali dan beberapa orang pendaki yang sampai lebih awal dan siap bentang ‘ground sheet’ sambil mataku melilau mencari Bob. Alhamdulillah nampak dia masih hidup dan sihat. haha lega tengok dia.

Aku: Bob sorry kami lambat sikit. Macam mana tadi okay ka?

Bob: Okay je Cikgu. Saya tido jer…tapi tadi…(belum sempat dia cerita aku potong)

Aku: haa..tadi ada group naik ka? depa cakap dekat aku dah…hang ok. Takda la kami risau kat hang. Ali, Razi siap-siap 5 minit lagi hang jalan dulu. Kita pecah 2 group, yang laju follow hang, yang agak pewai jalan dengan aku.

Ali & Razi: Baik boss.

Tepat jam 1300, aku dan beberapa orang pendaki termasuk Fara mula bergerak ke Kem 1. Ketika itu tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kami berteduh seketika dan waktu itu aku tengok keadaan Fara macam makin teruk. Tadi dia sakit kaki, sekarang macam dah melarat sampai ke pinggang. Lain macam ni. Ahhh sudah!

Aku panggil Ali menerusi walkie talkie dan arahkan dia untuk regroup di Kem 1. Sementara itu, Fara seperti menanggung kesakitan yang amat sangat. Sangkaan aku benar-benar tepat, ternyata keputusan aku membenarkan Fara naik sampai ke puncak memakan diri. Bayangkan jalan 5 langkah berhenti. Padan muka aku!

Tak boleh jadi, aku minta yang lain jalan dahulu dan tunggu di Kem 1 bersama Ali sebab jalan clear dan kalau depa tunggu boleh cramp berjemaah. Cuma aku pesan kalau keliru just berhenti. Sebab aku di belakang. Kemudian aku lapor keadaan pada Ali.

Tinggal aku dan Fara. Ada juga selisih dengan beberapa pendaki. Mungkin mereka adalah runner yang dayhike juga dan bertolak lewat. Aku hanya senyum pada mereka tapi sebenarnya sangat risau keadaan Fara. Entah kenapa hati dah rasa tak sedap betul ketika itu.

Sepatutnya dari Kem 2 tadi turun ke Kem 1 hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam tapi jam dah menunjukkan pukul 1600 dan kami masih belum tiba separuh jaraknya. Aku terus bagi semangat pada Fara dan ada ketikanya dia jalan macam Zombi.

Akhirnya tiba di suatu kawasan landai aku suruh Fara stop dulu. Minum air dan makan coklat. Tapi dia senyap je. Waktu tu dah hampir 1700. Aku dah risau betul sebab memang dah tau memang akan ‘OT’ (keluar malam). Cuma dalam kepala otak aku, mesti lepas Kem 1 sebelum maghrib.

Aku: Ali, masuk..Ali Masuk..skrrrttt srrrtttt

Ali: sssssstreeeeert…..kreeerttttt (hanya bunyi desiran gelombang radio yang tiada butir).

Aku: Adoi time ni la tak dapat. Maybe sebab terlindung bukit ni. Fara dah okay sikit kita gerak.

Fara: Saya tak boleh dah.

Aku: Jangan macam-macam oi…jauh lagi nak keluar ni. Aduh.

Fara: Betul ni Cikgu, takpelah kalau Cikgu nak pergi dulu Cikgu jalan dulu. Nanti saya sampai (cakap sambil pejam mata).

Aku: Aku takkan tinggalkan siapa-siapa. Dah bangun cepat. Jap, tengok gaya hang ni macam orang kena senggugut ular ni (biasa orang yang nak datang period).

Fara: Aah. Macam mana Cikgu tau. Kalau ikut date harini saya period.

Aku: Tau la aku anak dah 2. Pad bawak tak ni?

Fara: geleng kepala (kecewa kot aku dah kawen..haha)

Aku: Dah sekarang jangan cakap banyak, meh aku dukung. Apa nak jadi sekalipun Kita mesti keluar dari tempat ni.

Fara: Tak nak!

Aku: Kau nak keluar ke tak? dah xpayah malu..makan painkiller ni dulu lepas tu naik.

Aku galas Fara dengan teknik yang pernah dipelajari. Kaki dan tangan minah ni disimpul dengan windbreaker supaya tak melurut. Rasa dia menjauhkan badannya. Time ni dah takde rasa syok ka apa. Janji keluar secepat yang boleh!

Aku ‘jammed’ sebentar. Mana tidaknya, depan aku ada satu bukit pacak untuk tiba di persimpangan Kem 1 dan Kem Waterfall. Mahu tak mahu kena henjut naik sambil galas Fara dengan beg aku dan dia digalas di dada. Cabaran sungguh, habis tersadung akar-akar kayu di tanah.

Sambil melayan barai pikul ‘biawak hidup’ seberat 50kg lebih tu..haha..tiba-tiba aku ditegur oleh seorang Uncle dari belakang.

Uncle: Haiyaa..what happen? injured ka?

Aku: ohh…lebih kurang la. (Aku stop duduk jap). She can’t move la uncle. I punya team semua sudah di Kem 1.

Uncle: Susah ini macam, you’re getting late. Apa I boleh tolong? Dia sudah makan ubat ka?

Aku: I gave her painkillers, maybe it will takes time to be effected. Uncle tolong angkat beg boleh? Susah mau jalan.

Uncle: Sure. You be careful haa.

Aku: Thanks uncle, nanti drop pada team I di Kem 1. Cakap sama diorang before 1900 I sampai.

Serious lega. Tapi dalam masa yang sama hati still tak tenteram. Rasa macam ada yang memerhati. Aku buang perasaan tu jauh-jauh. Bangkit dan terus cargas. Kali ni lebih laju pergerakanku. Sebab dah takda beg mengganggu ‘vision’ untuk cari ‘step’. Fara yang awal tadi menjauhkan badan kini melepek serapat-rapatnya. Nasib dah simpul kalau tak mau melurut ke bawah. Perasaan aku kini bukan seronok tapi lebih kepada geram rasa macam nak campak je dia ni ke bawah gaung kalau boleh.

1830 aku tiba di Kem 1. Ada 6 orang termasuk Razi yang masih menunggu. Selebihnya telah bergerak dulu bersama Ali. Mereka maklumkan pada aku, Ali dah bawa keluar yang lain kerana ramai dalam kalangan pendaki yang dah terlalu lama tunggu, menunjukkan tanda-tanda nak kena hipotermia. Ali cuba hubungi aku tapi tak dapat. Mujurlah Ali buat tindakan tepat. Kalau lagi lama tunggu, buatnya ramai yang terbarai lagilah masak. Begitulah tugas sebagai guide kena membuat keputusan cepat dan kurangkan risiko!

Aku merebahkan punggung dan melepaskan simpulan pada kaki dan tangan Fara supaya dapat badannya diluruskan. Fuh..terasa ringan tubuhku. Sebatang Surya ku sisipkan ke bibir.

Aku: Razi, dia ni takleh berjalan dah nak period. Aku rasa sengugut ular ni. (sambil rokok dinyalakan). Siapa-siapa ada pad bagi dia pakai, kalau takda aku ada spare pampers untuk tahan luka. Kasi tempek je kat situ karang.

Razi: Parah…jap ada kot geng perempuan yang bawa. Cikgu dukung dari mana tadi?

Aku: Sebelum kaki bukit simpang tadi tu. Apa nak jadi sekali pun sebelum maghrib kita kena tinggalkan tempat ni. (ganguan kasar dekat Kem 1 next episod la aku cerita haha).

Tepat 1900 kami mula bergerak keluar ke starting point. Setelah Fara dibersihkan (oleh geng perempuan) kami sepakat kali ni bergilir-gilir pikul Fara. Aku cuba hubungi Ali, Alhamdulillah kali ni dapat dan dia dah bawa yang lain sampai ke puncak tipu ketiga. Aku lapor status dan minta dia regroup. Pastikan semua tunggu di situ dan suruh dia patah balik membantu kami.

30 minit selepas itu kami tiba di puncak tipu pertama, Fara macam dah boleh jalan sikit tapi terpaksa dipapah. Mungkin kesan ubat dah sampai haha (dekat Kem 1 balun lagi 2 biji). Aku arahkan berhenti sekejap sebab waktu maghrib dah nak masuk. Siapa biasa masuk hutan dia tau macam mana suasana nak maghrib dengan bunyi unggas dan riang-riang riuh bersahut-sahutan. Ketika itu juga Ali muncul..fuhh lajunya berlari barangkali. Tapi dengan tak semena-mena…

Fara: Apa tu!? sambil mata dia terbeliak ke arah sesuatu di celahan pokok memecah keheningan senja.

Aku: Eh takda apa tu. Perasaan je tu. Dah semua jom bangun. Yang perempuan cover Fara depan belakang baca la ayat apa yang patut. Ali cover depan, Razi belakang sikit dari Fara. Jangan stop baca ayat kursi dan teruskan jalan.

Masing-masing dah pakai ‘headlamp’ dan bergerak rapat. Tiada siapa yang berani toleh kiri dan kanan. Aku yang dekat belakang lagilah macam-macam bayangan yang muncul dalam kepala. Bismillahillazi la yasduru… sampai habis..Itu jelah pendinding diriku diulang-ulang saat itu.

Kami dapat regroup semula dengan semua ahli kumpulan di puncak tipu ketiga. Aku sangka ‘gangguan’ dah berakhir namun semuanya meleset. Rupanya it just begun!

Fara: Berhenti baca tu semua! Aku tak suka!

Razi: Kenapa ni Fara? Kami baca ayat suci je. Nak bagi Fara kuat semangat. Kita semua nak balik kan?

Fara: Siapa cakap aku nak balik? korang nak balik, balik lah! Aku taknak balik aku nak stay sini. Aku nak tinggal dengan dia! (sambil tunjuk belakang aku)

Aku: Mana ada siapa belakang aku (sambil toleh belakang..meremang satu badan weyh)

Fara: Ada tu ha makcik dengan anak dia. Sekarang pon dok melambai-lambai lagi. Hoii aku cakap berhenti baca lah! (kami dari tadi tak berhenti baca ayat suci)

Aku: Astaghfirullahahlazim. Bawa mengucap Fara. Tu semua mainan syaitan!

Ali: Dia dah mula nampak bukan-bukan ni cikgu. Jom cau takleh tunggu lagi ni. Kang histeria jenuh kita (sambil bisik dekat aku).

Aku: Ok semua, dengar sini. Jangan takut. Kita jalan rapat-rapat. Apa jadi sekalipun kita mesti bersama. Jaga Fara, benda tu tau dia tengah lemah, masuk sama-sama keluar sama-sama. Nampak apa-apa jangan hiraukan. (Waktu tu semua aku tengok muka kalau toreh takda darah kot..haha)

Kami teruskan perjalanan. Beberapa kumpulan dah potong kami. Mereka hanya sempat tanya ok ke tak. Aku hanya cakap okay je. Sebab aku tau itu tanggungjawab aku. Dan aku percaya pada team aku. Kita semua akan keluar whatever it takes!

Entah berapa kali puncak tipu aku lalui. Mula-mula aku kira. Tapi kali ni dah tak terkira. Jauh benar rasanya Gunung X ni. Padahal dari Kem 1 nak ke starting point ada 5-6 puncak tipu je. Ahh…kena game dah.

Razi: Cikgu…apesal jauh sangat ni macam dah 9 kali turun naik ni.

Ali: Syyhhhh…diam je. Doa banyak-banyak dalam hati. (Ali seolah tahu apa yang aku rasa..dia tolong jawabkan)

Aku buat acuh tak acuh je. Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Sedang aku asyik melayan perasaan tu tiba-tiba mataku tertangkap sesuatu di sebelah kanan trek. Dekat situ berbalam-balam macam ada campsite. Ape pulak game kali ni…setahu aku antara Kem 1 dengan starting point mana ada campsite.

Kami berjalan melepasi ‘campsite’ tu. Aku tak pasti ahli lain nampak juga ataupun aku sorang je yang nampak. Waktu betul berada sebelah ‘mereka’, ak toleh tengok memang nampak kelibat dalam 5 orang. Tapi yang peliknya pakaian diorang macam pendaki era 80-90an. Khemah pon jenis A tent siap ada lampu ayam. Macam zaman pengakap aku time sekolah dulu pakai tu. Tapi mereka langsung tak tengok aku. Mereka merenung tepat pada dia..Yer pada Fara!

Aku: Ali…Laju sikit pace! Razi dan lain-lain kuat sikit baca zikir dan ayat suci. Jangan berhenti. Kita dah tak jauh ni.

2250 entah berapa kali naik turun akhirnya kami tiba di kawasan kebun sayur. Yer…itulah starting point yang kami harap-harapkan. Walaupun rabak segala segi. Fizikal, mental dan emosi. Nyaris koyak! Aku tetap bersyukur panjang. Alhamdulillah kami semua dilindungi olehNya. Walaupun ‘near miss’.

Aku terus dapatkan Fara dan suruh dia baring dulu. Aku meminta rakan-rakannya menjerang air panas untuk hangatkan badannya sementara menunggu ‘powil’ (kenderaan 4wd) sampai.

Fara: Cikgu…Fara mintak maaf susahkan Cikgu dan semua orang sambil teresak-esak.

Aku: takpa yang penting semua dah selamat. (ikut hati nak je charge RM20 sekilogram dukung kau..haha)

Fara: Yang tadi tu..Fara nampak dia ikut dari tempat kita stop (nak lepas maghrib)..perempuan berkain batik di kepala dengan anaknya. Dia lambai suruh ikut.

Aku: Hmm…biasalah Fara tengah lemah..kotor pulak tu. Macam-macam la nak damping. Dah keluar nanti kita singgah masjid. Bersih diri apa semua. Kalau perlu saya minta tolong siapa-siapa datang pulihkan semangat Fara.

Fara: Terima Kasih Cikgu, Farah okay.

Tak lama lepas tu powil sampai selepas dihubungi oleh Ali. Rupanya abam powil dah sampai awal tapi tunggu punya lama dia keluar balik pi makan.

Semasa ‘on the way’ keluar atas powil, Bob sempat cerita dekat aku semasa keseorangan, dia pergi buang air kecil dan rasa macam ada orang memerhati. Bila toleh nampak ada sepasang lelaki dan perempuan senyum padanya tapi nampak pelik sebab pakaian mereka macam orang Melayu dulu-dulu. Bob cepat-cepat bersihkan diri, bila toleh balik mereka dah takda. (patutlah group hikers kat puncak nampak 3 orang..huhu)

Pasal ‘campsite’ misteri yang aku nampak tu, sehingga powil sampai ke tempat parkir, tiada seorang pon yang buka mulut. So, aku assume ak sorang je la yang nampak dan biarlah jadi rahsiaku. Nasib baik la ‘diorang’ tak buat apa-apa.

Sampai sini je la coretan aku buat kali ini. Mungkin tak berapa nak seram, tapi kalau nak rasa betul-betul seram, meh la cuba ambil posisi belakang sekali ketika hiking di gunung ganti Cikgu…Adios!

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CN
FOLLOW FB KAMI.

14 comments

  1. seramnyaaa…… waktu gi hiking kat negeri sembilan pun jadi benda lebih kurang sama, tapi yang ikut balik tu pocong. huhu, takut gilerr waktu tuu…. dahlah tengah ‘kotor’ waktu tu lah nak cramp kaki…. rasa bersalah kat cikgu and team yang sanggup teman turun dari gunung…

  2. Bc citer teringt zaman2 daki gunung, berakit kt sungai…. Mmg tul kalau dh dok lam hutan mlm mcm2 rasa ada tp yg penting guide or leader yg bwk kita pandai kawal…ada je benda jd tp diorg x de citer kt situ pn… Bila dh balik br bukak citer… Ayat cover paling ingt “hrp smua jaga tingkah laku, mulut yer sbb kt sini ‘keras’ byk batu2, pokok2 akar2 haha”… Tp kitaorg phm2 sendiri la..

  3. Bukan nk perlekehkan org pompuan ni…patutnya deme lbh tau hal diri msg2…dah tau nak dekat2 dtg kotor tu…usahlah pi sengal tak spare lansung pad @ pain killer…pastu yg gatal sgt pi join bt benda mcm ni saper yg suruh…mmg cr nahas lah…konon2 atlit sgt lah…dh jd mcm ni bkn ker menyusahkan org lain…kalo jd apa2 kt tgh gunung tu saper yg nk tlg…lain kali beringat…usah dok poyo sgt…jd pompuan ni byk batasannya…dok main langgar jer…tu yg bila kawin ssh dpt anak…psl aper…sendiri mau ingat

  4. Pernah naik gunung stong bulan 5 haritu dngn baru first time naik dia punya gigil kaki ni x yah ckp laa. Gerak kol 2 ptg smpai ke kem baha da nak dkt pukul 7 dengan mencanak time nak mendaki tu, beban beg bnyak nya lagi ya Allah seksa tu tuhan je tauu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.