Pengalaman Seram di UiTM Kedah

Hi. Kepada semua Fiksyen Shasha readers, kalini aku akan buat compilation time aku belajar dekat UiTM dekat area Kedah.
Rasanya UiTM dekat kedah ni ada satu je (yang awalnya la) sbb sekarang ni ada kampus baru kot kalau tak silap. Cerita panjang sikit eh, takpe ke panjang hahah.

1- Jadi untuk cerita pertama ni, aku bagi pengalaman orang lain dulu la. Uitm merbok ni kolej lelaki ada satu je, (buat masa aku masih dekat sana lah) which is kolej malinja. Masa mula mula masuk macam risau jugak sebab nama cam kolej perempuan en hahaha.

Masa part 1, kira semester 1 la tapi budak situ selalu panggil as (part). Aku dengan member aku mostly duduk Malinja B. Ada hamba Allah tiga orang ni, bilik diorang tingkat 3, wing kanan, paling hujung sekali.

Sebelah bilik diorang ni adalah satu bilik kosong. Siap bermangga, mangga tu dah karat kot. Nombor bilik sorry lah mat aku dah lupa. Nak dijadikan cerita, aku lepak bilik diorang ada satu malam hari rabu. Nak layan champions league, malam tu game Bayern lawan Barca kot rasanya. Time tu lah sambil sembang sembang diorang bukak cerita pasal bilik kosong tu.

Katanya, setiap malam akan dengar bunyi lagu cina dari bilik sebelah (bilik kosong) tu. Takat kena tindih tu dorang kata sampai naik lali dah sebab kerap sangat. Member dari perangai cam dajei jadi ustad siot hahaha. Ada yang bagitau nak tido je benda main tiup tiup kat telinga la.

Tapi yang paling gampangnya member aku ni dok sibuk buat assignment, dia tak dan save lagi, benda tu pi tutup suis laptop dia. Mengamuk ah. Dahla battery lapto

p dia rosak, jadi on pakai plug je. Sejak tu, dorang bertiga selalu lepak bilik aku jadi penghibur ah sambil buat kerja.

2) Ini masa aku part 2, aku duduk floor 2. Time ni kitorang dah dapat duduk satu bilik member semua. Sebelah kanan bilik tu bilik basuh. Ada mesin basuh bubuh duit, dengan ruang basuh baju. Biasanya kalau malam buta selalu lah dengar orang basuh baju pakai tangan tu. Siap pakej ketuk dinding. Oh lupa nak bagitau, sem tu zaman kitorang selalu dok mendota. Time tu Dota 2 tengah up kan, jadi bilik aku ni ramai lah lepak kadang sampai penuh bilik tu.

Bila semua dah balik, dah tidur, ada budak bilik aku ni bising esoknya kata malam tadi benda tu ajuk kitorang. Katanya time dia terjaga dia dengar bunyi macam orang click mouse banyak kali. Yela kalau main dota kan mestila kena click mouse banyak kali. Jadi benda tu macam tiru bunyi tu, sampai ke subuh. Member aku tu sampai tuang class sebab ngantuk, tak boleh tidur malam tu.

3) Ini masa aku part3, bilik yang sama jugak.. Dalam bilik aku ni, ada satu katil puaka la kitorang panggil. Memang puaka terok katil ni. Dari asal double decker, jadi single decker, tinggal bawah je hahahah. (ni budak bilik punya keje bagi katil atas tu patah) Dia puaka bukan sebab apa, sesapa baring atas katil tu mesti automatically terlelap lama gila.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku saja baring tengok budak bilik aku yang course OM ni dok buat keje dengan budak course dia. Tau tau aku terlelap. Entah macam mana dalam pukul 3 kot aku terjaga, gelap je doh bilik. Punei buat hal lak nak kencing time gini.

Elok aku try nak bangun, slow slow aku dengar bunyi cam perempuan tua nangis. Haram jadah betul. Aku ingat budak bilik sebelah buat dajei bukak dekat fon ke apa. Sebab kitorang dekat floor tu memang suka kacau antara satu sama lain. Bunyi tu makin lama makin kuat sampai rasa macam nak pekak telinga aku. Aku dok tutup telinga apa semua, hm katil membe aku dok tido macam bergoyang pulak.

Esoknya membe aku cerita rupanya time aku terjaga malam tu dia pun sama terjaga. Tapi dia kena tindih. Dia try jerit panggil aku suara tak keluaq. Ha mamat ni budak kedah, pekat teruk loghat dia. Dia jugak cakap, time kena tindih tu dia Nampak ada akak cantik berdiri betul betul depan aku, tapi dia kata aku buat dono je. Memang la dah aku tak nampak.

4) Yang ni masa part 4 pulak. Jadi untuk pengetahuan pembaca, budaya dekat sini memang akan main futsal dekat bawah kolej tu sampai 2,3 pagi. Bukan ada court pun, main bagi kena kepala tong sampah tu je. Bunyi cam senang tapi payah.

Budak bilik aku, malam tu ada 2 ekor diorang tak join. So diorang pi pekan SP, nak beli kepci kot siap amik order kitorang. Malam tu aku naik bilik awal, tak larat main lama lama. Nampak la dua ekor ni dah balik. Si A hulur rokok kat aku, yang aku pesan mintak tolong beli. Si B ni diam je. A duk gelak gelak, dia kata tadi dia saja bawak B pergi lalu jalan makam lama sultan ape tah dekat jalan nak pi pekan Sungai Petani tu. Ala sebelum jumpa candi candi lama tepi jalan tu.

B kata dia nampak ada pompuan dekat pokok, sikit je lagi plastik kepci tu nak terjatuh sebab dia tengah takut. Si A ni memang bangang sikit, yang B pulak penakut teruk.
Habis makan, kitorang pi lepak bilik member selang 5,6 pintu. Tinggalkan si A kat bilik, nak borak pasal kerja group jap. Tetiba si B sampai depan pintu. Muka cuak.

Katanya masa dia solat, ada benda duduk dekat kerusi meja laptop dia. Skrin laptop kalau idle kan dia jadi malap, and bila ada orang gerak mouse, dia jadi terang balik. Jadi, maksud dia benda tu buat gitu time dia solat. (Bagus budak ni solat tak tinggal).

Aku dengan A berlari pergi bilik kitorang nak tengok. Takde apa pun. Yang ada cuma bau wangi je. Member bilik lain semua bising la asal A bawak dia lalu jalan tu. Takut benda tu ikut je. Esoknya, B demam sampai 3 hari.

5) Last one, yang ni sama ada time aku part 5/6 camtu la. Masa tu ada blackout lama gak dalam setengah hari. Dari petang sampai la subuh. Dorang dok repair paip apa ntah depan uitm tu. Aku duduk tingkat 2 dah masa ni. Wing kiri, bilik hujung sekali. Yang rare nya, masa tu bilik aku ada dua orang je hahaha selesa gila. Sem tu intake budak baru tak ramai kot.

Malam tu, kitorang boring sangat, member satu course, selang 4 bilik ajak la kacau orang jadi hantu la ape la. Aku pun ape lagi join la kepala gila dia. Dekat floor 1, habis semua bilik kitorang usik dari area tingkap belakang bilik. Ketuk ketuk, baling kain putih, sampai ada yang azan dalam bilik hahahaah kelakar siot. Habis kacau orang tu, aku dengan dia lepak dekat bilik study. Penat wei, berpeluh peluh kacau orang. So aku ajak dia ni kacau bilik buat last time la sebelum naik bilik. Bilik ni milik ada la sorang budak pengau bajet ni. Aku dengan member aku anti sikit. Lepas dah kacau dari belakang tingkap bilik apa semua, kitorang siap dengar suara dia menjerit panggil mak, baca doa makan la, dia siap tutup tingkap.

Dah puas kacau, kitorang pergi la beli air dekat mesin gedegang jap. Pelik gak mana mesin gedegang ni dapat source elektrik. Tah la. Nak lalu pergi tangga nak naik atas, kitorang lalu la depan bilik budak pengau tu, saja ketuk ketuk sikit pintu bilik. Tetiba jiran dia keluar, “Oh kau carik Z**** ke? Dia takde ah. Semalam dia balik penang”.

Time tu aku dah jem. Untuk pengetahuan korang, dia duduk sorang dalam bilik tu. Yes, dia ada budak bilik lain. But diorang tido dekat bilik member masing masing. So tinggal la dia sorang. Dahtu yang menjerit siap baca doa makan tadi tu sapa?

Last last malam tu aku dengan budak bilik aku tido bilik member, sebab bilik aku kan 2 orang jepenghuni hahahah….

Hantar kisash anda : fiksyenshasha.com/submit

NobodyXX

2 thoughts on “Pengalaman Seram di UiTM Kedah”

  1. dlu zmn i kt uitm merbok lgi dasyat permainan syiton nirojim ni..thn 2003 2004 mcm tu la..i duduk masria, tingkat 3 ngadap dining..time final exam semua pakat2 stay up smpai subuh..roomate i sorg je kt bilik..kami bilik berdua je masa tu..pukul 3 pgi ada org ketuk tingkap smbl pgl nama dia..mana ada org leh lalu kt situ kecuali org tu leh terbang..ini x seram lgi kn..plg seram n plg fames masa tu budak kolej mahsuri kena kacau, room mate i punya classmate..dia stay up gayut dgn marka dia kt fon..dia ngadap tingkap bilik smbl tgk tangki air..skali ada pempuan terbang dri tangki air ke tingkap bilik dia..muka sebelah lawa giler sebelah buruk gila..dia pusing blakang sbb seram tgk muka pempuan tu..dia rasa pempuan tu hembus2 tlinga dia..nsb baik akak tu x pengsan..lepas tu demam smggu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.