Pengalaman Tugas Berjaga Malam di Kem PLKN

Assalamualaikum semua pembaca. Aku letak nama Nik pendek bagi Nickname, tapi bukan sebab aku asal pantai timur. Aku ni silent reader dalam FS sejak dari awal penubuhan tapi tak pernah pun post cerita, takat join komen waktu zaman ramai orang komen mengutuk, komen pedas, komen membina bagi setiap cerita tu ada la, haha.

Cerita aku ni, adalah secebis dari pengalaman aku dan orang di sekeliling aku yang aku tambah perisa sikit supaya sedap diceritakan. Aku tak pandai mengarang, hangpa jangan kutuk aku lebih naa…Kita pusing bertahun-tahun lalu, di mana skim latihan khidmat negara atau PLKN diwajibkan kepada remaja yang terpilih terutamanya lepasan SPM. Bila aku buat semakan online, nama aku terpilih di sebuah kem di 1 pulau terkenal di malaysia.

Fast forward, sampai jer kat kem, memang macam aku bayangkan. Dan untuk mudahkan korang bayangkan layout kem ni, kem di tepi pantai dengan pokok kelapa di sana sini. Di luar gerbang masuk kem, ada banyak chalet yang nampak kosong, mungkin digunakan sebelum tempat di dijadikan kem PLKN. Masuk jer dalam kem, dewan makan dan kelas di bahagian kiri. Ke depan, padang kawat di belah kanan bertentangan dengan blok dorm lelaki, manakala dorm perempuan lebih ke dalam menghadap kawasan hutan. Di belakang padang kawat, memang kawasan pantai menghadap laut.

Siapa pernah pergi PLKN, mesti tahu tugas jaga malam, di mana setiap hari akan ada 1 kompeni kena bertugas untuk jaga malam mengikut shift. Malam tu nama aku naik untuk bertugas. Lepas roll call biasa, yang bertugas kena p tukar uniform. Semua siap pakai baju loreng, siap boot ikat tali, seluaq masuk dalam kasut. Kemaihh orang kata, rasa macam askar betoi nak bertugas jaga keamanan. Kemudian ada roll call special dengan jurulatih untuk sapa yang kena bertugas. 1 group laki, 1 group pompuan. Malam tu, aku, Alip, Nazmi, Wan, Roslan dan Saleh bertugas. Selesai jurulatih bagi taklimat, aku terus cakap;

Aku – “Weh, jom p ambik kuih dengan ayaq cepat..sat lagi lampu dewan makan tutup, leceh”, aku gitau dekat kawan yang kena berjaga malam tu.
Alip jawab “jomm, hang ngan aku angkat bekas ayaq, Mi, hang ajak lan angkat dulang kuih” arah Alip kat Nazmi yang dok landing sempoi punya atas katil. Kalau geng dok bertugas jaga malam ni, ada 1 bilik khas untuk kami, macam markas la. Dalam tu ada katil, tapi bukan katil tilam biasa tu, katil dia katil askar yang boleh lipat tu. Kalau hangpa taktau, p google image macam mana rupa dia.

Shift pertama, saleh dengan alip jaga tapi biasanya shift pertama tu ramai dok melepak lagi. Geng-geng dok dalam dorm pun sibuk dok kedarah megi. Rokok ja tak cukup, sebab rokok tak dibenarkan dalam kem. Cakap pasal rokok, teringat aku, ada dua orang tu kantoi seludup tembakau yang dibalut pakai kertas buku latihan. Elok dok hisap dalam tandas, jurulatih lalu dan bau asap. Kena jerkah dua-dua orang tu.. Jurulatih tu cakap, hangpa nak hisap sangat kan, hangpa buang rokok tu, buka baju, hang isap tek kawan hang ni..lepas tu turn hang pulak..memang tak la kan, dah la member tu dok berpeluh2 gabra kena tangkap, tiba–tiba kena buat aksi lucah pulak..nasib jurulatih tu baik dan lepaskan dengan warning. K kembali pada cerita.

Pukul 12.00 am, rata-rata kawan dalam dorm dah tido. Aku duk pusing depan dorm bila nampak sorang kawan aku ni, orang panggil Mat Lui sebab dia luruih bendul; masuk tandas..timbul 1 idea, dia masuk ja salah satu jamban dalam tu, aku berdiri depan pintu tandas, kemudian aku mengilai “Hiiiiihihihhihihi !!!!” Menggelupur kawan tu lari keluar tandas dengan tak basuh.. cilakak Mat Lui, habis bersempah pa ayaq kencing hang.

12.45 am, nak tido, tak mengantuk, aku lepak ja sembang dengan Alip. Tengok suasana sunyi sebab semua kawan-kawan dalam dorm dah tido, esok pagi semua confirm kena bangun awal ke surau untuk subuh berjemaah.

Tiba-tiba Saleh lalu depan bilik markas, muka pucat. “Weh, aku ada nampak benda kat belakang dorm tadi…aku kalih, dia hilang..bila aku jalan nampak kelibat tu macam dok ikut.. hangpa jaga-jaga la” ujar Saleh..aku buat dengaq tak dengaq ja, pasal Saleh ni kaki sembang. Badan ketoi-ketoi, macam atlet bina badan, tak kena langsung dengan umur 17 tahun. Pasal badan ketoi ni la dia sembang kuat, konon banyak men sukan kat sekolah, ramai marka suka kat dia la, dia paling terer kawat la..jumpa hantu dia punggai dengan batu la…

Alip jawab “Ha kat mana Leh..mai kita p usha ramai-ramai” ajak Alip..aku, alip, saleh dengan wan pun jalan la pusing 4 dorm yang ada dalam kawasan tu..
“Takdak pa pun, hang sembang la Leh”, tegur Wan kat Salleh..”Hangpa tak caya takpa, satlagi hangpa kena baru ada akai” balas Salleh dengan muka tak puas hati. Alip tersengih sambil masuk ke dalam tandas depan dorm Bravo, tandas yang aku pekena Mat Lui tadi..yang lain pun ikut…sambil dok cuci muka, kencing…Tiba-tiba…..
Booom !! Bergegar bumbung zink tandas tu…cilaka sapa baling batu atas bumbung !! terus kami berempat keluar tengok luar tandas…..sunyi di sekeliling, tak ada satu manusia pun dekat sekitar luar tandas tu. Pelik, nak kata buah nyioq, takdak pokok nyioq pun dekat tandas tu.
“Ni Nazmi dengan Roslan nak pekena kita kot”, Wan bersuara..

Alip pergi kat markas, tekan walkie talkie, “Nazmi, Roslan..masuk, Nazmi, Roslan…masuk”…treeet….”Nazmi, terima…” jawab di belah sana..
“…..Mi hangpa ada mana, Lan ada dengan hang ka…” tanya Alip,
“…haa,ada..kami dok dengan cikgu Rasyidi ni, dekat kelas..saja dok sembang-sembang..awatnya..?”
“…takdak pa, kelas mana, sat kami nak p sana…” balas Alip..

Bila sampai kelas tu, nampak Nazmi dan Roslan elok bersembang dengan cikgu sambil pekena teh o..”Hangpa takdak jalan p mana-mana ka tadi..?” tanya Saleh pada Roslan…
“Dop pun..kawe duk nge Mi, duk bual nge cikgu ni,bakpo?” jawab Roslan dengan loghat kelantannya.
“Hmm, takdak pa..” jawab Saleh sambil sengih tengok kami..”shift aku dengan alip habis dah, lepas ni hang Nik, dengan Wan pulak..pandai2 hangpa la nanti…kalau takut kejut aku,aku mai teman..kalau takmau,takpa satgi ada benda len yang teman, ahahah” Saleh gelak sambil berlalu ke markas dengan Alip.. Dajei Saleh, sembang kemaih, padahal tadi dia yang muka pucat bila kata ada benda dok ikut..

“Nik, aku nak p round dekat depan padang kawad..hang nk ikut dak?” tanya Wan..
“Takmau aku, awatnya nak p lalu sana, round dalam area dorm ni dah la…” soal aku..padia Wan ni buat perangai nak p jalan kat padang kawad pagi-pagi buta ni…
“Saja ja, boring dok sini…panas weh sini, padang kawat depan laut, angin sejuk sikit..”jawab Wan
“Jom aku ngan Roslan ikut hang, cikgu pun nak masuk tidoq dah tu” balas Nazmi..
Ada 2 jalan nak menuju ke kawasan dorm sebenarnya, 1 terus dari kawasan kelas masuk ke kawasan dorm, dan 1 lagi pusing dari kelas lalu ke depan dewan makan dan melalui padang kawad..

Aku nak kata berkawal, malam tu tak la juga..aku dok belek buku latihan aktiviti PLKN,nak belek telefon,hujung minggu baru dapat…..bosan…tiba2 nampak 3 orang member aku tadi ni berlari masuk markas…
“Ni awat hangpa ni, kena ligan hantu ka”.. tanya aku
“Hang mulut jangan dok celupaq !!” marah Wan..
Termengah-mengah tiga orang tu..kat kawasan katil belakang, bunyi dengkuran Saleh dengan Alip kedengaran..
Wan- ”Aku,nampak benda…”
Aku- “hang nampak apa…?”
Wan-“masa dok jalan depan padang kawad tu…aku kalih la tengok belah pantai belakang padang kawad…tiba-tiba aku nampak ada 1 lembaga putih berdiri terpacak menghadap laut….aku tak pikiaq apa dah, mana ada orang nak p dok berdiri situ waktu-waktu ni….., sekali dia pusing aku tengok merah ja mata dia, terus aku pecut tak tengok belakang”
Nazmi –“patut la hang lari tak cukup tanah,aku tak nampak tapi aku tengok hang lari,aku pun lari la…” sambil Roslan mengangguk di sebelah..
Hihihihihih……
Eh,sapa dok gelak mengilai pulak, cilakak Mat Lui saja nak pekena kami ka sebab aku kacau dia awal tadi?
Aku pasang telinga…”Hihihihihiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii”
Bunyi macam kat belakang dinding zink sebalik bilik markas ni ja..kawasan dorm memang terpisah dengan padang kawat oleh dinding zink..”..kriiiik….kreet…kreet….kreet” bunyi kuku mencakar dinding zink tu..’sreet sreet’..dan bunyi macam orang berjalan tapi menyeret kasut atas jalan tar

Aku pandang yang lain, semua muka cuak kemudian lari masuk dalam kawasan katil…”hiiiiiihihihihiiiiiiiiiiiiii” benda tu mengilai2, dengar sayup-sayup…Roslan tiba-tiba dengan suara bergetar, melaungkan azan tapi dengan nada yang rendah; “Allahuakbar Allahuakbar…. Ashadu’allaila’ha’illallah …. Ashadu’allaila’ha’illallah…” sehingga habis…

….krik…krik… tinggal bunyi cengkerik..takdak lagi suara mengilai mahupun bunyi cakaran di sebalik pagar zink tu..aku tengok muka masing2 cuak takut…last-last, kami bersetuju tak berjaga malam, masing-masing baring tidur dalam katil kat bilik markas tu..”takpa, aku dah besa bangun awai sebelum subuh, satlagi aku bangun aku kejut hangpa” bisik Nazmi

…sampai la pagi tu, kami dikejutkan dengan suara yang kuat dan lantang
“WOIII WIRA !! KORANG TAK KEJUTKAN KAWAN-KAWAN UNTUK SUBUH KER !! BERTUAH SUNGGUH KORANG NI !!! BANGUN-BANGUN !!!!”
Semua tersentak,aku tengok masing-masing menggosok mata…rupanya jurulatih kat luar bertempik sebab dah hampur pukul 6.00 pagi tapi masih ramai tak berkumpul untuk solat subuh berjemaah..sudahnya di waktu kawan-kawan tengah sarapan dekat dewan makan, ternampak lah 6 orang sekawan duk tekan tubi di tengah padang kawat… haraam ni sebab hantu semalam punya pasal..

Tambahan cerita Saleh:
Wan – “B#toh Saleh hang dengan Alip tidoq m**i ka apa semalam, kami kena kacau woi semalam, dia mai dok ngilai dengan dok cakaq kat belakang markas, pasai tu la kami terlajak tidoq ,haha”
Saleh – “…bodo la hangpa ni…patut la aku kena semalam..”
Alip – “kena apa?”
Saleh- “hangpa p biaq lampu depan dengan pintu markas terbukak pasai pa…aku terjaga kot,taktau pukul berapa..katil aku kan menghadap nampak pintu markas…aku kalih, tengok ada pompuan selubung putih dok tenung aku kat luaq..mata dia besaq weh, tapi takdak mulut…dia dok terpacak ja luaq pintu tengok dalam tempat kita tidoq..aku ambil selimut tutup muka…tapi aku dok dengar bunyi macam orang duk bisik, “psstt…pssttt..”, tapi memang aku tak bukak la selimut tu”

Kami semua terdiam mendengar cerita Saleh..lepas latihan kawad petangtu, kami saja tanya jurulatih tentang kem ni. Jurulatih cerita benda tu kat mana-mana pun ada..dulu, banyak kes histeria jadi, tambah-tambah dekat kawasan dorm perempuan sebab tak jaga kebersihan..ramai yang ambil ringan, tuala wanita tu tak dibasuh sebelum buang,malah ada yang campak je ke hutan sebelah dorm..kadang yang lelaki pun sama naik, bersembang gelak kuat-kuat…kita kena la ingat sama dunia ni bukan manusia saja yang ada..benda tu kadang-kadang kacau sebab kita kacau dia dulu

Terputar balik dalam kepala aku peristiwa aku mengilai dalam tandas nak takutkan Mat Lui..haram kalau depa tau ni aku la punca, mau kena maki berdas-das…bisik aku dalam hati.

Alhamdulillah, tiada lagi peristiwa seram atau gangguan berlaku sampai habis latihan kami di kem tu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Langsat
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.2]

4 comments

  1. Penah kene jugak dekat plkn .. dorm perempuan .. 4 org terkunci dekat lua .. panggil , ketuk pintu , terajang pintu sorg pun tak dgr .. dekat setengah jam berdiri lua dorm .. last2 try pintu depan alhamdulillah tak kunci .. sedangkan pintu blkg tu kami kua tak smpai seminit sebab terdgr something konon nak masok last2 terkunci .. bila dpt masok tanya member katil yg sebelah pintu berkunci tu .. tak dgr ke kami panggil , terajang , ketuk pintu tu .. dia kabo satu apa pun tak dgr .. cuak kami .. malam tu sape yg kene semua tido himpit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.