Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.
Aku Budin, dan aku nak berkongsi akan pengalaman aku.
Damansara Perdana.
Pada tahun 2013, aku bertugas di sebuah Agensi Perlancongan dari luar negara dan aku seorang sahaja rakyat Malaysia di tempat kerja tersebut. Waktu bekerja pula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang, akan tetapi disebabkan oleh perbezaan waktu di negara asal syarikat tersebut dengan waktu Malaysia, aku terpaksa rela melakukan OT setiap hari sehingga jam 10 malam.
Pada mulanya, kesemua berjalan dengan lancar walaupun aku tinggal berseorangan ketika OT disebabkan pekerja hanya ada 5 orang termasuk aku di dalam syarikat tersebut. Posisi tempat duduk aku menghadap kesemua ruang ofis dan di sebelah kanan aku adalah pintu utama untuk keluar masuk ke ofis tersebut
Akan tetapi, langit tidak selalunya indah, aku melalui sesi suai kenal dengan penghuni ghaib yang menetap disitu.
Kisah 1
Aku sedang sibuk menguruskan dokumen berkenaan customer daripada luar negara, sehingga terlupa untuk turun makan tgh hari. Dari ekor mata, aku melihat Kathy, anak bos aku sedang membancuh teh di Pantry. Yang peliknya, selalu dia akan tanya kepada aku “Din, do you want Tea or Coffee ?”, tetapi kalini Kathy hanya senyap dan terus ke meja beliau sambil menghirup air.
Aku terdetik di hati, “Mood die ni takde ke apa ? Tak ceria langsung harini, menghadap komputer punye lah serius. Ahhhh, lantaklah. Yang penting die tak lepaskan marah die dekat aku sudah”.
Aku pun meneruskan kerja aku, dan tiba tiba loceng pintu berbunyi menandakan ada orang hendak masuk.
Terlihat kelibat bos aku (Natalia) dan juga suaminya (Mikael) hendak masuk ke dalam. Aku pun membuka pintu, lalu Natalia bertanya kepada aku dah makan ke belum ? Aku pun jawab belum, lantas Natalia berkata “Thanks God, Kathy is on the way here and brings some food for you.”
Aku pun macam terkesima, jap ! “Kalau Kathy on the way ke sini, jadi yang buat teh tu sapa ? Yang duduk dekat meja Kathy tu sapa ?” ngomel aku di dalam hati. Aku terus melihat di meja Kathy, dan ternyata Kathy tiada di situ, cuma ada mug yang berisi teh hangat.
Tak lama kemudian, Kathy sampai dan memberi makanan kepada aku, aku bertanya kepada beliau, “Kathy, did you come to office this morning ?” dan die menjawab “I just arrived from home, Din. Why ? Do you miss me ?” sambil tergelak dan berlalu pergi ke meja beliau. Dia terlihat Mug berisi air teh tersebut lalu memusing badan kepada aku dan mengucap “Thank you Din for make this tea for me”. Dan yang pasti, aku cuma tersenyum kelat.
Kisah 2
Kali ini aku bersendirian bekerja di ofis, dan jam pada waktu itu sudah masuk pukul 7 petang. Pekerja lain dan bos semuanya sudah balik, hanya aku sahaja yang berada kerana itu adalah tugasan hakiki, OT yang dipaksa rela hingga jam 10 malam.
Selalunya aku hanya mendengar musik dengan memakai headphone akan tetapi petang ni disebabkan tiada orang di ofis. Aku pasang musik di speaker sambil melayan email email yang masih belum dijawab. Aku terlupa dah nak masuk waktu maghrib, dan aku cuma tersedar bila hanya lampu di meja aku saja yang terbuka dan gelap di ruangan yang lain.
“Allah, lupa plak nak pasang lampu ni. Baik aku pasang lampu sekarang, sedap sikit mata nak buat kerja bila tempat dah terang” bisik aku di dalam hati.
Baru je nak bangun dari kerusi, pap ! Aku terdengar bunyi air mengalir dari heater di Pantry, menandakan ada sesuatu tengah nak buat air. Otak aku ligat mengatakan ada sesuatu, tetapi aku sedaya upaya nak tipu diri aku sendiri dengan mengatakan heater tersebut malfunction.
Aku belum sempat nak bukak lampu, terlihat bayang hitam di ruangan Pantry.
Tak begitu besar, sama saiz dengan manusia normal cuma yang membezakan adalah ianya berupa bayang hitam tanpa wajah mahupun bentuk fizikal yang lain. Aku terus membuka lampu dan menelefon abah aku yang berada di Bangi dalam keadaan terketar ketar.
Abah aku memesan supaya membuka surah surah di youtube ataupun azan supaya dapat menenangkan serta menghentikan gangguan tersebut. Setelah beberapa minit, bayang tersebut hilang dengan sendiri tanpa berganjak dari Pantry.
Aku menarik nafas lega, dan terus sambung membuat kerja tanpa solat Maghrib. Aku dahulunya memang jahil dan kerap kali tinggal solat. Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan hampir pukul 10 malam. “Sikit je lagi nak balik, kerja pun dah setel. Layan lagu jap lah sambil scroll ICQ contact aku. Mana tahu ada awek tengah online, boleh ajak borak.” Tengah sedap melayan lagu sambil headbanging, aku merasakan ada sesuatu terkena kepada muka aku ketika headbanging.
Aku macam “Eh, apa bende ni duk terkena pipi, kepala, bahu apa ni. Nak kata rambut aku, rambut aku tak panjang mana”. Aku terus membuka mata, pausekan lagu sambil melilau mencari apa yang terkena aku ketika headbanging, tapi hampa. Segalanya kosong, sunyi sepi. “Ahh, tak ada apa lah tu. Perasaan aku je kot” getus aku sendirian. Aku mainkan semula lagu tersebut tanpa headbanging. Secara tiba tiba, di sebelah kanan aku ada satu mahluk berwarna hitam, berbulu lebat, bersaiz sedikit besar tengah memusingkan seluruh badannya dari atas hingga ke bawah bagaikan tengah headbanging.
Woiiii, natang apa ni. Nak kata mop raksasa, ni bukan mop raksasa dahhh .. macam sesame street tapi versi hantu. Ianya mengeluarkan bunyi seakan akan menyanyi tetapi menyeramkan.
“Hiiiurghhhh huaaaa hiurrghhh … gruahhh hiurghh”
Aku tak cerita banyak, amek telefon aku dan berlari keluar. Sampai sahaja di bawah, aku menghisap rokok sambil terketar ketar. Setelah berjaya menenangkan diri, aku pergi semula ke ofis aku sambil ditemani Pak Guard. Selesai tutup pc, punch out dan kunci pintu, aku terus balik ke rumah. Nasib baik semangat aku kuat, aku tak demam cuma dah tak bukak lagu kuat kuat pada waktu malam di ofis tersebut.
Petaling Jaya
Setelah aku berjaya memasuki sebuah syarikat gergasi di Petaling Jaya, aku adalah 1st Batch disitu memandangkan syarikat tersebut baru membuka cawangan di Malaysia. Aku kini bekerja sebagai IT Technician, dan hanya ada 8 orang Malaysia sahaja daripada 35 pekerja di Team Australia.
Tempat tersebut baru dibuka dan tak banyak syarikat yang beroperasi. Oleh itu, suasana di Surau dan juga di tempat menghisap rokok di tingkat 15 yang berkonsepkan ala ala Taman di Langit agak suram.
Semuanya terjadi apabila shift malam diperkenalkan.
Ketika waktu sudah berganjak pukul 7 petang, position kami, iaitu staff biasa akan menghadap ke meja Team Leader dan juga Manager. Di ofis tersebut terdapat almari yang menyimpan pelbagai file di sudut kiri Team Leader.
Ketika semua tengah khusyuk membuat kerja, kedengaran bunyi almari dibuka dan bende dicampak keluar. Team Leader kami menjerit apabila kelihatan semua file di almari tersebut tercampak keluar seolah olah ada yang melempar file tersebut. Keadaan kucar kacir kerana kejadian itu disaksikan oleh kesemua staff dan berlarutan beberapa minit.
Selepas semua file dicampak keluar, pintu almari tersebut terbukak dan tertutup dengan sendiri secara kuat seperti ada yang tak berpuas hati dengan kami.
Kedengaran bunyi tingkap dihempas sesuatu yang besar berkali kali, kelihatan beberapa burung melanggar tingkap yang berada di belakang Team Leader dan juga Manager.
Lampu di bahagian kiri kami .. yang menetapkan team yang handle Operation Japan menyala dan tutup berkali kali. Hanya kami, Team Australia yang ada shift malam ketika itu. Kami dikejutkan apabila pintu utama yang berada di sebelah belakang kami .. terbukak luas dan kuat. Rupa rupanya Pak Guard datang untuk melihat apa yang terjadi.
Pak Guard menceritakan bahawa CCTV di bahagian kami tak berfungsi dengan elok seperti ada glitch dan seperti siaran rosak .. sekejap ada visual, sekejap gelap. Itu yang menyebabkan beliau risau dan datang melihat situasi kami semua.
Team Leader kami, Gale merupakan salah seorang daripada 10 orang Philippines di team kami merasa takut untuk terus bekerja. Tetapi setelah diyakinkan bahawa kami ramai yang bekerja bersama sama sehinga shift malam habis, dia pun ok kembali.
Keadaan bertambah teruk apabila kembali ke dalam ofis, kami terpaksa melalui bahagian gelap yang menempatkan team baru yang akan datang, terlihat kelibat seorang wanita berbaju putih, duduk bersimpuh di sofa dan kelihatan seorang budak kecil lelaki lingkungan dalam 7-8 tahun, bermata hitam besar, pucat sedang bermain bola sambil melempar bola ke dinding. Ada yang berlari semula ke Pantry sambil menunggu ofismate yang lain makan di area luar ofis. Walaupun bilangan kami ramai, mahluk tersebut masih ada di situ sehinggalah kami semua habis shift malam.
Itu permulaan bagi setiap kisah yang akan berlaku seterusnya.
Kisah 2
Kisah kami diganggu mendapat perhatian hingga ke pihak atasan, mereka percaya disebabkan punyai banyak saksi dan juga bukti rakaman CCTV ketika itu. Mereka menghentikan shift malam buat beberapa ketika, namun terpaksa melakukan shift malam beberapa minggu selepas itu atas desakan pihak Australia yang memerlukan tenaga kerja pada shift malam.
Oleh itu, pihak yang bekerja shift malam hanya lelaki dan Late Night Shift pula hanya akan ada 3 orang lelaki yang bermula pada pukul 12 tgh malam sehingga 9 pagi. Dan aku, listkan nama aku sebagai On Call Duty sekiranya terdapat staff tak dapat bekerja pada Late Night Shift. Ini kerana pihak syarikat memberi wang imbuhan yang banyak bagi sesiapa yang dapat menjadi On Call Duty.
Ianya bermula ketika aku sedang tidur, aku mendapat panggilan pada pukul 1:30 pagi untuk menggantikan staff Late Night Shift. Setelah bersiap, ketika melalui Jalan Federal daripada Sunway. Aku melihat ada kabus hitam persis seseorang melintas sebelum memasuki terowong di laluan motor. Aku mengendahkan semua itu dan hanya melanggar kabus tersebut sebelum sampai ke ofis. Sampai sahaja aku di ofis, aku menuju ke Pantry, mengambil air kopi hitam di mesin dan terus ke ruangan kerja kami. Ketika melintasi kawasan si Ibu dan Anak tersebut, masih kelihatan kelibat itu sambil memandang ke arah aku.
Aku buat tak kesah dan terus ke meja.
Apa yang aku lihat, hanya aku berdua sahaja di ruangan tersebut. Ganesh, rakan sekerja aku mengatakan David sudah lari balik kerana diganggu ketika membuat kerja. Ganesh tahu kerana Team Leader call kepada beliau mengatakan David sudah balik dan Team Leader akan hantar aku untuk meneman Ganesh kerja pada malam tersebut.
Aku dan Ganesh, kami mempunyai persamaan. Kami tak suka bekerja di tengah malam dengan lampu yang terang benderang, jadi aku menutup lampu ruangan tersebut dan meneruskan kerja sambil menghirup kopi hitam yang panas.
Setelah beberapa tempoh yang lama, Ganesh menyatakan hasrat untuk pergi menghisap rokok dan peraturan di situ, kena ada at least seorang di ofis incase ada case emergency ketika itu. Aku pun, okay je dan cakap pada Ganesh “Bro, jangan lama sangat, aku pun nak smoke gak ni .. tepu dah ni”, dan Ganesh menjawab “Okay bro”.
Sedang aku khusyuk membuat case berkaitan server lag melalui phone call, aku terdengar bunyi deringan telefon di meja Team Leader. Aku nak bangun dari tempat duduk dan pergi angkat telefon ketika itu, situasi tak mengizinkan kerana tengah handle case.
Lantas aku terlihat cahaya melihatkan ada seseorang membuka pintu dan memasuki ruang ofis aku tersebut, aku m**i m**i ingatkan Ganesh kerana susuk bayang yang terpancar hampir susuk badan Ganesh lalu aku menekan butang hold pada customer tersebut dan separuh menjerit kepada Ganesh “Bro, can you pick it up for me ? I got case right here” sambil menunding jari ke arah bunyi telefon tersebut.
Aku melihat susuk tubuh dari ekor mata aku, berjalan ke arah bunyi telefon tersebut. Tetapi aku hairan, sebab aku dengar bunyi suara Team Leader aku di talian telefon mengatakan “Hello, hello .. why are you not say something ? Hello ?? Din, is it you or Ganesh ? Hello ?”. Aku pelik, kenapa Ganesh tak cakap apa apa lepas angkat telefon ? Aku pun berdiri untuk bertanyakan kepadq Ganesh dan apa yang aku lihat, ada satu susuk tubuh yang tak berkepala, memegang gangang telefon seolah olah gaya menjawab telefon tetapi tak bersuara.
Aku dah macam, haiya time time camni lah kau nak angkat telefon. Aku terus duduk, kembali fokus untuk setelkan masalah server tersebut dan nak cepat cepat pergi menghisap rokok untuk menenangkan diri. Kerja aku sekali lagi terbantut apabila gangang telefon dilepaskan, dan dia berjalan menuju ke arah aku.
Mahluk tersebut berhenti di baris tempat duduk aku, aku pulak berasa di tengah tengah baris tersebut. Dan aku merasakan ada sesuatu bergolek golek di area kaki aku, melanggar kaki aku ibarat bola.
Aku pun melihat ke bawah, dan ada kepala sedang bergolek melanggar kaki aku berulang kali seperti nak aku melihat dia. Aku terus duduk bersila, selesai je kerja, tulis report dan send email. Aku terus gerak berjalan ke luar pintu, dan terpaksa lalu sebelah mahluk tersebut yang dari tadi setia berdiri di situ. Aku tak tunggu Ganesh masuk dah, lambat sangat. Tak tahu kemana dia pergi, aku terus pergi ke arah Lif. Menekan punat lif, ke tingkat 15. Dan menghisap rokok berseorangan di kawasan tersebut. Tempat tu luas dan merupakan open concept dimana tiada bumbung di situ, so boleh tengok bulan dan bintang. Aku cuba menenangkan fikiran, dan memutuskan untuk ke kedai mamak sebelum masuk semula ke ofis.
Jam menunjukkan pukul 5:20 pagi, sudah hampir 40 minit aku keluar ni. Aku kembali ke ofis dan gangguan sudah tiada lagi untuk hari itu. Kelihatan Ganesh sedang melunjurkan kaki di kerusi sebelah sambil tidur di kerusi kerja beliau. Kurang asam punya Ganesh.
Pada pagi tersebut, apabila Team Leader aku masuk kerja. Beliau bertanya kepada aku “Is it you or Ganesh who pick up my call this morning ? ” Aku cuma boleh jawab “I don’t know, you can check from CCTV”. Dan apabila Team Leader check, beliau tergamam dan terkejut apabila nampak mahluk tak berkepala masuk melalui pintu, berjalan dan mengangkat telefon serta berdiri melihat aku. Tetapi aku tak lari, malah selesaikan kerja baru lari. Oleh hal kejadian tersebut, aku diserap ke Late Night Shift secara permanent dan dinaikkan gaji serta diberi imbuhan lain supaya aku stay di shift tersebut.
Itulah sedikit sebanyak cerita aku, kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan. Sekian. Terima Kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
aku rasa lawak part ko dapat naik gaji sbb x takut hantu
Legeng bro ni
Kira mcm hati kering jugak nih… kepala tu dok langgar byk kali pon blh lagi wat aksi selamba bersila huhuhu
cerita lah lagi…
Encik Budin, keje lg kat situ ke?
Terima kasih berkongsi cerita, Budin.
Teringat zaman bekerja dulu, saya bukanlah kerja IT tapi ada jugak terpaksa stay back sampai lewat kat pejabat. Mavam-macam lah jugak kena usik. Kalau ada lagi cerita, silalah kongsi lagi.
Kering ko ni bro haha