Penghuni

“Hello, Anna?”
“Ya Raveen. Sorry eh, I lambat sebab nak jumpa lecturer I lah kat fakulti”
“Tapi I sudah mau hantar semua artikel ni, I nak drive balik Melaka petang ni”
“Em tak apa. Nanti I sendiri hantar I punya artikel.”
“Are you sure?”
“Yup! Tak sempat ni, kejap lagi turn group I jumpa lecturer ni”
“Okaylah. Jangan lupa submit eh, nanti Puan Ayu bising pula”
“Ya faham. Sorry eh Raveen”,
“It’s okay lah. Bye.”
“Happy weekend. Bye.”,

Perbualan Anna dan Raveen, ketua subjek Journalism itu ditamatkan dan sebaik sahaja Anna menyimpan handphone nya ke dalam begnya, kumpulan dia pun dipanggil oleh kumpulan seterusnya yang baru keluar bilik pensyarah mereka itu. Semua rakan sekelasnya mahu segera menyelesaikan tugasan kerana mahu pulang ke rumah untuk hujung minggu kerana cuti hari Ahad dibawa ke Isnin menjadikan cuti tiga hari dan untuk Anna yang tidak mempunyai kelas hari Selasa pula menjadikan cutinya kepada empat hari.

Selesai penyerahan tugasan, Anna dihantar oleh ahli kumpulannya ke asrama. Dia pun segera ke bilik dan mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke rumah. Jam menunjukkan jam 4.30 petang dan Anna yang lapar pun turun ke cafe untuk membeli makanan. Harini rakan sebiliknya ada kelas malam pula jadi dia tidak sempat pulang ke bilik untuk makan bersama Anna. Mereka berdua hanya dapat memaklumkan situasi satu sama lain melalui WhatsApp.

Jam 7.30 malam, kereta ayah Anna dilihat meluncur masuk ke kawasan asramanya. Selepas dimaklumkan oleh ibunya, Anna pun segera turun selepas selesai menyapu biliknya. Ketika mencapai beg laptop, sekeping kertas pun jatuh. Ya, itulah artikel yang sepatutnya dihantar petang tadi.

“Alamak! Artikel aku!”, Anna menepuk dahinya. Tiada pilihan, Puan Ayu mahukan artikel kali ini dalam bentuk hardcopy untuk mengelakkan pelajar-pelajarnya menggunakan alasan internet error.

Puan Ayu sememangnya penulis artikel universiti itu dan juga pengajar untuk subjek Journalism. Oleh sebab itu, biliknya juga bersama dengan lima lagi bilik pensyarah lain yang juga penulis artikel sepertinya terletak di tingkat empat perpustakaan universiti. Selepas memasukkan semua barang ke dalam kereta, Anna meminta ayahnya untuk singgah di perpustakaan yang terletak di tengah-tengah kawasan universiti itu. Perpustakaan empat tingkat itu berbentuk seperti kuih donut di mana bahagian lingkaran sebelah dalamnya berdindingkan cermin lut sinar, bermaksud jika Anna berada di tingkat dua, Anna akan dapat melihat sesiapa yang berada di tingkat satu dan apabila berada di tingkat empat semestinya dapat melihat isi di tingkat dua dan tingkat tiga dalam perpustakaan itu juga.

Perpustakaan biasanya akan dibuka sehingga jam 11.00 malam. Malam itu jam 8.00 malam, kereta ayah Anna masuk ke tempat meletak kenderaan di hadapan perpustakaan tersebut. Anna keluar memegang kertas artikelnya sambil membawa handphone serta kad pelajarnya dan terus menaiki tangga menuju ke tingkat satu. Perpustakaan itu mempunyai dua lif di tingkat satu, di mana lif pertama adalah untuk kegunaan pensyarah yang boleh naik terus ke tingkat empat sementara lif kedua pula untuk kegunaan pelajar ke tingkat dua dan tiga. Tangga di dalam perpustakaan juga hanya boleh digunakan sehingga ke tingkat tiga sahaja, jadi untuk ke tingkat empat hanya boleh menggunakan lif dan tangga kecemasan.

Selepas menekan butang 4, Anna berasa sangat berdebar dan jantungnya juga secara tiba-tiba berdegup kencang. Terasa lama pula di dalam lif tersebut. Apabila tiba di tingkat empat, Anna keluar dan terus melihat ke depan. Masih ada ramai pelajar berada di tingkat dua dan tiga, ada yang duduk berkumpulan malah ada juga yang duduk yang di antara rak buku. Lalu, Anna berasa lega dengan kehadiran ramai pelajar lain di perpustakaan itu. Dia pun teruskan mencari bilik Puan Ayu yang terletak di bilik kedua sebelah kanan selepas keluar daripada lif.

Tanpa Anna sedar, ada lembaga hitam yang besar memerhatikan Anna sebaik sahaja Anna keluar dari lif. Selepas menjumpai bilik Puan Ayu, Anna menyelitkan kertas artikel nya di bawah pintu, kelihatan ada kertas-kertas yang banyak juga di bawah pintu. ‘Mungkin artikel yang lain kut’, kata Anna dalam hati. Pintu bilik pensyarah di tingkat empat ini juga berkaca dan berdindingkan kaca lutsinar jadi memang dapat dilihat isi di dalamnya.

Apabila berjalan di hadapan bilik pertama yang dia lalui tadi, entah kenapa Anna terasa ingin melihat isi di dalam bilik itu. Kosong. Anna berjalan lagi, seharusnya Anna dapat melihat pintu lif tetapi yang Anna jumpa hanya dinding putih yang kosong. ‘Eh? Mana lif tadi?’, hanya mampu berkata dalam hati sambil kedua tangannya menyentuh dinding putih itu. Anna berpusing ke belakang dan melihat keluar, masih ada pelajar-pelajar yang dia lihat tadi di posisi yang sama seperti dilihatnya sebentar tadi. Ini membawa maksud, benarlah lif itu seharusnya berada di tempat dia berdiri sekarang tapi lif tersebut tiada! Dia melihat handphone di tangannya, ‘No service’. Hampa Anna dibuatnya lalu handphone nya disimpan di dalam poket seluarnya.

Dia dapat merasakan bulu romanya berdiri dan entah dari mana angin sejuk juga dapat dirasakan. Sedangkan pendingin hawa tingkat empat dimatikan kerana pensyarah sudah pulang pada jam 7.00 malam seperti biasa. Anna dapat mendengar bunyi dengusan. Marah. Anna berjalan lagi, mencari lif tadi. Tanpa sedar dia sudah berpusing sehingga dua kali! Ini kerana ini kali kedua dia melihat bilik Puan Ayu. Berpeluh Anna memerhatikan sekeliling, cuba mencari daripada mana bunyi dengusan itu. Dia berjalan lagi dan melihat ada pintu laluan kecemasan bersebelahan bilik pertama yang isinya kosong tadi. Anna segera menuju ke pintu itu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, isinya begitu gelap. Bingung. Handphone dikeluarkan dan dia cuba menyuluh ke dalam, masih terlalu gelap. Mata Anna bergerak cemas melihat kegelapan di hadapannya itu. Dengan cepat pintu itu ditutup. Anna bergerak ke cermin, mengetuk beberapa kali dengan harapan pelajar-pelajar di tingkat tiga itu dapat memandang ke arahnya. Malah dia juga cuba menyuluh mereka dengan fungsi lampu suluh di handphonenya. Hampa. Tangan Anna sampai kemerahan dek mengetuk dinding cermin itu namun tiada satu orang pun memandang ke arah dia yang bersendirian di tingkat empat itu.

Anna memejamkan mata serta menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembuskan nafas, lampu dari handphone yang digenggam di tangan kanannya dibiarkan menyala. Matanya dibuka semula menatap lantai dan dengan nafasnya yang tercungap-cungap Anna bersuara;

“Aku datang ke sini bukan hendak menganggu kau, aku cuma mahu menyelesaikan tugasku. Hentikan gangguan ini serta merta!”, entah dari mana keberanian Anna datang sehingga dia berkata begitu. Bunyi dengusan tadi berhenti,

‘Ding!’

Bunyi lif! Anna berpusing ke belakang dan melihat pintu lif terbuka. Laju langkahnya masuk ke dalam lif itu dan segera butang 1 ditekannya. Sebelum pintu lif tutup sepenuhnya, Anna melihat jelas lembaga besar hitam dengan matanya yang berwarna merah d***h merenung ke arahnya. Semakin sesak nafas Anna, tidak ubah seperti baru selesai berlari. Tiba di tingkat satu, lemah langkahnya menuruni tangga dan menuju ke kawasan meletak kereta. Dia membuka pintu kereta dan terus duduk, termenung.

“Eh, sekejapnya kakak”, kata adiknya yang juga ikut menjemputnya pulang malam ini.
“Ha? Sekejap?”, Ann melirik jam di telefon bimbitnya. Jam 8.15malam. Ini bermaksud dia terperangkap dia tingkat empat hanya selama 10 minit! Lampu yang menyala di handphonenya dipadam.
“Kenapa muka akak pucat ni? Akak lari eh, tahu lah tak sabar nak balik.”, sambung adiknya mengusik Anna.
“Selesai ya Anna? Kita bergerak pulang lah ya.”, kata ayahnya pula. Anna hanya mengangguk lemah. Dia juga hanya mampu diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Semoga ini yang terakhirnya perkara mistik seperti ini terjadi.

hantyar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 32 Average: 4.4]
Arrabelle

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.