Thanks admin sudi approve cerita aku yang kedua ni. Alhamdulillah cerita aku yang pertama (https://fiksyenshasha.com/penghuni-banglo-di-kingfisher-likas/ ) mendapat feedback agak baik dari para pembaca. Mesti kalian tertanya-tanya aku anak kepada siapa kan ? Jika aku sebut nama ayahku pasti ada diantara warga Sabah yang mengenali beliau. Dia juga sering muncul di media-media massa, ramai yang suka dan ramai juga yang membenci. Baru-baru ni pun ada muncul juga berita pasal ayah aku. Ramai sungguh yang mengecam beliau, habis dibinatang-binatangkan oleh netizen yang tak puas hati. Aku sebagai anak, merasa down juga tapi nak buat macamana, itulah lumrah menjadi ahli politik, ahli keluarga pun turut dapat tempiasnya. Oleh sebab itu lah, aku suka menyembunyikan identiti sebenar ku dimana-mana aku pergi.
Pasti ramai yang hairan kenapa aku tinggal bersendirian di rumah besar 12 bilik kan? Aku anak tunggal perempuan hasil perkahwinan ayah aku dengan isteri ketiganya iaitu ibu aku (Isteri pertama ayah telah lama meninggal dunia, perkahwinan keduanya pula berakhir dengan penceraian). Aku juga memiliki 3 adik beradik tiri tetapi masing-masing sudah berkeluarga dan menetap di luar Negara, hubungan kami tidak berapa rapat kerana jarang berjumpa. Ibu kandung aku pula memilih untuk menetap di Kuala Lumpur dan hanya akan pulang melawat aku beberapa kali dalam setahun. Aku memilih untuk tidak tinggal bersama ibuku atas beberapa urusan peribadi keluarga.
Kali ini aku terpanggil untuk berkongsi cerita seram yang ayah pernah ceritakan kepada aku. Sebagai seorang ahli perniagaan, ayah akan datang ke Sabah sebulan sekali. Pada malam kejadian , ayah baru saja pulang dari dinner di luar, lebih kurang jam 10 malam ayah hendak mandi dan sebaik dia berdiri di hadapan pintu bilik air, dia dengar bunyi seperti Jacuzzi bathtub dihidupkan. Pelik, sedangkan ayah hanya bersendirian di dalam bilik, dan sedari awal dia masuk ke bilik itu tiada pula kedengaran bunyi tersebut. Enggan melayan perasaan, ayah pulas tombol pintu bilik air dan melangkah masuk. Dia lihat pili air terbuka dan air mencurah laju masuk ke dalam bathtub. Segera ayah matikan pili air tersebut dan batalkan niatnya untuk mandi.
Bilik tidur orang tuaku adalah bilik paling besar di dalam rumah. Ada tandas yang lengkap dengan indoor Jacuzzi, di sebelah kiri dan kanan tandas pula adalah “walk-in closets” yang besar. Ada juga satu ruangan rahsia yang tersembunyi yang aku sendiri tidak punya akses untuk masuk ke dalam ruangan itu. Bilik orang tuaku adalah bilik yang paling aku tidak suka masuk jika tidak ada perkara penting. Suasana bilik itu sentiasa kelihatan suram dan gelap walaupun semua lampu sudah dipasang. Pernah sekali ayah menyuruh aku mengambil dokumen di biliknya. Aku yang waktu itu hanya keseorangan masuklah dengan terpaksa. Sedang aku sibuk menggeledah peti besi ayah yang sebesar peti sejuk itu, aku dengar seperti bunyi diketuk2 dari ruangan walk-in closet ibuku yang diperbuat daripada kayu. “Tokkk…tok tok tok…tok tok “. Bunyi ketukan itu kuat dan jelas, bingkai gambar yang digantung pada dinding itu turut bergerak-gerak dan hampir terjatuh. Aku memberanikan diri untuk melihat ke dalam closet, tiada apa-apa yang mencurigakan, bunyi ketukan tersebut turut berhenti serta merta. Aku segerakan urusanku mencari dokumen yang ayah pinta dan segera keluar dari bilik tidur tersebut.
Ada satu “vibes” di bilik mereka yang ayah aku sendiri tidak suka, menurut ayah dia selalu merasa diperhatikan, mimpi-mimpi ngeri juga sering menghantui tidurnya jika berada di bilik itu. Pernah dia bermimpi ada satu bayangan gelap memehatikannya dari beranda bilik tidur. Mahluk itu berbisik kepadanya “ Bersedialah … kau pasti akan m**i … aku akan membunuhmu …ha ha ha” . Ayah bangun dalam keadaan berpeluh-peluh dan takut. Mimpi yang sama itu muncul berkali-kali dalam tidurnya, sejak itulah ayah mulai membawa pistol tidur bersamanya. Pistol kecil itu akan diletakkan di bawah bantal (Sebagai seorang ahli politik, ayah memiliki lesen senjata api dan dibenarkan membawa pistol tersebut kemana-mana sahaja dia pergi). Jika ayah menginap berseorangan tanpa ibu di bilik itu, ayah akan menyuruh Pak Suharto dan pengawal peribadinya, Abang Andi tidur bersamanya di dalam bilik.
Meski kedua orang tuaku tidak pernah mengabaikan nafkah perbelanjaan ku setiap bulan, tetapi mereka jarang sekali dapat meluangkan masa bersamaku. Zaman kanak-kanak ku pula lebih banyak dihabiskan bersama dengan Mummy Katie, pengasuh warganegara Filipina yang telah menjagaku sejak lahir. Ibu kandung ku ? Ibu terlalu sibuk menguruskan perniagaanya di KL, urusan menjagaku diserahkan bulat-bulat kepada pengasuh. Tiga tahun lalu, Mummy Katie disahkan menghidap Barah Payudara dan telah meninggal dunia di Manila setelah beberapa tahun menjalani chemotherapy. Pemergian Mummy Katie meninggalkan impak yang sangat besar terhadap diriku. Aku sering menangis sendirian jika merindui Mummy Katie, apa yang aku perasan, setiap kali aku diselubungi kesedihan, aku dapat merasakan ada makhluk lain yang memerhatikanku dari sudut bilik di hujung katil. Beberapa kali juga ia menunjukkan dirinya tetapi ia muncul dalam bentuk seperti kabus putih yang bercahaya. Apabila diamati, kabus putih itu akan tembus dari pintu bilik dan apabila sampai di hujung katil, perlahan-lahan ia akan membesar dan membentuk seperti susuk tubuh manusia. Ia kekal terapung-apung. Sedikitpun tidak ada perasaan takut dalam diriku, sebaliknya aku merasa sedikit lega, jika tiada manusia yang sudi menemaniku di saat sukarku, sekurang-kurangnya ada juga makhluk lain yang sudi menjadi peneman.
Awal tahun 2017, ayah pernah memanggil seorang perawat Islam yang cukup dikenali di seluruh Sabah, aku gelarkan dia sebagai Tok Man. Tok Man datang dengan membawa 8 orang anak muridnya. Seluruh penjuru rumah diazankan secara serentak, empat orang di penjuru tingkat bawah dan empat orang lagi di tingkat atas. Sewaktu sesi itu, aku berada di dalam bilik tidurku, bunyi azan bergema di seluruh rumah dan automatic juga aku dapat rasakan tubuhku menjadi sejuk menggigil, seluruh bulu romaku berdiri tegak. Tiba-tiba juga aku dengar bunyi tapak kaki yang banyak berlari di atas siling rumah. Bunyi itu hilang sebaik sahaja azan habis dilaungkan. Sesi rawatan itu tidak banyak membantu, bahkan gangguan yang berlaku di dalam rumah semakin ekstrem.
Rumah aku sering juga menerima tetamu, jika ada ahli keluarga terdekat yang datang ke Kota Kinabalu, ayah dan ibu menyuruh mereka menginap di rumah sahaja. Setiap tetamu yang pernah menginap di rumah kami pasti akan ada yang pernah mengalami pengalaman misteri. Antara yang pernah digangu adalah Kak Aida, Kak Aida waktu itu datang bersama seorang rakan perempuannya dari Pahang untuk menghadiri kursus di KK. Aku menyuruh mereka berdua tidur di bilik tetamu di tingkat bawah. Lebih kurang jam 1.30 pagi, mereka berdua sedang tidur tetapi dikejutkan dengan bunyi pintu bilik digendang dan tombol pintu dipulas berkali-kali tetapi tidak dapat dibuka kerana dikunci dari dalam. Kak Aida menjerit “ Siapa?” tiada jawapan, bunyi kembali senyap dan mereka pun menyambung tidur. Setengah jam kemudian kejadian yang sama berlaku, kali ini seluruh bilik mereka blackout dan suasana menjadi gelap gelita. Dalam keadaan serba gelap itu, bunyi pintu diketuk dan tombol dipulas masih ada, dalam masa yang sama kedua-dua mereka mendengar bunyi pintu almari sliding ditarik dan ditolak. Apalagi mereka kedua pun ketakutan dan saling berpelukan di dalam selimut sambil membaca ayat-ayat suci sehingga tertidur. Keesokannya Kak Aida dan rakannya terus keluar dari rumah aku dan memilih untuk menginap di hotel saja.
Sepupu aku, Nana juga pernah digangu sewaktu bermalam di rumah aku bersama kedua orang tuanya. Menurut Nana, sewaktu mula-mula masuk melepasi pagar rumah, dia dapat melihat ada satu perempuan berambut panjang sedang berdiri membelakanginya di tepi pondok pengawal. Nana fikir itu adalah pembantu rumah aku yang baru jadi dia abaikan saja, lagipun waktu itu tengahari mana mungkin ada hantu di siang hari menurutnya. Sepupu aku ni memang seorang gadis yang lembut, dia juga jenis yang lemah semangat. Lepas Isyak malam tu, Nana tiba-tiba menangis dan berteriak seperti orang kerasukan. Seluruh rumah bergema dengan jeritannya sehingga Bibik Nani yang berada di bangunan belakang turut mendengarinya. Menyedari ada yang tidak kena dengan keadaan Nana, Pak Suharto segera menghubungi Tok Man. Sebaik Tok Man datang, keadaan Nana masih sama tapi kali ini dia menangis mendayu-dayu, tidak menjerit seperti sebelum ini. Tangisan Nana cukup menyeramkan, bunyinya sebiji seperti bunyi tangisan yang aku dengar di entry yang sebelum ini. Aku tidak ada sewaktu sesi rawatan kerana aku memilih untuk mendiamkan diri di bilik tidurku, tapi menurut Pak Suharto tiga kali Nana pengsan. Kononnya, makhluk itu menyukai Nana dan niatnya Cuma ingin berkawan sahaja.
Bukan itu sahaja, pernah sekali kakak tiri aku dari Sydney datang menginap di rumah untuk beberapa hari. Kak Erin dan suaminya membawa bersama anak mereka, Nadia yang berumur 3 tahun. Waktu itu, aku, Kak Erin, suaminya dan Bibik Nani sedang minum pagi di dapur manakala Nadia sedang bermain-main dengan patungnya di atas sofa tidak jauh dari tempat kami makan. Sedang kami leka bercerita tiba-tiba sahaja Kak Erin perasan yang Nadia sudah tidak ada di sofa. Kami yang panic segera mencari Nadia di seluruh pelosok rumah. Lebih kurang 10 minit kami mencari, Pak Suharto menjerit memangil kami dari arah swimming pool. Bagai luruh jantung aku apabila aku melihat tubuh Nadia tenggelam di dasar kolam. Tiada pergerakan. Kak Erin terduduk dan terkedu. Suami Kak Erin bertindak pantas terus terjun ke dalam kolam dan membaringkan tubuh Nadia yang terkulai, tubuh Nadia pucat lesi dan bibirnya kebiruan. Pak Suharto segera memberikan bantuan pernafasan CPR pada tubuh kecil Nadia bergilir-gilir dengan suami Kak Erin. Kak Erin menagis teresak-esak, aku cuma mampu menenangkannya dan menyuruhnya redha dengan ketentuan Illahi. Dengan izin Allah, Nadia sedar dan batuk, air keluar dari mulut dan hidungnya. Tanpa melengahkan masa, kami segera membawa Nadia ke hospital kerajaan yang kebetulan tidak jauh dari rumah. Hampir seminggu juga Nadia ditahan di wad kanak-kanak, menurut doctor yang merawatnya, jika bukan tindakan pantas dari suami Kak Erin dan Pak Suharto, mungkin Nadia sudah tidak ada lagi.
Apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana anak kecil seperti Nadia yang ada di dalam rumah bersama kami tiba-tiba boleh keluar sehingga ke swimming pool sedangkan semua pintu rumah ditutup kemas. Pintu sliding patio juga berkunci manga. Sebenarnya, ada sesuatu perkara pelik yang aku perasan sewaktu kami menemukan Nadia di dasar kolam, tidak jauh dari tubuh Nadia, aku ternampak ada satu kain berwarna putih seperti selendang terapung-terapung di permukaan kolam. Kerana terlalu panik, aku cuma abaikan saja hal itu. Setelah pasti keadaan Nadia sudah stabil, aku pulang ke rumah. Apabila aku sedang menaiki tangga menuju ke tingkat atas, alangkah terkejutnya aku melihat anak patung Nadia terselit di tengah-tengah chandelier. Chandelier itu memang besar dan tergantung tinggi di atas siling, tidak tercapai akalku bagaimana patung itu boleh berada di atas. Bukan itu sahaja, kain berwarna putih yang aku lihat terapung di kolam renang itu juga sudah hilang.
Meski ada jalan cerita yang kedengaran seperti tipikal drama-drama melayu, tapi inilah reality dan segala pengalaman paranormal yang aku ceritakan adalah kisah benar yang aku alami sendiri dan diceritakan kepadaku.
P/S : Ramai yang curious tentang kedudukan rumah aku, ia adalah rahsia yang tidak boleh dikongsikan tetapi aku boleh bagi “hints”. Rumah aku memang terletak di sebuah taman perumahan di Kingfisher, Likas dimana terletaknya satu kawasan yang menempatkan banyak deretan rumah-rumah besar. Kawasan kejiranan aku ni memang sunyi tidak kiralah siang mahupun malam. Rumah-rumah jiran aku semuanya besar tetapi ada juga beberapa buah yang tidak berpenghuni, ada juga yang cuma dihuni oleh pekerja sahaja, kawalan keselamatan memang agak ketat. Setiap kenderaan yang keluar masuk pasti akan direkodkan oleh pengawal dan kedudukan perumahan juga agak terlindung dari jalan-jalan laluan utama sekitar Kingfisher.
Buat masa ini aku masih dalam proses perbincangan dengan ayah aku untuk menyuruhnya menjual rumah ini di bawah market value ( RM 4.3 juta). Jika rumah ini berjaya dijual, aku mahu gunakan wang tersebut untuk membeli satu unit di Harrington Suite yang sudah lama aku idamkan. Aku sudah serik tinggal di rumah besar sebenarnya, sesekali teringin pula hendak tinggal di apartment di tengah bandaraya. Kalian tolong doakan ya supaya rumah aku segera terjual.
By Borneo Loner
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
untung la anak org kaya
lol
Semua golongan masyarakat beruntung sebenarnya dan semua ada ujiannya sendiri..err saya org “kaya” jugak haha…anak seorang veteran perang darurat ke2(1968-1989) yg “kaya” dgn cerita2 perang..bkn saya tp cerita dari ayah saya la
Semoga semua urusan saudari dipermudahkan Allah SWT
Semoga Allah menpermudahkan urusan saudari. 🤗
moga dipermudahkan urusan penulis. You sound humble and easy going reflected on your story narration.
Cerita ok but dun need le gtau rege rumah..situ nmpk cam kantoi skit..ibarat mnyelm smbil minum air..hahaha..geng pncing gak nih..
tipu je tu. tengok nama bibik dengan driver dia pun dah tahu.
Pm
[email protected]
Penyampaian cerita yg bagus dan teratur.
Ni baru real duit x boleh membeli kebahagiaan, tapi duit boleh mencari cara utk membahagiakan…
Akak doakan semoga adik menemui ketenangan dan kebahagiaan yang diidamkan…
Aamiin…