Penghuni Pangsa Seksyen 16

Assalamualaikum semua, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada admin sebab sudi siarkan cerita saya buat kali kedua.. saya Anne penulis cerita penunggu dewan yang sudah dipublish oleh admin page ni. Maaf kalau penulisan saya caca marba, dan saya tak perasan cerita saya sudah dipublish sebelum ni, maaf ya kawan kawan!!

OK kali ni saya nak bercerita mengenai rumah keluarga saya di mana semua adik beradik kami membesar dan jadi manusia yang elok elok sekarang ni. Rumah ni terletak di seksyen 16 shah alam, rumah pangsa lama. Saya rasa ramai mesti tahu di mana rumah pangsa yang saya ceritakan ni.

Sebelum saya sambung cerita, saya nak bagi background info mengenai keluarga saya. Saya anak kedua dari 4 adik beradik, semua perempuan. Saya anak kedua dan yang selalu mengalami peristiwa misteri ni. Cerita ni saya sambung terus jadi posting ini akan jadi sedikit panjang. Saya pon tak minat nak post sikit sikit lepastu buat pembaca baran, haha..

SIAPA YANG TIDO SEBELAH AKU?

Rumah keluarga saya terletak di ground floor bersebelahan tangga, jadi ada satu extra bilik, total bilik semuanya 3. Satu bilik mak abah, satu bilik kami adik beradik dan satu bilik store, bilik store mengadap bilik saya dan adik beradik saya lag. Boleh bayangkan tak? Bilik store ni yang paling dekat dengan dapur.

Bilik adik beradik ni abah sediakan katil double decker. Bahagian bawah lebar sedikit dari atas dan kami semua (kecuali bongsu, bongsu tido dengan mak abah) tido di bahagian bawah. Nak dijadikan cerita pada satu hari tu lepas penat bermain, saya decide nak tido awal sebab mengantuk sangat. Adik dan akak masih mengadap tv jadi saya seorang la di dalam bilik.

Penat sangat agaknya jadi saya terlena agak cepat, bila terbuka mata saya perasan bilik dah gelap. Itu bukan perkara yang pelik bagi saya ketika tu, yang saya pelik sebab saya perasan ada orang baring di sebelah saya. Dia bersaiz budak remaja, pakaian serba putih, rambut panjang sampai ke lutut dan kusut masai, tido meniarap. Saya masa tu budak lagi dalam umur 7 ke 8 tahun, jadi hantu bukan ada dalam kepala la. Jadi saya pon pegang la rambut dia, dalam hati sejak bila rambut kau panjang Mia? (Mia adik bawah saya)

Oh rambut dia tak lembut okay.. macam tak syampoo setahun. Lepas saya dok belek belek rambut dia tu saya pon malas nak fikir terus sambung tido. Yang bestnya, si ‘Mia’ ni dok nyelit nyelit kat saya. Rumah tu dah la tak ada air cond saya pon dok tolak tolak la dia suruh ke tepi sikit.

Alhamdulillah saya masih tak tau perkara sebenar dan sambung tido sampai esok. Esok pagi saya bangun tengok Mia dah tak ada, awal pulak budak ni bangun. Bila saya jumpa Mia kat ruang tamu saya cakap lah kat dia. ‘Weh kau dah kenapa malam tadi asyik menyelit je kat aku, semak tau tak??’ Yang jadi meremang nya bila Mia cakap, ‘Semalam aku tido bilik mak abah la!’

Time tu la.. time tu la saya macam tersedar.. dah tu siapa aku belek malam tadi???

DIA DI DAPUR

Ni peristiwa kedua yang terjadi kat saya di rumah tu. Mak saya suri rumah sepenuh masa, jadi memang rumah tu dalam keadaan bersih dan terjaga. Abah kerja kilang jadi ada masa abah akan kerja shift malam dan balik pagi. Mak ni pon penakut jugak jadi dia akan minta saya teman dia tido.

Satu malam tu saya teman mak tido di bilik dia. Mak ni jenis tido buka pintu seluas alam, bilik mak ni memang boleh terus nampak dapur. Dapur kami ni ada almari letak barang barang kering, dan mak pon letak tin susu dan thermos kat situ la.

Saya masih tak leh tido time tu.. Mak dah selamat tido biarkan saya sorang sorang. Kedudukan saya tido mengadap pintu yang terbuka luas. Masa ni pon saya masih tak faham kewujudan makhluk ghaib jadi saya masih buat tak tahu.

Apa yang saya tahu saya nampak ada makhluk putih, sangat tinggi. Ketinggian dia hampir ke paras almari tu, bayang la dia punya tinggi tu. Dan ‘dia’ bercahaya! Susah saya nak terang bercahaya macam mana.. tapi nampak ada cahaya keluar dari ‘dia’. Badan benda tu mengadap susu jadi saya ingat dia buat susu la. Haha.. budak kan logiknya mudah. 1+1 jadi 2. Jadi sepanjang malam saya dok intai je la dia sampai terlelap. Sampai sekarang saya tak tau apa benda tu.

MAIN MAIN PULAK DIA

Peristiwa ni terjadi masa saya umur dalam 10 tahun. Dah sekolah rendah masa ni. Saya paling awal bangun pagi tu, hujung minggu. Kami 3 beradik semua tido di katil bawah jadi katil atas penuh buku dengan beg sekolah. Pengikat buku akak saya terjuntai sedikit ke bawah.

Betul betul di bahagian saya tido. Oh bagi budak muda yang tak tau pengikat buku ni apa.. Zaman 90an dulu budak sekolah beli pengikat buku warna warni tu. Senang nak bawak buku banyak tak terjatuh. Rm 2.50 dah dapat beli satu.

Berbalik pada cerita, saya yang masih nak ambil mood sebab baru bangun. Saya renung tali ikat buku yang terjuntai tu. Lama saya renung… tiba tiba tali tu ternaik sendiri.. lepastu turun balik.. naik lagi sekali.. turun balik.. Mula mula turun naik tali tu tak ketara sangat.. Mungkin benda tu perasan saya perhati lagi ketara dia main tali tu.

Saya kan budak sekolah yang baru bangun tido, bila dah tengok macam tu saya tak fikir panjang terus bangun tengok atas. Eh tak de pape lak, akak dengan Mia sedap tido lagi di katil bawah. Lepas tengok tak ada apa apa kat atas saya pon baring balik. Tali tu gerak lagi!! Time tu saya dah meremang jadi saya tarik tali tu campak balik kat katil atas terus keluar bilik.

Banyak lagi cerita yang jadi dalam rumah tu tapi saya berhenti kat sini dulu lah. Bila kenang balik saya yang jadi seram haha.. Sekarang abah sewakan rumah tu, harap penghuni baru tak kena pengalaman macam saya.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Anne Aziz
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

32 comments

  1. Bnyk citer seram aku dgr kat rmh pangsa seksyen 16 tu.. mostly member2 yg citer la time ngeteh d mlm hari kat warung Wak Kassim.. ada yg horror ada yg biasa2 jer thp keseraman nyer.. trpulang la kat individu masing2 nk pilih thp yg mn 1 idaman kalbu..

  2. Umah pangsa paling lama kat sek.16…dulu kami nak ke sek.16 dr sek.24 ikut jalan pintas lalu kunci air…kawasan tu agak seram juga lah…yg pernah nampak kat situ bekas adik ipar saya…saya alhamdulillah lah x nampak…malas nak lalu luar kannn..tu makannya…hihihi…

  3. Dulu study dok kat flat tu…sewa murah… Asal balik lewat skit kena ligan ngan anjing liar kat roundabout sek 16 tu…x jumpa antu jumpa anjing…jumpa antu menakutkan..jumpa anjing memenatkannnnnnn…..adehhhh

  4. ok la best….teringat gak zmn sekolah dlu…bile nak pulangkan buku teks..kompom pakai pengikat buku…kalo xde jenuh la nak bwk buku teks menimbun tu

  5. Ish kat situ memang wei. Natang tu pernah menyerupai mak cik aku. Tempat fav dia adalah dapur. Mak cik aku tu dok berdua dengan mak dia. Satu hari tu mak cik aku kerja shift malam. Mak kepada mak cik aku terjaga dari tido nak ke dapur sebab haus lalu ternampak mak cik aku keluar dari bilik tidur dia terus ke dapur (pukul 3 pagi). Lampu dapur tak on tapi boleh nampak dengan agak jelas sebab cahaya dari luar. Mak dia tunggu dgn setia dekat depan pintu bilik sbb nak pasti kan betol ke tu anak dia. Sbb tinggi lain macam.

    Tapi dah lebih setengah jam tak keluar2 dari dapur. Mak dia pon apa lagi terus tutup pintu bilik bila teringat anak dia kerja shift malam. Pagi esok nya mak dia cerita la apa yang dah jadi. Mak cik aku buat muka slumber je sebab tu bukan kali pertama. Sebelum ni pon natang tu menyerupai mak cik aku dalam bilik dia. Mak cik aku otw nak tido. Dah sedap tarik selimut tetiba dia nampak natang tu kat hujung katil.

    Tenung je mak cik aku. Mak cik aku kata dia tak rasa takut sangat sebab nya natang tu rupa dia. Tapi mak cik aku takde la tenung natang tu balik. Mak cik aku just cakap “Kau keluar dari bilik ni. Ni bilik aku, malu sikit eh. Balik ke tempat kau” Then mak cik aku nampak natang tu terus menuju ke tingkap lalu hilang begitu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.