PENGHUNI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada penggemar cerita seram di Fiksyen Shasha. Nama aku Faizal. Aku pernah berkongsi pengalaman seram aku sebelum ini iaitu “Tempat Kerja Aku Adalah Rumah Dia‘. Dan dalam kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru 2021. Semoga tahun baru kita dirahmati allah s.w.t dan mendapat berkat daripadanya. Amiinn. Aku juga berterima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku ini.

Sebelum itu, aku ceritakan kisah yang bersambung pada cerita seram aku di tempat kerja dahulu. Ada yang comment nak tahu cerita sebenar dan tengok cctv di kedai mamak.

Selepas sahaja kejadian yang menimpa aku pada malam itu. Aku kembali ke tempat kerja seperti biasa. Dan dalam fikiran aku masa tuh memang aku nak pergi mamak. Then, bila aku tengok balik cctv yang dekat kedai mamak tuh. Aku sangat terkejut kerana aku berada disitu hanyalah seorang diri sahaja tiada kawan aku pun iaitu Saad dan Amirul. Dan selepas kejadian itu aku tidak kerja shift malam lagi dan hanya bekerja paling lewat pukul 8:00 pm.

Okay back to story yang baru. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun lepas. Aku sebelum ni pernah duk usha seorang awek di tempat yang aku kerja ini. Dia merupakan anak kepada Manager aku. Cara dan tahap kesopanan dia membuatkan aku bertambah suka dan sayang kepada dia. Pada mulanya aku agak keberatan untuk berkawan dengan dia. Kerana, yela aku sedar siapa diri aku dan diri dia. Pengenalan kami berdua semakin rapat kerana adanya “Family Day” company. Time tuh dia sangat baik dan lemah lembut tak kira dengan orang yang dia tidak kenal mahupun tidak. Kawan-kawan sekerja aku pula ada yang meminati gadis anak manager ni. Nama dia adalah Nur. Nur ni dia sangat humble dan penyayang. Sebab itu aku pun jatuh hati dekat dia. Dengan lirikkan mata dia yang sangat menggoda dan ramai lelaki cair.

Pendekkan cerita. Aku pun bertekad nak jadikan dia sebagai suri rumah hidupku. Kami pun sudah berkahwin pada tahun lepas. Cerita seram berlaku pada bulan 6. Yela time musim covid 19 kita tidak dibenarkan berada di luar hanya perlu di tempat kerja sahaja. Aku dan isteri berpindah sekejap di Johor Bahru, kerana isteri aku ada kursus di sana. Jadi nak tak nak aku kena ikut bini aku yela. Siapa yang tak nak berjauhan dengan isteri kan. So aku decide aku mintak cuti seminggu sahaja.
Masa aku dan isteri sampai dekat guest house. Perasaan aku secara tidak sengaja tidak tenteram. Ialah tempat baru, suasana dengan persekitaran di Subang tidak sama dengan persekitaran di Segamat.

Jadi kami pun sepakat kemaskan rumah semua. Dan aku ada mintak izin dekat dia nak keluar beli barang keperluan kami berdua semasa satu minggu disitu. Satu minggu tersebut menjadi dua bulan kepada kami kerana MCO. Pada hari pertama disitu kami tidak mempunyai masalah ngangguan halus ini. Sehinngakan Isteri, aku dia sudah bercerita kepada aku yang sebelum dia masuk dekat rumah ni dia seperti diperhatikan oleh seseorang. Pada pandangan dia itu hanyalah bayangan sahaja. Isteri aku juga pernah mimpi buruk dan kadang dia rasa seperti dicucuh api.

Pada hari sabtu, time tuh aku tengah beli sarapan untuk isteri dan juga untuk aku. Isteri aku ni bukannya nak cakap apalah dia seorang yang sangat pembersih. Time dia duk menyapu dekat luar. Tiba-tiba sampah yang isteri aku duk ikat kemas tiba-tiba terbuka sendiri. Jenis Nur ni dia sudah lali dengan keadaan di rumah itu. Dan dalam masa sama tiba-tiba pintu yang dibuka luas dihempas dengan kuat dengan tiada angin dan ribut. Pada mulanya isteri aku buat tak tahu je. Lama kelamaan bermain pula dibelakang isteri aku. Terus isteri aku masuk dalam rumah. Dan sampai sahaja aku di rumah dia menyuruh aku pagar rumah tersebut. Seterusnya, masa tuh aku duduk di ruang tamu untuk temankan bini aku sementara dia memasak. Tak semena-mena dia berlari ke depan dan dengan muka yang pucat dan tiada suara dia menangis mengatakan dia ternampak sekujur tubuh yang tiada badan. Aku yang dari dulu jenis d***h penakut terus meremang. Keesokannya, kami meminta bantuan jiran untuk kenalkan ustaz dan bawa ustaz tersebut ke rumah kami.

Kemudian, ustaz yang kami panggil datang ke rumah tersebut, menyuruh aku dan isteri tunggu di luar. Selepas sahaja urusan memagar rumah dan bacaan ayat di laungkan di dalam rumah tesebut. Aku seolah-olah terpaku dan isteri aku yang berada di sebelah aku juga memeluk aku dengan erat. Kami dapat melihat sendiri wajah yang hodoh dan mengerikan. Kata ustaz, semasa kami mendapat rumah tersebut. Rumahnya dahulu adalah bekas tapak rumah orang yang kena p*****l kepala dan mayatnya tidak dijumpai sehingga sekarang. Dan mahkluk tersebut sudah menghuni rumah tersebut dan menjadikan tempat berlindung kepada mereka. Dan ustaz itu berkata, dia sangat menyukai isteri aku.

Dalam rumah ni ada jin islam dan kafir katanya lagi. Selepas kami berubat dan memulihkan semangat isteri aku. Kami pun terpaksa meminta surat polis untuk balik semula ke Subang. Kejadian ini sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti kehidupan di masa time MCO ini.

Sekian Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faiitin

2 thoughts on “PENGHUNI”

  1. Hai saya orang segamat dan tinggal di subang juga.. rumah kat segamat tu area mana ye? kot lah boleh berjaga-jaga..ehehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.