Assalamualaikum pembuka bicara, maaf aku menulis ni kerana aku masih mencari jawapan, untuk menulis secara terbuka di medan sosial facebook milik aku, aku tak sanggup. Risau benda ni tak akan diterima rakan-rakan facebook aku. Izinkan aku menulis di sini, aku mohon siapa yang ada pengalaman seperti aku sudi berkongsi dan dapat rungkaikan persoalan yang sedang aku alami..
Kisah aku alami sudah lama, tapi aku buat tidak tahu saje, aku abaikan je sebab aku tak rasa benda ni mengancam kehidupan aku. Tibalah pada satu hari aku kurang sihat dan tangan aku tiba-tiba bengkak tak tahu kenapa, berhari hari bengkak tapi tak sakit. Aku masih pergi kerja macam biasa dan waktu di pejabat ada kawan cadangkan untuk aku berubat dengan kawan dia sebab pelik dia cakap tengok tangan aku. Kawan dia ada kebolehan untuk ubat orang. Dan untuk pengetahuan korang, aku sudah pergi klinik dan doktor bagi ubat tapi bengkak tangan tetap tak surut-surut. Kawan kepada kawan aku call by telefon dan dia tanya nama aku , binti dan mintak aku ambik air letak dekat depan.
Tapi tiba dia tnya aku..”Kak ni ada keturunan puteri ye? Kalau saya tengok ni tangan akak kena gigitan benda tak elok kak. Ada orang nak hantar dekat akak tapi yang jaga akak ni dah penat sangat, akak kena pergi cari ustaz berubat..puteri yang ada dengan aakk sudah tak larat nak pertahankan sebab badan akak ni selalu ada benda nak singah, meremang bulu tengkuk aku.
Malam balik kerja aku mintak suami bawa pergi jumpa ustaz, suami bawa pergi jumpa seorang bidan area rumah kami tinggal, tapi masuk je rumah bidan tu aku nampak macam-macam benda yang tak sepatutnya dan ada berbisik kat telinga aku “jgn amik saka dia”. Baru nak start berubat aku terus tarik tangan suami cakap kita balik dia ni ada saka, ayg tak nak terima saka dia ..
Kami balik dan sampai rumah tiba-tiba aku kena rasuk, menjerit, jiran dtg dan jiran pangil ustaz datang rumah, ustaz bacakan ayat alquran lama jgk baru aku tenang.
suami cakap aku meracau racau masuk hantu .
tak pergi kerja sehari mc..
lusa aku pergi kerja..
sampai tempt kerja tetiba dekat kerusi dan meja aku ada pasir pantai dan kuku ..
aku buat tak tahu malas nk amik pusing, berjalan pergi pantai tempat aku selalu duduk makan ada pasir jugak dan tiba-tiba aku jatuh jadi lembik, kawan angkat aku masuk bilik rehat..
situasi kawan-kawan aku cakap tangan aku menari nari lentik umpama tarian penari istana ,cara aku bercakap pun macam orang zaman dahulu kala..
suami dtg amik aku dan bawa pergi jumpa ustaz yang ubat aku malam kelmarin.
Tapi jujur waktu tu semua aku ingat apa ustaz cakap, aku sedar bukan tak sedar, bukan kena rasuk tapi aku tak tahu nak gambarkan macam mana,. ( org cakap kalau masuk hantu kita tak sedar apa kita cakap ) tapi aku sedar dan ingat..
suami bawa balik kampung dan di kampung keluarga bawa pergi jumpa seorang hamba Allah yg telah merungkai segalanya, tapi aku masih keliru benda ni boleh diterima akal atau tidak..
Macam mengarut tapi apa yang dia cakap semuanya betul..
Aku ada penjaga sentiasa bersama aku, diberi nama puteri kiambang merah..bukan syaitan tapi wali Allah sebab aku sentiasa ke arah berhijrah jaga solat, jaga aurat pakaian, usaha belajar mengaji. Dia yang bawa aku untuk lebih kepada perkuatkan diri , perkukuhkan diri pda Allah yang esa..
Yaa betul apa yang dia cakap sebab situasi memang sama, aku macam tercari cari hidayah Allah dan aku dari yang jahil malas solat jadi rajin solat, bangun solat malam, mengaji al quran memang selalu buat..
Ilmu yang nak datang dekat aku, ilmu dari Allah katanya untuk aku berbakti pada manusia lain..
Hamba Allah itu cakap puteri ni dari keturunan aku, dia seorang yang tinggi ilmu agamnya dahulu taoi dalam keturunan ada yang salah guna ilmu kelebihan dari wali Allah berubah kepada jin sebab ada yang “menjamu mereka” tapi puteri datang dekat aku sebab atas sifat aku miliki untuk tujuan aku ubah asal kewujudannya..
Hamba Allah itu cakap puteri pernah datang perkenalkan diri pada aku waktu aku umur 15 tahun, tujuan datang nak perturunkan ilmu, tapi diri aku tak boleh terima, masih mentah utk terima ilmu.
Yaa memang betul waktu aku tingkatan 3 aku duduk asrama sek. Satu hari aku tiba-tiba histeria sebab aku nampak seorang perempuan cantik berpakaian putih melambai ke arah aku dari bangunan asrama baru nak bina, malam sebelum wanita berpakaian putih muncul, aku terlebih dahulu nampak seorang lelaki tua berkopiah merah berjalan tangan silang belakang..
(Lihat sama yang hamba Allah cakap itu memang berlaku kat aku).
Aku dari zaman remaja lagi memang kalau berjalan ke mana mana budak dan baby suka pandang lama-lam aku. Bayi anak kecil kadang tersenyum tersengeh padahal aku tak ada layan pun bayi-bayi itu. Sampailah aku kawin suami selalu cakap pelikla kenapa budak-budak suka sangat pandang lama-lama dekat ayg sampai mak-mak diorang panggil pun diorang buat tak tahu, ralik sangat pandang muka ayg apa yang ada dekat muka ayg erk….ermm aku sndiri tak ada jawapan waktu tu..akupun pelik..
Zaman belajar dekat u ni, pernah ada orang tergilakan aku dan hantar minyak pengasih tapi aku tak tahu macam mana aku boleh sedar dan antara sedar ke tidak aku telepon mak cakap “mak tolong bawa kak ngah balik berubat, ada orang buat kak ngah, cepat mak bawak balik berubat”
Mak aku bawak balik dan memang betul ada orang buat aku, ustaz yang keluarga bawa jumpa ckp budak lelaki sukakan aku tapi aku tak layan dan dia cuba ilmu pengasih kat aku untuk tujuan aku gilakan dia. Waktu aku kat u ni aku sudah bertunang dengan suami aku skrang, angaran waktu budak lelaki tu hantar minyak pengasih kat aku. Suatu malam waktu aku tidur aku terjaga dan menjerit sebab ada seorang lelaki tua duduk tepi katil aku dan hisap jari telunjuk aku. Kawan bilik tersedar dari tido dan terus peluk aku, kawan bilik aku cakap tingkap dia tertutup sebelum tidur tapi kenapa sekarang terbuka..kuatnya ilmu sihir syaitan..
Dalam keturunan aku yang jaga aku puteri dan aku juga tak boleh mengandung, sebenarnya sudah 3 kali aku mengandung hilang macam itu saje, hamba Allah yg ubat aku cakap ada perjanjian dengan jin satu keturuanan mesti akan mandul tak ada anak sebab anak akan jadi makanan jin. Yaa memang betul sebab setiap keturunan aku memang akan ada yang tak lekat anak (ni aku sudah buat kajian dengan mak sedara dan keturunan aku) hamba Allah tanya jin itu berapa kali dah makan janin aku. Jin jawab 3 kali…hamba Allah ubati aku dan dia mintak aku ambil 3 biji limau campak dalam sungai yang airnya mengalir deras..
Aku sebelum jumpa hamba Allah yang dapat ubati aku ni sebelum ni aku tidur mimpi beranak, mimpi bayi, dan aku pernah mimpi dibawa ke alam sana tapi aku tak nampak manusia yang aku nampak air terjun, pelangi dan dengar kicauan burung dan bunyi orang bergelak bergurau senda, waktu tu aku berjalan dalam hujan, sedar dari tido di tempat tido aku ada bulu burung dan baju aku pakai basah lecun. Aku rasa macam aku dah gila, tak dpt jawapan. Aku keliru sangat, tak nak percaya benda terjadi..nak percaya susah ..aku keliru dgn situasi yang aku alami..
Detik jam 4 pagi aku akan mimpi, kadang menangis, suami aku yang sedar dekat 6 thn kawin memang detik jam 4 pagi aku akan mimpi tapi tak selalu tapi dalam sebulan mesti mimpi, kadang menangis, kadang ketawa, kadang menyalak macam anjing.. Allahuakbar aku masih mencari jawapan..
Allahu kenapa orang dulu-dulu suka sangat berkawan dengan iblis, yang jadi mangsa anak cucu….
Aku masih keliru dengan situasi yang aku alami ,masih tak dapat terima.. Ok la nanti aku sambung lagi sebab skrg aku tgh terima rawatan lagi ..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sbenarnya sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin. Syaitan dan jin akan buat apa saja untuk menyesatkn dgn kononnya dpt membuatkn kita lbh dktkn diri kpd Allah tp lg menjauhkn. Dia sengaja mengaburi mata kita dgn menyuruh kita melakukn perkara baik padahal ingin menjahamkn kita. Jgn tertipu dgn tipu helah diorg. Sye minta sis teruskn bersabar dan mohon kpdNya supaya ditetapkn akidah, dijaga kewarasan akal dan disembuhkn penyakit sis. Benda ni memang boleh buat kita jd gila but semua yg terjadi berlaku dgn izinNya. Kita manusia lbh mulia drpd diorg. Pangkat kita lbh tinggi disisi Allah. Sbb tu diorg jeles. Diorg jd lemah dgn cahaya nur keimanan drpd kita. Yakin dgn Ilahi ok sis. Smbil berubat sis cuba jdkn surah spt al-hashr (pengusiran) dan ayt ruqyah sbg amalan harian. Tiap kali nak tidur sis amalkn sunnah Rasul sebelum tidur iaitu ambil wuduk, baca selawat, al fatihah, 3 qul, ayt kursi dan berdoa agar diberikn perlindungn drpd sebarng kejahatan makhluk ciptaanNya. Jgn lupa tawakal ye. Sbb Dia adalah sebaik2 penolong dan pelindung. Bila jdkn amalan inshaAllah ayt tu jd pendinding kita dgn perlindungn Allah. Mukjizat Al- Quran dpt menyembuhkn semua penyakit kecuali mati. Semoga diberikn kesembuhan sis..Aminn
Hi sis, just nak cakap, awak tak gila, jin ni kan dorg banyak tipu helah, mcm coment yg di atas cakap, sejahat2 manusia ada lah sebaik2 jin, untuk situasi sis ni saya rasa, dorg memang nak sis rasa mcm tu, sis kena kuat, percaya pada allah, ingat allah sentiasa, sy faham apa sis lalui, tapi sis kene kuatkan diri, jangan give in to perasaan “gila” or “ aku ni gila ke”. Mungkin ada kena mengena dengan minyak dagu( if ini lah minyak yg di gunakan sebagai pengasih tu)kalau tak sepenunya di ubati atau di buang racun tu, dia still ada impact kat diri kita, kalau pengasi yg mengunakan buluh perindu senang di buang tapi kalau minyak dagu memang susah, biasanya yg Uztaz atau pengubat sebulu dengan kita dengan izin allah je boleh buang habis2an. sis kene lawan tau perasaan “gila” tu, i faham betul2 perasaan tu, sbb sy pun baru “bebas” dari perasaan tu. moga di berikan kekuatan sis!
Assalam sis Naa ,pengalaman sis 70% sama mcm yg saya alami…saya pun mcm sis juga masa sekolah rendah dan menengah dulu bila alami benda pelik saya diamkan saje..bila mimpi pun sye igt itu hanya mainan tido..tpi masuk 2017 mmg kerap mimpi dan mengalami kejadian pelik..dh byk kali jumpa ustaz dan perawat semua cakap “yg awak ni benda baik,dia jaga awak” semua pesan benda yg sama…sampai harini sye pun masih tertnye2 apakah ‘dia’ dan mereka juga memberitahu bahawa saja dijaga oleh Seorg puteri
Untung la Ada penjaga akak….best nyerrr
Suruh puteri tu muncul kan diri…selfie hahaha
Dia kata puteri tu penjaga. Dalam dok jaga dia minta balasan. Janin jadi korban..Tipudaya!!!tipudaya!!!
Kalau baju betul2 basah dan ade bulu burung mungkin akak dah dibawa ke alam sana tanpa disedari dalam bentuk mimpi
Thn 2022 bru jupe tajuk special ni.sy juga nasib seperti sis.berkawin tp xdpt mengandung.n than kami cerai dh berpuluh2 thn sy ada benda cmni tp alhamdulillah even pnh mimpi pelik cm sis.sy kuatkan dan bersihkan diri dgn mengaji Al-quran.pernah ingin buang benda yg ada dlm diri sy.tiga jiwa yg ada dlm hidup sy.2 puteri dan satu lelaki yg perwatakkan syed.mg kalau mahu tido sy slu nampak benda2 plik takut juga tp lama2 dh biasa.byk tempat sy pergi nk berubat tp mereka ckp benda cmni xdpt nk buang sb dia dtg sdri dan dh sebati dlm jiwa sy.tp slm sy hidup ni xde lg benda2 jahat yg terjadi malah slu dekatkn sy dgn agama klu sy lalai.mesti bdn sy skit.bdk2 kecil or bayi tgk kta tu.mereka tgk yg ada dlm diri kita.amal lah mengaji jaga hati dgn baik dekatkan gn agama.itu sahaja buat diri kita jauh dr munafik