Penunggu Bilik

Kisah ini bermula pada tahun 2016, aku telah melanjutkan pengajian ke UUM selepas menduduki peperiksaan STPM. Aku telah ditempatkan di Inasis MISC dan diletakkan ke bilik 9F217. Sebagai pelajar baru, perasaan untuk belajar di kampus merupakan suatu perkara yang mengujakan memandangkan berada dalam suasana yang berbeza. Yelah, selama ni pun aku tidak pernah tinggal di asrama.

Minggu pertama, aku menghuni bilik sorang2 memandangkan senior2 masih lagi bercuti. Menjadi kebiasaan aku, bangun pada awal pagi (5:30am)(Alhamdulillah subuh selalu awal hahah) sepanjang minggu orientasi..(minggu kna ragging la katakan..hahahaha) Masa tu pun inasis memang tak ada orang sangat sebab kebanyakan senior yang ada pun balik awal yang bertugas sebagai Ajks je. Sepanjang aku huni bilik seorang memang tak ada syak apa2 pun.. tidor pun sorang ok je masa tu (tapi bilik pasang lampu la hahaha)..

Masuk minggu kedua, habislah minggu orientasi.. roommate aku masa tu pun baru balik.. Haziq nama dia, sem akhir dah pun (sem7). Dia ni jenis yang pendiam.. tapi dekan setiap sem (hareyy tul bijak Ya Allah huhu).. Bila dah ada roommate ni, bilik kitorang kalau nak tidur memang semua tutup la lampu.. dia memang jenis nak tidor kena gelap (kenapa aku tak pasang lampu kecik? Dia seniorjadi tak berani nk cakap hahaha).

Minggu ketiga, CERITA BERMULA.. Malam tu malam rabu.. Haziq balik pukul 2 lebih tapi perangai dia pelik sikit selalu masuk bilik bagi jgk salam ni mmg masuk senyap terus.. aku rilek je la.. dia sembang pun satu je “Bar, aku off lampu eh?” tu je la hahaha.. tapi sebelum tidur tum mmg aq rasa lain, ada jugak aku dengar bunyi perempuan gelak tapi bila celik tengok muka haziq je terang dengan cahaya fon dia.. tak akan aku lupakan malam rabu jam 5:40am.. memandangkan aku memang jenis bangun awal masa sem 1 hahaha.. aku bangunlah nak tutup alarm fon aku.. tapi masa tu tiba2 rasa malas pulak nak bangun awal ahahajadi set balik jam pukul 6am.. tapi masa aku letak balik fon tu aku ada tersuluh tempat tidor roommate aku.. aku perasan mcm ad ‘benda’ kat katil dia. Dengan perasaan ingin tahu, aku capai balik fon pastu suluh balikperlahan lahan ke arah katil dia..

Haaa tudiaaa mmg masakkk aku…. Aku nampak ada lembaga menyerupai perempuan memakai telekung yang duduk diantara dua sujud terapung betul-betul atas katil Haziq (Haziq mmg aq tak nmpak terus!).. Masa tu otak blur gak sekejap sebab setakat ni nilah kali pertama aku nampak bnda tu sedekat ni.

Aku pun mula la baca ayatul kursi dengan surah-surah yang aku ingat.. dah baca hembus-hembus la kat ‘bnda’ tadi.. pejam celik mata tengok ada lagi.. haaa sudahh.. aku tak puas hati aku bangun duduk kat katil aku sambung balik baca ayat suci al quran pastu hembus balik kat dia.. sekali dia pergi pandang aku balik daaaa siap buat muka bengis dia(Allahu).. Muka dia jangan cakap huu lemah jantung rasa.. (sampai harini aku ingat)… dah smpai tahap dia.. jadi aku lari keluar blik (fon, kunci suma aku tinggal).. pintu memang aku keluar tak tutup tapi masa aku keluar aaku toleh belakang pintu bilik tu di hempas balik tertutup sendiri.. dengan berkaki ayam dan semangat pon dah tak berapa nak ada..

Aku pergi kat blik member aku Danial… memang aku ketuk pintu macam mercun bola la bunyinya takut sangat dah masa tu hahah.. dia bukak je pintu aku terus capai tangan dia smbil terduduk.. mulut pun dah tergagap gagap cerita.. Dia pun suruh aku banyak-banyak istighfar, lepas je solat subuh kat bilik dia, dia teman aku balik bilik dan cerita kat Haziq.. roommate aku kata dia keluar pagi tadi pergi Changlun sebab amik nasi lemak jual kat sini..jadi memang pagi tadi dia takda kat bilik.. dia cakap “benda” tu saja kot test aku sebab aku baru lagi kat sini.. aku tenangkan je la diri masa tu..

Malam khamis, sebelum tidur tu Haziq kata rilek je la takda apa-apa dah.. dia pon cakap dia tak keluar awal pagi esok jadi rilek je la tdor macam biasa.. Jam 4pagi aku terbangun, kali ni takda suluh apa-apa cahaya luar blik yang terpantul tu dah buat aku nampak “lembaga” tu balik atas katil Haziq (Sama dengan yang sebelumnya, Haziq masih aku tak nmpak). Kali ni memang aku dah standby kunci bilik kat sebelah.. aku lari keluar terus tarik nak tutup pintu.. tiba-tiba pintu kena tarik balik.. mahu tak menjerit terkejut kau haaa.. yang keluar si Haziq tnya aku dalam nada kalut “mana-mana ‘dia’??” masuk bilik pasang lampu ‘bnda’ tu dah hilang.. lepas je dari tu kitorang terus tak tdor smpai subuh hahaha..

Malam jumaat( gelombang terakhir), disebabkan esok tu cuti, member aku Danial, ajak tidur bilik dia malam tu smbil diorang buat ‘liga pes’.. dalam blik dia ramai gak ada dalam 6-7 orang gak la lepak skli..(sambil diorang kata nak teman).. lewat gak la aku tidur malam tu dalam pukul 3:30am.. member aku kata aku tdor 30 min mcm tu je.. aku terbangun jam 4 pagi lebih.. aku perasan lembaga yang sama betul-betul bertentang mata dengan dia.. yang peliknya masa tu aku tak nampak pon semua kawan aku yg lepak dalam bilik tu.. aku keluar je blik terus lari tak tentu arah lepastu tersadung jatuh.. kawan-kawan yang lepak tadi pegang terus papah badan aku pergi tandas basuh muka..

Masuk je balik bilik tu satu badan aku dan gigil sejuk.. kemudian secara perlahan lahan kepala aku rasa sejuk naik ke atas lepastu terus aku tak sedar dah.. sedar-sedar je dah ada kat pusat kesihatan university sambil doctor skit je lagi nak suntik ubat penenang.. ustaz dari darul syifa’ pun ada masa tu.. member aku cerita balik masa aku tak sedar tu 6 orang tahan aku sebab tak nak kasi lari keluar bilik.

Member aku si Danial badan sado la jgk duduk atas badan aku pon boleh lagi aku bangun (dengar pun aku dh seram huu).. diorang cakap nak angkat aku pergi pusat kesihatan memang susah ya rabbi.. 7 orang angkat aku pergi sana.. Lepas je kejadian malam tu esok nya sepupu aku dari alor setar datang ambik aku pergi berubat.. seminggu aku ponteng kelas hahaahaa.. Balik je UUM, mmg aku tak tidur bilik tu.. 2 sem aku buat macam tu.. sem 2 pon aku mintak tukar bilik tapi perjabat tak approve plak (cobaaannn) (sem 2 pun mmg aku tak ada roommate)..

Masuk je sem 3, keadaan macam dah reda skit.. roommate aku sem 1 Hafiz pulak namanya.. ok je sepanjang sem tu.. tapi ada la skli masa kitorang tertidor asar bila aku bangun waktu maghrib tu “lembaga” tu ada balik kat katil sebelah.. tapi kali ni aku dah ada semangat sjadi bangun katil pasang lampu lepas tu benda tu pun lesap hahaha.. sekian kisah kali ni..(doakan aku boleh tukar bilik sem 4 nnti.. peace

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Penunggu Bilik”

  1. Pngil inasis plk skng??dlu kolej..lps tu dpp..misc xprnah dgr plk..aku kn dlu kt sime darby..pkl3.45am blh bnyi bas buruk..brani intai laaa..kahkahkah

    Reply
    • Before tido pasang lah rukyah sampai subuh dik oi.. Napa biar je x de usaha apa2.. Rajin2 mengaji dlm bilik tu. Baca ayat kursi 4 penjuru bilik

      Reply
  2. Dulu duduk DPP TM..selalu jadi Ajks orientasi..bgn pkl 4.30 pg pusing blok kejut junior orientasi siap utk solat…so far x pernah la jumpa lg..tp junior prnh kena

    Reply

Leave a Comment