Makhluk Berbulu di Aparment

Salam semua, nama aku Masha. Aku merupakan seorang wanita berumur 27 tahun. Telahpun berkerja di Kuala Lumpur. Pada usia ini aku belum berkahwin. Alhamdulillah diberikan kerja dengan gaji yang agak lumayan bagi seorang wanita bujang marhaen di tengah bandaraya KL ni.

Rutin aku, balik dari kerja sahaja, lepas aku bersihkan diri maka aku akan duduk di atas sofa menonton Netflix/iflix. Aku peminat kisah seram, termasuklah Fiksyen Shasha. Setiap malam wajib baca dahulu FS sebelum tidur.

Ada suatu malam, selesai menonton filem seram di Netflix, aku membaca FS. Untuk pengetahuan semua, aku jarang meremang bila membaca kisah seram ni. Bagi aku seram tu salah satu jenis kepuasan dan kegembiraan bila membaca atau menonton. Tapi, entah mengapa pada satu hari tu, aku terbaca kisah seram di FS ni tentang apartment yang berhantu. Untuk pengetahuan semua, aku tinggal seorang diri di apartment yang sederhana besar ni.

Malam tu, tengah landing baik punya atas sofa sambil membaca FS melalui smartphone, entah kenapa tiba-tiba aku rasa bulu roma ku meremang. Bulu tengkuk pun ikut tegak sekali. Fuhh.. Serentak dengan itu, dapur yang berada di belakang berbunyi dengan kuat seperti ada yang membuka dan menutup kabinet dengan kuat.

Bayangkanlah, kau duduk seorang-seorang di apartment tu, tiba-tiba bunyi macam tu keluar dari dapur kau. Entah dari mana keberanian yang aku dapat, aku menjengah masuk ke dapur masuk melihat apa yang terjadi. Kot-kot ada apa-apa benda ke. Tiba-tiba, masuk sahaja ke dapur, alangkah terkejutnya aku apabila melihat, ada makhluk seakan mawas , berbulu, gelap, duduk mencangkung menghadap kabinet dapur yang terbuka. Rupanya makhluk tu yang bermain-main tutup dan buka.

Waktu itu, aku takut bukan kepalang. Hampir nak pengsan aku melihat penampakkan itu, dengan secara spontan aku teriak “Allahuakbar”, dan aku berlari masuk ke dalam bilik.

Masuk sahaja ke bilik, aku mengunci pintu. Dari dalam bilik, jelas kedengaran bunyi gedegang gedegung dari dapur. Tak berani aku nak keluar dari bilik.

Waktu itulah, aku nak telefon kawan aku supaya datang ke rumah dan temankan aku. Malangnya, telefon aku tertinggal di ruang tamu atas sofa tadi. Aku rasa dah macam filem seram dah waktu tu.

Aku masih diselubungi ketakutan, waktu itu dah menginjak pukul 12:30 tengah malam. Bunyi di dapur tadi telahpun hilang.

Aku ingatkan gangguan makhluk berkenaan telahpun habis, rupanya tekaanku silap.

Bammm!!! Skreeettt!!!

Pintu bilik pula diketuk dengan satu ketukan yang amat kuat, diikuti bunyi cakaran. Sekali itu sahaja, lepas itu tiada lagi gangguan berlaku.

Akan tetapi, aku masih tidak berani keluar dari bilik, aku terus selimutkan diriku dan tertidur hingga keesokan harinya.

Waktu dah siang, aku pun berani keluar dari bilik dan mengambil handphone. Setelah bersiap, solat, mandi apa semua, aku keluar dari rumah pada pukul 7:00 pagi.

Untuk pengetahuan semua, apartment aku tinggal ni, pada pukul 7:00 pagi pun masih lengang dan jarang orang ditemui sepanjang menaiki lif dan pergi ke parking.

Pagi itu, aku masuk ke dalam lif dan hendak turun ke tingkat paling bawah. Aku masuk berseorangan. Lif apartment memang amat luas, siap ada cermin lagi pada bahagian tepi.

Keadaan dalam lif waktu itu lampu malap dan sesekali berkedip menandakan ianya perlu dibaiki.

Sekilas lampu berkedip, alangkah terkejutnya aku! Terlihat makhluk serupa mawas yang aku lihat malam tadi, ada di sebelahku. Aku melihatnya melalui pantulan cermin di dalam lif berkenaan.

Aku hampir nak menangis, mengapa aku terkena gangguan macam ni.Ting! Lif terbuka di tingkat 3, menandakan ada orang masuk. Aku bersyukur kerana ada teman di dalam lif terebut.Serentak dengan itu, bayangan makhluk tadi ghaib serta merta.

Apabila lif terbuka, seorang wanita bertudung yang telah lanjut usia masuk ke dalam lif. Dalam keadaan bongkok berpakaian baju kurung kedah. Masuk sahaja, tiba-tiba dia bersuara.

“Nak,sebelum tengok atau baca cerita hantu, baca ta’awwuz dulu. Takut dia akan ikut sekali..”

Tersentak aku! Bagaimana mungkin makcik ni tahu apa yang terjadi pada aku?? Aku kelu, tidak dapat berkata apa.

“jangan terkejut nak, makcik cuma nak ingkatkan.”Kata wanita tua berkenaan.

Aku dulu pernah bersekolah agama, jadi tahulah serba sedikit, ta’awwuz tu adalah bacaan auzubillahi minasshaiton nirojim.

Lif, tiba-tiba berhenti di tingkat 1, tiada orang yang masuk. Tetapi wanita tua berkenaan keluar dari lif..

Aku masih terpinga-pinga, siapakah makcik tu?Kenapa seakan dia tahu apa yang terjadi pada aku?

Selepas kejadian tersebut, aku tidak lagi pernah melihat makcik tu di mana-mana di kawasan apartment tempat aku tinggal.

Aku masih lagi peminat kisah seram sehingga kini, tetapi tiada lagi gangguan berlaku kepadaku selepas hari itu..Itupun, selapas aku amalkan baca ta’awwuz dulu sebelum layan kisah seram.

Sekian, itu sahaja kisah dari aku. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Makhluk Berbulu di Aparment”

    • Syukran bg tau tentang taawuz.. Pada peminat kisah seram anda boleh tgk di YouTube.. Search tajuk Misteri Jam 12..byk kisah seram di situ..

      Reply
  1. Berani ye tinggal dalam apartment sorang diri. Walau bagaimana minat sekalipun, aku takkan baca atau menonton kisah seram sorang-sorang waktu malam.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.