Penunggu rumah

Assalamualaikum admin n pembaca fs..
Saya Dee n saya terpanggil untuk berkongsi kisah seram yang saya alami sendiri apabila terbaca kisah2 seram di sini. Maaf saya tak pandai nak mengarang cerita. Maaf sekali lagi kalau tak seram.
eritanya bermula masa saya dan suami berpindah ke rumah kakak ipar saya di taman dimensi lendu melaka.rumah teres dua tingkat.bawah ada 1 bilik dan 1 bilik air. Manakala atas ada 3 bilik dan 2 bilik air di dalam bilik masing2. Waktu tu saya hamil 7bulan. Permulaan duduk dirumah tu saya dan suami tidak mengalami apa2 jenis gangguan pun hinggalah satu petang arwah mak uda dan sepupu saya datang dari jasin untuk minta bantuan suami bagi mencari ustaz untuk memulihkan rumah beliau yang sering “diganggu” oleh makhluk halus ni. Selesai berbincang n berborak saya dan suami membawa mereka pergi ke Darul Syifaq dan berbincang. Selesai segala urusan saya pulang ke rumah saya dan beliau pun pulang ke rumah beliau.

Malam tu dalam pukul 11.45pm saya memberitahu suami bahawa saya lapar n suami kata nanti dia masakkan. Tengah2 potong bahan rencah untuk buat mee goreng mamak (saya tengah bantu suami dalam memotong rencah2 masakan) tiba2 tingkap dapur rumah seolah2 diketuk dari luar. Bunyi sayup2 tapi banyak kali ketukkan tu.kami berpandangan sesama sendiri dan bila kami tidak pedulikkan bunyi tu senyap.

Selesai masak saya dan suami lepak di ruang tamu sambil menjamu selera. Masa ni rumah kami tiada tv. Tengah sedap makan2 sambil berborak tiba2 saya dan suami dengar macam ada orang naik tangga ke tingkat atas. Bunyi tapak kaki tu berjalan seolah2 macam laju.(dekat tangga atas tu ada tanglong yang bila kena angin dia bunyi chring) diikuti bunyi tanglong tu. Serta-merta saya pandang suami tanpa mengeluarkan kata2. Suami mulanya buat endah tak endah je. Tapi bila dia melihat muka saya berubah dia pun cuba naik ke atas lihat apa sebenarnya yang berlaku. Suami saya turun balik dan bagitahu tiada apa2. Malam tu saya ajak suami tidur ruang tamu sebab malas nak naik sebab perut pun dah kedepan dan takut pun ya juga.

Keesokkannya suami bekerja seperti biasa dan saya duduk di rumah ditemankan oleh kucing2 kesayangan (saya suri rumah) tengah2 lepak main game. Tiba2 dalam tngah hari mcam tu tanglong tu berbunyi selama 5 minit sehingga la saya buka surah al jin. Baru la berhenti bunyi tanglong tu.serta merta saya call suami suruh pulang.

Malam tu kami pergi berjumpa kawan suami yang pandai tengok2 kan “benda” apa yang kacau kami ni.rupanya2 ada 3 benda dalam rumah tu. Bapa kawan suami ni pandai sikit bab tengok2kan sebab dia ni kira guru silat juga la mcam tu. Dia ambil botol kicap kaca yang kosong isinya dan baca ayat quran surah apa xpasti lepas tu dia ambik gambar pakai hp. Guess what apa yang ada dalam gambar tu. 3 ekor makhluk Allah ni ada dalam gambar tu.1 tu panjangm, muka tangan dan jari2 dia semua pnjang2. 1 tu budak kecik dan 1 lg tu mcam siamang atau beruk berbulu lebat. Pakcik tu cakap beruk tu suka anak saya n tengah tunggu kelahirannya. Lepas pada kejadian tu ada 1 hari tu suami kemaskan bilik kosong dekat atas.(ada 2 bilik kosong sebab kami guna bilik master bedroom). Waktu tu tgah hari. Lepas kucing2 kami semua keluar dari bilik mereka (bilik kosong tu tempat kami kurungkan kucing2 kami) bersih n basuhkan taik2 mereka siapkan tempat tidur mereka kami pun lepak bawah dengan kucing2 sambil bergurau n main2 dengan kucing2 ni semua. Tengah2 lepak tiba2 bunyi macam barang berat kena hempas kat tingkat atas. Saya dan suami berpandangan. Suami terus naik ke atas dan lihat tiada apa yang berlaku. Suami siap marah dan sound lagi “sekali lagi kau kacau anak bini aku, kau jaga baik! kau nak menumpang kat sini lantak kau la yang kau nak mengamuk2 pehal? Untung baik aku bagi kau menumpang siap aku kemaskan lagi bilik tu”. Beraninya suami saya marah benda tu.lepas tu senyap sunyi rumah macam tak ada pape.

Lepas pada kejadian tu suami pagar rumah n alhamdullillah tiada pape berlaku lagi.
Pikiran saya meleset. Ingatkan dah tak ada gangguan lagi.rupa2nya suami terlanggar pantang masa saya dalam pantang.(masa ni saya baru beranak dan saya alami sakit teruk hingga saya tidak boleh berjalan selama 4 bulan). Suami balik dalam waktu manghrib dan terus masuk rumah tanpa baca apa2.

Lepas tu rumah saya kembali diganggu oleh makhluk2 yang lain atau sama saya tak pasti. Setiap kali saya bangun nak pergi tandas suami akan papah saya hingga ke depan pintu tandas dalam masa yang sama anak mesti akan terjaga dan menangis (masa tu dia tidur lena). Suami pun angkat dan dodoikan tapi setiap kali lalu depan tangga or berdekatan tangga mesti lagi kuat dia menangis. Sampai la mak saya suruh suami ambik daun apa lupa namanya letak setiap penjuru rumah. Mak saya pun bekalkan taik besi,duri durian belanda,paku,garam,lada hitam,bawang putih n lupa lagi 1 nama ni bungkus selawat baca ayatul kursi 4 kul n amanarasul. Letak tepi bayi.alhamdulillah bayi xnangis malam lagi hingga kini.

Lepas bayi 5 bulan kami sekeluarga berhijrah ke kuala lumpur. Alhamdulillah semuanya selamat cuma hingga kini masih teringat lagi kejadian tu. Maaf tak seram mana. Nanti saya cerita lagi kisah seram yang saya alami bila saya pindah rumah di kl iaitu rumah yang saya duduki kini.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Dee

Leave a Reply

4 Comments on "Penunggu rumah"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Sereemmm…
Nnt smbg lg tau…
Part yg hakak suke mse asben awak ngamokkan marah benda tu…
Cmnelah gamaknye muke terkejut diorg bertiga ble kena marah tu…
Hehehehehe…

D

kak yulie tadak hashtag kaa ? okay saya suggest “#tanglong”

Ayin

hahaha win

Jejai

Assalammualaikum, sye salah sorg yg tinggal di kampung ayer hitam, lendu Melaka..kawasan lendu mmg tempat yg keras, pelbagai cerita mistik, excident sbb penampakkan lembaga dan misteri di UITM lendu Melaka..nk katakan lendu ni mmg tempat lintasan makhluk halus dari mulut nenek sye yg dah lama menetap di lendu Melaka..

wpDiscuz