Penunggu Rumah Negeri di Kampung Budaya.

RUMAH NEGERI, KAMPUNG BUDAYA.

Kisah ini terjadi pada tahun 2016. Nak dijadikan cerita, kelas kami dikehendaki oleh pensyarah untuk menganjurkan sebuah program untuk subjek Leadership. Aku dilantik sebagai pengarah program berdasarkan faktor usia dan pengalaman kerja (master class). Setel brainstorming akhirnya kami pilih buat program berbentuk Fun Race di lokasi yang cukup terkenal iaitu sebuah taman rekreasi berdekatan dengan universiti. Masa tu dah hujung tahun. Musim sejuk! (petunjuk lokasi)

Sebenarnya masa lokasi tu dipilih aku memang tak tak berapa nak sedap hati. Tapi nak buat macamana tu je pilihan yang ada. Kenapa aku tak sedap hati?

Baiklah aku mulakan dengan memperkenalkan diri aku. Aku pernah berkahwin tapi jodoh tak panjang. Berpisah sebab angkara sihir dan santau. Bukan orang lain pun. Kawan sendiri gak. Jenuh berubat sana sini. Berapa ramai ustaz aku pergi tapi tak berjaya. Akhirnya adik ipar bawa jumpa dengan seorang makcik ni. Alhamdulillah! Penyakit aku sembuh tapi perkahwinan tak dapat diselamatkan. Takpe lah aku redha! Sekarang makcik tu jadi mak angkat aku.

Bila dah berubat, makcik tu selalu pesan supaya berhati-hati. Hijab aku dibuka dgn izin keluarga supaya aku berwaspada. Maksudnya aku boleh nampak tapi bukan secara fizikal benda tu. Sekadar melintas dan nampak hujung mata. Kenapa aku kena berwaspada? Sebab bila kita pernah terkena sihir santau semua akan terdapat titik hitam yang akan buatkan benda-benda tak elok suka nak dekat. Sebab tu kalo orang yang alim / gifted dia akan tau orang tu pernah sakit ke tak. Makcik tu pesan jangan pergi laut waktu malam, elak masuk hutan dll. Kalo nak pegi juga dia pesan telefon dia dulu. Aku juga di ajar beberapa doa amalan sebagai pendinding.

Program tu perlu buat di hutan. Maksudnya aku kena redha lah. Bila kami buat itinerary untuk program ada beberapa checkpoint yang kita pilih yang bersesuaian dengan tugasan. Macam biasa sebelum event kena la buat site visit. Ada 2 orang team dah pergi dulu untuk tengok tempat. Lepas tu diorang pun report pada aku. Pensyarah pulak nak kami semua pergi. Weekend tu, satu kelas pegi ke taman rekreasi tu untuk site visit. Tapi aku memang tak inform pun makcik tu. Bagi aku takde pape yang akan berlaku.

Jenuh pusing taman tu. Kami jalan kaki je. Sampai lah ke satu taman ni. Kat situ banyak rumah-rumah tradisi mengikut negeri. Ntah macamana diorang ni terus pegi satu rumah ni. Rumah negeri di utara tanah air yang bermula huruf P.

Tetiba jantung aku berdegup macam nak pecah. Aku pegang dada dan mulut baca ayat yang diajar oleh makcik tu. Tapi degup tu makin kuat sampai aku boleh dengar degupan tu. Lama-lama makin kurang. Diorang just tengok dari luar je. Tapi nak jadi kisahnya, ada beberapa orang yang terus panjat tangga dan tolak pintu. Ehhh boleh masuk lah.. Semua berebut naik. Siap posing bukak tingkap ala berlakon dan nyanyi lagu lama. Seronok kemain diorang. 2 orang team yang dah pegi awal tu tak naik. Sorang tu housemate aku. Jadi dia tau sejarah aku. Diorang duduk bawah je sambil isap rokok. Area situ memang xde ramai pengunjung datang.

Aku last yang naik. Bila kaki sentuh je kat lantai tangga tu. Jantung aku start berdegup kuat. Aku ni pengarah program. Terpaksa lah. Aku berdiri kat beranda je. Tapi diorang yang dah masuk dalam tu kecoh kemain. Aku jenguk kat pintu rumah nak pesan jangan bising sangat. Tapi aku terus terpandang kat dalam rumah yang sungguh usang. Atap bocor. Lantai penuh daun kering.. Mata aku terus terpandang kat satu bayangan hitam kat hujung rumah tu. Allah! Benda tu pandang tepat kat aku dengan muka marah. Jantung aku bergedup kuat nak meletop. Aku rasa sakit. Bau dia sangat busuk. Bayangan tu datang nak terkam aku. Aku lari turun. Semua terkejut. Aku mual dan loya siap termuntah kat tepi pokok. Semua terkejut termasuk pensyarah aku. Housemate aku datang dekat nak tengok aku. Aku pandang dia dan suruh yang lain keluar. Kita kena gerak dari sini.

Housemate aku bagi signal kat diorang untuk tinggalkan tempat tu. Semua macam terpinga-pinga. Sambil jalan diorang tanya aku okay ke semua. Pensyarah aku muka panik dah. Aku cakap kat diorang untuk tukar checkpoint. Housemate aku dah dapat tangkap apa aku nak sampaikan.

Aku terus baca zikir pendinding yang makcik tu ajar antaranya 99 nama Allah.. Nama tu ada maksudnya antaranya Ya Bari (Yang Maha Merancang – terlepas dari kesakitan) Ya Qawi (Yang Maha Kuat – berdepan si zalim), Ya Martin (Yang Maha Kukuh-kekuatan hingga musuh gentar).

Kami selesaikan site visit dan pastu balik. Dalam kereta housemate aku tanya apa yang aku nampak semua. Aku cerita semua pasal bayangan hitam yang terkam aku tu. Dia cakap dari dia pegi berdua untuk tengok tempat lagi dia dah tak sedap hati. Tapi dia tak cakap. Sebab tu dia tak nak naik rumah tu.

Masa otw balik rumah tiba-tiba telefon aku berbunyi. Makcik telefon. Aku angkat je pas bagi salam semua dia tanya.. Dia cakap tak sedap hati. Tengah buat kerja dia tersentak. Jantung dia berdebar dan terus terbayang aku. Dia tanya aku kat mana semua. Aku terpaksa jujur dan cerita. Dia tahu aku muntah semua. Dia bagi gambaran bayangan hitam tu semua. Semua sama apa yang aku nampak. Aku buat loudspeaker jadi housemate aku dengar aku sembang dengan makcik tu. Dia terlopong bila makcik tu tahu semua apa yang terjadi kat aku.

Dia cakap..itu kawasan hutan dan pastu pulak rumah lama yang takde penghuni. Rumah tu dah jadi tempat orang yang-orang yang hidup berdamping dengan tak elok ni bertapa. Kawan-kawan kamu masuk bising mengacau dia. Tu tempat dia sebab tu yang dia marah. Dalam ramai-ramai tu benda tu tau aku yang berpotensi utk dia kacau. Tapi Alhamdulillah aku ada pendinding. Sebab tu aku muntah.

Kisah tu tak habis kat sini je. Malam tu aku agak susah nak lelapkan mata. Walaupun dah lewat aku call makcik tu semua. Dia pesan untuk amik wudhuk, baca Al-Quran dgn zikir amalan sebelum tido. Mata aku berat bila sedar-sedar je dah pagi. Tido nyenyak betul sebab penat. Pas solat subuh aku tido semula. Dalam kul 9 aku bangun.

Sebenarnya rumah tu aku pasang pendinding masa pindah. Sebab aku takut di ganggu benda macamtu. Nak pulak duduk berdua je dgn kawan. Seram weh kawasan taman aku duduk tu.

Aku keluar bilik. Housemate aku kat ruang tamu. Dia mmg jenis angkut toto tido depan TV. Muka dia barai. Aku tengok muka dia. Dia pandang aku dan cakap.. ‘Ada benda kacau aku sepanjang malam. Ko x dengar ke bunyi anjing menyalak kat tepi bilik ko?? Memang tepi car porch je bunyi dia.. Berjam-jam dia menyalak. Pastu bila aku pejam mata je.. Ada benda datang nak terkam. Asal pusing je terasa ada kt belakang aku.. Aku pejam mata je dia datang. Aku tanya lah benda apa ko nampak? Aku tak tahu.. Tapi muka garang pakai baju hitam macam org bersilat tu”. Terpaksa pulak aku call makcik tu nak buat macamana. Alhamdulillah okay pastu.

Rumah yang tidak berpenghuni itu sering digunakan oleh makhluk halus sebagai tempat tinggal mereka. Salah satu alasannya adalah karena mereka suka dengan bangunan atau tempat tempat kosong yang sudah tidak digunakan oleh manusia. Perlu di ketahui, ternyata makhluk halus itu juga sama dengan manusia kerana semua juga memiliki hawa nafsu seperti manusia, seperti hasrat untuk berkeluarga dan ingin memiliki tempat tinggal.

Aku cuma nak nasihatkan supaya berhati-hati kalau pergi ke taman rekreasi tu terutama kawasan rumah tersebut. Rumah2 tu kosong dan tak berpenghuni. Ntah apa benda yang duduk dalam tu. Nak pulak kalau pergi bawak anak kecil.

Checkpoint baru terpaksa dipilih untuk tugasan. Alhamdulillah program berjalan lancar. Tapi masa aku melintas kawasan rumah tu. Jantung aku berdegup kecil. Aku cepat2 baca doa pendinding semua. Aku sempat jeling tengok tingkap area dapur tu terbuka. Aku pejam mata.. Benda tu masih ada di situ…..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

RK
Penunggu Rumah Negeri di Kampung Budaya.
Rate this post

16 comments

  1. Ya Martin? Mcm nma mat salleh tu, yg betulnya Ya Matin. Maybe writer tersalah.
    Untuk yg ada masalah mcm writer ni, blh tgk YouTube tgk Rahsia Batin By Ustaz Dhanu, masa dy baca doa tu, korg aminkanlah skali, kita tumpng doa org2 alim. Menariknya Ustaz Dhanu ni byk doa2nya diqabulkan dan zahir di kaca TV.

    1. penulis kan da ckp dia pegi rumah tradisi (yg ada setiap negeri). rumah yg first dia pegi tu adalah rumah tradisi negeri P. Kat bukit cerakah dgn melaka ada tempat mcm ni. Yg melaka tu nama dia taman mini malaysia. kat bukit cerakah tu aku x tau lah apa nama.

  2. yg komen pun satu hal. dia ckp rumah negeri yg diorang masuk tu yg rumah negeri belah utara. tempat/lokasi terletaknya rumah2 negeri tu semua (hint: dia ada sebut TAMAN REKREASI) dia takde mention.

    maksudnya dalam taman rekreasi yang tak tahu kat mana tu ada rumah2 negeri. dan rumah berpuaka tu ialah rumah negeri P. faham ke tak? sibuk nak gelakkan org.

    hahahahahaha. aku gelak kat kau balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.