Aku nak cerita satu pengalaman seram yang sampai hari ni masih buat aku rasa nak elak masuk tandas office sorang-sorang. Cerita ni terjadi dalam pejabat aku sendiri, sebuah bangunan pejabat empat tingkat yang boleh tahan lama usianya. Dari luar nampak biasa cermin besar, pintu automatik, lif elok berfungsi. Tapi dalamnya dah banyak kali kena ganggu, cuma orang malas nak ambil pusing. Termasuklah aku, sehinggalah satu malam yang betul-betul buka mata aku.
Aku kerja bahagian IT support. Biasalah, kalau server down atau ada user panggil, kadang-kadang terpaksa stay sampai lewat. Malam tu, entah kenapa semua kerja bertimbun. Masa aku tengok jam kat laptop, dah pukul 12.15 tengah malam. Sorang-sorang dalam office, cuma lampu kat kubikel aku saja menyala. Yang lain semua dah balik.
Sebelum kemas barang nak gerak, perut aku memulas. Terpaksalah pergi tandas. Tandas lelaki kat office aku terletak hujung sekali kena lalu koridor panjang, dekat dengan stor alat tulis dan bilik mesyuarat lama yang jarang buka. Dah sunyi sangat masa tu, lampu corridor pun suram-suram saja.
Aku masuk tandas, terus ambil bilik hujung sebab pintu dia terbuka sikit. Masa tengah duduk tu, tiba-tiba dengar bunyi paip air menyala sendiri kat sinki luar. Dalam hati aku fikir, “Alah, rosak kot, biasalah bangunan lama.”
Tapi lepas tu, bunyi tu berhenti, diganti pula dengan bunyi orang batuk kecil. Perlahan, tapi jelas sangat sebab tak ada bunyi lain dalam tandas tu. Lutut aku terus rasa longgar. Aku perhati bawah pintu, tak nampak bayang kaki pun. Sunyi semula beberapa saat.
Tiba-tiba, bunyi ketukan perlahan kat pintu tandas aku.
Tok… tok… tok…
Aku diam kaku. Rasa nak jawab “Sekejap!”, tapi suara tak keluar. Ketukan tu jadi makin kuat.
Tok… tok… TOK…
Aku pejam mata, baca apa yang terlintas. Ketukan terus berhenti. Aku fikir lega, tapi belum sempat tarik nafas panjang, tiba-tiba terdengar suara garau betul-betul dekat tepi telinga aku, macam orang bisik dari celah dinding.
“Cepatlah keluar… aku tunggu kat luar…”
Jantung rasa macam nak pecah. Aku tunggu dalam tu hampir sepuluh minit, tak bergerak. Bila rasa tenang sikit, aku buka pintu perlahan-lahan, intai keluar. Kosong. Tandas tu sunyi, hanya lampu neon yang berkelip-kelip atas cermin.
Aku cuci tangan laju, nak keluar cepat. Masa aku pandang cermin kat sinki nampak jelas di belakang aku ada perempuan berambut panjang, muka pucat macam kain kapan. Mata dia hitam kosong, mulut koyak sampai ke pipi. Dia berdiri dekat sangat, seolah-olah nak cium bahu aku.
Aku pusing sekelip mata, tapi tak ada siapa. Cermin dah kosong. Aku terus lari keluar tandas, tak peduli dah air titis kat sinki atau paip terbuka sendiri. Sampai meja, terus kemas barang campak dalam beg, tutup laptop tak sempat shutdown. Aku lari turun tangga, tak sanggup tunggu lif. Dalam hati cuma doa janganlah apa-apa ikut aku balik.
Keesokannya aku cerita dekat cleaner India yang selalu jaga floor aku. Dia cuma geleng kepala, sambil buat tanda jari dekat dahi.
“Saya sudah cakap sama you punya ofis boy dulu-dulu… itu tandas ada orang. Sudah lama. Zaman bangunan baru siap, satu perempuan bunuh diri dalam toilet situ. Sampai sekarang dia belum jalan.”
Sejak hari tu, aku kalau nak buang air lebih rela turun ke tandas kat lobi. Walaupun jauh, janji tak bersua lagi dengan penunggu tandas office, yang entah sampai bila akan terus menunggu di cermin, berharap ada yang sudi pandang dan temankan dia dalam sunyi.