PERATURAN

Peraturan. Peraturan yang telah diamalkan berpuluh tahun sehingga sekarang. Kalau difikirkan sekarang, 2022 tahun ini masih lagi peraturan itu diamalkan dan tidak akan digubah serta dilanggar. Namun, beberapa peraturan telah aku langgar dan sehingga sekarang aku menanggung akibatnya.

8 tahun sudah berlalu dan aku masih teringat saat pertama aku dan keluarga tiba di rumah pusaka yang diwarisi ayah ku dari atuk yang sudah meninggal beberapa tahun lalu. Ayah aku pada mulanya tidak ingin mewarisi rumah pusaka tersebut yang jauh di utara tetapi disebabkan perniagaan ayah aku di ibu kota tidak mampu lagi menampung makan minum, sewa rumah untuk kami sekeluarga lalu ayah memutuskan untuk pulang ke kampung halaman untuk memulakan hidup baru di tempat ayah membesar.

“Abang tak suka lah Mah nak balik sana, macam macam hal. Tapi kedai dah tak laku Mah, dah takdak cara nak bagi kedai laku lagi” kata ayah aku. Sempat aku mendengar waktu membuat kerja sekolah dek kerana rumah pangsapuri kecik sahaja malah pintu bilik aku tak ditutup rapat.

“Mah ikut saja keputusan abang, kalau itu saja keputusan yang dapat membantu abang dan anak anak. Tapi bang, apa maksud macam macam hal yang berada di sana? Sejak Mah berkenalan dgn abang sehingga ada Ahmad dan Fatimah, abang tak pernah cerita tentang rumah pusaka yang abang warisi malah tak pernah sebut lansung kenangan abang membesar di situ kecuali abang hanya beritahu yang abang merantau ke ibu kota untuk mencari kerja” kata ibuku dengan tenang sambil merenung ayahku yang sedang menghirup kopi panas.

“Panjang ceritanya Mah, mungkin sudah tiba waktu Mah untuk tahu tapi Mah jangan risaulah, takdak apa disana kecuali b**i hutan dan binatang2 lain sahaja” ayah ku tenang membalas pertanyaan ibuku. “Mah hanya perlu percaya pada abang sahaja bila kita tiba disana, percaya ja pada abang ya mah”, ayahku menyambung semula jawapannya tadi.

“Bbaaaammmm”! bunyi kuat tersebut mengejutkan aku dari tidur. Aku melihat Fatimah tiada di katil bawah, aku menganggap Fatimah tidur bersama ibuku. Fatimah yang masih berumur 7 tahun selalu juga meminta untuk tidur bersama ayah dan ibuku. Aku mendengus marah sebab melihat pintu yang tak ditutup rapat oleh Fatimah ketika keluar ke bilik ibuku. “Timah ni ha, selalu dah pesan jangan lupa tutup pintu kalau keluar” kataku sambil menurun tangga kecil katil 2 tingkat untuk menutup pintu bilikku.

Kedudukan bilik aku didalam rumah berdekatan dengan dapur. Hanya beberapa langkah dari pintu bilik aku ke arah kanan aku sudah tiba di dapur. Ketika aku ingin menutup pintu bilik, aku dapat melihat ayahku bercakap dengan seseorang sambil ditemani asap yang berbau pelik dek kerana aku masih kecil aku tak dapat cam asap itu adalah asap kemenyan. “AKU LAPAR!” tersentak aku dicelahan pintu bilikku ketika aku melihat gelagat ayahku bersama seseorang tersebut. Halus tapi tegas suaranya, suara tersebut berbunyi seperti disebut sambil diketap gigi atas dan bawah serta diterankan anak tekak.

“YA AKU TAU, BALIK NANTI AKU BAGI HANG MAKAN! AKU CUMA BAGI PERINGATAN, AKU NAK BALIK DAH NI, AKU IKUT SEMUA YANG DAH DITULIS, JANGAN KACAU ANAK BINI AKU” ayahku berkata perlahan tapi dalam keadaan yang marah.

Aku tidak berpuas hati, aku nak tahu juga siapa yang bercakap dengan ayah aku, aku melihat sambil mengecilkan mata aku di sebalik asap yang berada di hadapan ayahku. Hanya bintik bulat merah yang aku nampak dan bentuk merah tu berpusing ke arah kanan seperti mata yang memerhati aku tanpa berkelip. “SHHHH!” terasa angin ditiup di telingaku. Aku berpusing laju melihat belakang, makhluk hitam bermata merah tersebut merangkak di siling bilikku dan menerpa ke arah aku dengan laju. Aku menjerit.

“Vroooom!’” aku tersentak dari tidur dalam kereta. “Haa along dah bangun? Ni air ada ni, kalau dahaga ambil minum” ayahku berkata sambil memandu kereta. Aku mengangguk. Aku terfikir akan kejadian yang berlaku dalam hati “mimpi ka betul-betul? aduh”. Aku memandang pemandangan di kiri jalan lebuhraya yang ayahku gunakan. Aku berharap itu mimpi, mimpi yang tak menghantui aku. Bukan mimpi salam pengenalan untuk peraturan yang aku akan hadapi sampai bila-bila.

Selepas beberapa jam dalam perjalanan, ayah beritahu dah nak hampir tiba. Aku melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan pokok getah. Selepas itu, ayah mengambil arah kiri di persimpangan dan meneruskan perjalanan lagi dalam 15 minit. “Jauhnya rumah” bunyi aku dalam hati. Tetiba mata aku tertumpu di satu rumah ni. Terletak di atas sebuah bukit jauh di dalam kampung, rumah ini dapat aku lihat dari jauh, dari tingkap kereta yang dipandu ayah. Berharap bukan itu rumah yang ayah aku membesar, aku bisik pada diriku sendiri “Minta minta bukan rumah ni”.

Sangkaan aku melencong bila Ayah mengambil arah kiri dan menuju ke rumah pusaka tersebut. Rumah pusaka tersebut mempunyai bumbung yang panjang, ada ruang dibawah. Rumah Serambi Kedah/Perlis atau Rumah Panjang yang disebut ayahku. Warnanya masih tidak luntur, teguh tangga kecilnya, bawah rumah masih bersih tiada rumput panjang.

“Haa dah sampai” ayahku memberhentikan keretanya.
“Besar juga ya rumah bang, penat la Mah nak kemas nanti” Ibuku bergurau sambil melemparkan senyuman kearah ayahku
“Takdak la Mah, banyak bilik dah tak pakai. Yang mana berkunci tu Mah biarkan la” ayahku membalas gurauan dari ibu.
“Along dengan Timah pi ambik beg ni bawak naik atas” ayah menyuruh.
“Ok ayah. Jom Timah” aku mengajak adikku.

Aku mengangkat beg kecil sambil mengalas beg hijau aku dan menerjah ke arah rumah tersebut. Selepas menaiki tangga kecil rumah pusaka tersebut aku meletakkan beg di tangan aku ke bawah lalu menolak pintu rumah pusaka tersebut.
“ALONG TUNGGU!” ayahku menjerit.
“SSSUPPPP” angin kuat menerjah ke arah muka aku diselangi bunyi ketawa ‘hehehehe’ yang sayup-sayup sahaja bermain di telinga.
“Along sabaq sat, tunggu ayah, jangan masuk lagi” kata ayahku.
Aku mengangguk faham. Aku mengalihkan muka aku ke arah luar rumah sambil menunggu ayahku naik.

Selepas solat Isyak, ayah aku memanggil ibu, Timah dan aku ke ruang tamu.
“Apa yang ayah nak baca ni cuba ingat dan ikut sahaja. Jangan cuba ingkar” ayahku berkata sambil memandang mata ibu, adik dan aku.

1. Jangan keluar rumah selepas pukul 12 malam. Kalau dalam keadaan terpaksa untuk keluar rumah, jangan bercakap, jangan bersenandung, jangan menyanyi, jangan memetik jari dan jangan memandang bumbung rumah apabila keluar.
2. Jangan lupa tutup pintu bilik dari 12 tengah malam sehingga azan subuh. Kalau pintu bilik terbuka sendiri, jangan pandang ke arah pintu.
3. Lampu bilik akan berkelip ketika ditutup. Jangan pejam mata sehingga lampu berkelip berhenti.
4. Kalau ternampak mata merah di sudut bilik, perhati rapat mata merah itu tanpa berkelip sehingga hilang biji mata tersebut.
5. Kalau ternampak mayat gantung di kipas ruang tamu sebelum 12 malam, tutup pintu, kunci, pejam mata. Mayat tersebut akan hilang selepas 12 malam.
6. Jangan padamkan lilin dalam bilik air. Lilin akan menyala semula kalau ditiup atau dipadam.
7. Kalau terjadi sesuatu selepas 12 malam, balik semula ke bilik dan kunci bilik tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Tutup mata sehingga tidur.
8. Kalau terbangun di bilik lain, jangan bercakap dan perhatikan di sudut bilik. Kalau ada 2 mata merah yang memerhati, pejam mata sehingga tertidur semula. Kalau tiada, ikut peraturan No 7.
9. Jangan biarkan makanan terdedah pada waktu malam.
10. Kalau terlihat belalang hijau sebelum 12 malam, harus tangkap semua dan lepaskan di bawah katil. Jangan tidur tanpa ada seekor yang tak ditangkap.
11. Jangan tegur angin yang mendesus di telinga. Pejamkan mata sahaja sehingga nafas di telinga itu berhenti.
12. Kalau terbangun waktu 3 pagi. Jangan buka mata. Jangan sesekali buka mata. Kalau mata ditutup kain atau selimut sekalipun tetap jangan buka mata.
Aku turuti apa yang ayahku berpesan. Beberapa bulan kemudian, aku terlanggar peraturan No 8.

“Awat terbangun pula kat sini” kataku kuat. “Alamak!” aku tersedar aku bercakap berseorangan. Aku sepatutnya tidak menghasilkan bunyi. Aku tersedar yang aku terbangun di bilik lain Aku berasa susah bernafas serta aku merasa takut sangat sebab peraturan yang patut aku patuhi aku terlanggar. Aku menutup mulut dengan tangan.
(Saya akan sambung kalau ada sambutan)…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Penta

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 73 Average: 4.6]

7 thoughts on “PERATURAN”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.