Percutian Bersama Teman-Teman Akhir

Terima kasih Admin kerana sudi post kan cerita saya. Ini adalah kisah yang terakhir, moga terhibur.


Sebaliknya di hotel kitaorang pulak Dee dan Riri ditinggalkan kerana dorang taknak ikut. Sewaktu dorang tengah leka melayan tv, tiba-tiba dorang terdengar suara aku yang pergi ambil Nana dan Jes bersama Sha.

“Aik? Cepatnya dorang ni sampai. Tapi dah kenapa aku dengar suara Ila jeh?” Dee bersuara sambil makan kudap-kudap.
“Itulah , tadi aku message Nana dorang cakap dorang dekat KL lagi.” Riri bersuara sambil terjengah jengah dekat pintu.

“Weh buka pintu weh, aku dah sampai ni. Dorang semua dekat bawah barang banyak ni.” Tiba2 dorang dengar aku bersuara sambil mengetuk pintu kuat-kuat. Dorang pelik sebab dorang tak pernah tengok aku ketuk pintu sekuat tu. “Sabar lah Ila, jangan ketuk kuat sangat. Roboh rumah ni jap gi.” Dee berjalan ke arah pintu untuk buka. Tapi bila buka langsung kosong. Dorang cakap aku pun takde. Jenguk ke bawah kereta pun takde lagi. Dee dah meremang bulu roma dan terus masuk ke dalam rumah. Dalam keadaan macam tu dia terasa nak terkucil, dia masuk tandas untuk membuat pembuangan.

Dia tinggalkan Riri diruang tamu sendirian tanpa cerita ape yang dia rasa. Tiba-tiba pintu diketuk sekali lagi dan membuatkan Riri terjerit kecil. “Weh Dee, Ila dekat luar. Apehal kau tak buka pintu lagi? Tadi bukan kau dah buka ke? Aduii ni dia ketuk bagai nak gila dah ni….” Riri bengang dan terus melulu ke arah pintu. Belum sempat Dee berkata apa-apa Riri dah buka pintu. Kali ni Riri pulak tergumam kaku kerana bila dia buka pintu, takde orang langsung. Dan bila dia menjengah ke bawah takde kereta malah kami pun dia tak nampak. dia terkejut. Yang lagi mengejut kan dia apabila ada nampak 2 orang budak berlari menuju ke rumah sebelah kitaorang. Sambil buka pintu untuk masuk. Riri berasa lega kerana kitaorang mempunyai jiran.

Selang 1 jam selepas itu kitaorang pun sampai. Sampai sahaja kitaorang , Riri dan Dee menampar dan mencubit cubit muka aku kerana nak tahu sama ada itu aku ke tidak. Sedangkan yang Nana, Jes dan Sha yang dah masuk rumah tu dulu takde pun dorang buat macam tu. Tapi bila ditanya dorang taknak cakap. Dorang cakap dorang lapar. Dan buatkan aku rasa geram dan rase nak lempang.

“Dahlah kes tadi tak habis lagi, ni kena lempang pulak. Aduiiii.” Aku mengomel sendirian. Kalau ikutkan hati rase nak marah. Tapi fikirkan dorang lapar. Aku biarkan sahaja. Dah selesai mandi, Nana, Jes, Sha, Dee dan Riri berada diruang tamu menunggu aku untuk bersiap sedia keluar. “Sha, Sha bawa laptop kan? Japgi waktu kita keluar, kita pasang cd ni dekat dalam rumah okay?” Jes terus bersuara supaya aku dan Sha tak lupa. “Yela Jes, japgi aku pasangkan okay? Sha meh laptop kau. Aku nak on dan masuk kan cd.” Aku tersenyum dekat Jes, dan dalam masa yang sama Sha menghulurkan laptop kepada aku.

“Korang semua turun lah dulu japgi aku dengan Sha turun.” Aku dan Sha bersuara kerana kitaorang ingin membaca doa dan pasang ayat alquran didalam rumah sebelum kitaorang keluar dari rumah. Dan sebelum kitaorang keluar, kitaorang cek seluruh rumah. Sliding kitaorang pasti kan dah tutup. Tingkap dan pintu bilik. Dan aku adalah orang terakhir yang tutup pintu itu……


“Ila, kau nampak pape ke tadi? Aku tahu kau senang nampak. Kenapa kau tak cerita dengan kitaorang?” Sha bersuara bagi menghilangkan sunyi sewaktu menunggu lif. Dia tahu dari tadi aku senyap sahaja. “Takde ape, ni tempat orang. Nanti kita cerita okay?” aku memotong ayat nya supaya ape sahaja yang terlintas didalam kepala Sha akan ku biarkan terkubur. “ yelaaaaa.. Baik Ila.”

Sampai di kedai makan, Dee dan Riri menceritakan kisah yang terjadi pada diri dorang…….

“Patut lah korang lempang aku tadi. Sumpah demi Allah aku takde mase nak kacau korang. Tempat orang kan..” Aku rase nak marah tapi tak jadi bila dorang cerita hal sebenar.

Malam tu kitaorang bersiar siar di pantai teluk kemang. Habis kan masa dekat sana sampai lah pukul 11.30 malam. Sampai jeh didepan rumah… “korang sebelum masuk bace ayat qursi, alfatihah dan 3 qul pastu baru masuk tau?” Dee memecahkan hening malam tu sedangkan yang lain sudah mula ngantuk. “Okay baiklah Dee…” Nana bersuara dan masing-masing melakukan ape yang disuruh. Yang membuka pintu tu adalah aku sebagaimana aku orang terakhir yang keluar.

Sampai didalam rumah aku dan Sha masing-masing pandang satu sama lain sebab terkejut situasi didalam rumah tu sebagaimana waktu mula-mula masuk. Oh lupa, waktu kita orang dah masuk tu kita orang ade tiup belon. Sebab kitaorang sebenarnya nak sambut birhtday Nana dan Jes. Tapi waktu kitaorang masuk tu belon yang kitaorang tiup tu semua meletop. Tapi belon yang dah meletop tu serpihan dia dah buang dekat tong sampah.

Okay takpe mungkin ade receptionist yang masuk. Tapi masalah nya kitaorang kunci pintu dan pagar. Pada mulanya kitaorang tak perasan perubahan yang lain. Tapi bila Jes buka jeh sliding, dia tanye tadi waktu kitaorang tutup sliding ade ke apa-apa dekat luar. Kitaorang cakap takde, memang dah tengok. Bila aku dengan Sha keluar untuk tengok, ade dalam 5 6 belon yang belum meletop di balkoni tu.

Kitaorang dah pelik, “Kita ni salah rumah ke?” Sha mula berbisik padaku taknak menakutkan teman-teman yang lain. “Eh tak lah, kalau salah takkan lah kunci boleh masuk. Dah lah, mungkin sliding door dia loose kot.” Aku bagi signal dekat Sha dan tepiskan andaian dia. “Wehh Ila, Sha. Cepatlah buka laptop taknak pasang video yang kita buat untuk birthday dorang tu ke?” Dee menepiskan lamunan kitaorang berdua yang dari tadi dok pikir benda yang tak pasti. “Laptop tu dah terbuka dah. Kan sebelum keluar tadi pasang ayat alquran.” aku bersuara kerana pelik takkan dorang ni takboleh nak buka laptop sendiri.

“Ape yang dah bukanya? Dengan cd atas keyboard. Kau ni cakap benda yang merepek dah kenapa?” Aku dan Sha terus berlari ke laptop dan terkejut ape yang Dee cakap tu betul. Sekali lagi aku dan Sha pandang satu sama lain. Sha tarik aku keluar, “Kau ni biar betik, macam-macam benda dah ni jadi.” Sha berbisik pada aku. “Dah lah tu, nanti balik kita story.” Disebabkan aku malas nak panjang- panang kan rasa takut kitaorang aku terus masuk ke dalam rumah tinggalkan Sha yang termenung memikirkan sendirian. Malam tu berlalu dengan begitu pantas. Kitaorang bergelak ketawa sakan menceritakan serba serbi kehidupan masing.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dee dan Riri dah mula undurkan diri untuk masuk tidur. Tinggal aku, Jes, Nana dan Sha di ruang tamu sambil layan cerita di laptop. Dalam beberapa minit lepas tu aku dan jes minta izin untuk masuk bilik. Pada mulanya kitaorang ajak Nana dan Sha masuk dalam bilik. Tapi disebab kan dekat luar ade toto, dorang berkata dorang akan tidur luar.

Kejadian malam pertama :

Sedang leka dibuai mimpi, tiba-tiba aku terasa derapan kaki diatas katil. Aku memandang Jes yang lena dibuai mimpi. Tapi disebalik hujung katil aku memang nampak secara jelas seakan akan kaki yang berpijak diatas tilam. Tiba-tiba aku tidak boleh bernafas. Aku terasa ditindih. Dan ini kali pertama aku ditindih dalam seumur hidupku. Dan ketika itu aku cuba untuk kejutkan jes tapi dia tidak terjaga langsung. Dan ketika itu aku nampak seperti hembusan nafas seseorang sedang berdiri disebalik langsir itu. Nasib baik ketika itu Jes terjaga. Jes bangun dan bacakan ayat kursi untuk aku. Dan dengan perlahan lahan sesak nafas tu terlerai. Dee dan Riri datang ke bilik selepas Jes ketuk pintu dan kejutkan Sha dan Nana. Pada malam tu aku Sha Nana dan Jes tidur di luar bersama.


Keesokan hari , semuanya berjalan dengan lancar. Kitaorang berjalan2 ke sana ke sini. Tiada ape pun yang berlaku. Aku pun hanya melupakan ape yang jadi malam tadi. “Mungkin aku tidak basuh kaki kot tidur semalam…” aku positive kan diri aku…

Pada malam itu, kitaorang berjalan lepak di Port Ddan membeli makanan di pasar malam Port Dickson sehingga lah pukul 11 malam.

Sampai jeh dirumah, seperti biasa rumah tu akan sentiasa bersih seperti ada orang yang mengemas nya. Kitaorang malas nak layan. Malam tu aku dan Jes tidur di luar. Nana dan Sha tidur dibilik. Disebabkan kejadian semalam, Sha dan Nana temankan kitaorang sebelum tidur.

Kejadian malam kedua ni terjadi pada Nana dan Sha.

Cerita ini berdasarkan kisah dari dorang sendiri. Aku dan Jes dah tidur nyenyak. Tidur didepan baru rase nyenyak berbanding dalam bilik.

Cerita ini diceritakan oleh nana. Aku tu adalah nana.

Aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Dalam pukul 5 pagi tiba2 bunyi aircond terlampau kuat sangat. *sedangkan kitaorang yang diluar pun tak dengar langsung.

“Sha Sha, bangun jap boleh. Tolong tutup aircond tu. Dahlah tak rase, bunyi jeh kuat.” Nana kejutkan Sha kerana aircond tu dekat dengan Sha. Dalam keadaan mamai Sha bangun dan tutup aircond. Tapi setelah Sha baring semula. Aircond tu berbunyi semula. Terus Sha dan Nana tersentak dan bangun dari tidur. Sedang dok memikirkan bunyi aircond dengan tiba-tiba kuat tu Sha terpandang ke arah Nana dan pelik kenapa Nana bertukar baju sedangkan sebelum tidur dia pakai baju lain “Weh Nana, kau apehal pakai baju ini? Bukan kau pakai baju warna biru ke tadi?” Sha kepelikan. Yang si nana dengan keadaan terpinga pinga lagi terkejut tengok baju yang dia pakai. Dia mencari baju yang dia pakai sebelum ni tapi takde.

Bunyi aircond masih lagi kuat malah makin kuat dan membuatkan sha dan nana tak dapat tidur. Kalau nak diikutkan memang aircond tu dah tekan off dan tidak bernyala. Tapi dorang taktahu dari mana datang bunyi tu. Sehingga kan bunyi azan subuh di phone Nana, baru bunyi tu perlahan lahan senyap. Dan ketika itu baru dorang boleh lena selepas selesai solat subuh. Seperti biasa pada siang hari memang takkan jadi perkara yang pelik. Dan ia berlalu dengan begitu pantas. Walaupun ade liku-liku yang terjadi, tapi percutian kami amat seronok.

Sekian dan terima Kasih…


Assalamualaikum, D.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Si Pelik
FOLLOW FB KAMI.

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.