Perempuan Tepi Jalan

Jam 5 petang..hari tu off day esok kena kerja morning. Macam biasa la kerja pasaraya syif pagi petang full. Lepak dari maghrib rumah kawan sekolah. Memang dah jadi port pun rumah dia ni. Biasa la baru habis STPM dari duduk rumah tak buat apa baik kerja dapat la duit…

Nak jadi cerita dalam ramai kawan ada la sorang ni memang dah ada lesen kereta. Kereta pun ada (pinjam tak ingat dah siapa punya) tapi lantak la kan hihihi janji ada la kereta nak gerak. Tak salah aku masa tu kawan-kawan aku tak kerja. Aku sorang sahaja tu pun sebab ayah aku yang kirakan sebab dua minggu sebelum tu aku kerja di sebuah lagi pasaraya..tak tahan aku cabut hahaha lenguh kaki tak dapat duduk…

Masa lepak tu aku dapat tahu kawan-kawan dah planning nak pergi mandi air kolam air panas Ulu Lenggong, Baling. Cadangan waktu nak pergi jam 10 malam!!. Tapi salah sorang tu tak sihat pula kena sopak garam..orang KL panggil Gegata. Jadi kurang la sorang. Yang aku ni malas nak pergi sebab esok kena masuk kerja jam 9.30. Tapi kawan-kawan duduk pujuk la juga. Akhirnya aku setuju la gantikan seat kosong kawan tadi tu. Kami semua tinggal di Sungai Petani nak ke kolam air panas tu ambil masa dalam [email protected] macam tu lah. Aku pun tak berapa nak ingat. Untuk makluman memang kolam air panas tu orang pergi mandi tengah malam buta.

Tepat jam 11 malam aku dah tercengat depan rumah member aku yang ada kereta tadi. Macam biasa janji Melayu..dekat jam 11 malam baru la sampai semua orang. Aku pun tak ingat ada bagi tahu mak ayah aku tak nak pergi mandi kolam air panas malam tu.

Semua yang pergi 4 orang malam tu. Lebih kurang 11 malam kami bertolak. Masa dalam perjalanan biasa la budak lelaki sembang la gelak la. Tapi yang paling penting kami tak hisap rokok hihihi. Masa tu masing masing bercerita macam hero sangat lah hahaha umur baru 18 tahun masa tu biasa lah. Dari cerita pasal awek sampai ke cerita hantu.

Waktu tu tak terasa apa lagi lah sebab masih awal lagi. Jalan raya pun masih sibuk. Dari Sungai Petani ke Baling tu ikut jalan lama. Aku tak ambik tahu sanggat pasal jalan ni, tapi aku ingat la sebelum tu ada kemalangan maut yang melibatkan van kilang kat jalan kawasan tu. Ramai juga yang meninggal. Tapi aku tak pasti lah masa kawasan tepat.

Masa dalam kereta member aku yang drive tu ada juga tegur “hangpa semua mulut jangan capoi”. Tapi biasa la masing masing diam kejap je. Lepas tu cerita lagi. Dalam sejam dua sampai la kami dekat kolam air panas tu. Meriah !! Ramai orang macam mandi air terjun . Parking pun peluh. Jadi tak ada pilihan kami parking jauh sikit lah. Elok keluar je kereta rasa seram sejuk pula kena angin malam.

Tanpa buang masa kami masuk dan mandi. Ok la ada [email protected] kolam yang ikut tahap panas air dia..Yang panas sekali tak salah aku siap ada orang rebus telur hihihi. Kami mandi dalam 2 jam macam tu..dekat jam 3 pagi baru nak balik. Waktu tu orang pun dah kurang. So tempat parking tadi macam sunyi je. Nak masuk kereta je dengar anjing menyalak..Adoii hati dah tak sedap. Sorang member aku tetiba cakap “anjing nampak hantu tu”..Pergh hampeh betul..

Yang lain semua masuk kereta terus layan perasaan ye la masing masing penat. Kami terus gerak balik Sungai Petani. Dah dekat 30 minit perjalanan masa tu tak salah aku baru nak sampai Kuala Ketil, dari jauh mata aku tetarik dengan sesuatu tepi jalan.. Member aku pasang high beam waktu tu sebab pertama jalan sanggat gelap dan kedua tak ada kereta lain pun..Cuma aku perasaan belakang kereta kami ada sebuah kereta tak berapa jauh.

Sesuatu tepi jalan tadi mulanya aku nampak tegak macam BATU NISAN!!! Aku diam je..waktu tu aku duduk seat belakang belah kiri. Yang member aku sebelah pemandu waktu tu tetiba pusingkan tingkap bagi naik dengan tergesa gesa (tak ada power window) hahaha…elok sahaja kami lalu tepi sesuatu tadi kami nampak yang berdiri tepi jalan tu seorang perempuan muka tegak memandang jalan..Pakaian dia semua putih macam perempuan pakai telekung. Mata dia tak pandang kami pun tapi wajah dia nampak pucat lesi. Pergh bederau d***h. Kawan aku terus tekan minyak kereta..yang kereta belakang lagi tekan minyak p****g kami hahaha. Aku rasa dia nampak juga perempuan tu.

Kami riuh dalam kereta tanya “ weh hang nampak tak” “Aku nampak aku nampak “…yang sorang lagi..”weeei jam 4 pagi ni sapa pulak duk tunggu tepi jalan, tak kan van kilang kot..mana ada rumah tepi tu bukit dengan gaung ja”. Betul juga mana ada rumah kawasan tu. Adoii hantu ka apa tu masing-masing gelabah hahaha.

Tapi masih steady..masuk pula kawasan pekan lalu tepi bus stand..aduhh ada 5 orang tengah duduk situ.. Aku perhati saja kelima lima tu sengih tengok kereta kami..masalahnya yang satu tu macam bertengek atas kerusi bus stand tu..aku bagi tau kawan-kawan lain diaorang pun diam aku rasa diaorang perasan jjuga. Aduss seram weh masa tu.

Kami siap dah plan kejap lagi sampai Sg Petani nak tunggu dulu azan subuh baru nak gerak balik. Aku dengan sorang lagi duduk jauh sikit. Tapi aku kawasan pekan juga yang member sorang lagi duduk di Pinang Tunggal jauh lagi weh. Nasib baik la kami sampai dah dekat subuh.. Lepas azan ja kami balik rumah masing masing. Alhamdulillah lah tak jadi apa apa…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faiz
Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

2 comments

  1. Kalau p Ulu legong air panas. Balik tgh malam mmg lah kena kacau. Tambah nk p kuala ketil. Mcm2 hal. Saya orng kuala ketil 😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.