PERINGATAN : JANGAN MUDAH PERCAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca FS dan juga admin FS. Kisah yang aku nak kongsikan kali ini agak berbeza dengan cerita-cerita yang pernah aku kongsikan di sini. Cerita-cerita kali ini adalah berkenaan mereka-mereka yang agak taksub pada alam ghaib dan mistik sehinggakan benda yang tiada pun mereka adakan. Kalau rasa bosan, sila skip, .

Kisah 1.

Seorang rakan memintaku untuk ‘melihat’ keadaan rumah sewa barunya. Setelah seminggu duduk di rumah itu, beberapa kali sudah dia diganggu oleh entiti yang dia sendiri tak tahu apa. Jadi pada malam yang dijanjikan, aku pun pergi melawat dia di rumahnya.

“Kau tunggu eh..” katanya sewaktu aku berdiri di ruang tamu rumahnya, memerhatikan sekeliling rumahnya. Tiada apa yang pelik atau membuatkan aku rasa tak selesa. Buat aku lapar adalah, bau kari dari dapurnya mencuit-cuit deria rasaku.

“Kejap lagi mesti jadi punya..kau masuk sini tak rasa apa-apa ke?” soalnya.
Ku gelengkan kepala.

Serentak dengan itu elektrik di rumahnya terpadam.

“Dia buat dah..” katanya.

Aku segera buka pintu rumahnya, memerhatikan lampu lorong dan jiran yang lain. Oh, lupa nak beritahu, kawanku duduk di rumah pangsa. Elektrik yang lain elok sahaja.

Keningku kerutkan.

“Hah.. kau tengok! Menyala balik!” rakanku menarik aku untuk masuk semula ke dalam rumah.

“Kau pasti ke ada ‘benda’ ni?” soalku.

Dengan muka cuak dia mengangguk laju.

Aktiviti ada dan tiada elektrik itu berlanjutan.

Bermula malam itu selama 3 malam berturut-turut, aku tidur di rumahnya.
Hari yang terakhir, memandangkan kelas ku dibatalkan, aku tinggallah sendirian di rumahnya. Ada juga bagusnya, kerana rakanku yang sibuk belajar dan kerja sambilan hanya pulang ke rumah pada waktu malam sahaja.

Selama dua hari itu aku akan datang bila dia sudah berada di rumah. Hari itu aku pilih untuk duduk di rumahnya dari siang kerana dalam hati ni ada rasa kurang puas hati, sebab sepanjang aku berada di situ, tiada perasaan pelik yang aku rasakan.

Rupanya aktiviti ada dan tiada elektrik ni berlaku juga pada siang hari. Habis rumah pangsa dua bilik tu aku geledah, untuk mencari punca kejadian. Tak puas hati, siap dengan luar rumah pun aku pusing.
Malam itu apabila rakanku pulang dari kerja, aku sedia menantinya di bawah blok.

“Hah.. apasal kau tunggu sini? Cuak?” soalnya.

“Kau diri sini,” aku tariknya untuk berdiri disebelahku.

Kami berdua bersandar di dinding, memerhatikan orang yang lalu lalang dan penghuni lain yang sedang beratur menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam (gajet yang paling bernilai dan hot bagi anak-anak muda sezaman kami).

“Kau nampak tak minah tu bersandar kat ape?” soalku sambil menudingkan jari pada seorang gadis yang sedang asyik bergayut di telefon awam.

“Papan ape ntah tu? Daun pintu kot,” balas rakanku.

“Belakang tu rumah-rumah kat sini punya kotak elektrik tau. Setiap kali bersandar, papan tu akan tekan bahagian kotak elektrik rumah kau, sebab ada paku kat belakang papan ni,” balasku.

“Kau yakin ke? Bukan hantu?” soalnya masih kurang percaya dengan kata-kataku.

“Yakin. Sebab tadi aku dah buat eksperimen dengan budak-budak tu,” muncung mulutku ke arah sekumpulan budak yang sedang bermain ceper di lantai blok.

“Aku suruh diorang tolak papan tu dan aku tunggu kat luar rumah kau. Bila diorang tolak, memang radio kau senyap, maknanya takde elektrik,” dia mencebik mendengar peneranganku.

“Habis tu kenapa kau tak minta orang alihkan papan tu?” soalnya.

“Papan tu untuk keselamatan. Dah lah sini juga orang pasang telefon, tempat ulang alik orang-orang blok, bahaya.. sebab ada banyak kotak yang dah hilang penutupnya, jadi diorang cover dengan pintu ni,” balasku.

“Macamana kau boleh terfikirkan benda alah ni?” soalnya.

“Sebab aku cari ni kat dalam rumah kau, tapi takde, aku tanyalah makcik sebelah rumah kau,” jawabku.

Kisah 2.
Di tempat kerja, setelah hampir kesemua staf di seluruh cawangan kami tahu yang aku agak lain dari mereka, sering juga aku diberi tugas-tugas mistik ni. Aku tak suka sebenarnya, kerana ada yang seolah-olah terlalu taksub pada perkara yang sebegini dan lupa akan kuasa Allah.
Suatu hari ketika ada gotong royong di HQ, aku pantau keseluruhan kawasan sambil perhatikan mana-mana staf yang curi tulang. Dibahagian belakang bangunan HQ ada 2 laluan / tangga kecemasan yang amat jarang kami gunakan.

Ketika berjalan di lorong menuju ke tangga kecemasan di bilik paling belakang, aku terserempak dengan salah seorang staf lama yang baru ditukarkan ke HQ, Puan Iqa.

“Cik Nami.. sorang-sorang nak kemana tu, hati-hati, belakang tu sunyi,” tegurnya.

Aku hanya membalas sapaannya dengan senyuman, perut tiba-tiba memulas, tak sempat nak beramah mesra.

Sebelum masuk ke tandas yang ada di lorong itu, sempat ku toleh ke arah Puan Iqa yang masih memerhatikanku.

“Jom,” lawaku kepadanya.

Kali ini dia yang ketawa mendengar lawaanku mengajak dia masuk ke tandas.

Setelah selesai menunaikan hajat, aku keluar dari tandas, ku pandang kiri dan kanan, tiada siapa, lalu ku sambung niatku yang terberhenti tadi, mahu check grill, pintu dan tangga kecemasan. Alhamdulillah, segalanya berfungsi dengan baik.

Laluan kecemasan ini adalah jalan pintas tepi bangunan yang terus ke tapak perhimpunan / halaman luar HQ. Kebetulan ramai juga staf yang sedang berkumpul di situ. Ku senyum dan anggukkan kepala kepada mereka.

“Eh.. Cik Nami? Bukan ke Cik Nami ada kat atas? Saya tak nampak pun Cik Nami keluar tandas,” pucat muka Puan iqa. Dia baru keluar dari ruang tamu level bawah terkejut melihat aku ada bersama-sama dengan yang lain di luar.

Aku membulatkan mataku,

“Saya dari tadi kat sini, kan?” ku toleh pandang pada yang lain. Mereka anggukkan kepala.

Menggigil suaranya bila berkata,

“Betul.. saya nampak Cik Nami kat atas, lalu tepi saya, saya tegur Cik Nami senyum je, lepas tu siap ajak saya masuk toilet lagi, toilet yang kat hujung tu.. yang tak ramai orang guna,” katanya.

Sengaja aku tak senyum, yang lain-lain sudah berhenti dari membuat kerja dan menumpukan perhatian ke kami. Aku kerutkan dahi memandangnya.

“Betullah eh, ada yang cakap toilet belakang tu ada penghuni!” berpeluh-peluh dahinya.
“Lain kali kalau terserempak lagi, minta dia jelma jadi Erra Fazira, saya tak cantik.. kalau dia jadi Erra Fazira mungkin awak takkan menggigil camni,” balasku.

“Kau tahu tak yang Cik Nami ni lain sikit,” salah seorang staf mencelah.

“Dengar cerita je, tapi tak tahu betul ke tak..” balasnya. Aku yang masih berada di situ memerhatikan sahaja mereka berbual.

“Ha’ah Iqa, saya lain sikit. Saya boleh nampak dan berbicara dengan selipar, especially warna hijau,” balas saya sebelum berlalu pergi.

Puan Iqa demam dua hari lepas itu, MC.

Memang ada yang percaya bangunan HQ kami ada penghuni lain. Tapi padaku yang datang tu cuma buat lawatan sahaja, tak duduk pun dalam HQ tu. Tempatnya di pokok buluh tepi jalanraya bersebelahan HQ kami.

Mungkin bosan duduk dalam rimbunan buluh tu, dan HQ kami sentiasa meriah, jadi dia datang untuk bersama-sama kongsi kemeriahan tu.

Sengaja aku memberi reaksi begitu pada Puan Iqa, kerana dialah salah seorang yang rajin bercerita dan sangat taksub dengan benda-benda mistik ni, tapi semua ceritanya dari cerita orang lain, aku berilah dia first hand rasa mistik ni. Sehingga kini, aku tak memberitahu perkara sebenar kepadanya, dan dia masih bangga bercerita mengenainya.

Kisah 3.

Suatu ketika dahulu apabila cuti hujung minggu aku dan beberapa staf suka ikut salah seorang staf kami balik ke kampungnya di Tanjung Sedili, Johor. Kami suka mencari lokan di tepi sungai rumahnya.

Setiap kali itulah akan ada seorang staf , Zura, akan bertanya padaku,
“Cik Nami.. tak rasa apa-apa ke masuk dalam area selut ni? Sini ok ke?” dan juga seperti selalu, aku malas nak layan soalan yang macam ni hanya senyum sahaja.

“Eh kau ni.. lain kali tak payah ikut kalau asyik nak tanya macam tu je… terasa aku.. ni kampung aku, tempat aku membesar,” akhirnya tuan punya kampung bersuara.

“Ada tu.. adalah.. tapi kalau tak layan, dia pun tak kacau, ni kau asyik je tanya, kalau kejap lagi dia muncul, kau layan eh dia, aku cabut dulu,” sambung Ali, nama si empunya kampung.

“Oh.. ada eh,” yang lain pula bersuara, berpusing-pusing kepala mereka yang turut serta memerhatikan sekeliling jeti tempat kami berkumpul sebelum masuk ke dalam kawasan selut yg penuh dengan pokok nipah.

“Sebab tu abah aku pesan baca ayat kursi dan basahkan mulut dengan selawat. Jangan cakap yang bukan-bukan,” katanya sebelum mengetuai rombongan kami masuk ke selut yang sedalam peha.

“Angin petang ni, macam lain macam ah Cik Nami,” sempat Zura berbisik ke telingaku.

“Ada yang tunggu awak ni,” balasku sambil mengenyit mata padanya.

“Eh.. kau jangan..” segera dia merangkulkan tangannya ke lenganku.

Hilang dah panggilan cik.

“Jangan.. ni tengah pegang parang ni.. taknak terkena.. luka nanti..” aku tolak dia dengan siku aku.

Hasil petang itu agak lumayan. Banyak juga lokan yang kami terima. Selalunya susah nak penuh dua guni. Ini terpaksa yang lelaki buka baju dan dijadikan bekas isi lokan.

“Cik Nami.. saya rasa seram sejuk ni tiba-tiba..” sekali lagi Zura merangkul lenganku.

Sebenarnya sejak dari awal lagi semasa melangkah masuk ke bahagian tepi tebing aku dah mula merasakan sesuatu, tapi aku diamkan sahaja. Rupanya dalam perjalanan balik rasa itu datang lagi.

Ku pandang ke arah pokok nipah di sebelah kiriku.

Memang ada sepasang mata merah sedang memerhati kami. Segera ku alihkan pandangan.

“Dia ada kan? Ada kan?” soal Zura bertalu-talu.
“Nampak ke?” soalku.

“Tak.. tapi Cik Nami tengok sana lepas tu terus istigfar dan pandang tempat lain,” balasnya.

“Saje.. dari mulut kita cakap benda-benda yang merapu, kan lebih baik istigfar atau zikir,” balasku.

Suasana makin gelap. Ku lihat jam di tangan sudah hampir 7.30 petang. Berjalan di dalam selut bukannya mudah, jadi jarak yang dekat sahaja boleh makan masa yang lama.

“Err.. ada kan?”soalnya lagi.

Ku ketap bibir.

“Ok.. ada..” balasku. Parang ku halakan ke arah makhluk yang masih memerhatikan kami.

“Sana pun ada.. sana.. situ.. belakang sana..seberang sungai ni pun ada,” jawabku.

Menjerit Zura mendengar jawapanku. Dia cepat-cepat berjalan ke depan dengan susah payahnya.

Seluar hampir tertanggal dan aku perasan, kasutnya juga sudah tertanggal, tertinggal di dalam selutlah ni.

“Kenapa tu Kak Nami?” soal adik Ali yang ikut dibelakangku.
“Dia tanya banyak kali pasal ada tak nampak ‘benda’ kat sini.. a
kak jawab ah ada.. kat sana sini situ..” balasku.

“Hah?” balasnya.

“Main-main je lah.. tapi memang ada seekor kat salah satu tempat akak tunjuk tadi. Tapi dia tak ganggu, dia cuma tengok aje,” balasku.

Itu tiga cerita antara bermacam-macam cerita yang aku lalui sepanjang berhadapan dengan orang-orang yang tahu mengenai diriku yang agak lain dari mereka. Seboleh-bolehnya setiap satu kejadian yang agak pelik mereka nak kaitkan dengan alam mistik. Walaupun kita menafikannya, tetap juga mereka nak aku mengiyakan perasaan dan pendapat mereka.

Lagi sekali aku peringatkan, tak seronok pun sebenarnya bila dapat berkomunikasi dan nampak benda-benda yang tak sepatutnya kita nampak ni. Bersyukurlah bagi mereka yang normal pengihatannya tak macam kami.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nami
PERINGATAN : JANGAN MUDAH PERCAYA
8.6 (86%) 20 votes

11 comments

  1. Jap. Cara cite belagak. Kata “ingat seronok ke boleh nampak hantu” kalau kau tak rasa bangga kau leh nampak hantu. Kau takkan ulang2 mention yg kau ni lain dari org lain. Ni cerita kau yg type bukan kawan2 kau tu.. Kau taknak org taksub tp kau yg buatkan dia taksub, cth ada kat cerita kedua kau. 😌 dan dia tk taksub, dia cuma tak mcm kau yg “lain dari yg lain” ni. Bila something pelik berlaku dia rasa sesuatu dan dia nk tahu. Kau patut terangkan bila kau ada kt keadaan tu bukan buat dia makin takut. It’s happen to everyone yg takda kelebihan tu. Dan sbb dia percaya jin itu wujud. Jin tu makhluk Allah swt juga. Cuma jgn takut dia lebih dari takut Allah swt saja. #itsjustmyopinion 🙂

    1. Yup… agreed with you… sebelum ni aku chill je baca citer cik nami ni… tapi skang rasa cam dah x best… x perlu pun mention ko lain dari kami ni semua sbb kebolehan ko nampak… sama je kot.. Cara ko jawab and handle orang2 sekeliling yang penuh rasa ingin tahu tu mmg poyo… annoying… angkuh… seriously… simpati aku kat ko… heh…

  2. Yup… agreed with you… sebelum ni aku chill je baca citer cik nami ni… tapi skang rasa cam dah x best… x perlu pun mention ko lain dari kami ni semua sbb kebolehan ko nampak… sama je kot.. Cara ko jawab and handle orang2 sekeliling yang penuh rasa ingin tahu tu mmg poyo… annoying… angkuh… seriously… simpati aku kat ko… heh…

  3. ok..one word..berlagak! Sorry lah..ramai jgk yang ade kelebihan tapi x seangkuh ni untuk bagitau dia ade kelebihan ni.

  4. tgk dr cara ayat comment2 atas ni, aku rasa ni semua orang2 yang kenal ko, yang duk sekeliling ngan ko ni nami.. nampak cam terasa hati habis betul tu…

    1. Tak kenal pun. Tak pernah follow up cite dia juga. Just random comment berdasarkan cite dia. 😂 btw, aku reply ni sbb aku salah sorg yg comment kata dia belagak. Bukan terasa..just menegur. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.