Akibat Tidak Berpantang

Assalammualaikum untuk semua para pembaca FS. Kisah ini berlaku pada tahun 2003. Di sini terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekiranya ada yang kurang memahami penyampaian aku. Kejadian ini berlaku ketika aku baru melahirkan anak sulung lelaki yang pertama. Aku adalah seorang wanita yang lincah dan bertenaga mungkin kerana usia aku ketika itu masih lagi muda dan lasak. Hinggakan waktu sarat pon aku masih mampu mengayuh basikal untuk ke kedai. Haha.

Kisahnya bermula begini. Anak sulung aku dilahirkan dengan selamat pada bulan Disember 2003. Seperti aku katakan aku masih muda waktu itu, dan kerap dipesan oleh ibu dan ibu mertuaku untuk berpantang selama 44 hari. Anak pertama aku ini, keadaan aku memang aku rasa aktif semacam. Tak pernah aku rasa lelah penat atau sakit. Walaupun aku bersalin normal tapi doktor sarankan untuk banyak berehat kerana jahitan bawah belum pulih. Bab menjaga pemakanan dan menelan jamu memang tiada masalah bagi aku.

Itu semua aku mampu turutkan. Apatah lagi bila sedap diurut bersalin beserta urutan bayi untuk anak aku selama 8 hari. Bertambah bertenagalah aku, hihihi. Alhamdulilah dalam masa dua minggu dari tempoh bersalin. Segala darah kotor dan jahitan hampir pulih. Tetapi itu dalam kiraan 15/16 hari dari waktu bersalin kalau mengikut pantang, bayi aku masih di dalam tempoh ‘dalam hari’. Di mana bagi semua kaum ibu dan ayah pasti tahu itu adalah tempoh paling berjaga-jaga untuk anak yang masih dalam hari termasuk ibu yang baru bersalin.

Masih segar bugar di dalam ingatan aku. Ketika itu adalah hari Rabu. Suami bekerja di bandar. Rumah aku memang di kawasan bandar. Entah kenapa aku teringin nak ke bandar bersama anak yang baru lahir untuk membeli sedikit barangan untuk aku dan anak aku. Bukan apa, suami aku ini kadang-kadang kalau kirim barang, lain yang dibelinya hehe, itu pun kerana aku berpikiran, jika anak aku boleh dibawa ke klinik selepas dilahirkan 2/3 hari, kenapa tidak aku membawa anak aku keluar sebentar untuk membeli barangan yang diperlu.? Maaflah, waktu itu aku ini naif sangat, hanya ikutkan kata hati dan bertawakal. Dan aku tidak mahulah menyusahkan suami aku yang sedang sibuk bekerja.

Sebelum aku keluar dari rumah, aku menelepon di tempat kerja suami aku. Minta izin dan kebenarannya. Mula-mula memanglah suami aku tidak bersetuju. Tapi atas desakan aku dan kebetulan oleh kerana waktu itu aku duduk serumah bersama ibunya. Ibu mertuaku pulak tiada di rumah kerana bermalam di rumah nenek suami. Suami akhirnya izinkan jugak, kalau tidak suami memang tidak akan mudah bersetuju, takut ibu mertuaku marah hehehe. Tetapi ada syaratnya, suami aku mahu aku pulang bersama dia. Oleh kerana dia habis pukul 3 petang, dia suruh aku tunggu di luar tempat kerjanya untuk pulang bersama. Dengan pantas aku bersetuju.

Aku berangkat keluar dari rumah bersama anak sulung aku dalam 12:30 tengah hari. Anak aku, aku letakkan di dalam ‘pram’ bersama ayat yassin di bawah bantalnya dan beberapa pendinding yang diberi dari pihak mertua. Langkah untuk berjaga-jaga kata ‘mereka’. Aku begitu ghairah untuk memperkenalkan anak aku dengan keadaan sekeliling haha maklumlah anak pertama. Happy semacam. Macam orang gila pun ada, yelah bukannya anak aku boleh nampak lagi sepenuhnya dan bukannya dia faham atau balas pun apa yang aku sampaikan. Kikikikih.

Seperti aku katakan aku ni aktif sangat. Kuat berjalan. Jadi untuk ke bandar aku hanya berjalan kaki dan menolak ‘pram’ anak aku. Perjalanan tidaklah jauh sangat. Kalau menaiki bus pun pada waktu makan rehat begini sudah tentunya sesak dan penuh dengan orang-orang dan budak sekolah yang pulang tengah hari. Kalau nak tahan teksi hmm, lagilah berpuluh-puluh minit lenguh menanti. Kalau zaman sekarang senanglah, ada Uber/Grab haha.!

Aku teruskan perjalanan aku. Harian aku. ‘Shopping’ sakan. Beli ini dan itu. Tambah ini dan itu. Jam 2:55 petang aku sudah berada di luar perkarangan tempat kerja suami aku. Tepat jam 3 kelihatan suami sedang berjalan keluar dari pintu tempat dia bekerja. Aku tersenyum, suami aku menjeling sinis hehehe, ” ma.. kita makan dulu eh. Hari ni you tak payahlah masak.. dah penat you berjalan.. kesian you. Lagipun tu Ian tidur nyenyak dah tu, shiok kena angin luar”, suami ketawa. Aku pun membalas, “yelah memang mama nak makan luar.. kat rumah pun dah masaklah.. eleh tak payah masak konon.. nanti balik kebulur!”, sindir aku. Suami ketawa, “alhamdulilah, tu namanya rezeki.. haha. Dah jom kita makan tempat best. Pa lum try lagi kedai makan dekat tingkat 4 tu, jom ma! Kawan keje papa semua cakap best power!”, kata suami sambil menolak pram Ian anak kami. Aku hanya mengikut langkah kaki suami aku. Sejujurnya memang aku dah mula merasai lapar pun dari tadi berjalan, penat jugak tolak pram anak ni, hihihi.

Selesai makan dan melakukan sedikit ‘groceries’ bersama suami. Paling best sebab suami ajak beli pakaian baru untuk aku, maklumlah dari bersalin baju aku semuanya dah longgar. Saiz badan sudah kembali asal. Memang aku ni spesis kecik dan kurus haha takkanlah nak dipakai baju mengandung lagikan. Baju yang lama pula kebanyakan aku dah derma dekat orang lain sebab memang tak ada ruangan untuk simpan baju-baju lama di rumah mak mertua. Terpaksa disedekahkan pada yang perlu hehe. Akhirya kita berlalu untuk pulang, jam hampir 5:30 petang. Waktu itu asar baru sahaja berlepas.

Waktu sebeginilah yang membuat jalan raya sesak penuh dengan kenderaan. Suami tidak mahu berjalan kaki. Kerana selalunya dia pulang dari kerja dengan menumpang kawan kerjanya yang menaiki motosikal. Tapi hari itu dia bermatian hendak menaiki teksi. Aku ni jenis tak penyabar nak tunggu teksi tepi jalan, lebih baik jalan kaki. Tak sampai 30min pun. Suami aku ni memang tidak suka berjalan mungkin lelah dari kerja belum hilang. Nak tak nak, akhirnya suami terpaksa akur dengan kehendak aku untuk pulang berjalan kaki sebab sudah hampir 6 petang. Tidak lama lagi waktu maghrib akan tiba. Takut nanti terlambat sampai rumah macam-macam pulak jadi. Hah.! Tahu pun aku nak ‘risau’! haha.

Laluan jalan untuk pulang ke rumah berbeza sedikit, sebab ade laluan ‘shortcut’. Suami cadangkan kita berjalan mengikuti laluan itu. Aku pun turutkan sahaja. Lagi cepat sampai rumah betul tak.? Laluan yang aku maksudkan ini, memang sunyi sebab dia ala-ala ‘park’ kecik macam taman riadah. Kalau ada yang berjalan pun tidaklah ramai. Sewaktu berjalan lepas dari taman riadah yang aku maksudkan tu. Aku harus menaiki jambatan jejatas untuk melintas ke kawasan rumah aku. Sedang aku berjalan bersama suami. Suami pula sedang menolak pram anak aku sambil tersenyum-senyum memerhatikan raut wajah Ian yang sedang nyenyak diulit mimpi. Mata aku berkeliaran tanpa sengaja ke salah satu pokok besar di tepi jambatan itu.

Aku terpaku. Kelihatan ada seperti makhluk sedang berbaring miring di atas tanah dengan badan belakangnya menghadap ke arah aku. Aku terkebil-kebil untuk pastikan apa yang aku nampak. Tapi aku hanya berdiam diri dan tidak mahu menegur atau memberitahu suami kerana takut apa-apa buruk akan berlaku. Tapi oleh kerana aku dah ternampak, aku jadi kecut perut. Suami aku tidak sadar akan perubahan aku. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara tangisan Ian yang nyaring. Suami aku berhenti seketika. Aku dengan pantas menyuruh suami mengangkat anak aku dari pram dan memeluknya kuat sambil suami membacakan kalimah ayat-ayat suci di telinga Ian. Ian kelihatan beransur tenang selepas dibaca dan oleh kerana hampir tiba di rumah, suami berikan dahulu air putih botol untuk Ian minum seketika.

Setibanya di hadapan pagar pintu rumah kami, suami memberi salam seperti biasa dan melangkahkan kakinya masuk bersama Ian yang berada di dalam dakapannya. Aku yang baru sahaja ingin melangkahkan kaki kanan aku masuk ke dalam rumah, tetiba terasa ada sesuatu air panas yang mengalir di kedua belah kaki aku. Aku alihkan pandangan aku ke bawah. MasyaAllah, kaki aku belumuran darah pekat yang mengalir begitu deras tanpa henti. Aku menjerit, ” paaaa!!!!!!!!!! Kaki ma bleeding!!!!!!! Ya Allah kenapa ni”. Suami aku yang baru sahaja meletakkan Ian dia atas katil terkejut dan bergegas ke hadapan pintu rumah. “Ya Allah, kenapa ni ma? Banyaknya darah?? Ya Allah”, suami aku bertambah cemas.

Suami mendukung aku ke tandas untuk bersihkan darah yang berlumuran. Aku berkata pada suami, “tak apa pa.. ma boleh bersihkan sendiri, darah kotor je kot ni.. mungkin kerana banyak berjalan gaknya. Pa, cucikan darah depan pintu rumah tu dulu pa, nak maghrib ni”. Suami aku langsung ke hadapan untuk menyiram bekas darah di hadapan pagar pintu rumah. Ketika itu kedengaran suara Ian sedang membebel sendiri tapi bukan menangis. Alhamdullilah. Memang bayi dalam hari ni suka ketawa menyenyeh sendirikan, darah masih mengalir penuh. Selepas habis suami bersihkan lantai di pagar hadapan rumah, dia kembali ke tandas dan menghulurkan aku pakaian dalam serta berlebihan ‘pad’ untuk digunakan dan berlalu pergi ke bilik untuk menyusukan botol buat Ian.

Selesai aku membersihkan diri. Aku bersihkan tandas sekali yang masih ada bekasan darah yang tidak dapat mengalir keluar dari arah pipe dalam tandas itu. Waktu aku sedang menyembur air di celah-celah tandas, kedengaran suara perempuan sayup-sayup mengilai dari arah tingkap kecil yang berada di dalam tandas itu, aku tersentak. Mata aku dialihkan ke tingkap kecil itu. Aku ingin pastikan dari mana datang suara itu. Semakin lama semakin sayup dia ketawa. Hati aku berdegup laju. Aku undur ke belakang untuk keluar dari tandas. Apabila tangan aku hampir mencapai tombol pintu aku lihat lagi ke arah tingkap itu, kali ini aku hampir meroyan.

Aku ternampak kain putih yang serupa di bawah jambatan jejantas tadi, cuma kali ini dia terapung lurus tanpa kelihatan wajahnya dan mengilai seakan memanggil aku untuk ke hadapan. Aku berlari keluar dari tandas. Pintu dihempas kuat hingga mengejutkan anak aku Ian dari pangkuan suamiku. Suami jugak turut terkejut dengan kelakuan aku. Badan aku menjadi panas serta merta. Suami ambilkan segelas air dan membaca surah ayat suci. Lalu diberikan kepada aku untuk menenangkan diri aku. Alhamdulilah. Aku berjaya tenangkan diri aku dan memandang ke arah suami aku. Suami aku yang sedang menanti penjelasan dari aku kelihatan tenang lalu bersuara, ” ma, pa mandi dulu. Solat dulu. Nanti kita bebual..k..jaga Ian dulu. Jangan pergi mana-mana”, kata suamiku tegas.

Aku mengganguk lemah. Masih terbayang jelas apa yang aku nampak sebentar tadi. Mujurlah tiada apa-apa yang kurang enak pada Ian. Hanya aku je yang gelisah. Selesai suami aku mandi dan solat. Aku ceritakan semuanya apa yang aku nampak. Suami aku meminta maaf kerana lupa akan kawasan rumahnya itu yang sememangnya ‘keras’ dari dahulu dan memandangkan aku dan Ian masih dalam pantang. Suami tidak lagi mengizinkan aku dan Ian keluar dari rumah sehingga habis pantang. Dia risau akan keselamatan aku dan Ian. Syukurlah tiada apa-apa kesan yang memudaratkan berlaku terhadap aku dan Ian hingga aku habis pantang dan mujurlah ‘benda’ itu tidak masuk ke dalam rumah. Sekian itu sahaja pengalaman waktu aku dalam tempoh ‘dalam hari’. Terima kasih kerana sudi membaca.

13 thoughts on “Akibat Tidak Berpantang”

  1. nak je aku marah kau ni. orang dah kata jangan tapi nak buat jugak. padahnya mendapat la kau.. sebab orang degil mcm kau ni la mentaliti org sekarang ckp yg takpe, org pantang skrg tak macam dulu. skrg dalam hari pun dah boleh keluar rumah. takde hal.. ehhh, geram la aku..

    Reply
    • hmmm kenapa degil sangat lahai kau ni..
      mujur lah takde pape si baby tu.
      aku dah imagine macam2 dah time kau ternampak something kat pokok tu.
      mujur la dia tak ikut kau balik wei.
      pls la after this jgn nak berani sgt keluar2 waktu dalam hari.
      ehhh, aku pon geram lah.

      Reply
  2. Banyak haha hehe dekat ayat tak spatutnya jadi spoil bila baca. Tapi part akak cerita detail pasal darah, smua tu waktu bersalin rasa ngilu je adek dengooo. Takutnya nak beranak ??

    Reply
  3. Ishh bahaya nya..pantang 2 minggu dh boleh berjalan kaki,jauh pulk tu,siap berlari2..tak takut ke tombong terkeluar..rahim kan masih lemah lg tu..

    Reply
  4. Budak2 muda skrg mcm ni la…degil tak nak dgr pesan org tua2….lelaki skrg ni kalau tombong terkeluar gara2 isteri tak nak berpantang2 senang2 je mrk cari lain dik non oiii…yg kita ni pompuan kena la sayang diri dulu tau…jgn ikut hati aje nak merayau2 dlm pantang….buang sikit napsu nak berjalan tu sekejap boleh?

    Reply
  5. X dapat bayangkan baru 2 minggu beranak dah boleh berjalan2..aku masa 2 minggu masih berperang dengan sakit dekat tut..hampir 2 bulan baru ade semangat nak berjalan..

    Reply
  6. Dah tahu tengah berpantang sibuk nak keluar.
    Acah2 mcm ‘superwoman’ gaya nya.
    Taknak naik cab/bus. Nak jalan kaki. Lol sangat.

    Reply
  7. Sebab tu xbolw degil..orang tua ckp denga! emmm…dan ini akan di repeat2 oleh ko kpd anak2 ko. dan anak2 degil jgk dan d repeat lg kepada anak2 kpd anak ko..eh dah la. ape aku merepek ni..

    Reply
  8. Sorry, hilang seram sbb geram..hari ke 15 ko jln pegi bndar 30 minit?? tolak anak dlm stroller? mkn luar?eh waras ke x ko ni? eeii geram aku.. Mendapat la kan..

    Reply

Leave a Comment