Pertama Kali Ke Bangi
Ping!
Masuk pesanan ke Facebook Messenger.
Salam, Syafiq, saya Liza, boleh tengok keris ini tak? Saya rasa suami saya seakan hilang arah. Sekarang ni ,dia tak balik rumah. Saya jumpa keris tertanam didalam pasu depan rumah. Mohon bantu ye.
Mesej itu dari seseorang yang aku panggil Kak Liza. Ada gambar keris kecil.
Aku membalas. Dan setelah beberapa kali mendapat balasan.
Syafiq, boleh ke Bangi? Akak aturkan. Bawak anak isteri sekali.
Aku dan isteri setuju. Rancangan Kak Liza adalah untuk merawat suaminya dari jauh sebab suaminya mungkin tidak hadir untuk sesi rawatan kelak.
Hari yang dinantikan tiba, aku dan keluarga kecilku sampai ke KL. Dan diambil oleh Grab yang ditempah Kak Liza langsung ke hotel di Bangi.
Rupa-rupanya, yang jemput aku malam itu dari hotel, Kak Liza dan suami, Bang Sam. Kalau diikutkan, suaminya belum balik dari kampung. Tapi, alhamdulillah, disambut mesra oleh mereka berdua. Isteri dan anak aku tinggalkan di hotel.
Kebetulan malam itu, adikku, Faruk turut serta memandangkan dia memang ada di Selangor untuk kursus selama 2 bulan. Faruk hadir ke rumah Kak Liza bersama rakannya, Helmi.
Rumah Kak Liza agak ramai kerana ada beberapa orang yang berhajat. Kak Liza berikan aku peluang untuk merawat kawannya dulu. Tidak lama sesi merawat kawannya kerana kawannya mengaku ada menyimpan cincin batu yang disyaki berisi saka.
Maka, sesi rawatan Kak Liza bermula. Semua keluarga memberi perhatian penuh ke atas Kak Liza.
“Pejam mata kak. Kosongkan minda. Hanya berzikir Ya Latif di hati.”
Kak Fiza memejamkan matanya dan berzikir. Aku memintanya mengikut aku berdoa di dalam hati.
“Ya Allah, bantu aku. Aku lemah. Aku sakit. Hanya Engkau yang Maha Penyembuh.”
Keadaan masih terkawal.
“Syahadah kak. Dan selawat banyak-banyak.”
Aku memerintahkan segala penyakit dan apa jenis gangguan yang ada pada Kak Liza hadir.
“Segala gangguan yang ada di sendi, urat saraf dan lain-lain pada jasad, turun dari ubun-ubun!”
Kepala Kak Liza ke kiri dan kanan seperti tarian India.
“Hoi! Sape engkau eh! Sibuk je!” Jerit Kak Liza.
Ketika ini semuanya fokus pada Kak Fiza. Rancangan nak rawat suaminya, tapi kes Kak Liza lebih berat rupanya.
“Sape yang berhajat? Kau nak ape?” Seperti biasa aku menyiasat.
“Kenape nak tau?! Sibuklah!”
Bengang dengan sikap jin yang suka menjerit. Aku merantainya.
“Rantai yang panas! Ikat!”
“Arghhh…sakit bodoh!”
Respon yang baik aku dapat dari jin tersebut.
“Sakit? Nak lagi?” Aku menganjing.
“Janganla ganggu aku, bodoh!”
“Kau yang ganggu dia!” Balasku.
Riak wajah Kak Liza seperti kesakitan dan ingin melepaskan diri dari sesuatu.
“Baik, aku nak tau kau sapa? Apa tujuan kau? Sapa tuan kau? Cakap ye..kita deal baik-baik. Boleh?”
Faruk dibelakang juga membantu. Dia memantau dan “menyelam” untuk membantu mencari punca.
Jin tersebut masih degil walaupun dia kesakitan.
Aku tidak putus asa memujuk agar memberikan kerjasama yang baik. Agak-agak setengah jam memujuk.
“Baiklah! Kau degil ye..sekarang, api hitam hadir dari tanah! Kelilingi dia dan bakar!”
Riak wajah jin semakin gelisah dan lemah.
Aku niatkan segala ilmu dan kekuatan yang pada jin itu habis.
Jin tersebut kelihatan keletihan. Tiada lagi riak sombong dan degil.
“Baik, kita cakap baik-baik ye? Kau siapa?”
“Aku jage dia, bodoh!”
“Cakap baik-baik!” Faruk memberi amaran.
“Sekarang, apa cerita sebenarnya?” Aku menanyakan lagi.
“Orang tua tu yang bagi aku jaga dia semenjak di Semarak.”
Aku kurang faham. Lantas Bang Sam memberi jawapan dengan perlahan tatkala aku menoleh ke arahnya.
“Semarak tu rumah bekas suami.”
Aku mengangguk.
Aku masih kurang faham apa kaitan orang tua dan bekas suaminya.
“Bodohlah! Orang tua tu dah m**i!” Jerit jin tersebut.
Yela, kau cerdik, pastu ikut cakap dia, kan?”
Kami gelak sakan. Puas hati dapat sindir balik.
Rupanya, tuannya dah meninggal dunia, iaitu arwah ayah tiri bekas suami. Perjanjian jin adalah untuk memastikan segala gangguan yang dihantar berjaya.
“Menjaga kau cakap? Itu menyakiti tau!”
Jin itu diam. Tahu dirinya salah tapi tiada apa yang mampu dibuat. Dirinya terikat dengan perjanjian.
“Baik, sekarang ni, kau tak bertuan kan?”
Jin menggeleng kepalanya.
“Kau nak bebas dari perjanjian? Tak perlu lagi ‘jaga’ Kak Liza. Boleh?”
Pujukan demi pujukan akhirnya berjaya.
“Baik, apa barang yang diguna?”
Aku sempat menoleh ke arah Faruk dan kami merasakan ada sangkut-paut dengan mayat.
Sah! Mayat! Diakui jin tersebut.
“Hadirkan mayat tersebut. Kuburan mane?”
“Perak. Lintang.”
“Mayat perempuan ke laki?”
“Perempuan.”
Aku menghadirkan mayat perempuan. Niat untuk membersihkan mayat.
“Tiada lagi ilmu dan perjanjian ke atas engkau wahai mayat. Bersih. Hanya mayat biasa. Kembali ke tempat asal kau.”
Aku kembali mencari punca. Jin mengambil miang buluh dari muka Kak Liza. Muka Kak Liza sebelum rawatan kelihatan seperti gatal-gatal.
Setelah puas, aku menawarkan jin tersebut agar memeluk Islam. Alhamdulillah, jin tersebut langsung setuju. Tidak perlu dipujuk.
Aku mengajarkan jin ucapan syahadah serta mafhumnya. Alhamdulillah. Jin tersebut Islam dan seperti kebiasaannya, Fatimah nama yang mereka pilih. Nama kesukaan kaum jin betina. Barokah sungguh nama anak kesayangan Rasulullah.
“Baik, janji kau takkan ganggu lagi ye?”
Fatimah mengangguk. Lantas dihantar ke Mekah.
Kak Liza dikejutkan. Nampak beliau penat. Aku meminta Faruk membuatkan air untuknya. Kak Liza minum dan berehat sebentar. Dalam 10 minit, aku dan Faruk memberi Kak Liza untuk mengumpulkan kekuatannya kembali.
“Kak, kita check keris ye? Lepas akak ready la.”
“Baik. Rasanya dah boleh sambung ni.” Balas Kak Liza.
Kak Liza memejam mata. Aku memintanya syahadah di dalam hati. Itulah kunci kepada segalanya.
“Baik kak, perintah mereka yang menjadi punca kepada keris ini hadir di depan akak!”
Kak Liza kelihatan lebih tenang berbanding rawatan tadi.
“Syafiq, akak tengok ade beberapa warga Indonesia pergi ke hutan. Cantik. Jumpa bomoh orang Asli ”
Tempat yang digambarkan hutan yang cantik. Tidak jauh dari situ ada air terjun. Itulah gambaran pandangan Kak Liza.
“Mereka pegang keris yang Tok Bomoh tu bagi. Siap baca dan perasapkan.”
“Baik kak, rantaikan mereka semua dengan rantai panas!”
“Dah ”
“Tujuan mereka kak?”
Kak Liza mendiamkan diri. Masih meneroka.
“Nak jatuhkan bisnes abang. Diorang ni pekerja-pekerja abang. Supaya abang hilang arah. Tak boleh fikir dengan betul ”
Aku mengarahkan Kak Liza mengosongkan segala ilmu dan amal.
Pekerja Indon itu 3 orang. Dirantai bersama Tok Bomoh. Mereka meronta minta dilepaskan.
Keris terlepas dari tangan Tok Bomoh. Kak Liza memanggil keris tersebut .
“Wahai keris, kosong tak berilmu engkau!”
Keris itu rebah ke tanah. Hanya keris biasa. Tidak lain kecuali hanya dapat dijadikan perhiasan.
“Kamu semua. Habis ilmu dan amalan kamu!
Aku tanam kamu semua!”
Keempat mereka dilontarkan ke dalam lubang yang sangat dalam. Hanya dengan taubat barulah mereka boleh terlepas dari rantai itu.
Sempat aku merawat Bang Sam sebelum mengakhiri sesi rawatan di rumah mereka
……………………….
“Sedap Beriani sini, Fiq. Haa. Dil, makanlaa.” Kak Liza dan Bang Sam.
Memang sedap Beriani Gam di Bangi. Aku tanpa segan silu makan sampai licin.
“Fiq, akak nampak ade benda ikut Syafiq. 2 ekor.”
“Hah? Bende apa?”
“Harimau dua ekor. Satu besar satu kecik.”
Aku senyum. Bukan kali pertama aku dengar kenyataan itu. Wallahualam.
Insyaallah, akan aku ceritakan Kak Liza dan suami membantu aku untuk kes yang lain di Bangi. Juga satu kisah yang menarik.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
assalamualaikum , tuan punya cerita tolong sambung cerita seterusnya. Berkaitan 2 ekor harimau tersebut. Agak menarik, terima kasih
Sebuah lagi nukilan bagus dan menarik dari Bang Shafiq …dan kawan2 …
Semoga terus berkarya …
Dah tak sabar nak baca lagi 1 kisah yang menarik tu ..dan kak Liza dan Suami dia …
Waalaikumssalam. Dh smbung..nama.tajuk ‘Kembali ke Bangi’
Boleh ubatkan orang dari jauh ke? Ibu sakit. Badan banyak lebam2. Berubat banyak tempat tapi masih sama.