Terima kasih admins kerana sudi paparkan kisah aku berjudul LANGSIAQ. Terima kasih juga kepada yang sudi baca dan memberi komen.
Baik, kisah kedua ni terjadi kat kampung aku juga. Lama dulu dah. Tapi aku dah cerdik sikit dah. Masa langsiaq singgah rumah tu tak banyak akai lagi.
Cerita berlaku sampai ke tahap kawan baik aku jadi gila. Nama dia Shafie. Kami kawan2 gelar dia Pi’e. Macam nama arwah pelawak terkenal dari Penang tu.
Pi’e ni mengaji dengan ayah aku, tua dari aku setahun. Anak murid ayah aku ramai beratus orang. Ustazah Bahiyah yang selalu keluar tv tu salah sorang ler. Pi’e berkawan baik dengan aku. Memang tadak masalah la budak Pi’e ni. Takat nakal2 hisap ganja tu apadahal. Asalkan tak pernah mencuri ye tak? Tapi Pi’e ni dia punya ketegaq taktau nak habaq. Ketegaq sungguh bukan besa besa punya. Lain ayah aku ajaq lain yang dia buat. Ayah aku ajaq mad asli 2 harkat dia bantai 8 harkat. Ayah aku ajaq solat jenazah 4 takbir dia balon sujud sekali. Time sembahyang raya orang datang solat awal dia datang time khutbah, abih buat heran pasaipa tak khutbah dulu baru solat? Dia ni jenih apa orang tak bagi buat yang tu dia nak buat sangat2. Ada masalah bendul pun sama dia ni tapi tak 100% bendul. Suka ikut akai dia sendiri ja. Baiknya, dia tak kacau orang.
Satu hari, ada seorang bukan penduduk asal situ meninggal dunia. Bukan islam tapi buddha. Orang tua ni asal siam. Entah bila dia merantau ke kampung tu aku pun tak pasti. Tau tau ada ja. Dia jarang bercampur dengan orang, rajin menyendiri dalam rumah serba tak cukup dia tu. Keluarga pun tak ada. Lonely la orang tua ni. Dia mati dah 3 hari baru orang kampung tau sebab bau busuk yakmat.
Dah dia mati tu takpa la. Si Pi’e yang tak dengaq cakap ni mula nak mai gila dia. Dia ajak kawan2 termasuk aku masuk ke rumah angker tu. Ofcoz la aku folow sebab aku pun jenih suka cari pasai jugak.
Suatu petang tu kami pun masuk bertiga. Sorang lagi nama Din. Pintu rumah tu dah dipalam dengan polis punya reben kuning tu. Dilarang masuk sebab jadi kes polis. Tapi kami peduli apa. Dalam diri memang ada cita2 nak jadi inspektor pun.
Sebaik pintu dibuka, baunya MasyaAllah. Punya busuk serupa ada bangkai gajah dalam tu. Patut la orang kampung dok membawang sakan. Ayah aku pun pesan dah jangan gatai nak pi main area rumah ni. Tapi anak dia ni termakan hasutan Pi’e. Ni kalau ayah tau memang ranting buluh singgah tengah belakang la.
Kami pun masuk ke dalam dengan menutup hidung guna baju masing2. Keadaan sangat suram dan hapak teruk. Sedikit bias cahaya dari luar mula menampakkan sisi dalam yang hitam dalam rumah tu. Tau ada apa? Bangkai kucing berselerakan dalam rumah. Tak kurang dari 20 ekor. Ada yang mati seakan2 digantung, disembelih dan paling sadis ada seekor kucing dibakar separuh badan atas pemanggang tanah. Separuh badan elok separuh lagi hangus.
Aku ni lelaki kacak pencinta kucing. Merembes air mata aku tengok keadaan macam tu. Sedih bercampur hairan. Kenapa macam ni? Why baby why??? Apa yang orang tua ni buat dengan kucing2 ni? Kenapa zionist sangat perangai ni woi??
Aku dah tak tahan. Tak sampai 5 minit dalam rumah tu aku dan Din terus cari pintu keluar. Terbatuk2 kami sebaik dapat menghirup udara segar. Cahaya sore pun kian malap diufuk barat menandakan magrib bakal tiba. Maksudnya kena blah dari situ sebelum ayah aku tunggu dengan rotan keramatnya kat depan rumah. Ayah aku bukan boleh. Tak pi masjid kena ada alasan kukuh.
Sebelum aku tekan pedal basikal baru aku perasan. Pi’e masih kat dalam. Din pun tak jadi blah. Kami keloi (panggil) Pi’e dari luar tapi tak menyahut. Cacamerba dah Pi’e ni. Pengsan ka apa? Aku turun dari basikal dan jengoi kepala ke dalam rumah puaka tu. Ya Pi’e ada kat dalam bahagian dapur. Pi’e tengah membaca sesuatu pada sekeping kain di tangannya. Aku yang dah alang2 cerdik masa tu terus cuak. Aku panggil lagi Pi’e tapi dia diam dan tekun membaca macam nak jawab paper SPM. Exam lambat lagi la Pi’e brader.
Aku masuk rapat ke Pi’e nak tengok apa yang dia ralit sangat. Rupanya pada kain tu ada tulisan siam dan separuh tulisan jawi. Aku pun belek2 tulisan pada kain yang masih di tangan Pi’e. Dengan jelas aku nampak ayat Bismillahi tapi takda Rahman dan Rahim. Diganti dengan tulisan siam yang dah tentu aku tak paham. Magicnya….Pi’e dapat baca macam dia paham sangat. Lancar dan sedap bunyinya bercampur2 arab dan siam. Hah sudah!! Sejak bila dia ni pandai cakap siam? Cakap penang pun kadang2 gagap.
Aku cuit bahu Pi’e nak ajak blah, tetiba aku dengar suara ayah aku panggil dari kejauhan.
“Edyyy…baliiiqqq” (edy bukan nama betul aku ya. Bagi nama betul kang adik beradik aku terbaca kena beletiaq plak hahaha. Rahsia keluarga gak ni)ayah aku panggil balik. Eh…rumah aku dengan tempat ni jauh kot. Takkan suara ayah bleh fly sampai ke sini?? Dalam hati dah mai ghoplah jingga. Macam mana ayah tau? Ada talibarut pi habaq ka apa??
Lagi sekali aku dengar
“Baliiiikk”
Tak cakap banyak terus aku heret Pi’e keluar. Dia jadi macam penagih dadah la pulak. Huk dak hek dak. Diam seribu bahasa sepanjang balik ke rumah.
Aku sampai ke rumah tepat waktu bilal sedang azan. Masuk je rumah mata aku melilau cari ayah aku dulu. Jangan main. Kadang2 rotan sampai dulu sebelum mata aku sempat tengok bayang ayah. Tapi ayah takda, mak yang muncul.
“Ayah pi masjid dah. Cek pi mana sampai ke magrib? Ayah pi awai tadi ada mengaji. Dah tau malam ni mengaji dok pi melilau buat pa? Hang nak kena dengan ayah??…” dan pompang pompang kompang dipalu ke telinga aku. Mak kalau beletiaq hang tahan je la telinga tu. Jangan dilawan. Dia beletiaq sebab nak kita jadi orang. Sumpah aku rindu mak beletiaq. Dah 2 tahun mak tak ada. Tolong sedekahkan alfatihah untuk mak aku ya.
Kakak2 aku tersengeh je kat aku. Abang aku pun dah folow ayah ke masjid. Habis la. Aku paling last. Menjawab la satgi.
Dah siap2 aku terus ke masjid. Ayah jadi imam macam biasa. Habis mengaji dan solat isya’ ayah aku panggil. Jantung macam nak pecah baq hang. Tapi ayah aku cool. Dia tanya elok2.
“Pi’e mana??”
Aik?? Kenapa Pi’e? Why him not me? Lega rasanya huhu.
“Pi’e taktau? Kat rumah la kot. Petang tadi nampak ja kat padang”
Aku cuba cover line. Tapi dalam hati dapat rasa yang ayah dah hidu sesuatu. Lirikan matanya lain macam. Jahanam macam ni. Hanat la hang Pi’e. Awat dok ajak aku buat benda pelik2 ntah?
Selang 2 hari, aku masih tak nampak muka Pi’e baik di padang ataupun kat masjid. Sehinggalah pada hari ke 3 di petang nan damai aku lepak dengan geng sekampung di padang. Port biasa kami la. Dari jauh aku nampak Pi’e datang kayuh basikal. Wah! Hidup lagi rupanya dia.
“Hang pi mana Pi’e? Ingatkan dah kena tanam” Sapa aku bergurau kasar.
Pi’e tersengeh-tesengeh macam biasa. Gelak ketawa macam biasa, hingaq macam biasa. Cuma aku jadi pelik bila kat dia bau taik kucing. Bau hamis macam kucing gelandangan pun ada. Dan lagi pelik bila time nak balik dia sound aku… “lapaq la, nak balik makan gulai kucing.” Apa jadah melawak macam tu. Aku sayang kucing kot. Taboh cirit satgi haa…
Malamnya, usai urusan di masjid, aku dengan ayah siap-siap nak balik. Datang Lebai, ayah Pi’e kelam kabut menggulung kain pelikat.
“Imam tolong sat….anak aku!” Lebai menyapa ayah tanpa bagi salam.
“Hah..pasaipa? Anak yang mana?” Ayah aku bingkas bangun dari tangga masjid.
“Pi’e! Mai sat tengok… dah lain macam ni.” Waktu ni aku dah jem. Teringat balik keadaan Pi’e petang tadi. Awat plak daaahh???!! Demam ka pengsan ka sawan ka?
Aku dan ayah membontoti Lebai ke rumah dia. Kemain laju dia jalan sampai mengah aku kat belakang. Ayah steady pula. Laju je dia ikut. Sampai di rumah Lebai, mak Pi’e dengan adik dia lagi 2 orang ada kat luar. Pak Leh jiran sebelah anak beranak pun ada. Semua dok kerumun kat luar. Agak kecoh keadaan masa tu. Dari dalam rumah Pi’e aku dengar bunyi mentera siam. Oh my God. What is this man??
“Tolong sat Imam. Dia start jadi malam semalam tapi tak teruk macam ni. Semalam dia cakaq dinding, bercakap sorang-sorang. Malam ni jadi macam ni dah.” Kata Lebai kat ayah aku. Ayah aku naik ke rumah, aku ikut belakang. Kalau jadi apa-apa aku cabut dulu.
Masuk dalam rumah aku nampak benda yang paling aku tak suka tengok. 2 ekor bangkai kucing terkangkang kat penjuru rumah. Sekornya kepala dah hilang. Sekor lagi darah merambu keluar dari perut yang terburai. Darah bersepah-sepah di tengah rumah hingga ke dinding, Aku ni tengok kucing mati eksiden pun boleh meroyan inikan pulak mati kena bunuh. Sentap siot.
Dari dalam sebuah bilik yang aku amat pasti itu bilik Pi’e, dengar bunyi mengomel yang aku langsung tak paham. Macam orang bercakap sambil makan. Ayah aku terus hala ke bilik tu. Dan tadaaaaa… Pi’e tengah melekat kat palang tingkap dengan kepala kucing ada dalam mulut dia. Dengan rakus Pi’e cuba kunyah kepala tu. Masa tu aku berasa nak balon Pi’e dengan penyapu. Hang makan binatang kesayangan aku la jinbet. Pi la makan ayam ka arnab ka. Ni apahal makan kucing?
Ayah aku beristighfar banyak-banyak melihat keadaan yang luar biasa tu. Lebai ada belakang aku. Nampaknya dia lebih penakut dari aku.
“Edy…hang balik panggil abang Ngah” Kata ayah aku. What?? Me again?” Tengah malam nak balik sorang-sorang lepas tengok drama seram secara live ni? Oh tidak..
“Nganga apa lagi…pi balik panggil abang haaaannggg..” Repeat ayah aku dengan suara lantang. Aku pun terpaksalah yes boss! Aku berlari balik dengan pecutan entah berapa kilo sejam pun taktaulah. Sedar-sedar dah ada kat rumah. Lepas sampaikan mesej ayah, abang Ngah terus siap dan kami kayuh basikal berdua ke rumah Pi’e. Kenapa ayah aku panggil bang Ngah? Sebab dalam ramai-ramai anak yang ni la paling dengar cakap, paling kuat mengaji, paling taat dan paling rajin sedut ilmu ayah.
Sampai je di rumah Pi’e ayah panggil kami naik. Ayah pandang aku dengan tajam.
“Cakap…hampa pi mana baru ni? Cakap biaq terang takmau kona-kona!!” Bentak ayah aku. Okay ini serius. Terus aku cerita A to Z. What, who, when, why, up, down, left, right semua keluar. Sampai aku terbersin dalam rumah tu pun aku story habis. Ayah, lebai, abang Ngah dengan 2 3 orang lagi jiran mendengar dengan tekun….sambil tepuk dahi.
“Ampa ni laaaa….awat taktau. Ketegaq! Orang kata dah jangan pi ampa pi jugak.” Lebai cuba menambah garam di luka yang masih berdarah. Aku cuma tertunduk sipu dengan rasa bersalah.
“Ini kerja JIN. Sihir kucing dari siam” Kata ayah aku mengeluh tanda kesal.
Menurut ayah aku, orang yang amal ilmu ini kena bunuh kucing berapa puluh ekor entah. Kemudian sebahagian dagingnya dimakan mentah. Ilmu ni guna untuk macam-macam niat tak baik. Antara ilmu hitam paling kuat dari negara jiran. Masalahnya, orang yang mengamalkan ilmu ni tak sempat habiskan ritual dan dia pi mati dulu. Bila Pi’e ni pi baca potongan ayat pada lipatan kain yang ada dalam rumah tu, jin kafir pindah pi kat dia. Itu pasal la dia mereng sampai sanggup makan kucing. Adoi..
Ayah dan abang Ngah maju ke dalam bilik. Pi’e dah tenang. Kepala kucing dah takda dalam mulut. Mungkin ayah aku dah selesaikan tadi masa aku balik panggil abang Ngah. Aku tengok Pi’e letih lesu tersandar kat birai katil. Mulut dia masih ada kesan darah kucing. Ayah minta abang Ngah papah Pi’e ke bilik air dan bagi dia mandi. Kerja aku?? Ya..kerja paling susah dalam dunia. Kutip bangkai kucing tadi dan tanam kat belakang rumah. Masa tu berasa macam…ayah ni nak pedajal aku ke apa?
Lepas selesai semua ayah berbincang dengan Lebai dan jiran-jiran yang turut datang membantu. Kata sepakat dicapai. Masing-masing tengok aku. Apa tengok-tengok?? Besar sangat ke dosa aku?? Sobsob…
“Esok lepas subuh kita pi rumah tu. Kena cuci.” Ayah bercakap sambil pandang aku. Maknanya aku kena ikut jugak. Demm it!
Esoknya. Seperti yang dirancang ayah, lepas subuh kami gerak ke rumah pembunuh kucing tu. Tak ingat dah berapa orang tapi ramai. Yang aku ingat, Lebai dan abang Ngah dan abang Long ikut sama. Kami sampai di rumah tu waktu matahari belum naik segalah lagi. Cahaya siang masih samar-samar menyimbah kampungku yang kini semakin kecoh dengan kejadian ni. Yang mana tak bekenaan pun nak menyemak juga tapi tak dibenarkan terlibat. Masuk dalam rumah pun tak boleh. Polis pun ada sama dok tunggu depan rumah. Ayah aku dah maklum awal kat depa. Ketua balai situ kenal baik ayah aku.
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah tu, aku berasa lain. Lain sangat. Tiada bau hapak, tiada bangkai kucing, tiada…eh lain sangatlah. Siapa yang bersihkan semua ni?
Ayah aku bisik kat aku…
“Yang hampa nampak tu cuma bayangan. Asalnya masa jumpa mayat memang sama macam apa yang hampa nampak. Tapi polis dengan orang kampung dah bersihkan. Bangkai kucing semua dah tanam. Sebab tu ayah tak bagi mai sini” Oohh…macam tu rupanya. Awat tak bilang awal-awal. Aku mengomel dalam dada.
Ayah dan abang-abang aku masuk ke dapur cari kain kuning kusam yang aku cerita tu. Dekat sejam cari baru jumpa tersorok di dalam almari lauk yang usang. Padahal masa Pi’e jumpa kain tu macam mudah sangat. Macam terletak atas lantai dapur. Terus ayah aku ruqyahkan rumah tu dan bakar kain kuning tu. Abunya di tanam belakang rumah. Dah selesai kami pulang ke rumah Lebai. Nak tengok Pi’e.
Keadaan Pi’e nampak ok cuma dia diam je. Takmau bercakap. Matanya sayup memandang di kejauhan. Dalam masa 3 hari ja kawan baik aku berubah terus. Dan sehingga kisah ini ditulis, Pi’e masih begitu. Dah berpuluh tahun berlalu Pi’e masih tak mahu bercakap, suka menyendiri dan tidak mahu berjumpa orang. Aku percaya dia tidak gila. Mungkin masih ada sesuatu yang merosakkan pemikirannya. Aku pula dah berhijrah keluar dari kampung walaupun orang kampung merayu kepada ayah supaya jangan berpindah. Nak buat macam mana kerajaan nak ambil tanah. Kena keluar jugak la. Ayah aku pula dah 3 tahun kembali ke rahmatullahi ta’ala. Moga ayah tenang di sana. Moga ilmu-ilmu yang ayah sampaikan kepada kami menjadi peneman ayah di sana.
Maklumat terkini yang aku dapat dari rakan-rakan sekampung, Pi’e tidak pernah berkahwin. Sekarang Pi’e kian uzur akibat sakit radang paru-paru yang dia alami sejak sekian lama. Moga Pi’e baik-baik. Aku rindukan kau kawan. Tapi ini takdir kita. Tuhan tidak pernah zalim. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Aku doakan kau sentiasa dalam rahmat Allah.
Sekian.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sadis nye….
Memang the best la the way you narrate experience hang tu. Aku pun orang utara, lama tak dengaq loghat utara. Keep up.
Oh my cats 😭😭😭😭😭
Sian pi’e
Cara penulisan walaupun banyak lawak2 bak hg tapi suspen tetap ada boekk bosskur
tula ketegaq sgt
Gelak gelak gelak tup2 ending sedih…
Hmmmm…
Tapi lg sedih membygkan mak pak hang dedua dh xde…
Akak yg cume xde abah ni pn dh sedih sgt rase…
Uish ada lg kak yulie..lamanye sy xmasuk sini..igt sy lg x kak
Best cite en edy.. Citer la lagi.. Al fatihah utk arwah bapak dan mak en edy..
Best sungguh. Santai loghat utara hang. Berasa macam hang dok cerita tepi kami ja. Terima kasih, dlm lawak2 ada pengajaran.
Uish ada lg kak yulie..lamanye sy xmasuk sini..igt sy lg x kak
Cm mne leh lupakan hanat. 5inci pisang dlm mulut sy. Kecil sgt.
Pisang ape plak ni
Korg xda dh xbest sgt..ermm
Insyallah sy akan menulis lg
best & sedih
Best!
Sempoi sungguh loghat utara hang…rasa mesra mcm member kamcing dok ceghita…ralit ja dok baca…
Tu diaaa pekat naa pelat Penang… tapi seronok baca! Segala elemen ada dalam cerita ni, lawak, seram dan moral values. Ampa jangan berhenti menulis ya… mohon share lagi.
Acah pencinta kucing la mamat ni. Setakat suka biasa2 je pon
kompom. nak try jodoh kat sini la tu wakaka
i feel u bro
Aku ada kawan ats kawan la yg terkena sihir kucing ni.
Katenye roh dia dengan kucing tu da bertukar.
Strtnye dy ada bg makan kt kucing tu, igt kucing terbiar lalu2 depan rumah dy.
Dy strt sakit lepastu akhirnya dia meninggal. Tp sblm dy meninggal, arwah ada bercerita yg dy jumpe kucing hitam dy bagi makan sblm ni mati depan rumah dy.
Allahualam. Semoga arwah tenang di sana, dan sentiasa dicuciri rahmatNya, amin..
Dalam banyak2 citer yang aku baca kat fs ni, citer ni paling meninggalkan kesan dalam hati aku.. Ye la orang cakap dah takdir Si Pie jadi camtu tapi tu lah kejadian tu sebenarnya boleh dielakkan..Kesian sangat kat Pie tu.. Paling sadis masa dia nak kunyah kepala kucing tu.. Haih..xtau nak describe..
sedih. tapi ni la akibatnya jika tak nak dengar nasihat org tua. huhu…semoga jadi iktibar buat kita. orang tua larang semuanya bersebab.
hmmm sentapnya hati bila banyak kucing jadi korban:( i kennot la hm. sedih hati ni 😭